February 28, 2017

harga tiket ke playground The Parenthood sunway piramid

kalau dikira dari lahir, harini genap 77 hari umur anggun. since anggun kecik lagi, setiap kali kitorang planning untuk keluar berjalan macam shopping barang dapur keee, salah satu point yang paaaling kitorang menitikberatkan adalah keselesaan dia. aku takut kalau dia tak selesa, kang meragam pulak nanti. baby kan unpredictable. hihiii. tapi so far anggun sangattttlah senang dijagaaaa. alhamdulillahhh. :) dan dalam masa yang sama jugak, aku nak didik bunga supaya dia tahu dan rasa bahawa ada adik itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. semua benda mestiiii bersama-sama. jadi sebagai tanda terima kasih sebab jadi anak yang baik, kitorang bawak bunga pergi main dekat playground yang besarr. playground yang mak bapak pun boleh main samaaaa ;) 





selalu playground kecik dan biasa-biasa je. tak pun paling tidak playground dekat taman layang-layang :p muahahaha. tapi since anggun kecik lagi, aku prefer playground yang dalam bangunan tertutup dan beraircond. kang berpanas hujan pulak anak aku. jadi marilah kita ke The Parenthood dalam Sunway Piramid Shopping Mall. first time sampai, wahhhh bestnyaaaaaa. yang tak bestnya adalah ramai gileee oranggg. T__T time tu dalam pukul 3 lebih. tapi i is ok jeeee. dah bayar mahal-mahal kannnn, takkan tak nak mainnn (-_-')





gembiranyaaaaa hati tengok bunga kemainnnn happy. :) ye laaa playground tu kan besar. boleh lari-lari sana-sini. sekejap dia ajak main slide, sekejap dia ajak main bola, sekejap dia ajak main melompat. nasib baik syafiq seorang bapak yang jenis melayan.



bila anak dua ni, masing-masing kena pandai mainkan peranan. take turn gituewww. time syafiq handle bunga, aku jaga anggun. bagi susu kenyang-kenyang. bila syafiq jaga anggun, aku handle bunga. haa macam tu. kena saling tolong menolong dan tau peranan masing-masing, kalau tidokkk, anak kemana, mak bapak kemana. silap haribulan bergaduh laki bini masing-masing malas punya pasal eh noo nooo nooooo :))



since ada yang menanya, meh aku bagitau harga dekat sini siap-siap. senang korang nak pergi nanti. untuk hari biasa, dorang caj RM40 untuk sorang kanak-kanak manakala untuk hujung minggu, dorang caj RM50 untuk sorang kanak-kanak. harga untuk dewasa adalah percuma untuk dewasa pertama manakala tambahan RM5.30 untuk dewasa kedua dan seterusnyaaa. haa nampak tak, dah mcam kaunter pertanyaan jawapan aku muehehehe :p haa nanti korang jangan lupa bawak stokin siap-siap seketul sorang tau. tapi kalau tak bawak pun takpe, boleh beli dekat kaunter the parenthood ni. RM7 sepasang. bab makanan dan minuman pun korang jangan risau sebab sebelah the parenthood ni memang ada cafe dorang. Aku makan kuew tiau goreng haritu dalam RM9 lebih kalau tak silap. mineral water RM2.50 sebotol. kemainnnn mencekik harga air mineral. T_T  better bawak air dari rumah siap-siap. yang aku pulak peel bawakkkkkk je air tapi tertinggal dalam kereta pulekkk. parking kereta pulak nun jauhhhh di sana. (-_-') pasrahhhhhhh laaa hihiii.



tapiiiii, mungkin ramai yang tak tauuuu sebenarnyaaa kalau nak jimat, korang boleh beli voucher playground ni dekat application FAVE. :) haaaaa  korang pergi search FAVE dekat smart phone masing-masing dan install dekat hp yeee. nanti dah siap install, korang search theparenthood sunway piramid. dia ada dua the parenthood ni. satu dekat sunway putra mall, satu dekat sunway piramid shopping mall ni. aku prefer dekat sunway piramid sebab playground dia lagi besar berbanding dekat sunway putra mall. bila korang beli dari fave, korang akan dapat harga RM35 untuk sorang kanak-kanak tak kisah untuk hari biasaaa kee atau hari hujung minggu. dan nak lagi jimat, time nak beli tu korang masukkan kod diskaun TRYFAVE atau WELCOME. haaa nanti dari RM35 tu, korang akan dapat harga RM29.40 jeeeeeee. jimat kannnn. dah save banyakk tu dari harga asal RM50. :) hihiii. cumaaa satu smartphone hanya valid untuk satu pembelian voucher je. nak lebih kena bayar RM35 balik. tak dapat harga RM29.40 dahhh. cara nak guna voucher ni nanti time korang dah sampai dekat playground, sebelum masuk bagitau dia saya dah beli voucher dari FAVE. tunjukkan application FAVE korang dekat dia sebab nanti dia nak swipe hp kita untuk amek code pengesahan. itu ajeee. selesaiiiii. haaa jemputlah main sepuas-puasnyaa dari pukul 10 pagi hinggaaa la 10 malam :)) so far dah dua kali aku bawak bunga main dekat sini. so far berbaloiii laaa untuk merewardkan bunga supaya bunga tau, walau dah beradik, mak masih dan sentiasa menyayangimuuu gitueeewww ;))






6 comments:

  1. pernah pergi sekali best. yg tak best anak2 tak tahan tgk toys belambak2 so depa mengepau sakan. kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Suka tengok budak2 main dekat sini. Selesa pun selesa

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya... Thanks sharing sis senang nak rujuk drp pgalaman sis dh ke sana

    ReplyDelete
  4. Umur anak berapa tahun ye kena start bayar?

    ReplyDelete
  5. Umur anak berapa ya kena start bayar?

    ReplyDelete