2. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1
3. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 2
4. Hotel paling murah di Maafushi Island, Maldives
selamat datang ke entry hari ketiga di maldives kitaaa ;) semoga aku terus gigih menaip untuk hari-hari seterusnyaa (-__-') seperti yang dijanjikan, marilah kita sambung berceritaaa. since aku pegi maldives bukan bawah mana-mana travel agent, jadi semuaa aktiviti dekat sana adalah bebas. nak beraktiviti bolehh, tak nak buat pape pun bolehh. walaupun poket aku tak berapa nak tebal tapi macam rugi bebenoo rasanya kalau dah alang-alang sampai ke sini tapi last-last tak buat pape konon nak berjimat cermat punya pasal khennn. (x_x) jadi untuk hari ketiga di maldives ni kitorang plan untuk join one day trip bersnokeling. sepanjang sebelum aku sampai dekat maldives dulu rata-rata yang aku google bagitau pakej snokeling yang paaaling murah adalah dari Kaani Beach Hotel ni. jadi bila time check in dekat hotel semalam staff dorang tanya apa aktiviti kitorang untuk esok, aku terus tanya harga pakej-pakej dorang dan aku decide untuk bersnokeling duluu. aktiviti lain nanti kita pikir kemudian.
so pagi hari ketiga ni selepas makan pagi dekat restoren hotel, moh ler kita beraktiviti.
dorang memang dah bagitau siap-siap dalam pukul 8.30 pagi semua yang join trip snokeling kena berkumpul dekat depan hotel.
ingat tak entry hari kedua aku ada bagitau better korang pilih kaani beach hotel ni dari arena hotel? haaa sebab ni laa. dari kaani nak ke jetty pun mengah jugak berjalan apetah lagi dari arena hotel. (-__-') time pagi macam ni semangattt la sebab badan belum penat walaupun panas terik ya ampuunnnn. cer kalau bila dah balik dari snokeling nanti. hey rasa macam nak merangkak jeee tolong la cepat sampai hotel. muahaha. jadi aktiviti pertama kita adalah dorang akan bawak kita ke check point snokeling yang pertama, ayuhhhhh. :)
kalau korang perasan, aku tak sure anak orang lain macam mana tapiiiii kalau ko tanya aku bunga ok keee pegi maldives haritu. kan panas terik. tak meragam ke dia, tak mengamuk ke dia, tak demam ke dia. jawapan aku hey maldives sangattttttt laa serasi dengan bungaaaa. :) asal naik speedboat je tidur, asal naik ferry je tidur, seriuss aku tak tipu. sikit pun tak meragam dan dia tak demam, alhamdulillahh. mungkin sebab angin berderu-deru kena muka dia terus keje dia lentokk je. hihi.
ni adalah tempat pertama kita bersnokeling. boleh tahan jauh jugak dari jetty maafushi tadi. aku rasa dalam setengah jam perjalanan kott nak sampai ke sini. since time kitorang pergi maldives ni umur bunga baru 1 tahun 10 bulan, idoklerr aku nak meninggalkan dia sorang-sorang terkotak-katik dalam speedboat walaupun dia tidoooo. lagipun kelemahan utama aku adalah air. T_T aku sukaaaa pegi pulauu tapi kalau nak suruh aku bersnokeling melihat keindahan dalam laut, aku rasa mungkin aku akan pikir 40 kali. aku bukan jenis yang tiba-tiba dah sampai di tengah lautan terus macam ok jommm terjun. haaa bukan. (x_x) tu bukan aku. boleh terus meninggal dekat situ kalau kaw paksa aku terjun membabi buta macam tu hahaha. aku boleh bersnokeling tapi amek masa jugak laaaaa. dia macam ok pelan-pelan turun tangga. ok dah dalam air nii tapi tangan masih pegang tangga. (-_-') ok tangan dah tak pegang pape jom tengok bawah dalam air. haaaa time ni adalah kemuncak perasaan. aku tak bolehhhhhh. aku rasa macam segala ikan jos, ikan pirana, segala mak nenek binatang yang ada dalam lautan on the way nak terkam aku. sumpahhhhhhhhhhhhhhhh. T_T aku bukan spesis ni. aku lagi relaaaa ko bagi aku haiwan-haiwan extreme dari suruh aku buat semua ni hahahhaa.
aku lagi rela duduk dalam speedboat tolong orang amekkan gambar dan bergambarlah aku sepuas-puasnyaa. hahahha.
ok meh aku ceritakan pengalaman syafiq dan adik aku bersnokeling. ikhlas aku bagitau, dorang berdua ni memang pandai berenang. tak pernah-pernah adik aku lemas sepanjang dia berenang seumur hidup dia tapi di maldives ni dia lemas. percayalah. salah satu sebab adalah kalau korang perasan dekat gambar-gambar aku atas ni, dorang punya life jacket takde tali untuk ikat dekat celah kangkang. jadi bila kita dah masuk dalam air, jaket ni akan terapung, badan kita pulak akan ke bawah sebab takde ikatan dekat celah kangkang yang boleh menampung badan kita. dekat tempat pertama snokeling ni adik belum lemas lagi. tempat keduaaa dia lemas. mengikut ape yang adik dan syafiq bagitau sebab aku khen tak turun berenanggg :p so aku dengar dorang bercerita je laaa. rupanya ombak dekat maldives ni tak samaa macam ombak dekat tempat kita. dan tak sama jugak macam snokeling dekat thailand. maldives ni air dia nampak macam tenanggg jee tapi ombak dia berayun. mungkin sebab angin kuat kott jadi badan kita macam melambung-lambung. ntah aku nak describe pun tak reti sangatt sebab aku tak bersnokeling tapi yang pasti adik aku lemas dan dia demam balik dari snokeling haritu huhuu.
dia lemas bukan la sampai tak sedar pengsan kena cpr bagai tu takkkk. :p dia lemas yang tenggelam timbul tenggelam timbul nampak tangan terkapai-kapai mintak tolong. badan dia penat melawan ombak katanya, jadi time tu abang maldives yang memang standby dalam speedboat terus terjun selamatkan adik. terus bagi ubat dan air ape ntah adik main telann jeee sebab muka dia dah merah padam. sebenarnya bukan adik sorang je lemas time snokeling ni. ada lagi sorang mat salleh pun lemas terkapai-kapai macam adik jugak. aku syak betul la kottt, ombak dia berayun. so badan kita cepat penat. terus dia taknak turun dari speedboat dahhh walaupun time tu baru 10 minit dia bersnokeling dekat tempat kedua. (-__-') gambar batu karang dan ikan-ikan semua memang tak sempat nak amek.
terus syafiq pun tak nak turun jugak. hahahha. time ni hp kemana ape kemana sebab tadi kan kelam kabut tengok adik lemas, jadi takde laa gambar cantik-cantik di tempat snokeling kedua kita huhuhuu.
kalau ikutkan perjalanan kita yang seterusnya adalah tengok dolfin-dolfin berenang. sekali boleh pulakkk time-time ni laa dorang tak nak memunculkan diriii. aku rasa dekat sejam kottt speedboat aku ni berlegar-legar cari si dolfin ni tapi sekor pun tak nampakkkk. choi. mak bayar mahal-mahal ni nak semata-mata nak tengok kaw, kaw boleh pulakk tak nak timbul. (-__-') terus dorang bagitau maaf ye semuaa, nasib kita kurang baik harini. dolfin tak timbul-timbul. jadi terus dorang bawak kita ke perhentian yang seterusnya iaitu makan tengahhari di sandbankkkkkk.
percaya atau tak, aku pegi maldives bukan untuk snokeling. aku pergi maldives sebab nak tengok dorang punya sandbankkkk. ;) kikiki. kan selaluuuu aku tengok dekat facebook kee instagram kee, rata-rata travel agent akan post gambar sandbank dekat maldives ni ya rabbi cantiknyaaa. rupanya bila dah sampai sanee baruuu aku tauuu, sebenarnya dorang bukan ada satuuu je sandbank. berpuluh-puluh sandbank dorang ada cuma nak berhenti dekat mana tu bergantung pada cuaca hari tersebutt. kadang sandbank yang cantik-cantik tu boleh tenggelam kalau air laut tinggi. cuaca dorang tak menentu. kadang nampak macam cerahh jee tapi tiba-tiba boleh je hujan terus turun.
kita dah sampai sandbank yeayyyy seronoknyaaaaaaaaaa! ;))
mak nak lompat beria macam selalu pun tak berani jugak sebab time ni aku tengah mengandungkan anggun 3 bulann :) so acah-acah melompat jeeeewww :p
heyyy panasss teriknya ya ampunnnnn T__T haaa sepanjang 6 hari 5 malam di maldives, time ni laa satu-satunya ketika yang mana bunga cranky sekejap tapi still under control. kaw tahu kenapa? sebab dia geliiiii nak pijak pasirrr. (-__-') masalahnyaaaa speedboat kan tak boleh terus landing dekat atas pasir. nak tak nak, aku tetap kena turun dari speedboat berenang-renang ke tepian untuk sampai ke daratan sandbank ni. time ni aku dah cuak. sape nak pegang bunga. aku mana pandai berenang. dah la ombak dorang bergelora gilaaa heyy berdebarnyaa. so syafiq dan adik turun dari speedboat dulu. adik bawak barang-barang bunga yang perlu sebab takut basah termasuklah hp aku. syafiq pulak handle bunga. dukung la si bapak ni pegang erat-erat takut terjatuh dilambung ombak sambil sorang abang maldives tolong tampungkan badan syafiq skali berenang-renang ke tepian. dan aku? walaupun aku tak pegang pape, aku tetap berpaut dekat lagi sorang abang maldives sebabbb kaw gileee aku kan tak pandai berenang, dah la berombak. kaki pulak tak cecah tanah, heyyyyy rasa nak marah tauu kenapalahh speedboat ni tak boleh landing terus tepi pasir kan senang. hahahha.
haaa dah selamat sampai dekat pasir boleh pulakkkkk bunga tak nak pijak pasir. kaki dia kan basahhhh sebab berenang dengan syafiq tadi. mengamukkk sakann anak aku geli pasir punya pasallll. last-last kaw pernah jumpa orang main pasir siap berstokin dan berkasut bagai? haaaaa inilah. the one and only, bungaaaaaaa :p
kalau pakai sliper aku boleh terima lagi. atleast kalau basah senang la kering nanti. masalahnyaaa bunga ni tak pandai pakai seliparrrr. setiap kali aku pakaikan selipar atau sandal, haaa setiap kali tu jugak laaa dia akan mengamuk. (-_-') dia lagii rela pakai kasut yang basah ituuu dan jangan tak tauuu, wajib berstokin. takde stokin taknak pakaiii. sampaiiii la sekarangg. bunga dan kasut berpisah tiada. hahahha (x__x)
jadi bila dah pakaikan stokinn, pakaikan kasuttt, terus eloklaaa diaaa. berjalan mundar mandir tapi tak nak duduk. penggeliii orangnyaa. :p
bila bunga dah tenangg, marilah kita makannn. haa makan tengahhari dekat sini memang dorang sediakan. heavennnnnyaa bila dapat jumpa nasi. dorang sediakan nasi putih, ayam masak tomato, sayur campur goreng, buah apple dan air coke. sedapnyaaaaaa. dah la perut tengah lapar. time ni dalam pukul 2 kottt aku rasa.
salah satu kelebihan kalau korang amek pakej snokeling dari kaani beach hotel ni adalah time dekat sandbank ni, dorang sediakan payung untuk berteduh macam dalam gambar-gambar aku dekat atas ni. walaupun payung tu tak besar mana tapiii still membantu berteduh dari panas terik yakmat tuu. kenapa aku cakap ni satu kelebihan? sebabbbbb time aku dekat sandbank ni ada lagi satu speedboat sama-sama berhenti makan tengahhari dekat sini dan kaw bayangkannnn 2 jam dorang berhenti dekat sini, dua jam jugak laaa dorang makan bersila bawah panas matahari yang terik tuuuu. hoiiii boleh demam tahu. T__T kesiannn dorangg. aku yang berpayung ni pun mata boleh tahan berpinar apetah lagiii yang tak berpayungg. (-__-')
dah siap makan-makan semuaa moh ler kita berangkat untuk ke destinasi seterusnyaa iaitu island hopping ke pulau rakyat dorang. jadi dah siap kemas-kemas semua haruslahh aku berenang-renang kembali ke speedboat dari daratan sandbank ni kann. still macam tadi, aku selamatkan diri sebab aku tak pandai berenang :p syafiq dukung bunga sambil dibantu oleh abang maldives, adik aku berenang sambil pegang barang-barang termasukkk hp aku. berayunn-rayun ombak time ni jangan cakap. risaunyaa takut bunga terjatuh dalam air walaupun syafiq dukung sebab ombak dia kuat sangat. bila aku dah selamat sampai dekat speedboat, sekali aku nampak tangan adik terkapai-kapaiiii lagii mintak tolong. ya ampunnnnnn, lemas lagiii budak ituuu mashaAllahhh. (-__-') kesian gileee. kaw bayangkan, tangan dua dua dekat atas permukaan air sambil selamatkan barang-barang takut basah, yang tuan kepada tangan tu tenggelam timbul tenggelam timbul. hahahaha. terus abang maldives pegi selamatkan dia. naik-naik je dekat speedboat, terus dia membebel dekat aku. nak selamatkan hp kakak punya pasal la ni sampai lemas pulokk adik hahahha. kesian gilee aku rasa. kihkihkih.
ok abis bab drama aku :p jadi selepas sejam perjalanan, sampai la kita ke pulau K.Guraidhoo, salah satu pulau penduduk dorang. pulau ni memang takde hotel. takde ape-ape yang menarik pun bagi akuu :p ada rumah rakyat dorang dan kedai cenderahati semata-mata. time ni mat sallehh mat arab mat cinee yang satu speedboat dengan aku semua turun jalan-jalan, yang kitorang bertiga pegi bantai mandi bilas badan dekat tandas awam area situ huhuhuu
sesampai je dekat hotel terus bersihkan diri dan marilah memasakkk untuk makan malam pulekk sebab perut dah lapaa :p since badan dah penat sehariannn berjemur dan adik aku pulak tiba-tiba demam lepas adegan lemas kelemasan siang tadi :p terus aku terfikir mungkin esok hari aktiviti kita bersiar-siar atau berehat-rehat jeee tapiiiii kalau kaw kenal aku di dunia nyata, itu bukan nadia farahida hahahah :p
malam tu bila dah kenyang dan badan dah rasa segar sikit terus kitorang turun jalan-jalan sekitar hotel. sajeee amek angin malam sambil otak aku ligat berfikir apee aktiviti ringan-ringan yang kitorang boleh buat esok. tak kan nak terperukkk je dalam hotel tak boleh jadiii ni :p sebelum naik ke bilik sempat la kitorang berkaraoke dan main snoker dekat lobby hotel sekejap kebetulan time tu takde orang, so aku onn jee hihiihi. jadi tamatlah cerita hari ketiga kita di maldives. total keseluruhan perbelanjaan hari ketiga di Maldives adalahhhh,
Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari ketiga di Maldives.
# Pakej snockeling 2 reefs + Dolphin Cruise + Lunch at Sandbank + Island Hopping RM506
_______________________________________________
TOTAL: RM506
settle hari ketigaaaa (-__-')
TOTAL: RM506
settle hari ketigaaaa (-__-')