January 20, 2016

Tips kurus paling mudah dan mujarab :)

haiiii semuaaaaaaaa! ;) awak rinduuu sayaaa takk? :p harini saya kembali bersiaran selepas hampir setengah tahun mood saya menyepiii :p hihii. ok setelah sekian lama, mungkin korang dah lupakan aku. :p so mari saya kenalkan diri saya terlebih dahulu ;) nama saya nadia farahida :P awak boleh panggil saya nadia ;) untuk pembuka tirai tahun 2016 ni, since ramaiiii yang pm dan whatsapp aku tanya, so marilah aku berkongsi cerita. :) sebenarnya aku tak gemar sangattt nak berkongsi tip-tip episod kehidupan segala bagai ni sebab rasa macam helloooo, good good sangat ke kaw niii nak kongsi tip tip segalaa. :P tapi memandangkan ramai yang tanya, baiklah. mari aku kongsikan. poyo tak statement gini? :P muntah hijauuuu katekaw HAHAHA :p 





sebelum ada anak ;)

paling kiri dalam gambar, sebelum ada anak jugek ;)

ok berbalik kepada tips kita, since ramai yang tanya macam mana aku boleh kurus. hamboii sentap makkk, nampak sangat sebelum ni aku gemuk gileee khennn tapi takde sape pun berani cakap :P HAHAHA. tapi takpe, i is redhoooo :p hihi. sebenarnyaaa bagi aku takde la kurus mana sebab badan asal aku sebelum kawen dulu berat 44 kg je. berat naik mencanak-canak selepas kawen sampai 60kg ++. kemahinnn bahagia sampai sikit punya payah nak turun. last-last tak turun-turun pun sampaiii laaa aku selamat mengandung. so makin bertambah la berat aku kan. tapi time tu tak risau mana dah bab gemuk-gemuk ni sebab dengan harapan bila orang cakap, mak aii gemuknya kawww. boleh la aku jawab takpeeee, gemuk ada isi. kikikiii :p tapiiiii dalam hati seram sejuk jugakkk. macam mana kalau bila dah bersalin nanti tak kurus-kurus. dah tu nak bagi alasan ape pulak, isinya dah keluar. kurusnya idok :p HAHAHA. jadiii, antara tips yang aku amalkan adalah,

1. no ais
aku tak pasti badan korang macam mana tapi kalau kaw tanya badan aku, since bunga fully breastfeed, ais adalah milk killer aku. sebelum ni aku tak pernah tahu pun yang ais boleh menganggu penghasilan susu badan tapi dulu time mula-mula habis pantang, kemain indahnya rasa dapat minum ais. sekali susu aku drop. hoiii serammmmmmm. (-__-') so dari situ baru aku tahu, selagi bunga fully breastfeed, selagi itulahh aku tak boleh minum ais. sedangkan kalau korang nak tahu, sebelum aku bersalin dulu, akulah spesis ais dan aku berpisah tiada. setiap kali minum air, wajibbbbbb letak ais. walaupun air tu dah sejuk. walaupun waktu bersahur. semuaaa mesti ada ais. :) mula-mula mind set aku tak kuat jugak sebab ye laa kita dah terbiasa minum ais kan, mana hilang dahaga kalau tak minum ais. kaw tahu cara aku hilangkan dahaga macam mana? minum air panas. bukan suam, panasssss. takde yang tengah mendidih tuuu idokleee, kaw gileee :p hihi. tapi panas yang kaw kena hirup sikit-sikit. baruuu hilang dahaga. aku syak air panas tu la kott yang mencairkan lemak-lemak aku :p so sekarang aku dah terbiasa minum air panas. hihi.
 

2. fully breastfeed
aku pernah baca time mengandung dulu, breastfeed membantu pembakaran kalori dalam badan kita tapi nawaitu kita menyusukan anak kena betul. kaw menyusukan anak sebab nak kurus kee kaw menyusukan anak sebab memang kaw nak menyusukan dia. haa gitueww. so kalau korang tanya aku, bila aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang takde seorang pun dalam sejarah keluarga tersebut disusukan dengan susu ibu sepenuhnya sampai umur 2 tahun, aku terus berkobar-kobar nak cuba try and error dan buktikan aku boleh. sebenarnya aku takde la kuat mana pun. pernah je beberapa kali sepanjang tempoh penyusuan bunga susu aku drop dan aku give up, tapi ntah. macam ada satu benda yang menghalang aku untuk terus sua susu tepung pada bunga. so aku sambung mengepam balik. walaupunnnn time tu dapat 1 oz jee ('-_-), aku tetap gigih mengepam sejam sekali kee. setengah jam sekali kee. janji susu aku. dan alhamdulillah, bunga still fully breastfeed sampai ke harini. dan percayalahhhh, sepanjang 1 tahun 6 bulan umur bunga ni, susu yang dia minum setiap 2-3 jam setiap harini adalah hasil pam manual sahajaaaaa. :) gigih kannn. padahal ada je pam elektrik tapi suction pam elektrik tak sekuat dan secepat pam manual. so sampai sudah aku serasi dengan pam manual je walaupun kadang-kadang rasa tangan dah kejang. hihiii. so dalam tips ni, aku rasa pam manual la kott banyak membantu tangan aku mengecik sebab dah kerja aku mengepammm je tiap jam :P mengepam secara manual ni lebih kurang macam bersenam jugak laa sebab dia memerlukan tenaga.


3. reverse psykologi 
sebenarnya tips ni aku tak pernah kongsi dengan sape-sape sebab aku rasa cara aku ni teruk gile. HAHAHA. tapi sebenarnya, reverse psykologi ni la yang banyak membantu aku. reverse psykologi ni adalah sejenis mind set yang aku sokmooo bercakap dengan diri aku sorang-sorang. macam manaaa kalau satu hari nanti tiba-tiba syafiq tinggalkan aku dan alasan dia tinggalkan aku adalah sebab aku gemuk. amaigadddd. T__T lelaki babe, aku tahu syafiq tak sekejam itueww :P tapii dah lumrah mereka dicipta sejak azali memang suka dan akan tengok perempuan cantik dan slim. :') so atleast, bila aku sedar aku tak cantik, aku kenalah berusaha kearah itueww supaya cantik dimata suami aku pun jadilahhhh :P


4. dendam kesumat
HAHAHA. ni tips paling kejam. aku kumpulkan kata-kata perlian orang untuk jadikan pemangkin untuk aku kurus. duluuu, sebelum aku mengandung, aku pernah beberapa kali kena perli dengan beberapa hamba allah yang sokmo cakap aku macam kakak syafiq. T_T ye laaa, bila kita berisi, kita akan nampak lebih berusia. syafiq pulak jenis takde la gemuk mana. kurus melidi pun tak. tapi mungkin sebab aku gemuk sangat kottt dulu, so aku dapat la gelaran kakak syafiq. (-__-') sentappp, tapi aku diamkan aje laaa. so dari situ aku terus simpan nekad untuk kurusssssss supaya dengan harapan nanti orang akan cakap aku anak buah syafiq pulewww :P mueheheh


5. welcome back
sambungan dari tips dendam kesumat tadi, jenis aku, bila aku nekad, aku mestiiii dapat ape yang aku nekad. so sepanjang tempoh kenekadtan aku, aku takkan post sebarang post atau share apa-apa yang berkait dengan impian untuk kurus aku kat facebook atau blog atau pada sape-sape je sebabbb, aku takut sampai sudah tak kurus-kurus. T__T lagi haru sebab konpem-konpem nanti orang akan gelakkan aku. kemainn beria misi nak kurus, diet seimbanglah bagai, sekali kurusnya idok. nanti banyaklahh anasir-anasir yang akan gelakkan aku dari belakang. so aku diamkannn dulu nekad aku supaya bila dah berjaya kurus nanti, baru la aku boleh memoyokan diri. contohnya dengan mengarang entry macam sekarang. :p muehehe. nauzubillahhhhh. tak baik nadiaaaa. allah tarik balik baru tahuu. (-__-') :P 


6. jangan makan makanan berat lewat malam
duluu aku sokmo dengar orang cakap, bila kita fully breastfeed, kita akan cepat lapar. aku ingatkan main-main atau mitos semata-mata tapi percayalah, bila aku lalui, baru aku tahuuuu. rupanya bila kaw breastfeed, kaw akan melantak macam hantu raya. hahaha. mak aku sokmooo terkejut macam mana aku boleh habiskan makanan yang banyak gileee dalam satu masa contohnya syafiq makan sepinggan je dah kenyang, aku boleh bantai dua pinggan dengan selamba. breastfeed la jawapannyaa. :P tapiiiii, walau sehantu raya aku makan, aku tak makan nasi dah lewat-lewat malam. duluuu sebelum mengandung, aku suka makan nasi lewat malam. dalam pukul 11 kee, 12 kee, kadang sebelum tido makan nasi lagi. so aku syak ni antara punca aku senang gemuk dulu. makan lewat malam. so bila ada anak, tengah malam still lapar, tapi aku takkan makan nasi. aku makan makanan ringan yang mengenyangkan jee macam roti kee, biskut kee. janji makan. tapi pukul 8 atau 9 malam wajib makan nasiiii. tengah malam je tak bantai nasi dahh.  


haaa rasanya ni je la kottt tip-tip yang aku amalkan sejak bunga lahir sampai sekarang. takde la tip mane punnn sebenarnyaaa :P try and error jeee. janji nekad untuk kurus tu ada dan jangan bagitau sape-sape. :) so bila kaw kurus sikit, konpemmmm orang akan perasan daripada kaw asyik laa bagitau orang kaw tengah berdiet nak kurus tapi sikit pun idok berganjak, itu lagi kesiann. kang kaw jugak yang sentap bila orang perli. hihiii. baiklahhh, sekian duluuu untuk episod kali inii dari saya si emak beranak satu. ;) 





baiiiii ;)



23 comments:

  1. Salam, kadang lupa minum ais tak elok, main order je, kat umah bolebja tak da ais. Thanks for the tips. Comel sangat bunga :)

    ReplyDelete
  2. Nadia..memang nampak banyak kurusnya kalau compared dengan gambar sebelum kawen tu..
    sangat salute kat nadia..
    kami sebelum kawen 45 sekarang dah 53-55kg. huwarghhhh

    ReplyDelete
  3. memang berbeza .... hehehehe... kipidap dongibab :)

    ReplyDelete
  4. memg kalau kurus nampak muda kan? eh nak kuruslah.alamak xleh ckplaaa t makin gemuk acane hahahaha...tpi series mcm kakak dgn anak je ko dgn bunga

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaaaaaaaaa

    kurusssssssssssssssss

    menangis hakak tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    *sambil hentak perut berlemak ke denden*

    ReplyDelete
  6. banyak sgt losss kg.huhu..tp jgn minum ais tu tips yg sgt penting..itu yg sy amalkan utk maintain berat..sb bdn jenis cpt naik jgk ;)

    ReplyDelete
  7. wah...memang nampak sangat perbezaan tu...
    tahniah!!!

    ReplyDelete
  8. terpanah tips tu dekat kak julia huwaaaaaaaaa semua tu sis disebaliknya...tu sebab mcm belon...kena kental ni huhhh...suka tgk yaya sekarang memang nampak muda mcm tolak adik je baby tu tau hehe

    ReplyDelete
  9. kurusnyeee.. lain sangat dengan gambar atassss.. uhuk uhukkk!!

    ReplyDelete
  10. huhuhu nak nages sb zaza pun gemok! balik je kg semua sedara kwn2 tegur. kena kuat berdiet ni.

    ReplyDelete
  11. Nis pun nak kurus akk. Sejak pregnant ni berat makin bertambah. Akk ada ambil jamu tak untuk bantu turunkn berat badan? Hehe

    ReplyDelete
  12. wahhh..tahniah sebab berjaya mencapai misi menurunkan berat badan. walaupun sudah bergelar ibu, penampilan mesti dijaga. kan..kan..kan..

    i follow u...

    ReplyDelete
  13. wahhhh..nk kurus jugakkk..opss..ok..terbagitau plak..haha
    mmg nnmpk sgt beza tu..

    ReplyDelete
  14. senaman memang perlu jugak sebenarnya, bestnya dah kurus tu

    ReplyDelete