December 22, 2017

Pengalaman dan kos pendaftaran tadika Brainy Bunch International Islamic Montessori


pejam celik pejam celik, dah nak masuk 4 tahun umur bungaa. amagadddd T__T sekejapnyaaaa masa berlaluuuu. kalau berdasarkan pengalaman hidup aku dulu-dulu, mama start hantar aku masuk tadika time umur 4 tahun. dan percaya tak kalau aku cakap, antara pengalaman di tadika time 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun, pengalaman tadika time 4 dan 5 tahun adalah yang paling best kikiki. mungkin sebab time 4 dan 5 tahun tu aku tadika omputih. bestnyaaa. kawan-kawan baik, teacher-teacher pun best, belajar pun seronokkk jee. seee, betapa seronoknya sampai ke hari ni aku masih ingat kenangan di tadikaaa ituewww. ;) hari-hari speaking mat saleh dekat tadika dan mungkin sebab tu jugakkk proses pembelajaran dekat tadika omputih ni la yang membuatkan aku ada basic bercakap omputih time kecik-kecik duluuuuu. helloooooo, kemahenn. zaman mak dulu pun dah ada tadika omputih dah tau nakkkkk bukan sekarang jewww. muehehehe. cuma bayaran dulu idoklaaaa mencekik macam sekarangg. (-__-') tapi tak dinafikan jugak sebabbbb proses pembelajaran dulu tak samaaa dengan tahap pembelajaran budak-budak sekarang. jadiiii mak is redhooooo. :p time masuk 6 tahun, mama tukarkan aku ke tadika kemas. kemas pun ok jewww wakkkk. terpulanglahhhhh. bab sekolah anak-anak niii bergantung kepada ibubapa. nak cakap lebih-lebih pun tak berani jugekkk. janji baik untuk kita, baiklah untuk anak-anak kita, gituewww. 


dari tahun lepas rasanya aku selalu berbincang dengan syafiq nak hantar bunga dekat sekolah mana time tadika nanti. tadika sekarang kan banyak pilihannn. berbulan-bulan mak mengoogle pro and cons setiap tadika terutama dari segi jarak dari rumah kitorang, dari segi proses pembelajarannyaa dan dari semua aspeklah senang cakap. dan akhirnya, kitorang bersepakat untuk hantar bunga ke Brainy Bunch International Islamic Montessori. 

bila kaw ada seketul anak yang tiap masa 24 jam dia depan mata kita, tak pernahhh ada orang lain jagaa, tak pernah anta pengasuh mana-mana tuppp-tupppp, ehhhh dah nak masuk sekolah amagadddd T_T baru aku tauu macam mana beratnya hati seorang ibuuu. T__T ada jugak yang cakap ehhh awalnyaa nak anta bunga sekolah, baruu 4 tahun. orang tak tauu yang mak bunga dulu pun bersekolah seawal 4 tahun. kalau mak aku boleh, kenapa aku tak boleh. my mother is my idol, gituewww. kikiki :P sebenarnya takde pun konsep hantar awal salah, hantar lewat betul, hantar lewat salah hantar awal betul. takde. yang ada adalah, semua mak bapak tentu tentu nak yang terbaik untuk anaknya. jadi ini anak saya, saya yang tentukannyaaa mihmihmih. ;p mungkin yang salah itu adalah bila awak rasa awaklah yang paling betul dan apa yang orang lain buat semua adalah salahh. #ehhh :p tersasar kita wakkkk. :p

untuk rujukan dimasa akan datang mana tahu tahun-tahun depan aku nak daftarkan anggun dekat sini atau mungkin boleh dijadikan rujukan korang yang mana tengah survey dan planning untuk hantar anak kesekolah jugakkk kann, so step untuk mendaftarkan anak-anak di brainy bunch adalahhhh, 

1. Daftar kemasukan secara online di, 



dekat website ni nantii korang boleh pilih cawangan mana yang kita nak hantar anak kita dan isikan semuaaa detail background ibubapa dan pelajar dalam borang tu siap-siap secara online sebabbbb borang ni auto submit ke hq brainy bunch, satu lagi salinan kita kena print out dan bawa bersama ke tadika. dah siap isi borang semua, dah print, settle. 



2. bawa dua keping gambar passport anak, satu keping gambar passport ibu dan satu keping gambar passport bapa.



dan jangan tak tauuuu, punyalahhhh drama nak amek gambar passport seketul bunga ni sebabbb dia adalah fobia kepada flash camera. (x_x)  nak nak bila shoot di kedai gambar yang memang guna camera dslr besar gabak yang tentu-tentu ada flash tala kemuka dia kannn. menangis selakkkk la beliauuuu kikikiii






last-last, jangan tak tauuuuu, pakcik yang tukang amek gambar tu suruh amek gambar pakai iphone aku jee kahkahkahh. kalauuuuuu aku tauuu, baik aku amek gambar dekat rumah jewww, konpemmm gambar bunga elok tercantik kejadiannya senyum sampai telingaaaa sebab iphone kan takde flash kikikiii. baikkk, settle bab gambar. 


3. duit pendaftaran

haaa untuk bab duit pendaftaran nii, korang boleh tengok pecahan harga dekat list bawah niii. untuk pendaftaran bunga, since januari 2018 ni umur dia adalah 4 tahun, korang tengok kolum yang telah dibulatkan itu okk.


bayaran pertama yang kita perlu jelaskan adalah Annual Registration fee (3-6 years old) iaitu sebanyak RM1700. ini adalah bayaran tahunan dia. so bayaran persekolah bunga untuk setahun adalah RM1700. 

bayaran seterusnya adalah bayaran bulanan. ok untuk bayaran bulanan dia ada 3 jenis pilihan. regular, star session dan full day. regular ialah sesi pagi sahaja dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahhari, RM340. star session dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, RM540. full day dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang, RM640. since bunga baruu 4 tahun, aku pilih sesi pagi yang regular je dari pukul 8-12 tengahhari, RM340 setiap bulannn. 

bayaran seterusnya adalah Activities Fees RM350. ni adalah bayaran untuk sebarang aktiviti yang brainy bunch akan anjurkan sepanjang tahun termasuk lawatan sekolah, hari sukan, dan majlis graduasi. haa ni dah termasuk semua sekalii. sekali bayar sahaja untuk setahun. 

bayaran terakhir adalah untuk uniform tadika. dorang ada dua jenis baju. gala uniform RM50 sepasang, sport uniform RM50 sepasang. total uniform RM100. 




sesi try bajuuuu sekolahhh, anyonyonyoooo. kecik cenonet anak mummy. saiz paling kecikkkk nak, xxxs. kikikii :p jadi total bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran adalahhh, RM2490. borang, gambar passport, duit pendaftaran. ohh lagi satu, salinan photostat muka depan buku rekod kesihatan dorang time bayi duluuu untuk simpanan pihak sekolah sebab dorang hanya terima kanak-kanak yang divaksinkan sahajaaaa. fuhhh legaa, settle bab pendaftaran sekolah bungaaaaaaa. :)













ni antara gambar dan suasana dekat tadika bunga nantiiii. kenapaaaaa brainy bunch? panjangggg kalau aku karang dari a sampai z ni kikiiki tapiiii antaraaaa sebabb kenapa kitorang pilih brainy bunch adalahhh, bunga dekat rumah bercakap bahasa inggeris. tak bermaknaa bila bunga bercakap bahasa inggeris, dia tak pandai cakap bahasa melayu. dia ada ayat bahasa melayu dia sendiriiii hihihi tapiiiiii dia lebih fluent dalam bahasa inggeris. bahasa melayu pun dia bercakappp cumaaa bergantung dengan siapa dia bercakap. ramaiiiiii yang tanyaa aku macam manaaa ajar bunga cakap englishhh sebab mak bapak bunga made in kampung jeww hahaha. nantilahh insyaAllah ada masa aku kongsikan dengan korang macam manaaa tapi rasanyaaa, takde la tips mana punn. biasa-biasa jeeeww jeewww wakkk. :P hihihi. jadi kenapa aku pilih brainy bunch, sebab dia tadika full english. so bunga senang faham dan dia akan lebih menguasai bahasa inggeris diaaa sebab mak dia ajar biasa biasa basic percakapan harian jeeewww. 

selain ituuuu, kenapa brainy bunch? sebab dia adalah tadika islamic. kadang-kadang bab ilmu agama niii, tak semestinya bila kita jadi ibubapa kita tahu semuanyaaa. tak salahhhh rasanyaaa dan lagi baguss sebab secara tak langsung, kita boleh belajar samaaaa. aku hantar bunga dekat tadika islamic bukan nak paksa dia bila besar esok haa pakai purdah, hafal 30 surah, jadi ustazah, takkkkkkk. tadika jeee pun, dapat basic agama belajar alquran kenal huruf alif ba ta, dapat hafal surah mak dah bersyukur sangat dahhhhh wakk. kita doakan yang baik-baik ajee untuk anak-anak kita, gitueww. sebab seterusnyaa adalahhh jarak dia tak jauh dari rumah kitorangg. lagi dekat lagi bagus sebenarnyaaa muehehee. senang mak bapak nak bergilir amek awak esok-esok kikiki. 

oklahhhh, dah panjang sangat ni karangan aku rasaaaaaaa. nak senaraikan semua kenapaaa sampai esok tak habis. :p doakan semoga semuaaa urusan sekolah bunga dipermudahkan yeeee. doakan semoga bunga sentiasa dikelilingi dengan orang yang baik-baik jugakkkk. T__T cikgu-cikgu yang baik, kawan-kawan yang baik, alaaaaaaa sebaknyaaa hati seorang ibuuu. risauuuu nakkkk mak tak pernah berpisahhhhh tolonglaaa pahammm. (-__-') T__T
kita siang malam menghadap muka dia wakkk. mummy sentiasaaa doakan yang indah-indah untuk keluarga kita, aminnnnnnn. 






December 21, 2017

Showroom Intech Kitchen Sdn Bhd


haiii semuaaa. ;) kalau korang follow blog nadia dari dulu, mesti korang familiar dengan nama company Intech Kitchen Sdn Bhd ni sebabbb, boleh dikatakan majoriti kabinet dekat rumah nadia ni adalah hasil air tangan merekaaaa. Kitchen kabinet dengan dorang, rak kasut dengan dorang, tv kabinet dengan dorang, kabinet office dengan dorang. Haaa nampak takkk betapa setianyaa seketul nadiafarahida dengan intech kitchen nii kikikii. ;)

hellooo, sebenarnya takde la sesetia mana sebab aku still survey, tanya dan bandingkan harga dengan tempat lain jugak :p tapiiiiiii, haa ada tapi diaa. Walauuuu tempat lain lebih murahh, stillll tak boleh lawan tahap kualiti keluaran intech kitchen nii. Seriusss.


Benda yang melibatkan kabinet kayu kayan ni dia ibarat pelaburan sekali rentung dalam masa berpuluh tahun dan mungkin untuk selama-lamanyaa haaa kaw pakailahh kabinet ituewww. Dia takde ehhh bulan depan tukar baru laa. Ehhh bulan lagi satu nak tukar table top lain laaa haa takde. Melainkannn keje kaw adalah cop duit hari-hari jadi suka hati kaw la nak buat tukar tiap minggu sekalipun kikikii. Dalam kes aku, since duit aku yang tak berapa nak ramai ni, jadi alang-alang buat, biar kualiti dia betul-betul puas hati, tahan lamaaa, dan berbaloi dengan nilai setiap sen yang kita keluar. Ehh jangan tak tauuu, sepupu aku buat kithen kabinet yang dekat pameran mall ape ntah lupa nama, elokk cantikkk terletak semuaaanyaa. Lepas 5 bulan, permukaan kabinet dia terkopak. Macam alah pada air gituu. Bila tanya company yang dia buat, dorang taknak ganti baru. Sebabbbbbbb? Pakej murahhhhh katanyaaa dan sebarang kerosakan selepas 3 bulan, mereka tidak bertanggungjawabbbb. hellooooo, pakej murahhhh apeeee nyee wakk kalau bayar rm8000 dikatanya murahhhhhh, ya ampunnnn. Siannnn sepupu kita wakk. Tapiiii nak buat macam manaaaa, duluuuuu kita cakap dia taknak dengar muehehehe.


Kalauuuuu intech kitchen jangan kata 3 bulan, bertahun-tahunnn wey dorang stilllllll menjagaaaaa customer merekaaaa. Kalau ada pape rosak contohnyaaa dorang still akan datang baiki secara percumaaaa tapiiii ikhlas aku bagitau korang, sepanjang 5 tahunnnn hasil keje tangan dorang dekat rumah aku, stilllll belum pernah berlakuu sebarang kerosakannn walauuu seinci. Percayalahh. Sebab tuuu aku banyak kaliii hire dorang untuk buat papeee sebab kualiti dorang memang tip top.


Kebetulan haritu aku freee, aku singgahlaa showroom Intech Kitchen ni lagi sekaliiiiiiii. Ya ampunnnnnnnn, gigil-gigil kaki kita wakkk. kenapalahh poket kita tak tebal. Kalau poket kita tebal, kita terus tempah macam-macam kabinet build in yang baruuuuuu (x_x)



balik dari showroom dorang siang malam aku berzikir dekat telinga syafiq, bangg. saya dah tahu dahhh kalau kita beli landed house nanti, kitchen kabinet kita macam mana. saya dah tahu dahh kalau kita beli landed house nanti, walk in wardrobe kita macam mana. saya dah tahu dahh kalau kita beli landed house nanti, bilik bunga dan anggun macam manaaaa. hoiiiiiiiiiii nampak takkkk aku punya angan-angan gah-gah ajewww tapi jangan tak tauuu, jangan kata landed house, tanah sekangkang kera pun mak belum ada nakkk. T__T kikikikii. tapiiii takpeeeee, beranganlahhh sebab berangan tu percuma jewww. :P kohkohkoh.


nanti nak kira duit syiling dulu lahhhhh. agak-agak cukup, mak nak terus beli tanahh nak buat rumah. rumah ape? rumah mainan untuk bunga dan anggun. kohkohkoh. :p tapi aku serius niiii, aku ada satu angan-angan besar yang masih belum tercapai tapiiiiii taknak cite sini duluuu. berangan yang indah tu kena sorang-sorang duluu, kang orang tauuuu mauuu digelakkan ajeee. (-__-') baikkk, kesimpulannyaaaa dekat sini aku nak bagitau, to those yang sedang mencari interior designer bab-bab kabinet ni, yes Intech Kitchen Sdn Bhd boleh bantuuu. Korang boleh😍bolcall Jess untuk Free Consultation dan nanti pihak Intech Kitchen datang kerumah kita untuk ukur dan bentang bajet harga segalaaa atau korang boleh pegi sendiri ke showroom mereka di Semenyih. Dorang memang cover seluruh malaysia. bestkannnnn. ;)

Thank you so muchhhhh Jess, Jeff dan semuaaa team Intech Kitchen Sdn Bhd yang bertahun-tahunn sudi bekerjasama dengan nadia. Sebarang pertanyaan korang boleh terus contact Jess di 012-6670706 atau datang terus ke showroom mereka di,
.



Alamat Showroom : 
Intech Kitchen Sdn Bhd, 47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 43500 Semenyih
Business Hour : 10am-6pm
Contact Person : Jessica 012-667 0706 
Jeff 0126252528
Email : jessica@intechkitchen.com


December 20, 2017

Happy birthday Anggun! :)


haiiii semuaaaaa :) ya rabbbiiiii welcome back seketul nadiafarahida.com

 (-__-') berzamannnnn weyyyy tak update blog dengan sepenuh jiwa raga macam dulu-duluuu. hey jangan tak tahuu, dulu sejenis yang gigih sanggup stay up malam-malam nak update blog punya pasal. (x__x) sekaranggg? haremmmm pemalasss. niat tu adaaa tapi selaluuu macam nantilahhh, berehat-rehat itu lebih indah kikikiki :P tapii kali ni mak gagahkan diri jugak untuk update dekat blog ni sebagai kenang-kenangan dimasa akan datang sebabbb percayalahhhh, selama aku hidup, rasanya gambar yang aku post di blog sahajaaaaa yang masih kekal tak hilang-hilangg dan masih setiaaa disituu. yang lain yang mana tak sempat up diblog majoritinya dah arwahhh :p yeeeee, situasi yang aku selaluu sangat hadap bab gambar ni adalah, hp rosak, kena format baru. done. memory kosong. T_T save dalam ladtop, ladtop rosak. donee. memory kosong. T_T simpan dalam pc, pc kena virus. donee memory kosong. T___T kalau dulu yeee aku rasa macam nak meroyan setiap kali gambar terrrrpaksa dihilangkan tapi sekarang sejak dah tua, aku semakin memasrahkan diri. selalu macam biar je laaaa, mak redhooooooo. HAHAHA.






heyy mukaddimah dia kemahennn seronok pulekkkk taip panjang-panjang. kahkahkah. ye laa dah bertahun tak update blog kennnnn. :P ok berbalik kepada niat asal, sebenarnya harini aku nak berkongsi cerita tentang birthday anggunnn yeayyyy ;)) 







minggu lepas 14.12.2017 genapp umur anggun 1 tahun. ya allahhhh sekejap gilee rasa masa berlaluu. (x__x) rasa macam baruu mengandungkan bunga tiba-tiba ehhhh adik bunga pun dah setahun kaw paham takkk. hahaha. aku selaluuu dapat komen dekat instagram dan email hai nadiaa, saya follow blog nadia dari zaman belum ada anak lagi. sekarang dah dua anak nadia, bila nak update blog lagiiii. anyonyonyoo. setiapppppp kalii orang mesej aku macam ni, aku rasa macam ya allahh sweetnyaaaa awak nii. awak buat saya terharu gileeee. terima kasih banyak-banyak sudi baca blog nadia dulu-duluuuu time saya banyak masa terluang. :) sekarang pun kalau boleh nak je saya tiap masa update blog tapiiiiiiiiiiiiiii, hey panjang pulak kalau saya karang tapinya dekat entry ni. jangan banyak alasan nadia. hahahaha. nantiii ehh, nanti bila-bila rajin saya update blog lagiii. :P sekarang kembali ke tujuan utama kita balik, jauh sangat tersasar ni wakkkkk kikikiii.










happy birthdayyyy seketul anggun kesayangan mummyyyyyyyy. sebenarnyaaa splash cake di studio adalah salah satu idaman aku time bunga dulu tapii sampai kesudah tak terbuat-buat. jadiii takpeee, anak mak bukan sorang. :p kita buat time anggun kikiki. jadi bila tibaaa je besday anggun, aku dilema sebenarnyaa nak buat majlis makan-makan sambut dekat mcdonald macam bunga duluuu atau nak buat photoshoot dekat studio je. since jadual kerja daddy sangatlah busy sekarang, kitorang prefer untuk shoot dekat studio je, senangggggg. 



























haiii, saya anggun. :) adik kakak bunga. ramai yang kenal kakak bunga berbanding saya sebab kakak bunga lahir dizaman kegemilangan blog mummy. :P saya lahir selepas blog mummy tak berupdate lagi, jadi marilah mengenali saya kembali. hihihiii. 














seee, dah besar dahhh kakak bunga kannn. tahun depan nak bersekolah dah beliauuuu. kalau dulu time mula-mula anggun lahir, bunga langsung tak sentuh adik dia sebab geli punya pasal :p sekaranggggg, inilah bestfren diaaaaa. semuaaaaa nak buat sama-samaaaaa anyonyonyoo so sweetttt kakak bungaaa :p 


time mengandungkan anggun dulu aku selalu terfikir, dua dua anak adalah perempuan. mesti peel dan karektor masing-masing lebih kurang samaaa jewww sebab perempuan kan dua duaaa. helloo rupanya idokkkkkkk sama sekaliiii. :P bunga dan anggun mempunyai dua karektor yang berbezaaa walau dua dua adalah binti bapak yang samaaaa. hahahaha. ini nantilahh bila-bila free aku ceritaa. kang berjelaaa entry ni bosan pulak nanti orang bacaa :P






hai daddyyy, tak sangkaaa dari kapel cinta monyet beruk monkey segalaaaa 17 tahun dulu rupanya sekarang dah dua anak kita banggggg. ;)) dulu kapel time kanak-kanak, tersentuh jari sikit rasa bergegar tulang temulang dalam badan kita wakkk. balik rumah baring atas katil golek golek pusing kekanan tersenyum, golek kekiri senyum. punyaaaaaalaaaaa seronok terrsentuh kena jari awak sikit je padahal tapi dia punya effect berbunga riangggg, hehh muntah hijoooo katekoooo. (x__x) sekaranggggg? kahkahkahkah. jangan kata tercuit jari sikittt, dari jauh dengar awak kentut pun saya rasa nak maki bagi kaki padahal bau dia tak sampai dekat saya pun hahahahah. nasib baik sayang, kentutmu kentutku jua gituuewww :p hahahaha





happy birthday yang pertama anggun anak kesayangan mummy daddy. we love youuuu :)) haaa sebelum terlupa, kalauuuu korang sedang mencari studio untuk photoshoot yang siap dengan photographer dan hasil kerja dia memang ohsemmmmm dengan harga yang semua orang mampu bayar, aku sangattttt merekemen White Studio tempat kitorang shoot ni. tak kesah korang nak shoot sempena ape sekalipun, semuaa dorang terima. nanti korang contact White Studio sendiri dekat sini ehhh. dorang ada dua cawangan. satu dekat Cheras, satu lagi dekat Petaling Jaya. dua dua ohsemmmmmm sangat. ni kali keduaaa aku shoot dekat White Studio. first time bekerjasama dengan mereka time shoot untuk bisnes teddyprank aku duluu. jemput kontek dorang semuaaa. :) 



Website: www.WhiteStudio.my
Sms/ Whatsapp: 016-666 4034
Address: No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1. 43200 Cheras, Selangor