Lazada Malaysia

February 24, 2017

pengalaman bersalin di Hospital Tunku Azizah Woman & Children

dari awal mengandung lagi, once doctor sahkan aku mengandung, benda pertama aku terfikir time tu adalahhh kat manaa aku nak bersalin kali ni sebab aku taknak jadi macam time bersalinkan bunga duluuuu. T_T anak pertama kan. kita takde pengalaman. tragis betul bila ingat balik ditogelkan bogel-bogel depan semua nurse dan doktor kemain ramaiii T__T mungkin korang boleh baca pengalaman time bersalinkan bunga dulu dekat sini, kisah pengalaman sepanjang melahirkan bunga :)

tapi rasanya tak semua benda tragis aku cerita dalam entry tu. (-_-') cuma untuk bersalinkan anak kedua, aku dah set siap-siap dalam kepala aku, aku nak bersalin dengan tenang. kalau sakit sekalipun, aku nak semua benda sekeliling aku tenangggg. contohnya macam aku nak syafiq 24 jam dengan aku. dari sebelum anak aku keluar sampaiiii kesudah aku nak laki aku tengok macam mana besar pengorbanan seorang isteri dengan harapan, suatu hari nanti kalauuu tiba-tiba allah tertitipkan ujian dalam rumahtangga aku laki bini, sekurang-kurangnya aku berdoa semoga dia teringat balik macam mana menggelupurnyaaa aku bersalinkan anak dia. ehh sebaknyaaa T__T ye la time bersalinkan bunga dulu kan emergency caesar, so laki aku tak boleh teman. dari time 12 jam sakit contraction selepas diinduce lagiiiiii syafiq tak boleh teman. dia hanya boleh masuk time waktu melawat jee. sepanjang 12 jam menanggung kesakitan tu aku hadap la sorang-sorang tunggang terbalik menggigil bergoyang katil-katil. terus kelam kabut menganggangkang nak meneran sekali doktor panggil ehh suami awak mana, nak kena emergency operate nii, anak awak dah berak dalam perut. ehh tanggalkan pakaian, bagi dia ubat demam, dia demam ni, pasangkan wire itu wire ini bukak semua contact lens subang ni semua bukak, sambil tolak katil berlari-lari anak, sambil nurse ikat rambut aku masuk dalam shower cap. hoiiiiii tragisnyaaa pengalaman bersalinkan bungaaaa ohammgeeeeee (-__-') haaaa aku tak nak jadi macam ni lagi dah. sumpah kelam kabut gile T___T 

haa dah abis episod selamat bersalin ditolak masuk wad, tak bolehhhh suami teman pulakkkkk. hoi sumpah aku tak fahammmm, kan orang lepas operate badan dia tak rasa apa-apa. keras macam batuu. yang anak kuakk kuakk menangis nak susu. dipanggilnya nurse mintak tolong pangkukan anak sebab mak nak menetek. sekali tiap 15 minit anak nak menetek tapi mak boleh kuis kuis pakai tangan je. terus panggil nurse lagi mintak tolong. kalau dah tiap 15 minit sekali anak ko menangis, takkan tiap 15 minit sekali ko nak panggil nurse tolong. pelan-pelan la si mak berdikari walaupun pedih tak terperi.T_T terus terdetik dalam hati, kan bagus kalau suami boleh teman disisi T___T dah la 3 hariii dalam wad, heyy rasa kepala berat macam batu dahhh. fobiaaaanyaa kalau ingat balikkk. (x_x) 

jadi aku dah set dalam kepala, walau apa jadi, anak kedua kali ni aku nak bersalin dekat swasta. dannnn sebab utama yang paaaling utama adalah bunga. sepanjang bunga lahir sampaiiiilahh keumur dia 2 tahun 5 bulan haritu, dia 24 jam depan mata aku. kalau ditakdirkan aku kena emergency caeser lagi, konpem-konpemmm paling kurang 3 hari aku dalam wad. 3 hari tanpa bunga disisi? allahhh. tak mampuuu rasa hati. T__T tak terbayanggg macam manaa tido takde bunga dekat tepi. baruuuu nak bayang dada dah macam nak pecah sebaknyaaa. T__T no no no again. konpemmmm, aku nak bersalin dekat hospital swasta. 


haaaa bila kaw dah buat keputusan nak bersalin dekat hospital swastaaa, takde yang lain yang kaw perlu sediakannnn selain DUITT ;) haaa siap capslock kawww sebab mak ni duit tak berapa nak ramai tapi impian mak besawww. nak tak nak mak pejamkan mata sambil menggoogle. nak sebuah hospital swasta yang mana semua kelengkapan dia mestiiiii lengkap. Aku tak nak tengah sakit-sakit tibe-tibe ada masalah komplikasi, terus hospital tu tak boleh handle dan end up, naik ambulan tolak ke hospital kerajaan. haa tak pasall sakit terus berganda-ganda. jadi stadi la aku siang malam hospital manaaa adalah yang paaaling canggih tapi nak harga yang paaaaling murah, boleh?😜 muahahah. dan yes, aku pilih Tunku Azizah Woman & Children Hospital dekat setapak ni.


dari segi segala servis dorang, ikhlass aku bagitau korang, baik dari layanan doktor, layanan nurse, kebersihan, kecanggihan, kelengkapan, semuaaaa tiptop. dah rasa macam hotel 5 bintang. dari awal kita check up time mengandung lagi sampai kesudah anak ko keluar, hanya satu doctor je yang handle kita. dan doktor dorang memang pakar level tertinggi dimata aku. macam aku haritu, Dr.Kay yang handle. dari awal siap mengangkang nak meneran dan tak jadi terus tiba-tiba kena emergency caesar jugak still doktor kay yang handle. tak de pass passkan dekat doktor yang lagi pakar ke lagi hebat ke takkk takk. setiap doktor dekat hospital ni memang terhebat. dia start operate orang dari tahun 1987. aku pun belum lahir.😂 bukan calang-calang doktor yang bersalin normal pun dia boleh, bersalin caesar pun dia boleh dan dia sangattlahhh tenang dan baik. cerita time bersalin tu nanti aku amek feel mengarang dulu yee. hihihi. 



hospital ni shoplot je tapi dia lengkap. kan sesetengah hospital swasta dorang boleh terima bersalin normal je. kalau tiba-tiba kena caesar,majoriti akan tolak ke kerajaan sebab takut ada kes pape melainkann dia adalah hospital swasta yang besarrrr macam prince court kee ha gituu ko tak yah risau, sedia jeee busuk-busuk 10 ribu, settle. hihihi. 

dari bab kemudahan dia, parking kereta senang, kedai makan senang, semua senang. bab layanan nurse pulak, aku rasa tiptopnyaaa hospital ni sebab setiap kali dorang nak buat pape, dorang akan bagitau. contohnya macam maaf puan, kita nak amek anak puan sekejap ye untuk cucuk bcg, maaf ye puan saya nak amek anak puan kejap untuk mandikan. dan selain tuu, kan sepanjang selepas operate mak yang dibedah ni tak boleh bangun selama 12 jam, jadi nurse la akan datang lapkan seluruh badan kita. ohhh terharunyaaa. lap lap bagi wangi sikittt segarkan badan sambil tukar baju segala kann. 



oh sebelum terlupa, wad dorang ada tiga jenis. suite, bilik satu katil, dan bilik 6 katil. macam aku haritu, aku prefer bilik satu katil sebabb aku nak syafiq dan bunga 24 jam depan mata aku.😅 kalau bilik yang 6 katil, kanak-kanak boleh masuk sampai pukul 10 malam je. takut menganggu pesakit lain kann. haaa bab paling besttt adalah bilik dorang. sebabbbb, sape-sape je boleh melawat sepanjang hari sampaiiii la pukul 10 malam. selepas pukul 10malam, dorang tutup pintu untuk melawat dah. untuk yang meneman tu takpee, duduk la dalam bilik masing-masing. siangnya penuh la bilik aku sebab syafiq, bunga, mama papa dan adik beradik aku semua adaaa. malam pulak syafiq dengan bunga je berkampung konon-kononnya ala ala check in hotel gituuueww :p


 haa aku rasa bersalinkan anggun kali ni tenangnyaaaaaaaa. tenanggg yang macam mana aku harapkann. semua smooth jeee. bunga pun baikkkkk langsungg tak buat perangai sepanjang dia tengok aku terbaring je. hihii.




 lagi satu nanti korang tak payah bawak segala mak nenek barang macam aku tauuu. berbeg-beg barang baby sekali time nak balik je baru guna. huhuu. semua kelengkapan baby dorang siapkan, kelengkapan si mak pun dorang sediakan macam tuala dan semua toiletris macam berus gigi sabun mandi ubat gigi semuaaaa laa, dorang memang bagi siap-siap dalam satu beg. nanti semua barang-barang tu boleh bawak balik takde masalah. sebelum balik pun dorang bagi lagi susu untuk mak dan bayi dua tin secara percuma, nursing cover percuma, eh macam macam lagi la percuma. free gift gituueww. bayar mahal-mahal kennnnnnn, dia macam all include la sebenarnyaaaaa :p


macam korang boleh tengok dari gambar ni,untuk bersalin normal, harga dorang dalam RM2500 manakala untuk bersalin secara caesar, harga dorang dalam RM6500. untuk emergency caesar, harga bergantung pada jenis-jenis kenapa diemergencykan caeser ituuu. kalau macam kes aku EMLSCS, dorang caj RM7637. haaa macam-macam harga kannn. nama lagiii swasta. ko tiba-tiba tak boleh kentut dan dibaginya ubat kentut pun kena caj tauu muahahaha (-___-') 


kesimpulan yang aku boleh buat, kalau lepas ni aku beranak lagi, konpemmmmm hospital ni jugak aku cari. since dua dua anak aku dah bersalin caesar, maka tentu-tentu lepas ni aku akan caesar lagiii. makaaaaaaa, jemputlah sediakan seketul tabung dengan namanya, 'tabung beranak' muahahaha :p





10 comments:

  1. tahniah sis nadia..pnh dtg sinj skli melawat kawan bersalin...staf2 dia mesra giler

    ReplyDelete
  2. Wahh..tahniah nad...swnyap2 ade isi rupanya..selamat berpantang nad..take care..😘😘😘

    ReplyDelete
  3. tahniah..sy pon deliver ngn doc kay jan 2016. doc kay sgt bgs and die sorg je yg berani ckp sy bole deliver my twins secara normal..alhamdulillah semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Hihi tabung beranak!!!

    ReplyDelete
  5. Part tak payah bawak apa2 tu menarik..datang melenggang pun boleh ni =)

    ReplyDelete
  6. wah congrats on ur newborn baby! hehehe last April I bersalin kat sini jgk. But I g ctu not because of the hospital, tapi ku mengejar dr zanariah hahaha...masa my 1st born, I bersalin dgn dr zanariah kat pusat perubatan naluri..that time Dr Kay was at Naluri as well. Then masa 2nd born ku tak dapat jejaki dimanakah mereka berdua so I choose ampang puteri under Dr Ariza (Dr ni ada byk good review dari officemate + fee bersalin kat ampang puteri that time sama jer mcm naluri, harga blm revise masa tu) Masa 3rd born, Dr Ariza dah pencen...then tiba2 dapat tau Dr zanariah & Dr Kay rupanya ade je kat Tunku Azizah yg lokasinya sekangkang kera dari rumah ktorg...phewww terus je la ke tunku azizah n check up with dr zanariah smpi lah ke bersalin. Tapi Allah beli menyayangi anak syurga saya...at week 38 di alam rahim, baby dah pergi dulu...and Dr Zanariah sgt baik tenang dan sabar melayan emosi ku huhu.. If ada rezeki utk next baby, will definitely choose tunku azizah again (now tukaq nama dah...rampai puteri pula namanya).

    sekian coretan pagi ehehe

    ReplyDelete
  7. KENA DATANG BUAT CHECKUP DULU X KALAU NAK BERSALIN KT SITU?

    ReplyDelete
  8. Hi, rasa lega nampak post ni sbb i nak cuba tanya tentang hospital ni sbb rumah i dkt setapak.

    1. Kalo tentang service and experience, 10 bintang penuh, u bagi berape bintang?

    2. Kalo ceasar, suami boleh ikut masuk ke?

    3. Dlm resit final, ade tak ape ape caj yg kami tak tau sebelum masuk?

    Terima Kasih Byk Byk! kalo rela, boleh whatsapp i kat 012 6465664,TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...