Lazada Malaysia

March 13, 2017

Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 2

1. Harga tiket flight ke Maldives.
2. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1

ok mari kita sambunggg :p hari kedua di Maldives celik-celik mata je terus kemas segala beg mak nenek bagai sebab tujuan utama kita ke maldives adalah untuk ke maafushi island yang mana pulau ni adalah pulau privasi paaaaaaling murah di Maldives. maldives ni kan sebuah negara yang berpulau-pulau. nak duduk hotel-hotel mewah dekat private pulau lain poket mak ni macam tak berapa tebal, haruslahh mak mengukur baju dibadan sendirii T__T hotel mewah lain satu malam busuk-busuk paling murah dalam RM1000 satu malam, heyy idok lerrrr akuuu (x__x) dah la nak duduk 5 malam. meninggal terus time nak bayar. hahahah. jadi siap kemas-kemas meh moh la kita turun breakfast.




sekali buffet breakfast dia hidang nii dan roti bakar je. T__T alaaa, perut aku kan bangsa tak boleh tak makan nasiiii (-__-') tapi hellooo, jemput bersyukur jangan banyak bunyikkk. dapat makan pun dah kira baguss nadia. (x__x) jadi time ni laa baru aku tau rupanya makanan wajib di maldives adalah tossei. sepanjang aku dekat maldives 6 hari, haaa tiap-tiap harii laa benda alah ni ada sampai aku tengok pun naik berbuluuuu macam muka mamak dah rupa si roti tossei ni kahkahkah.


siap makan-makan semua, sempat la kitorang jalan kaki tak sampai 20 langkah ke pantai belakang hotel Iberry Inn niii. masyaAllahhh, cantiknyaaaaaaaa. ni baru dekat Hulhumale, belum pantai Maafushi lagiii amagaddddd.





ok berbalik kepada cerita perjalanan hari kedua kita. terus terang aku cakap, ni adalah cara paaaaaaling cut cost untuk travel di maldives secara selesa maksudnya tanpa perlu jalan kaki 
 cuma kelemahan dia kita mungkin penat sikit tapiiii poket tak rabak. bolehhh je nak jimat lagii,boleh jalan kaki dari hotel ke jetty cuma bila kaw ada anak kecik dan lugagge pun berbeg-beg, aku prefer naik teksi. senanggg, selesa dan cepat sampai. 

ok kan sekarang kita dekat Hulhumale, untuk sampai ke maafushi island ini adalah lakaran perjalanan aku. tengok gambar yang aku lukis ni lagi senang rasanyaaa korang faham sebab kalau baca nama nama tempat dia macam banyak mengelirukan. so better baca gambar ni duluuuu. 


settle bab check out semua, kitorang mintak tolong staff hotel call kan teksi untuk ke Hulhumale Ferry Terminal. sebelum aku terlupa, ikhlas aku bagitau korang, sebelum aku pegi maldives mind set aku sangattt la macam eh kita kena hati-hati ni. takut kena tipu macam dekat bandung, jakarta dan medan dulu-dulu. bukan boleh percayaaaa dorang semua ni. kadang baik berniat. sedar-sedar habis duit aku dorang pujuk rayu. T__T tapi percayalahhh, sepanjang aku dekat maldives, rakyat dorang memang bukan jenis amek kesempatan. tak tak. kalau dorang tolong, dorang tolong ikhlas. kalau tak boleh tolong, dorang cakap siap-siap maaf tak dapat tolong. dorang kena jadi betul-betul baik dan betul-betul menjaga pelancong sebab ni je salah satu punca pendapatan utama negara maldives ni. jadi jangan ragu-ragu untuk ke maldives yeee sampai kaw rasa semua benda unsecure macam dekat bandung asyik kena tipuuuuu jeeee blerghhhh. (x__x)


ok berbalik kepada perjalanan kita, jadi marilah kita naik teksi dari Iberry Inn ke Hulhumale Ferry Terminal. sebuah teksi dia caj 35 MVR tak kesah untuk berapa orang. duit kita dalam RM10. sampai je dekat Hulhumale Ferry Terminal korang boleh terus beli tiket ke Male'. 



bab ferry dari hulhumale ke male ni korang tak perlu risau sebab feri dia memang ada dalam setengah jam sekali. harga tiket feri adalah 5.50 MVR sorang. jadi untuk 3 orang dalam RM5.00. 



perjalanan naik ferry dari hulhumale ke male ni amek masa dalam 20 minit. rasanya kitorang sampai dekat male ni dalam pukul 12 tengahhari.

ok bab ni paaaling penting korang kena tau. dari Male' ke Maafushi Island hanya ada dua cara. samaada kita naik ferry atau speedboat. haaaa sebenarnya bab ni adalah benda wajib kita kena tahuuu sebab bab pengangkutan ni la kita boleh save banyakkkk untuk bercuti di maldives. ok aku terangkan beserta contoh yeeee. feri ke maafushi ada satu trip sahajaaaaa setiap hari iaitu pada pukul 3 petang. harga tiket ferry ke maafushi island adalahhh 3 USD seorang. kalau convert duit kita dalam RM13.30 sorang. tempoh perjalanan adalah dalam 1 jam 30 minit. manakalaaa untuk speedboat pulak paaaling murah yang aku jumpa adalah dalam 20 USD sorang. convert duit kita dalam RM90 per head. tempoh perjalanan menggunakan speedboat adalah dalam 30-45 minit. haa nampak tak perbezaan dia dari segi harga dan tempoh masa. since ini adalah percutian yang bajet tak berapa nak tinggi, haruslahh aku naik ferry jeee, janji sampai maafushi. itu je tujuan utama. hiihihihi. kos naik ferry kitorang berempat sebab baby pun dia kira adalah RM53.20. kalau naik speedboat dalam RM270. ituu baruu one wayyy, belum both way pegi dan balikkkk.
 haaaa nampak takkk, banyak kan beza harga diaaaaa. (-__-') haruslahh kita pilih yang paaaling murahh itueewww ;)

ok berbalik pada sampai dekat male tadi. haa kan kitorang sampai dekat male dalam pukul 12 tengahhari, so aku still ada dalam 3 jam nak tunggu ferry pukul 3 nanti. time aku sampai dekat male tu aku disapa oleh sorang lelaki rakyat maldives ni. syafiq nama dia. haa sama macam nama laki aku. hahaha. dia tanya aku nak pegi mana. maafushi ke. aku expect dia mesti boleh cam muka pelancong sebab tu dia tegur. time ni aku still rasa unsecure macam mula-mula aku cerita tadi sebab aku takut kena tipu kee kan, so aku tak cakap banyak. dia bagitau aku kalau nak tunggu ferry ke maafushi pukul 3 nanti lambat lagi. marilah dia tunjukkan kedai beraircond since aku kan bawak baby. boleh rehat nak makan minum ke, salin pampers ke, mandi ke semua boleh. masa tu umur bunga dalam 1 tahun 10 bulan. terus aku terfikir, haa boleh jugak. selesa sikit bunga duduk dalam aircond kann. lagipun kitorang dah start lapar sebab pagi tadi kan makan tosseiii jeeew T__T terus aku ikut laa si syafiq nii. ingatkan naik kereta, rupanya jalan kaki jeee. gigih laa dia membantu syafiq dan adik aku mengangkat beg beg kitorang semua. masa ni aku tak rasa dia baik lagi sebab takut baik ada makna. so aku tak bagi sangat dia tolong angkut beg segalaaa. biar syafiq dan adik aku je buat. tak sampai hati pun ada sebab muka orang sana alahaiii, macam orang myanmar dekat negara kita. macam kesiannnnnn je. hihihi.


jalan lebih kurang dalam 10 minit, masuklah kami ke sebuah kedai nama Jade Bistro. bestnyaaaaa ada aircondddd. terus berehat la kamii sambil mengorder makanan. since aku still pening dengan harga dan nilai duit dorang, aku tak boleh nak bajet berapa ringgit satu makanan dekat sana, so meh kita try test order satu makanan dulu. kita amek yang paaaling murah dalam buku menu. so dapatlah satu set burger cheese dan satu air tin coke.





dan rasanyaaa inilah burger paaaaling mahal aku pernah makan selama aku hidup. T__T satu set 246.03 MVR. convert duit kita dalam RM70. T__T perghhhh. baruuu sepinggan untuk sorang makan. cer kalau 3 pinggan untuk 3 orang makan. mauuu RM210. baruuuu sekali makan. belum kira kalau beli untuk makan pagii ke, makan malam. (-__-') jadi untuk permulaan di maldives, marilah kita berkongsi dulu makanan sepinggan ni 3 orang yeeee. nanti petang bila dah sampai maafushi nanti baruuu kita makan nasi okehh. dan untuk pengetahuan korang, kalau ikutkan dari list menu yang aku tengok, harga sepinggan nasi adalah lebih mahal berbanding makanan lain sebabbb negara dorang takde tanah untuk menanam padi. jadi semuaaa beras-beras yang ada di negara dorang adalah diexport dari negara lain. sebab tu laa mahallll. 


jadi bila dah agak-agak lenguh dah hilang, perut dah kenyang, dah siap tukarkan pampers bunga segala, terus kitorang bagitau si syafiq maldives ni kitorang nak pegi ke jetty Villinggili Terminal dahh. time tu dalam pukul 2 petang. terus dia cakap awal laagiii nak pegi sana. lagipun nanti dekat sana takde tempat berteduh. kalau sampai awal memang boleh terus naik ferry tapi selagi belum pukul 3, dorang tak bukak kipas dalam ferry. so baby panas la nanti. lagipun tak jauh sangatt dari bistro ni ke terminal ferry katanya. tapi since aku still rasa unsecure dengan dia sebab ye laaa orang belum kita kenal kan, sanggup tunggu dekat luar bistro sepanjang kitorang dekat sana, lepas tu tiba-tiba baik semacammm, biar betul dia ni, terus aku cakap takpee takpeee. saya tetap nak pegi sekarang. lagipun aku takut dia nak paww kita pape. terus dia tahankan teksi untuk aku. dia tanya aku bila kitorang balik ke malaysia, kalau dia tak busy nanti dia bawak jalan-jalan dalam bandar male. terus aku bagitau lagi 5 hari dan kami pun berlaluuu pergii. tambang dari bistro tu ke Villinggili Ferry Terminal adalah RM10 untuk sebuah teksi. 


sesampainyaaa dekat jetty, ferry ni memang dah sedia ada sebabbb baru aku tauu rupanya kenapa feri ni murah berbanding speedboat adalah kerana feri ni adalah satu-satunya pengangkutan awam yang semuaaa hotel di maafushi guna untuk supply barang. 



maafushi island adalah sebuah pulau yang semuaaanya hotel. tak de shopping mall takde pasar takde kedai segala takde. soooo dekat mana dorang beli barang-barang untuk hotel masing-masing? haaaaa dekat bandar male ni laaa. so setiap hari public feri ni laaa yang bawak segala barang-barang hotel masing-masinggggg. jadi kaw jangan terkejut nanti kita akan satu ferry dengan pisang bertandan tandan, beras berguni gunii, gandum berkotak-kotak, gulaaa, motor, basikal, buah-buahan, air mineral dan segala mak nenek lagiiii laaa. (-__-') no wonder laaa murahhhh. tapi kaw jangan risau, setiap penumpang memang akan dapat tempat duduk. tak perlu berdiri segala. walaupun dia adalah sebuah public ferry, aku still rasa selesaaaa jeee sebab still boleh duduk dan anak aku tetap boleh tidur bila feri dah start bergerak sebab bunga asal angin lajuuuuu je, dia terus tidoooo. senang kann. hihii. 

bosan jugak sebenarnyaaa menunggu nak sampai ke maafushi ni sebab dalam sejam setengah kan tapi sebab laut dia cantik, aku tak abis-abis terfikir ya allahhhhh, indahnyaaa ciptaan allah. air laut punn boleh berubah-ubah siap ada garisan sekejap biru gelap, sekejap biru cerah, cantiknyaaa subahanallahhh. 




dannnn jangan tak tauu, sempat la kitorang makan maggi cup sorang seketul dalam perjalanan niii. mana dapat air panas? air panas yang aku bawak dari hotel untuk buat susu bunga. kikikikii :p 

jadi selepas 1 jam 30 minit, sampailahhhh kami ke Maafushi Island yeayyyyyyyyyy! ;)) seronoknyaaaa. tak sabar nak cari katil sebab aku nak berlunjurrrrr selepas seharian perjalanan kitaaa. turun-turun jeee dari ferry terus kitorang di sambut oleh pekerja-pekerja hotel bersama troli manual dorang untuk mengangkut beg-beg kitorang ke hotell. 



ingatkan dorang jemput datang naik kereta kee, van kee sekaliii marilah kita berjalan kakiiiii. (-__-') hahaha. rupanya memang korang takkan jumpa walau sebijik kereta punnn dekat maafushi island niiii. 
  

dan akhirnyaaa, selepas berminggu-minggu aku menggoogle dekat internet hotel manaa paaaling murah, strategik dan happening di maafushi island ni, akhirnya aku memilih untuk stay di Kaani Beach Hotel sepanjang kitorang dekat sana iaitu selama 5 hari 4 malam. 



nexttt entryy la kott aku cerita detail pasal hotel, booking dekat mana, macam mana rupa dalam bilik segala. ok? cuma bayaran untuk 5 hari ni kitorang kena terus bayar dekat reception hotel time nak check in tuu. jumlah bayaran untuk 5 hari 4 malam di kaani beach hotel adalah 665.28 USD. convert duit kita dalam RM2963. jadi anggaran satu malam di Kaani Beach Hotel ni adalah RM741. T_____T satuuuu malammm. T__T demimuu maldivesss. huhuhu. kalau dekat mesia ni rasanya takde aku buang tebiat pegi check in hotel mahal-mahal gini satu malam. huhuhuu.

kitorang sampai dekat maafushi ni pun dah lewat petang kan, so memang tak plan untuk buat sebarang aktiviti berbayar lagi melainkannnnn mandi laut dekat bikini beach yang mana tempat dia betul-betul depan hotel, makan dan tidurrrrr selepas seharian tunggang-langgang berpindah randah hihii. 








selesai merasmikan air laut maldives dekat area bikini beach ni, jadi marilah kita memasak dekat bilikkk sebab perut dah lapoorrrr. ehhh memasakkk? haaa nanti aku cerita muahahahah. total keseluruhan perbelanjaan hari kedua di Maldives adalahhhh, 


Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari kedua di Maldives.

# teksi dari Iberry Inn ke Hulhumale Ferry Terminal RM10
# feri ke male RM5
# 1 set cheese burger dan 1 tin coke RM70

# 1 kotak rokok camel adik RM13.20
# teksi dari bistro ke Villinggili Ferry Terminal RM10
# 5 hari 4 malam di Kaani Beach Hotel RM2963
_______________________________________________
TOTAL: RM3071.20
  

settle hari keduaaaa (-__-')


4 comments:

  1. Assalamualaikum..cepat update lagi yaya ye. Hahaha bestnya maldives.. tapi pening2 baca nama tempat dia. Unik sgt

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALIKUM...BILA NK SAMBUNG ENTRY HARI KE 2 HINGGA 5?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...