June 05, 2017
Tips melayan anak sulung diawal kehadiran adik kedua :)
mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang adalah idaman semua dan rasanya mungkin ini adalah waktu yang paaaaling sesuai untuk aku kongsikan cara macam manaaaaa aku handle bunga time awal-awal kelahiran anggun haritu sebab awal-awal ni adalah kemuncak permulaan segalanyaa. hihii. boleh dikatakan awal-awal anggun lahir dulu semuaaa yang datang lawat aku akan tanya, bunga ok tak. mengamuk tak dia. cranky tak dia. usik adik tak dia. tantrum tak dia. jadi mari aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku dan aku bagitau siap-siap, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri aku laki bini, jadi kalau katakan cara kita tak sama, korang abaikan je tauuu tips-tips ni nanti sebab rambut memang sama hitamm tapi hati memang lain-lain. ehhhhh. :p
ok berbalik kepada cerita kita. aku disahkan mengandungkan anggun time umur bunga 1 tahun 10 bulan. oleh disebabkan kitorang dah kawen lamaa, 4 tahun lebihh baru dapat sorang anak jadi selepas je bunga lahir, aku memang takde mengamalkan sebarang kaedah perancangan sebabbbb aku takut effect dia jadi makin susah nak dapat anak. nak dapat seketul punnnn kemahenn lamaaa (-__-'), jadi aku berserah tawakkaltuallah. Dia sebaik-baik perancangg, makaaaaa, allah izinkan aku lagi sekali merasa nikmat mengandung time umur bunga 1 tahun 10 bulan. time ni soalan paaaaaaling bermain dalam fikiran aku adalah macam manaaaaaa laa bunga nanti bila ada adik. ok ke dia. kang nanti mengamuk tak cukup kasih sayang keee heyy seramnyaaa. paaaaling ngeri lagi adalah bila jumpa orang-orang yang dah berpengalaman anak 2 3 4 time tu masing-masing akan cerita si kakak tu nanti akan mengamuk laaa, protes sambil melalak-lalak la, baling-baling barang la, ketuk adik dia la, heyy bertambah-tambah laa seram akuuuu. jadiii mari aku kongsikan dengan korang, benda pertamaaaaa korang kena buat bila korang disahkan mengandung anak kedua adalah bertenangggggggggggg. yes, bertenang. percayalahh aku cakap. :) Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia maha mengetahui bilaaaa waktu yang paling sesuai untuk kita beranak pinak dan Dia maha mengetahui sejauh mana kemampuan kita. :) hewhewhew. bila anak pertama adalah masih kecil dan tibe-tibe nak beradik pulak, 1001 macam mak mak akan terfikir. tu baruuu nak masuk dua, belum tiga empat lima lagiii hahaha ewahh kemahenn :p jadi meh aku kongsikan dengan korang, antara yang aku laki bini praktikkan adalahh,
1. Asingkan tempat tidur.
haaaa bunyi macam kejammm je kannnnn anak umur tak sampai dua tahun dah nak asing-asingkan tempat tidur pulekkkk. (x_x) haiippp, asingkan tempat tidur yang aku cakap ni bukan bermaksud kaw pegi letak anak kaw dalam bilik lainn sebatang kara sorang diriiiii tu bukannnn hahaha. ;) asingkan tempat tidur tu adalah asingkan dia dari katil korang. satu katil kita dan satu katil dia. macam dalam kes aku ni, bunga memang sejak lahir sekejap je duduk baby cot tu, selebihnya setiap malam memang dia akan tidur dekat katil kitorang laki bini. jadiiii, benda pertama aku pikir time awal-awal mengandungkan anggun adalah macam manaaaaa nak muat 4 ketul manusia atas seketul katil ni nanti amagaddddd. (-__-') yang bertiga ni punnn aku dah duduk sipi-sipi nasib tak tergolek kebawah apetah lagi berempat nantiii :p jadiiiii, benda pertama aku buat sebelummm anggun lahir adalah beli katil baru untuk bunga. kenapa? sebab aku nak biasakan dia tidur sendirii supaya nanti bila adik dia dah lahir, dia tak terkejut kaw apehall tidur dekat katil aku :p kang mengamuk semuaaa nak tidur dekat katil yang satuu itueeww :p haha. jadiii, aku beli katil baruuu dan letak sebelah katil kitoranggg. dan tiap-tiap malamlahh bunga akan tidur dekat situu sampaiiii sekarangg. macam manaaa dia berminat untuk tidur dekat situ walau sikit pun aku tak paksa? pasangkan cadar warna kesukaan diaa dan letak la segala haiwan-haiwan kesayangan dia macam teddy bear kee ape apelahh, janji katil tu boleh buat dia rasa wahhh bestnyaaa :) hihih. macam bunga dulu, aku letak segala bantal peluk, bantal busuk dan kain kesayangan dia je, terus settleee lena dibuai mimpi ke pagi hahahaha.
bilaaa dia dah terbiasaa tidur tak sama katil dengan kita, bila anggun dah lahir, dia ok jeee tengok anggun dekat katil aku sebabbb dia dah ada katil sendiri. dah jadi macam satu habit, nak tidur malam mesti dekat katil dia. haaa gituewww. so dia takde mengamuk ke ape ke takde. cumaaaa, hati mak bapak yang tak berapa nak ok. rasa macam kesiannyaaaa bungaaa tidur sorang-sorang T__T jadiiii, syafiq akan main peranan. dari hari pertama anggun lahir, walaupun bunga ok jeee tapiii apa yang dia amalkan adalah masuk je bilik setiap malam, selepas tutup lampu aku akan baring dengan anggun dekat katil aku. syafiq akan temankan bunga tidur dekat katil bunga dulu. selalunya sekejapp je sebab alhamdulillah bunga dan anggun takde masalah bab tidur, gelap je terus sodakollahulazimmmm hahaha. jadi once bunga dah tidur, syafiq akan tidur dekat katil kitorang balik. dan kadang-kadang bunga tak kasi pun syafiq teman dia tidur, dia nak tidur sorang-sorang dekat katil dia. mungkin peningggg agaknya ada daddy berzikir dekat telinga kahkahkah. jadi begitulah rutin harian kitorang laki bini bab mentidokan bunga supaya dia tak rasa sepi seorang diriii. :)
2. Sama-sama mainkan peranan.
ikhlas aku bagitau korang, masa paaaling kritikal bila kehadiran anak kedua adalah 30 hari pertama selepas kelahiran. time ni kann badan kita still belum kuat, still sakit-sakit, still makan pun jaga-jaga jadi adalah sangat pentingg seorang suami memainkan peranan beliau. benda macam ni sebenarnya tak payah bagitau pun takpe sebenarnya sebab command sense kotttt. kaw buat anak sama-sama dah tuu, tak retiii nak jaga anak sama-sama? emoo tibe-tibee sebab aku selaluu dengar dan baca cerita suami pesen tak berapa nak cakna nii. hellooo. cuba ada rasa kesian sikit dekat binii tuuu. siang malam mengerah tenaga jaga anak-anak yang kaw boleh bantai pegi lepak dengan kawan-kawan ehh ewahhhh sangatttt. hahaha. maaf ye, mukaddimah panjang sikit dan terlebih emo puleww :p
berbalik kepada tajuk kita, dalam bab ni rasanya aku sangattttttttttttt bersyukur sebab syafiq sangatttt membantu sama-sama bahagi tugas jaga anak. bila anak dua ni kita dua dua pun kena saling mainkan peranan. contohnyaaaa macam kalau aku handle anggun, syafiq handle bunga. time syafiq tak keje, kalau aku mandikan anggun, syafiq akan mandikan bunga. time aku masak dekat dapur, dia akan layan anak-anak dia main sama-sama. sama jugak time berjalan dekat shopping mall keee, selalunya memang macam tu lah. kita kena saling tolong-menolong supayaaa kebarangkalian bini kaw bertukar rupa menjadi mak lampir adalah rendah kuikuikui. :p dan dalam masa yang sama, kita tak nak anak sulung kita rasa tersisih. sikit-sikit si adik, apa-apa si adik, yang si kakak terpinggir takde orang layan kesudahannya nah hp ngadaplah nak 24 jam sebagai peneman penghibur duka lara kesiannyaaaa. noo noo nooo. jadi bila dua dua mainkan peranan, takde la si kakak rasa macam dia sebatang kara bahkan rasa seronok lagi adalah sebabbb, keluarga dia dah besar dan meriahhhh. percayalahhh :)
3. Bahagikan masa seboleh mungkin.
masa awal-awal anggun lahir dulu, syafiq amek cuti 20 hari semata-mataaaa untuk membantu aku berpantang dan membiasakan kami dengan rutin harian baru. ye la sebelum ni kan bertiga je, aku boleh je nak handle bunga sorang diri. so kali ni dah berempat dan bersalin kalini aku berpantang dekat rumah sendiri. jadi boleh dikatakan syafiq kena mahir semuaaaaa benda bab jaga anak bini sebab dia adalah tunjang utama muahahah. cuma aku bersyukur time 14 hari pertama anggun lahir tu mak aku ada sama sebab time tu cuti sekolah, so mama boleh duduk rumah aku. bila sekolah dah bukak mak aku kena balik rumah dia balik sebab adik aku yang bongsu still bersekolah hihihii. jadi bila mama dah balik kampung, syafiq yang take over sepenuhnya jaga aku dalam pantang sampaiiilahh selepas hari ke 20 aku bersalin, dia dah masuk keje balik dahhh.
percayalahh, time ni aku sangatttlahh berdebar sebab pertama kali aku kena handle dua ketul anak secara sorang diri dikala baruu 20 hari. bukan berdebar apeee, aku risau dua dua mengamuk kee tapi alhamdulillahhh. dua dua baik sajeee. awak tahu macam mana saya handle? :) baiklahh, macam ni. tak dinafikan seorang bayi yang baru lahir ni keje dia asyik nak susuu jeee tapiii the best part adalah, bayi baru lahir hobi dia adalah tidur. betul? jadiiii, untuk mengelakkan si kakak berasa tersisih 24 jam si mak melekat dengan si adik, selesai je aku susukan anggun dan anggun tidur, aku terus menghadap bunga. bercakap dengan dia. mandikan dia. main sama-sama dengan dia. sepenuh masaaaa layan dia sepanjang adik dia tidur sebab masa tu je yang ada untuk kita buat semua benda. jadiii, katakan kaw nak layan si kakak ni dan dalam masa yang sama kita nak makan. dari tak sempat nak makan langsung bila si adik dah bangun nanti jadi awak tau saya buat macam mana? saya letak nasi dalam pinggan siap-siap dan suruh bunga suap saya. jadi secara tak langsung kita boleh makan dan dalam masa yang sama, kita still melayan anak kita yang pertama. perut kenyang hati senangggg hahahaha.
haaa dah siap makan si adik belum bangun, ok bonus. katakan kerja seterusnya nak buat adalah mengangkat kain di jemuran. aku panggil bunga skali tolong angkatkan kain untuk aku. ;) aku bagi dia sehelai dua, selebihnya aku yang buat. terkedek-kedek la dia mengikut aku kesana kemariiii. jadi secara tak langsung boleh dikatakan semua kerja kita buat bersama-sama. dah selesai beberapa kerja sekali si adik dah bangun contohnyaa. haaa kaw jangan tinggal si kakak terus terpinga-pinga sorang diri pulak sebab nak menyusukan makan masa jugak. dalam setengah jamm kan. jadi bila sampai masa untuk menghandle si adik, kaw bagi si kakak kusyuk main pape permainan dulu contohnyaaaa, aku selalu bagi bunga main crayon kee, main watercolor kee, main stiker ke, main lego kee, main je la apa-apa yang boleh mengkusyukkan dia. so bagitau dia elok-elok sekejap ye bunga, mummy tolong anggun, sian anggun lapar. bunga main ni duluu, jap lagi mummy tolong bunga okkk. terus dia terujaaaaa sebab boleh menyepahkan rumah, percayalahhh. :p hahahaha.
4. Dahulukan dia.
dalam bab ni rasanya satu kelebihan bunga adalah dia cepat paham ape kita cakap dan dia cepat boleh jawab ape kita tanya. dia cepat bercakap. jadi bila awal-awal ada adik haritu, kita boleh tahu bila dia sedih sebab dia akan bagitau, mummy im sad. hahahaha. haah, dia memang akan bagitau. bila kita tanya ok tell me why you so sad. so dia akan jawab la kenapa kenapaaa. jadi secara tak langsung bila anak kaw dah pandai memberitahu, amek peluang membaiki kelemahan diri contohnyaaa, kalau buat pape aktiviti silaaaa dahulukan dia. contohnyaaa bagi dia makan duluu sebelum kita menghadap si adik kee. mandikan dia dulu sebelum kita mandikan si adik kee. bagi dia susu dulu sebelum mengsusukan si adik kee. bermain dengan dia dulu sebelum mengsusukan si adik ke. peluk dia duluu sebelum peluk si adik kee. haaa semuaanya dahulukan dia dahuluuu untuk tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran adik kedua sebabbb, si adik belum faham pape jadi dia ok okk jee sedangkan si kakak sedang memahamii situasi baru dan dia sekarang dalam suasana baruu. jadi bila dia dah terbiasa dengan adanya adik dia 24 jam dalam keluarga nanti percayalahhh, 24 jam dia nak adik dia depan mata walaupunnnnnn dia tengah mandi. (-__-') gigih suruh aku angkut anggun letak depan pintu bilik air sebab dia nak mandi percayalahhhh hahahah ;)
5. Tunjukkan keseronokkan mempunyai adik.
masa awal-awal anggun lahir kan aku dalam tempoh berpantangg. so aku terperap je dekat rumah. mungkin bunga pun bosan sebab dia pun terperap sama. jadiiii bila abisss je pantang, terus aku bawak dia pegi playground supaya dia tahuuu, ada adik tu tidak pernah membataskan dia. ada adik itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. :) nanti anggun dah besar boleh main sama-sama lagiiii. dan yang paaaaling penting adalah, walau dah beradik, mak masih dan sentiasa menyayangi muuuu gituewwww. :p selain dari playground gini, kita boleh jee bawak dia pegi taman main layang-layang ke, main buih-buih sabun tu keee, tak kesah lahh aktiviti apee janji tak terperap dalam rumah.
rasanyaa tu je la kotttt yang kitorang amalkan sehingga la sekarang. dua dua dah well behave dan sekarang dua dua beradik dah saling melengkapi, alhamdulillahhhhhh. seperti yang sedia maklum, ni aku berkongsi berdasarkan pengalaman aku. semoga sikit sebanyak membantu korang bila dah anak dua nantiii. ;) good luckkk dan selamat datang ke kelab mak anak dua kikikii :p
Hahahah comey je gmbar last tu...kakak bunga mmg gud girl..moga bertambah2 lagi adik next year ye...hehehhehe
ReplyDeletehehe.. bestnya, anggun dan bunga. sama macam anak saya rapat, tp lagi rapat so sekarang ada angin baik, baiklah, kalau angin tka baik, dua orang tu gaduh je
ReplyDeleteBestnyerrr....
ReplyDeleteAdorable children...
ReplyDeleteAlahai comelnya bunga dan anggun..
ReplyDeletebagusnya bunga behave :D
ReplyDeletesekarang ni anak saya, 4 tahun dan 2 tahu. dalam fasa semua benda nak berebut. adik nak, kakak nak. kakak nak, adik pun nakkk. waa, pening mama, nak :'(
Baca bahaya Impetigo pada kanak2 : http://nurulatiqah.com/impetigo/
Nadia,
ReplyDeleteMasih jual lagi ke jamu yg nadia guna sblm dan slps bersalin tu yg mcm maajun