August 23, 2016
Bunga 1st birthday party di Mcdonald
aku rasa sebelum aku beranak pinak dengan lebih ramaii :P, better aku post entry birthday bunga ni secepat mungkin. (-__-') dah setahun terkandas di pertengahan jalan. dari anak aku umur setahun, dah 2 tahun dah bunga bulan lepas. (-_-') dari anak sorang, dah nak masuk dua dah punnn muahahaha :P
lamaaa gila aku peram cite ni. sebenarnya masa 1st birthday bunga dulu, aku yang beria nak buat dekat Mcdonald sebab kecik-kecik dulu mak nye tak sempat merasa :P lagipun Mcdonald pun takde lagi dekat kampung aku time tu muahahaha. so bila ada anak, aku jadikan anak sebagai alasan untuk sambut dekat Mcdonald. bunga cakap nak sambut dekat Mcdonald daddyyyy :P so bila dapat sejenis daddy yang sejenis pasrah, senang keje aku. kikikiii :P
dalam banyak-banyak Mcdonald di KL dan Selangor ni, aku pilih Mcdonald Titiwangsa sebabbbbb, dia mempunyai party room yang palingg besar berbanding mcdonald mcdonald yang lain. aku risau nanti padat sangat dengan umat manusia lain yang makan-makan dekat mcdonald tu. so once aku book mcdonald ni, dia terus tutup dua bilik party khas untuk majlis kita sahaja. so takde la bersepah dengan orang yang tak berkenaan kann. :)
yang bagusnya bila celebrate dekat mcdonald ni, semua preparation dari A sampai Z dorang yang handle. mana nak deco belonnya, mana nak setup mejanya, mana nak siap-siapkan game untuk kanak-kanaknya, haa senang cite semuaaa benda la senang cakap. part kita hanyalah korang tunggu untuk tadah bayar je. :P just bagitau dorang yang akan datang makan nanti berapa orang dewasa dan berapa orang kanak-kanak untuk memudahkan dorang sediakan makan minum dan segala mak nenek goodie bag untuk kanak-kanak ituewwww.
sepanjang majlis akan ada sorang hos mcdonald yang handle keseluruhan acara. jadi takde la aku kelam kabut mana nak handle majlis, mana nak layan tetamu, mana nak handle bunga (-__-') bagus kan, so aku boleh bersenang lenang bersorak tengok kanak-kanak riang main game. kikikii
cumaaaaa, part yang paaling tak best bila kaw celebrate di mcdonald adalah, masa dorang sangat fix. dorang bagi dalam 2-3 jam jeee untuk satu-satu majlis. tu pun sebab aku mintak extend sampai 3 jam. kalau tak 2 jam jewww T__T kalau start pukul 2, mesti abis pukul 4. kalau start pukul 4, mesti abis pukul 6. aku rasa macam alaaaaaa, 2 jam nak menyembang dengan semua tetamu punnnn tak sempat wey. nak bukak point untuk mengumpat jauh sekali, baruuu mukadimmah, terus times up. kuikuikui :P
untuk pengalaman pertama sambut birthday untuk bunga ni, birthday girl tak berapa nak ada mood sebabbbbbb dia adalah takut dengan orang. (-__-') dah nama pun lagi birthday awak bunga. tentu-tentu semua orang nak datang cuit sorang sikit kannn. :P dia kan tak biasa dengan orang. dia kenal mak bapak dia jewww, so dia cranky lewww :P nak nak time potong kek ada benda alah pop yang meletup tu. terkejut sampai meraunglah anak aku. jangan kata bunga, aku pun terkejut sekali. jakun kenn. :P hahaha.
thank you sooo much pada semuaaaa yang sudi hadir. maaf yeeee kalau ada terkurang terlebih papeee sepanjang majlis. maaf jugak tau pada yang aku termiss nak jemput. sorryyyy pleaseeee T__T
terima kasih tak terhingga pada semua yang dari duluu sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk bunga. terima kasih banyak-banyak untuk setiap hadiah dan sumbangan korang untuk bunga. :) tak terbalas rasanya kami suami isteri. semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki korang tauuu :)
Labels:
#bungaadeliasyazwina,
adelia syazwina,
aktiviti bunga,
birthday,
birthdaybunga,
bunga,
party
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senangnya nama blog awak. Nama saya Naida.
ReplyDeleteFrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Kat mcd masa memang terhad tapi senang tak perlu mengemas.
ReplyDeleteMeriah nye
ReplyDeletewahh bestnyaa
ReplyDeletehi nadia, boleh tanya.. berapa kos buat party kt mcdonald ni ?
ReplyDeleteBrapa awk hbis utk majlis ye
ReplyDeletesalam dear boleh i tau cos utk u celebrate beday anak u tak? mean package yang mne ye u ambik? tq ��
ReplyDelete