Hi semuaaaa! :) Bila time cuti saja pasti aktiviti melancong dalam negeri dan luar negeri akan menjadi keutaman keluarga untuk membawa anak-anak makan angin. Melancong di tempat menarik seluruh Malaysia pasti menjadi keutamaan untuk menyahut kempen kerajaan cuti-cuti 1Malaysia. Jadi, dengan adanya pelbagai airlines service terutama AirAsia iaitu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCC) pasti akan menjadikan percutian korang lebih mudah.
Kalau korang ada bajet lebih sikit boleh bercuti ke luar negara dengan syarikat penerbangan LCC ni seperti ke Thailand, Indonesia, Australia, Maldives dan sebagainya.
Disebabkan zaman sekarang teknologi dah canggih, semua penerbangan korang boleh booking secara online dan kalau betul dengan teknik pembelian korang tu bukan saja boleh membeli tiket penerbangan murah, malah korang boleh membeli tiket penerbangan termurah serta mendapat penjimatan yang hebat.
Tips yang pertama adalah membeli tiket sendiri secara online. Dengan cara ni korang akan mendapat harga yang lebih murah atau harga promosi berbanding membeli tiket penerbangan dengan mana-mana travel agensi kerana AirAsia tidak memberi harga promosi kepada pihak agensi. Tambahan lagi, korang juga akan dikenakan caj bayaran upah sekiranya mengunakan khidmat travel agensi tersebut. Haaa, tu belum termasuk dengan duit minyak, masa dan tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian lagi, kalau tak memang mahal laa jawabnya.
Tips yang pertama adalah membeli tiket sendiri secara online. Dengan cara ni korang akan mendapat harga yang lebih murah atau harga promosi berbanding membeli tiket penerbangan dengan mana-mana travel agensi kerana AirAsia tidak memberi harga promosi kepada pihak agensi. Tambahan lagi, korang juga akan dikenakan caj bayaran upah sekiranya mengunakan khidmat travel agensi tersebut. Haaa, tu belum termasuk dengan duit minyak, masa dan tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian lagi, kalau tak memang mahal laa jawabnya.
Tips yang seterusnya ialah membuat bayaran tempahan menggunakan bank online atau sistem debit iaitu transfer cash dari mana-mana bank terpilih. Kenapa aku tak kata bayar saja menggunakan kad kredit? Sebabnya nanti transaksi korang akan dikenakan caj tambahan yang lebih tinggi berbanding sistem debit. Caj yang dikenakan pula bukan mengikut per transaksi tapi mengikut jumlah kepala atau penumpang. Hmmm, nanti elok-elok nak dapat murah jadi mahal pula. Satu cara yang paling bagus adalah korang menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh airlines ni sendiri iaitu BIG Prepaid Master Card AirAsia. Masukkan duit ke dalam kad tersebut dan korang boleh beli tanpa dikenakan sebarang caj tambahan di samping dapat mengumpul point untuk menebus penerbangan percuma.
Selain tu, tips untuk mendapatkan harga termurah yang jarang orang ramai ketahui ialah booking pada waktu malam. Di mana korang boleh membuat tempahan penerbangan pada waktu selepas tengah malam antara jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi kerana kebiasaannya airlines ni akan membuka harga promosi untuk penerbangan yang paling murah pada waktu tersebut. Lagipun, waktu tengah malam ramai orang yang dah tidur, jadi memang lebih mudah dan smooth sajalah bila korang buat tempahan. Kalau buat tempahan masa waktu sesak seperti pukul 7 pagi ke atas, tengah hari atau petang peluang nak dapat tiket termurah memang tipis. Kadang-kadang dah dapat tiket yang kita nak tapi masa nak buat pembayaran sistem payment dia hanged atau jammed pula. Tak memasal saja nanti korang stress. Hihi.
Memilih hari yang sesuai untuk fly ke mana-mana saja juga adalah merupakan one of tips to get cheapest flights. Korang boleh korang try to make flight booking pada hari Selasa, Rabu atau Khamis kerana pada hari-hari yang biasa ni memang akan ditetapkan sebagai 'hari kurang sibuk' untuk booking system. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk berbanding waktu holidays atau weekends seperti hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang di mana booking system dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk. Korang boleh cuba perhatikan bila buat booking flights yang dimana kita akan nampak perbezaan harga yang sangat ketara.
Banyak lagi tips lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan harga flights yang murah, lebih-lebih lagi kalau korang berkawan dengan traveller yang tegar dan kerap menggunakan AirAsia kerana mereka juga ada mendapat privilege dengan airlines tambang murah ni. Jadi, rajin-rajinkanlah diri korang berkawan dengan mereka untuk mendapatkan tips dan bersama berkongsi pengalaman kerana travel ni adalah suatu perkara yang menyeronokkan. Pastikan korang jadi traveller yang bijak memilih ya. Lets explore the world! :)