February 03, 2016

SAYA BUKAN PELACUR

Mungkin sudah tiba masanya saya menceritakan siapa saya yang sebenar. Nama saya Nadia Farahida. Seorang bekas pelajar lepasan Pengurusan Hotel dari sebuah university tempatan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 Besut, melanjutkan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3 di MRSM Kuala Lipis, Tingkatan 4 & 5 di MRSM Bitara Pengkalan Chepa. Bunyi macam wah hebatnyaaaa lulusan asrama penuh tapi percayalah, asrama penuh inilah yang mengajar aku erti sebuah kehancuran. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang aku lalui 10 tahun dulu sehinggalahh saat ini, saat aku menceritakan dari sekeping hati yang jiwanya pernah mati.
Aku mula menjadi harapan mak ayah aku time aku darjah 6. Tersenarai dalam Top 5 Pelajar Cemerlang sekolah, menjadi Penolong Ketua Pengawas, mendapat keputusan 5A dalam kesemua mata pelajaran UPSR aku cukupppp membuatkan mak ayah aku bangga. Tipulah kalau aku cakap aku tak bangga, kembang setaman babe :P kaw ingat senang nak dapat 5A? Hihihi. Baikk sambung cerita. :P life was sooo wonderful. Straight A UPSR, Straight A PMR, maka aku ditawarkan pula ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa. Sebuah MRSM terkemuka yang rasanya rata-rata semua mak ayah nak anak dorang masuk MRSM Berbitara ni termasuk la mak ayah aku.

Once aku masuk ke MRSM ni, aku semakin memikul 1001 harapan keluarga aku. yes, i have a big dream too. Plan aku time tu adalah abis je spm nanti, aku nak sambung pelajaran dekat luar Negara. Australia terutamanya. Tak kesah jurusan apeee, janji belajar luar Negara. Supaya bila orang tanya mak ayah aku nanti, anak awak belajar mana sekarang. Oooo luar Negara. Confirm orang akan kagum dan mak ayah aku mesti bangga. Seronoknyaaa! Tapii, semuanya musnah.

1001 harapan keluarga aku berkecaiiiiii sampai result SPM pun sampai ke sudah aku tak pegi amek. Kaw faham tak macam mana sakitnya aku rasa bila aku hancurkan harapan tinggi melangit mak ayah aku. semua sebab sebuah maruah aku yang hancur.

Sampai aku mati, mustahil untuk aku lupa ketika aku diuji dengan tohmahan yang paaaaling berat aku pernah pikul. Setahun babe, aku lalui seorang diri. Duduk di asrama, pegi makan dekat dewan makan sorang diri, pergi kelas sorang diri, pergi prep sorang diri, pergi mandi seorang diri, pergi padang sorang diri. Takde kawan dan takde sape sudi kawan dengan aku. Dan kerana setahun berseorang diri ni lah menjadikan siapa aku sekarang.

Mustahil aku boleh lupa, lepas siap makan di dewan makan, sekumpulan ‘kawan’ yang pernah menjadi kawan membaling semuaaa sisa-sisa makanan pada aku time aku tengah berjalan di depan semuaaa pelajar lelaki dan perempuan. mustahil aku boleh lupa semuaaa yang ada dalam dewan makan tu berteriak keseronokan memboooookan aku. mustahil aku boleh lupa wajah jelik disetiap muka di dewan makan itu memandang aku. Mustahil aku boleh lupa meja dan buku aku dalam kelas sentiasa menjadi mangsa air dan sampah sarap oleh sekumpulan kawan itu. Kaw minum air, air selebihnya kaw tuang dekat meja kerusi aku kenapa. Kaw makan kenyang, kaw pegi sapu meja kerusi aku dengan sisa lauk pauk kaw kenapa.

macam manaa aku boleh lupa bila kejatuhan aku adalah sebuah kemenangan bagi korang. Mustahil aku boleh lupa, hampir disetiap public phone sekolah ada nombor hp aku. mustahil aku boleh lupa hancurnya sekeping hati aku bila depan mata sendiri tengok terpampang


 ‘NADIA PELACUR 012-92902**’

di beberapa tandas awam sekolah. Allahurabbii. Kenapa korang menzalimi akuuuu. Satu sekolah memandang aku hina. Setiap hari aku menyendiri. People keep talking and never stop. Nama saya buruk, maruah saya hancur. Setiap hari lelaki mana ntah telefon aku ajak main sebab aku pelacur. Nama aku nadia pelacur. Sape-sape boleh call sebab dah terpampang dekat toilet nama aku gitu. Allahurabbi, masa ni aku dah zero. Aku rasa nak bunuh diri supaya aku dah tak perlu nak hadapi semua ni sorang diri. Tapi nak tak nak, aku kena lalui sebab time tu dah penghujung tingkatan 5. Nak tak nak, aku kena lalui sampailah habis exam SPM.

Aku still ingat macam mana rasa bila kaw tak mampu dah berhadapan dengan semua orang yang tak henti-henti menjaja fitnah kita, aku still ingat macam mana takutnyaa nak keluar beli makanan banyak kali sebab setiap kali orang nampak aku, orang akan membooookan aku. end up, aku mencatu sebungkus nasi itu. Aku still ingat macam mana rasa bila orang yang menzalimi aku sentiasa ada dengan aku. di depan mata aku. sebilik, sekelas. End up, aku menyembunyikan diri di dorm kosong yang takde sorang manusia pun duduk situ. Aku soranggg jeee. Tidolah aku dekat situ, makanlah aku dekat situ. Sebab takut dicaci lagi.

Aku still ingat macam mana seronoknya korang bergelak gembira menghala iron panas betul-betul depan muka aku, demi sebuah keseronokan kemenangan. Aku tak faham. Dan sampai kesaat ni aku tak faham. Mungkin seronok bagi korang tengok aku macam orang bodoh terkebil-kebil sikit pun tak bersuara. Mungkin seronok bagi korang setengah jam sebelum exam paper Kimia SPM start, korang bantai sorok kasut sekolah aku. sampai kesudah korang tak bagi aku. aku jalan kaki ayam babe macam orang bodoh cari kasut nak gi exam. End up, aku kutip kasut koyak buangan dekat tong sampah. Abis je exam, korang boleh letak balik kasut sekolah aku tanpa sikit pun rasa bersalah betul-betul depan mata aku sambil bergelak ketawa. Allahuuu.

Seumur aku hidup, aku tak pernah jumpa manusia sezalim korang. Koranglah yang paling. Korang jaja cerita aku, korang fitnah aku bertalu-talu sampai satu sekolah tak sudi pandang aku, mungkin time tu korang lupa, Allah itu satu.

Sejak time tu, aku memilih untuk tidak dikenali lagi. Aku memilih untuk menyendiri. Aku tak suka orang kenal aku, aku tak suka orang tahu sejarah hidup aku. aku tak suka orang tanya betulkan awak nadia yang pelacur itu. I had depression and it was very severe. It kills me. Dia membunuh seluruh jiwa aku dari dalam sampai pernah satu tahap, aku rasa kosong. I kept asking, kenapa Allah uji aku dengan ujian maha hebat ini disaat permulaan untuk aku berjaya. Takde sorang pun sudi kawan dengan aku unless, dia adalah seorang lelaki. Yang mana aku percaya, dorang berminat untuk melanggan aku. bukan menjadi kawan aku. at this moment, aku tak percayakan lelaki. Aku tak percayakan sape-sape. Aku tak nak berkawan dengan sape-sape. Sebab? Sebab kawan baik sendiri yang menzalimi aku.

Berbulan-bulan aku amek masa untuk memulihkan dalaman aku, bertahun tahun aku amek masa untuk percaya tak semua orang jahatnya begitu. Kenapa aku post cerita ni dan macam mana aku pulih? Jadikanlah pengajaran supaya kita tahu, tak semua orang tu baik dan tak semua orang tu jahat. Allah cipta bermacam jenis bentuk supaya hidup kita lebih meriah :P To be honest, dalaman aku tak pernah pulih pun Cuma kejatuhan mendorong aku untuk buktikan yang aku boleh. dendam luka yang ada dalam hati aku memaksa untuk aku lebih gigih. Supaya satu hari nanti, walaupun aku tak mampu membanggakan mak ayah aku dengan belajar ke luar negara, memadai mak ayah aku bangga bila tengok muka anak dia di surat khabar dan majalah-majalah dan mengaku, anak sayalah itu. itu lebih mengubati dan membahagiakan aku.

Kadang-kadang, kita mungkin lupa. Ibubapalah kunci sebenar kebahagiaan kita. Jangan terlalu mengejar perhubungan sebuah persahabatan sebab ketahui, satu-satunya manusia yang terus tetap akan mengutip setiap serpihan jatuh bangun buruk baik kita hanyalah ibubapa kita. Satu-satunya manusia yang tak pernah berhenti mengasihi kita dengan ikhlas hanyalah ibubapa kita. Selebihnya, ingat. Walau seakrab mana pun kawan kita, hati manusia boleh berubah. Tak mustahil yang paling baik dengan kita akan menjadi duri yang paling tajam memusnahkan hidup kita.

Stop asking kenapa Allah uji kita tapi selalulah ingatkan diri kita, setiap apa yang kita lalui dan bakal lalui mesti ada hikmahnya. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. Cukup menghukum manusia lain dari sejarah lampau mereka sebab di setiap masa lampau mereka, hanya mereka je tahu apa sebenarnya yang mereka lalui.

Kegagalan adalah guru terbaik untuk seseorang terus bangkit. Jiwa aku pernah mati. Maruah aku pernah dijual beli. People starts to pay attention bila at the age of 22, aku mampu beli sebuah rumah condominium with major renovation di tengah Bandar Kuala Lumpur. Aku mampu memiliki beberapa buah kereta tanpa sorang pun tahu jenis-jenis perniagaan apa yang aku miliki.

Listen, kesakitan yang aku pernah lalui dulu mengajar aku, orang akan pandang kita bila kita berharta. Orang akan menyanjung kita bila kita punya segala. Memang itu lumrah kehidupan manusia. Kalau kaw nak disanjung, then work hard. Thats it. Full stop.

To those who put me into all these kesakitan yang bertahun-tahun aku tak boleh lupa dan mustahil aku boleh lupa, thank you so much. Aku percaya Allah ada.

3A's in spm, nama saya nadia, ini kisah benar saya. Dan saya bukan pelacur itu.