Lazada Malaysia

January 21, 2015

persediaan first solid food untuk bunga :)

kalau ikutkan kiraan hari dari hari pertama bunga lahir, hari ahad ni genap umur bunga 180 hari yang mana nurse ada bagitau aku hari tu, 25hb januari nanti dah boleh start bagi dia makan slow-slow. aku macam wahhhhhhh, besttttnyaa! ;)) teruja gilaaaa nak bagi anak try makanan tapiiiii dalam masa yang sama, aku rasa macam ehh 6 bulan dah keeee umur bunga? (-__-') cepatnyaaa bunga besar. T__T rasa macam baruuuuuu bulan lepas keluar hospital huhuuu. mummy rasa bunga macam bayii-bayii jeeewww lagiii tolonggg la pahamm. :p

jadi sebagai seorang mak untuk pertama kali, haruslahh aku terkinja lebih. :p gigihhhhhhh aku studyyyy dekat dua minggu pasal first solid food untuk baby. selain study segala jenis makanan untuk bayi, haruslah dalam masa yang sama aku study jugak apaaa kelengkapan dan peralatan yang diperlukan untuk menyediakan makanan-makanan bayi ni nanti. hihii. ;) antaranyaaaaa adalah,


paaaaaaaaling penting adalah blender. dalam banyak-banyak baby food blender, aku paaaaling berkenan dengan tommee tippie explora baby food blender ni sebab cute miut sangatttt design dia. rasa macam konon-konon setiap kali aku blender makanan tu nanti, makanan-makanan tu semua akan keluar cute miut jugak hewhewhew :P 


dalam banyakkk-banyakkk kedai yang aku survey jual blender tommee tippee, ni paaaaaling murah aku jumpa. aku beli dengan inaz, roomate aku time belajar mrsm kuala lipis dulu huhu. :) the cheapest in town, percayalahh! rata-rata orang jual RM110 keatas. belum masuk postage lagi selalunyaaa. (-__-') nanti kalau korang nak beli, cakap tau dari blog aku ye. nanti inaz bagi harga RM100 with free postage.


weaning spoon tommee tippee ni pon aku beli dengan inaz. still the cheapest in town sebab selalunya orang jual satu pack weaning spoon yang dalam ni ada 5 ketul sudu RM30. belum masuk postage. dengan inaz korang boleh dapat RM25 with free postage. haaaa, jimat kann? ;)) korang boleh contact dia dekat facebook ni, Inaz Ramlee sebab selain dari barang tommee tippee, dia ada jual jugak barang-barang dan baju kanak-kanak lain. kalau korang nak beli papee je nanti, try mention tau blog nadia. insyaAllah inaz bagi diskaun. ;) eh ni bukan iklan berbayar tau. :p ni aku share berdasarkan pengalaman aku beli barang persediaan untuk bagi bunga makan nanti dengan harga paling murah. hikhikk ;)) 

selain blender dan sudu, ada beberapa ketul barang tommee tippee yang aku beli dari Lazada antaranya,

Explora Cool And Mash dannnn

2 Tommee Tippee Pop Up Weaning Pot.

explora cool and mash tu sangatt menarik perhatian aku sebab dia sejenis mangkuk makanan yang tertutup tanpa perlu keluarkan atau sepahkan sudu letak merata. dia memang ada tempat khas untuk letak sudu selepassss suap baby makan. contohnyaa laa suap 10 minit, baby tak nak dah. so stop kejap, jap lagi sambung balik tanpa meletak sudu tu merata-rata dan still dalam keadaan bersih. tu paling penting. selain tu, mangkuk cool and mash ni best sebab contohnyaa laa kita blend buah dan ada beberapa ketul yang belum hancur, dekat dalam bahagian tepi mangkuk ni ada tempat melenyekkann. so takde la risau baby termakan yang seketul-seketul besar. ;) untuk pop up weaning pot, dia lebih kepada bekas simpan makanan yang kita nak buat stok dan dia senang nak keluarkan makanan dari bekas tu nanti walaupun makanan tu still beku. untuk dua barang dekat atas yang aku beli dengan Lazada ni, aku beli yang combo set. dua ketul barang ni RM55.90.

http://www.lazada.com.my/best-price-of-2-tommee-tippee-pop-up-weaning-pot-44650238-explora-cool-and-mash-44670238-free-heros-mug-774583.html

untuk botol tommee tippee explora soft spout dekat bawah ni, aku dah lupaaa dekat facebook apa aku beli tapi seketul RM25 kalau tak silap. 



untuk bib-bib ni, semua dapat hadiah masa bunga lahir hari tuuu. ;) hihi

dan selain barang-barang tommee tippee ni, tak perluuu pon sebenarnyaaa tapi aku kan sokmoooo overr :p 


ada anak kee takde anak kee, rumah aku memang ada segala pinggan mangkuk plastik ikea ni sebabb aku tak sukaaaa makan atau minum dalam pinggan atau gelas kaca T___T jadi bila ada anak, boleh laa kita guna untuk bunga. :) nenanti laaaa, bukan sekarangg :p kihkihkih. 

selainnnn dari segala barang-barang dekat atas ni, dari apa yang aku stady laa, benda penting lain yang diperlukan semasa proses penyediaan makanan untuk bayi adalah penapis dan steamer. penapis guna selepassss kita blend makanan tu nanti sebab mungkinn ada makanan yang tak dikisar sepenuhnya dan steamer di perlukan untuk setiap kali sebelum blend makanan tu, kita kena steam dulu. takkan nak goreng pulak ye dak? :p hihihi. 

ok settleee bab barang-barang keperluannn. untuk makanan pulak, makanan apakahhhh yang diperlukan oleh perut bayi untuk pertama kali makan? sebenarnyaaaa, dari apa yang aku baca dan belajar, makanan untuk bayi semasa 6 bulan ni bukan fokus kepada untuk mengenyangkan. dia sebenarnya lebih kepada melatih baby tu start menggunakan deria rasa dia. nak kenal rasa manis keee masam keee dan melatih perut baby untuk terima benda baru. tapii korang jangan salah konsep, bagi makanan banyak-banyak supaya baby kenyang lama jadi susu pun boleh dikurangkan. tidakkkkkkkk. (-__-') susu stillllllllll makanan paling perlu dan utama mereka. sebab tuuuu makanan untuk 6 bulan adalah buah-buahan atau sayur-sayuran semataaaa. semua buahan-buahan dan sayur-sayuran ni mesti dipureekannn terlebih dahulu dan untuk 6 bulan, adalah dinasihatkan oleh doktor untuk kita amalkan konsep 4 Days Rule ni. 


maksud four days rule ni adalah empat hari pertama yang kita bagi dia makan, kita bagi satu jenis buah sahaja duluu contohnya untuk hari pertama hingga hari keempat, kita bagi puree apple sahaja. habisss empat hari apple, kita bagi puree pisang. habis empat hari puree pisang, kita bagi puree carrot. dannn seterusnyaa sampaiii habis sebulan. kenapa kena bagi satu satu macam ni? sebabbb, kita dalam proses mengenal pasti buah atau sayur manaa yang sesuai dengan baby sebab ada setengah bayi, perut dorang sensitif kalau main makannn jee. so at least, bila kita try satu-satu macam ni, bila kita nampakk ada something wrong somewhere macam naik bintik-bintik merah ke, alahan pape ke, atau baby kita tak suka dengan makanan tu, kita boleh stop dan tukar buah lain. haaa gituuu. :) bila masuk 7 bulan dan bulan-bulan seterusnya baruuuu kita boleh start bagi baby makan bubur nasi. time tu usus perut dia dah terlatih sedikit untuk terima pepejal selepas sebulann makan puree. jangan terus bagi bubur nasi time 6 bulan. T__T kesiannn perut dia nanti. kita macam memaksa dia untuk terus terima sesuatu yang mengenyangkan sedangkan usus baby belum ready sepenuhnya lagi untuk pepejal.(-__-')

tiba-tiba rasa macam ehhh napee skema sangattt entry aku hari ni? :P haha. rasa macam entry cikgu-cikguu yang sedang mengajar tentang pemakanan yang sihat sangatttttt ;p muahaha. ohh sebelum terlupaaa, untuk menyenangkan kerja, tak salahhh kita bagi baby makan nestum tetapiiii sebenarnyaaa, cuba kita bayangkannnn nestum tu adalah meggi. :) sejenis makanan segera yang mengenyangkan tetapiiii tak berkhasiat. agak-agak zat ape baby nak serap masuk dalam badan dia dari nestum tersebut sedangkan time bayi niii laaa dorang perlukan segala zat-zat besi untuk menambah vitamin dalam badan. eh nestum ada vitamin ke? macam pelikkkk jeee. hewhewhew. magi ada vitamin? (-__-') :p aku sebenarnya bangsa paaaaaaaaling malas nak masak, tapi demi anak, kita cubaaa usahaa. nak seribu daya, taknak seribu dalih. eh ehhh? :p ewahh ewahh ehhh :p

 

11 comments:

  1. sediakan solid food anak memang best. Enjoy yeah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum yaya, you right bebeh. haahahha nesketum is BIG NO to anak. takmau jadi umi yang pemalas. nanti dah tua, anak pula suap MAGGIE kat aku, boleh bawa sentap kot. ahahahhahhaa... yeayyy bunga nak makan...

    ReplyDelete
  3. Oh yaka boleh ikut kiraan 180hari tu...ank saya birthdate sama ng bunga... yang abah nye ni da x sabaq nak sruh bg solid food...so hari ahad ni da bolehla rasmi puree carrot

    ReplyDelete
  4. bunga dah nk msuk 6 bulan ke? Ya Allah...cepatnyaaa ...ema rase mcm nadia baru je bersalin hr tu...heee...cpt btul mse berlalu...

    ReplyDelete
  5. tak dapat bayang lagi macamana guna menatang2 tu nanti aku ada anak aku study kaw2 oke, tapi skank nak study kaw2 gila2 pasal entry aset yang paling berharga selain zuriat kat blog kau ni.tu aku suka haha...

    ReplyDelete
  6. tak sempat visit Bunga, dah 6 bulan ye..cepat tol membesar ni..

    ReplyDelete
  7. hehe sy pun beli jugak explore set tuu..senang nak bg baby mamam..elok2 jew ngn mulut baby..tp ingat nak try explora soft spout tu sbb skrg guna yg spout kenyal tu baby cam tak pandai nak isap dia gigit2 pulak hehe..

    ReplyDelete
  8. wah.. ulwan tak mule makan lagi.. tak sabar nak tunggu die setahun..

    ReplyDelete
  9. Nak tanya, mana nak dapat Tommee Tippee Food Blender yg ready stock eh? merata cari nihh :'(

    ReplyDelete
  10. Mana nk cari Tommee Tippee Food Blender yg ready stock tu eh? Merata cari ni :'(

    ReplyDelete
  11. sekarang dah payah nak cari blander ni , kawan yaya xde jual lagi keee ????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...