March 11, 2017

Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1


rasanya dah boleh kott aku slow-slow mula mengarang pasal percutian dekat Maldives harituuu sebelum banyak benda aku lupa huhuu (-__-') hey dah nak dekat setahun baru hegeh-hegeh nak hapdateee kaw paham takkk tahap kebizian akuu kikikii :p rasanya haritu aku dah cerita pasal semua benda berkaitan kapal terbang termasuk mak nenek kos tiket segala, haa korang boleh baca dekat entry ni ye, Harga tiket flight ke Maldives.



jadi harini aku nak cerita pasal hotel untuk hari pertama kitorang sampai dekat Maldives. Maldives ni korang kena imagine yang sebuah negara yang semua benda duduk atas pulau yang berasingan. aku bagi contoh ye. once kita sampai di maldives, airport dia adalah dekat Pulau A. bandar dia pulak dekat Pulau B. hotel-hotel cantik dekat Pulau C, hotel-hotel mewah yang hanya guest dia je boleh masuk dekat Pulau D, E, F dan sebagainya. haaaa semua bendaaa diatas satu satu pulau yang berbeza. bila segala mak nenek dorang melibatkan air, pengangkutan utama dorang adalah speedboat atau ferryy. korang akan jumpa kereta hanyaaaaa dekat Pulau yang bandar dia jeee. pulau-pulau lain hanya guna basikal, motor pun seketul dua je boleh bilang pakai jari dan majoritinyaa adalah berjalan kakiii. 


haa berbalik pada cerita hotel tadi, kitorang sampai dekat airport maldives dalam pukul 8.10 malam. settle amek luggage semua, sambil-sambil tunggu driver hotel datang pickup, aku terus tukar duit USDolar ke Maldivian Rufiyaa. kenapa tak tukar maldivian rufiyaa dekat malaysia siap-siap sebelum pergi? sebab negara kita takde duit dia. maldivian rufiyaa hanya boleh didapati di negara Maldives jeee. time dekat mesia sebelum ke maldives, pastikan korang tukar semua duit yang nak bawak ke sana dalam US Dollar ye sebab dorang hanya terima US Dollar atau Maldivian Rufiyaa sahaja dekat negara dorang. tapi time tukar ke maldivian rufiyaa tu tak yah tukar banyak-banyak pun takpe. maldivian rufiyaa ni kita pakai time dekat bandar dorang je untuk beli makanan minuman ke, tambang teksi kee, beli rokok kee, haa dorang prefer maldivian rufiyaa ni. time aku haritu aku tukar 100 USD, dapat 1500 MVR. kalau duit kita dalam RM445. 

sebelum aku ke maldives, rasanya bermingguuuu-minggu aku khatamkan cerita pasal maldives dekat google. (x__x) seram sejuk weyy. dia macammm walau ape jadi, aku tetap nak kesana tapii bila pikir segala kos perbelanjaan dekat sebuah pulau tercantik didunia, heyyy rasa nak terberak pun ada. HAHA. dia macam impian kaw melebihi kemampuan tapi tetap tak sedar diri. muahaha. lantokkkk. tiket flight dah beli so aku tawakkal. :p jadi sepanjang aku stadi pasal maldives, bila flight kita sampai sane adalah pada waktu malam, adalah rugiiiiiii besar sekiranya kita terus ke hotel di pulau-pulau cantik yang lain. jadiiii, marilah kita menginap di hotel biasa-biasa, paaaaling dekat dengan airport Male tu supaya senang esoknyaa nak naik ferry ke pulau idaman lainn dan haruslah paling murah mihmihmih. so untuk malam pertama di maldives ni, aku check in dekat 


Iberry Inn, Iberry villa, Hulhumale', 
Male International Airport, Male City and Airport, 24000 Maldives.


aku booking hotel ni dari agoda.com je sebab time aku mengoogle tu, agoda offer harga paling murah berbanding beberapa website lain. untuk satu malam dekat Iberry Inn ni adalah RM272.97 untuk 1 bilik family suite untuk 3 orang dewasa. bayi dorang tak kira. harga ni dah termasuk breakfast sekali. untuk bilik family suite ni dorang dah cantumkan siap-siap satu katil queen dan satu katil single. so muatlah aku, syafiq, bunga dan adik aku seketul. hihii. 




walaupun sebuah hotel biasa-biasa, dalam bilik tetap ada bathtub curlasss uolss :p siap disediakan shampoo dan mandian nahhh seketul dua besar gedabak :p takde dahhh yang botol-botol kecik macam tempat kita ni hihii. dalam bilik ada peti ais kecik seketul, kettle dan air mineral macam biasa. 



oh sebelum terlupaaa, lepas book hotel ni dekat agoda haritu, aku terus email hotel iberry ni untuk arrangekan pengangkutan dari airport ke hotel dorang bila kita sampai dekat airport nanti. senang sikit. so untuk pengangkutan dari airport ke hotel dorang caj 10 USD. tak kesah berapa orang. dia kira 10 USD per trip. jadi pengangkutan dari airport ke hotel adalah dalam RM45 untuk 3 orang. jarak dari airport ke hotel iberry ni dalam 20 minit rasanya. haa kan sampai hotel dah malammm. walaupun dalam flight dah makan tapi perut aku tetap bangsa asyik nak makan. nak beli makanan semua kedai dah tutup, terus bukak satu luggage bekalan makanan khasss yang memang aku bawak dari mesia kikikii :p tapii syafiq sempat laa turun hotel pegi beli air fanta oren dua botol 24 MVR. duit kita dalam RM7. settle makan minum marilah kita mentidooo. total keseluruhan perbelanjaan hari pertama di Maldives adalahhhh, 


Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari pertama di Maldives.

# transport dari airport Male ke Iberry Inn RM45
# dua botol air fanta oren RM7
# satu malam di Iberry Inn RM272.97
_______________________________________________
TOTAL: RM324.97
  

settle hari pertamaa (-__-') ada 5 hari lagi punya ceritaaaaa amagaddd, gigih kee aku nak menyambung niiii T__T harappnyaaa begituuuulahh hihii



5 comments:

  1. Assalamualaikum yaya..rindu nak baca coretan yaya.. bestnya maldives..

    ReplyDelete
  2. nak amik feel ni baca entry ko semoga makin gigih gali duit haha...

    ReplyDelete
  3. best nie maldives...boleh plan untuk next trip =)

    ReplyDelete
  4. Mesti besttt kan Maldives! Selalu tengok gambar semua cantik-cantik 😍😍

    ReplyDelete