Haii semuaaa :) kalau korang ingat lagi awal bulan december lepas, nadia dijemput untuk menyertai sebuah Majlis Pengenalan Kerjasama antara Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital dan program ini dikenali sebagai Program Kad Negaraku MPay Mastercard. kali ni, sekali lagi nadia dijemput untuk menghadiri majlis merealisasikan Program Kad Negaraku yang diadakan di Kelab Darul Ehsan bersama para NGO.
Seperti yang kita sedia maklum, ManagePay Systems Berhad (Kumpulan MPay) adalah sebuah syarikat yang menyediakan kaedah bayaran elektronik (e-payment) telah menjalinkan kerjasama dengan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam usahanya mengembangkan ekonomi digital. Menerusi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ini, Kumpulan MPay memperkenalkan Wallet MPay dan Kad prabayar Negaraku MPay Mastercard dengan tema NegaraKu merujuk kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyerahkan 30,000 kad prabayar di bawah Program Kad Negaraku MPay Mastercard kepada ahli NGO bermula awal Januari ini. Pengasas KSP, Dr Mohd Zamri Noordin berkata, penyerahan itu adalah fasa pertama daripada jumlah sasaran kad iaitu 200,000 unit yang disasarkan untuk diberikan kepada pemegang selewat-lewatnya Mac tahun depan. Menurutnya, pengenalan kad itu sebahagian daripada Program Sahabat Negaraku yang diperkenalkan KSP dengan kerjasama secara eksklusif bersama Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay).
"Lebih 25 NGO dengan keahlian 213,000 tampil bersama untuk realisasikan program ini. Penyerahan ini juga tertakluk kepada ahli NGO yang mendaftar di sekitar Selangor dan Lembah Klang serta bersetuju untuk menyertai program yang ditawarkan. Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ini bukan sahaja boleh digunakan oleh NGO sahaja tetapi ia terbuka kepada umum. namun untuk permulaan, kami sasarkan kepada ahli NGO terlebih dahulu untuk melihat keberkesanannya. kerjasama dan sokongan daripada ahli NGO diperlukan untuk kebaikan mereka dalam menjimatkan perbelanjaan secara digital," kata Dr Mohd Zamri Noordin.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata, kad yang disediakan itu dianggap sara hidup digital yang memberikan peluang kepada semua pengguna kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan di sediakan dengan harga lebih jimat.
"Ia bukan sahaja untuk membeli produk dengan harga lebih murah bahkan masyarakat boleh berbelanja dalam kehidupan sosial seperti pembelian secara atas talian dengan lebih jimat, menonton wayang dengan murah, berhibur dengan keluarga, menderma dan memindahkan wang," katanya.
Banyak kelebihan yang para NGO akan perolehi apabila mendaftar di bawah Program Sahabat Negaraku dan menjadi pengguna di bawah Program Kad Negaraku Mpay Mastercard ni. Mari kita sama-sama nantikan, semoga Program Kad Negaraku Mpay Mastercard ini berjaya dan sekaligus membantu kerajaan dan seluruh rakyat malaysia dimasa akan datang khususnyaa.
Maklumat lanjut boleh hubungi mereka di,
Kelab Sahabat Persaudaraan
Ketua KSP, Pn Farina Abd Razak : 017-3921711
Media KSP, Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
www.sahabatpersaudaraan.org
Managepay System Berhad
Ms Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net
No comments:
Post a Comment