Lazada Malaysia

February 23, 2017

photoshoot anggun by thephotolicious

haiii semuaaaaa ;)) rasanya dah berdekad bebeno aku menyepi :') tahun 2016 empat ketul jee entry. tu pun nasib baik adaaa la jugak 4 ketul, kalau idokkkk, haremm pemalassss  (-_-') ko kena pahammm, aku kan dulu susah nak dapat anak. jadi kononnyaa aku tak nak la mensia-siakan moment setiap masa nak membelek bunga gituewww tapi tiba-tibaaa rasanya dengan bapak bapak bunga sekali aku telek. (x__x) sedar-sedar dah keluar adik bunga muahahaha :p sekejapnyaaaa masa berlalu. rasanya haritu baruuu anak satu. hihihii. harini genap 72 hari umur anggun. 




nama penuh anggun adalah Nik Anggun Syazwina binti Nik Asyraf Syafiq. anggun lahir 14.12.2016 harituuu. nanti bila-bila ada masa aku karang pengalaman bersalinkan anggun ehh. untuk harini aku nak abadikan gambar kenang-kenangan anggun time shoot dengan team photolicious time umur anggun 20 hari harituuu.















aku kenal team thephotolicious ni time shoot newborn photography untuk bunga dulu. bila melibatkan seketul bayi, aku tak berani bagi orang sesuka hati melenturkan bentuk badan anak aku. kang jadi pape aku jugak yang menyesal tak sudah. tapiii aku highly recommended korang shoot baby yang baru lahir dengan team thepholicious ni sebabbb kak kay memang pakar habis. pastikan korang shoot baby nanti time sebelum umur 30 hari tau sebab baby sebelum 30 hari ni senang dibentuk. hihiii. dorang ada macam-macam harga. ni aku amek pakej RM800. dorang memang datang dan shoot dekat rumah kita sebab si mak kennn dalam pantang lagiiiii. semua prop dorang sediakan. korang akan dapat terus semua softcopy gambar yang dishoot selama 1-2 jam tuu. tempoh masa ni selalunya bergantung pada peel baby dimasa kejadian. macam kes anggun ni, terus lajak ke 3 jam sebab dia idoknyee mahu tido dan si kakak bunga pun kan first time nak bergambar dengan si adik, dia macam eeeee i dont wantttt, what is thissss sangatttt. :P





haa dan untuk pakej RM800 ni kita akan dapat satu frame 8x12. rasanya untuk kenang-kenangan baby kan bayi sekali je seumur hidup dia, aku rasa berbaloi la bayar mahal-mahal cenggini untuk kenang-kenangan dimasa hadapan. tapi cer kalau tiap-tiap tahun mak beranakkkk, mungkin mak pikir 10x duluuuu (-__-')








haaaa nampak tak, dah duaaa anak aku. terus rasa macam alamakkkkk dah tua rupanya. (-__-') aku harap mood menghapdet blog ni rajin--rajin la datang selaluuu, jangan nantiii tibe-tibe next entry aku adalah entry photoshoot untuk adik kepada anggun pulekkkkkkk. Ehhhhhh sangattttt khennn :p muahhaha. 



sekian dulu dari mak yang masih berpantang dan belum terusik. #eh :p okbaii

1 comment:

  1. Wah.. bufday sama ngan acik lah. hihi.
    by d way..tahniah nadia :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...