December 28, 2014

mari bantu mereka T__T


bismillahirrohmanirrohimmmmmm. T____T Ya Allah, aku tak tauuuuuuuuuu nak mula macam mana. dah berapa hari hati aku rasa macam kaca pecah berderai setiap kali bukak facebook. tak terluah. sedihnyaaaaaaaaa Ya Allah. pilu hatiiiiiii aku Allah je tau. aku dilahirkan di Jerteh, Terengganu. sebuah bandar kecil berposkodkan negeri Terengganu tetapi daerah yang paaaaaling hampir dengan negeri Kelantan. syafiq orang Pasir Putih, Kelantan yang mana satu-satunyaaaa daerah dalam Kelantan yang masihhhh terselamat dari bencana banjir. Alhamdulillah kampung dan keluarga kami masih dilindungi dan semoga terusss dilindungimu Ya Rabbi. Amin. 







aku cubaaa letak hati aku ditempat si anak yang mana mak ayah aku terpaksaaa ikat perut berlapar berhari-hari berjuang melalui ujian Yang Maha Esa. aku cuba letak hati aku ditempat si mak yang mana hanya mampu menggosok perut seorang anak yang sedang kelaparan. Allahhhhhhh. hancur hati aku hancur. T___T bayangkannnnnn, yang sedang kehabisan bekalan ubat ituu adalah mak ayah kita. bayangkannnnnn, yang sedang berebut-rebut makanan itu adalah mak ayah kita. bayangkannnnnn, yang sedang mencatu-catu makanan itu adalah mak ayah kita. bayangkannn, yang sedang menggigil kesejukan ituuu adalah mak ayah kitaaaa. bayangkannn, yangg terkapai-kapai meminta pertolongan dipukul arus deras ituuuuu adalah mak ayah kita. T____T Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhuakbar. mak ayah kita tak mungkin pernah membiarkan kita kelaparan, mak ayah kita tak mungkinnn pernah membiarkan tubuh kita menggigil kesejukann. tak pernahh. T___T 

aku tauuuuu, hari ni dah banyakkkkkkk bantuan mula disalurkan terutamanya dari Kuala Lumpur sebab sepanjanggg perjalanan kami suami isteri dalam proses mencuba nasib pulang ke kampung siang tadi, aku tengok banyakkkkk lori dan pacuan empat roda dipenuhi bekalan makanan sepanjang jalan highway karak menuju ke pantai timur. macam mana aku tau tu adalah bekalan untuk bantuan mangsa banjir? sebab dorang konvoi beramai-ramai dan disetiap cermin kereta dorang ada tampal stiker Misi Bantuan Mangsa Banjir. meremangg bulu roma setiap kali aku tengok kereta kereta dorang ni. nakkkk je pegi pelukkkk sorang-sorang cakappp terima kasihhhh ya allahhhhh. hanya Allah mampu balas jasa kalian. terima kasih banyak-banyak. baik sungguhhh hati budi korang. terima kasihhhh. T___T 

tapiiiiiii malangnyaaaa, aku tak tauuuu sejauh mana dorang-dorang ni semua boleh pegi redah banjir sebab time aku mencuba nasib balik kampung tadi, lepas je amek kad tol di Tol Karak, semuaaaaa kenderaan dah dilencongkan susur keluar ke Lanchang sebab dorang dah tutup Lebuhraya Pantai Timur. ok fine kita lalu Lanchang. terus menghala ke Temerloh. sampaiii je temerloh time nak cross satu jambatan kecik dah tak lepas dahhhh sebab air dah paras pinggang kereta 4x4. tuuu 4x4, kalau kereta aku? mauu jadi kapal selam. T___T terus patah balik cari jalan lain. try ikut jalan lama menuju ke Maran, punnnn samaaaa. tak lepas siap dah tutup jalann. dari pkul 1 tengahhari kitorang gerak dari Kuala Lumpur, pukul 9 malam kitorang sampai Kuala Lumpur semula. terpaksa patah balik sebab semua jalan tak leh lalu. dan aku tak tauuuu sampai manaaa semuaaa kereta misi-misi bantuan mangsa banjir tadi boleh laluuuu. T____T tu baruuuuu sampai dekat temerloh. jauhhhh lagiii perjalanan dorang untuk sampai ke negeri Kelantan. sedihnyaaaaaaaaaaa. jadi sepanjang balik tadi hati aku rasa hiba lain macam. untuk berapa lama lagi dan sampai bilaaa mangsa-mangsa banjir ni boleh bertahan kalau misi-misi bantuan ni tergendala? Allahhh. hanya Kau yang tahu. T___T Kau lindungilah mereka Ya Allahhhh. 

dan tiba-tiba aku terfikir, hanyaaaa satuuuu cara lain yang aku boleh bantu setakat termampu iaitu jadikan kampung aku sebagai perantara penghantaran barang bekalan misi bantuan banjir. kalauuuuuu barangggg tak boleh sampaiiiiii sebab terpaksa meredah banjir segala dari Kuala Lumpur ke Kelantan, takpeeee. aku hanya perlukan duit. sebabbbbb, aku boleh mintak tolong mak ayah aku untuk menjadi pengantara kita. selagi kampung aku tak banjir, selagi pasir putih tak banjir, kita cuba sedaya termampu. 

satu-satunyaaa kumpulan persendirian yang sangattttttttt aktif membantu mangsa banjir di Kelantan adalah dibawah naungan Dr.Raja Shamri.  
https://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE

orang biasaaaa yang mempunyai hati luar biasa. semoga Allah sentiasaaaa merahmati tuan sekeluarga. ok berbalik kepada cerita Raja Shamri tadi, dari awal banjir melanda Kelantan, dia dengan kawan-kawanlah antara orang terawal yang menubuhkan pasukan misi bantuan banjir ni. 









setiap ceruk tempat banjir dorang usahakan pegi untuk hantar bantuan selagi boleh. asal ada yang mesej bagitau tempat dan alamat manaaa yang masih belum diselamatkan, pastiiii dorang cubaaa sedaya upaya. 


cuba korang follow facebook dia. boleh klik siniii. dia sedaya boleh seceruk mana dia cubaa salurkan bantuan. nii latest post yang dorang perlukan untuk misi esok, 28.12.2014.



kredit gambar sepenuhnyaaa dari facebook Raja Shamri. 

jadi, oleh disebabkan kampung aku antara daerah terdekat dengan Masjid Ibrahimi yang mana satu-satunya tempat yang Dr.Raja Shamri ni jadikan tempat pengumpulan bekalan pertolongan untuk misi mangsa banjir, makaaa aku akan mintak tolong mak ayah aku belikan bekalan-bekalan yang dorang ni semua perlu di bandar Jerteh dan hantar terussss ke Masjid Ibrahimi, Pasir Putih. 

jadiiii, pada semuaaaaaa yang sama-sama nak bantu, mehhh sama-sama kitaaa. korang boleh transfer sumbangan korang ke akaun Maybank suami aku, Nik Asyraf Syafiq bin Nik Azizan, 153010538403. tak kesahhh berapa nilai dia. kita kumpulkan jadi satu. insyaAllah kita bantu setakat termampu. korang jangan risau, wallahiiiiiiiii. walillahi. satu sen aku takkan guna duit korang untuk kepentingan aku. ni semuaaaa untuk mereka yang perlu. korang boleh ikuti semuaaa perkembangan banjir yang rasanyaaaa tak masuk tv kotttt hanya di facebook Raja Shamri, percayalah. :) semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Amin. 



kenalkan, ni mak ayah aku. orang kuat dalam misi kita ni. :) Ya Allah, kau lindungilah kedua orang tuakuuu. Amin. T__T



*Update: Sumber dari Harian Metro, 28.12.2014, 2:15AM T___T
Sementara itu, beratus kenderaan antaranya membawa barang bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terpaksa balik semula ke KL kerana Kilometer126 LPT, dinaiki air, kira-kira 7 petang semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19383#sthash.dBKEBljV.dpuf
Sementara itu, beratus kenderaan antaranya membawa barang bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terpaksa balik semula ke KL kerana Kilometer126 LPT, dinaiki air, kira-kira 7 petang semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19383#sthash.dBKEBljV.dpuf


Ahad, 28 Disember 2014 @ 2:15 AM


**Latest Update, 28.12.2014


mama nadia sedang menunggu roti dipackingkan untuk misi perantara penghantaran bantuan mangsa banjir. jumlah kutipan sumbangan kita untuk hari ini adalah RM545. kita bantu sekadar mampu. Allah tahu. insyaAllah. terima kasih semuaaa 


RM545, sumbangan kalian. dalam perjalanan untuk dihantarkan ke pasukan bantuan mangsa banjir dibawah naungan Dr.Raja Shamri dan Dr.Hadi di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh.


 
Alhamdulillah. tugas kita untuk hari pertama selesai. sumbangan kalian sepenuhnya telah diserahkan kepada Dr.Hadi, tengah-tengah dalam gambar. thank you sooo much mama papa, kakak loves you. semoga Allah sentiasaaa melindungi dan merahmati dua insan paling agung dalam hidup aku ini. Amin. T_T

Sementara itu, beratus kenderaan antaranya membawa barang bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terpaksa balik semula ke KL kerana Kilometer126 LPT, dinaiki air, kira-kira 7 petang semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19383#sthash.dBKEBljV.dpuf

December 22, 2014

BeautyOat, membantu mengawal berat badan


sebenarnyaaa, aku ada try satu produk baru. :) BeautyOat nama dia yang mana veryyy recommended dekat korang semua yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan sebabbbbbbb, dia adalah sejenis oat untuk cantik dan sihat. 2 in 1 gituewww. ;) kenapa 2 in 1 aku cakap? sebabbbbb, dia adalah satu-satunyaaa oat dalam malaysia yang dicampurkan bersama collagen. selalunya kalau oat, oat lahh. kalau collagen, collagen lah. dia asing-asing kan. ni tak, dia campurkan sekali dalam satu paket untuk bertindak secara keseluruhan. baguskannnn! :) bagus untuk kulit dan dalam masa yang sama, dia bagusss jugak untuk kurangkan kegemukann. 


Berdasarkan pengalaman aku laaaa, aku prefer amek BeautyOat ni time pagi sebab aku boleh skip segala makanan berat mak nenek yang aku selalu makan macam nasi lemak keee, nasi goreng keee, roti canai keee. haaa kaw nampakk takkk, aku bab makan tak pernah membantah nafsunya :p huhu. jadi secara tak langsung, BeautyOat ni dah macam makanan wajib breakfast akuu. :) walaupun satu sachet jeee setiap pagi tapi dia buat kita tak rasa lapar. atleast, takde la istilah pagi dah melantak, tengahhari pun melantak. mihmihmih :p 

Terus terang aku cakap, BeautyOat ni sangatttttt sesuai untuk orang yang sentiasa sibuk sampai tak sempat nak makan breakfast segala sebab cara penyediaan dia punyaaaaaaaaaa laaa senang. tak sampai 2 minit dah siappp dan kenyangg sampai tengahari ;)



korang just tuangkan 1 sachet BeautyOat ke dalam gelas, campurkan lebih kurang 180 ml air suam, kacauuuuu dan siappppp :) haaa senang kan. minumm je. terus settle breakfast korang. tapi korang jangan lupa, pastikan air suam jeee. bukan air panas. kan dalam ni ada collagen. collagen tak leh pakai air panas yeeee setahu aku, nanti kurang berhasil. nak cantik tak? hewhewheww. :p



haa nanti bila dah siap bancuh, dia akan jadi warna macam putih susu. isi dalam dia ada oat. rasa dia kearah kevanillan gitu. sedapp. hihih ;)

4 bahan utama dalam BeautyOat ni adalah Oat, Marine Collagen, Ekstrak Sakura dan Ekstrak Buah Delima. 



Dalam masa 14 hari kita dah boleh tengok perubahan dia antaranyaaaa yang aku perasan, liang-liang pori dekat muka jadi makin kecik. bila sapu bedak pon dia terus macam sekataaaa jeee. senang keje aku. tak perlu dah tepek bedak tebal-tebal. :p hewhewhew. ohh sebelum aku terlupa, dalam satu kotak ni ada 18 sachet, harga untuk sekotak BeautyOat adalah RM79 untuk west malaysia, RM89 untuk east malaysia. korang boleh dapatkan BeautyOat ni di website, facebook, instagram rasmi dorang.



atau korang boleh terus whatsapp/sms/call Nurul di 012-2444014 atau Jane di 012-2444041.



haa sekarang dorang tengah buat pertandingan selfie dan menang hadiah bernilai lebihhhh RM1500! nanti kalau korang beli BeautyOat, korang jangan lupa selfie dengan produk BeautyOat ni dan share di facebook rasmi doranggg ehhh. 


dan terimalah sekeping gambar terbaruuuu aku dengan berat tak berganjakkk 51kg dengan mengamalkan sesachet BeautyOat setiap pagiii. ;)) wiiiiii~



Bermula January 2015, BeautyOat akan mempunyai QR Code untuk menjaga dan menjamin kekualitian produk mereka. Cara-cara Mengenal Pasti Label Original Zuraeca boleh tengok sini, Watch Youtube.

December 18, 2014

kain pasang murah dari Bandung

Urgent! ;)





oleh disebabkan ramaiiii yang mengirim dan tak terdaya kami laki bini nak mengusungnyaaa bawak balik malaysia T_T, maka kitorang bersepakat suruh kedai kain di Bandung tu posss jee senang cite. 

jadi sape-sape nak tumpang sekaki, jemputlah pilih dengan segera. sepasang IDR300,000. duit mesia dalam RM80. dah termasuk all the shipping fee kastam fee segala bagai jangan risau. deposit RM50 diperlukan untuk membuktikan korang serious buyer. once kain sampai dekat nadia, baruuuu korang settle down the balance lagi RM30. nak? whatsapp/sms pleasee. ;)) 019-7564019. thank you semuaaa ;)

December 12, 2014

Membeli Barangan Bayi Online

http://www.lazada.com.my/online-revolution/


Barangan Bayi di Lazada Malaysia

Pasangan suami isteri pasti teruja untuk menyambut kelahiran baru dalam keluarga. Anugerah yang tidak ternilai ini membuatkan kita untuk bersungguh-sungguh memberi yang terbaik untuk menyambut kehadirannya. Apa yang perlu di sediakan untuk bayi baru lahir? Bagi pasangan yang pertama kali menyambut kelahiran bayi, anda boleh menjenguk ke Lazada Malaysia untuk membeli keperluan bayi. 


Di Lazada Malaysia, terdapat pelbagai barangan bayi untuk yang baru lahir, hinggalah ke umur 4 hingga 5 tahun. Untuk persediaan para ibu bapa, inilah barangan yang paling penting untuk persediaan menyambut kelahiran bayi.



Pakaian



Untuk pakaian 'newborn', terdapat pelbagai koleksi di Lazada Malaysia. Pakaian-pakaian seperti rompers, sarung tangan, baju tidur, baju harian, topi dan pelbagai lagi anda boleh pilih di Lazada Malaysia.

Tempat tidur

Ibu bapa boleh memilih untuk membeli katil bayi, baby cradle ataupun playpen sebagai pilihan untuk tempat tidur bayi. Malah, tilam bayi juga boleh didapati di Lazada Malaysia. boleh klik sini yee untuk melihat semua kelengkapan tempat tidur untuk bayi comel anda :)


 

Peralatan Ibu

Bagi ibu-ibu yang akan menyusukan anak, Lazada Malaysia membawakan barangan terbaik untuk penjagaan para ibu. Peralatan seperti breast pump, botol-botol susu, sterilizer serta pelbagai lagi semestinya akan menambat hati anda. Terdiri daripada nama-nama besar seperti Philips AVENT, Snowbear, Autumn dan pelbagai lagi.


 

Peralatan Bayi



Bagi ibu bapa yang ingin bercuti atau bergerak keluar daripada rumah, Lazada Malaysia menyediakan peralatan penting untuk anda. Peralatan seperti stroller, carrier, carseat, body carrier dan pelbagai lagi pasti menambat hati anda. Peralatan seperti ini sememangnya penting untuk bayi anda berasa selesa ketika bergerak ke destinasi.

 

Lampin Pakai Buang
Anda pasti tertanya-tanya adakah lampin pakai buang terdapat di Lazada Malaysia? Jawapannya ya! Di Lazada Malaysia, pelbagai jenama, saiz dan pilihan untuk lampin pakai buang si comel. Dari jenama Pampers sehinggalah ke Drypers, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli. Pihak Lazada Malaysia juga akan mengadakan jualan terhebat tahun ini pada 12 Disember nanti.  Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Para pembeli yang tidak mempunyai masa untuk mengunjungi pusat membeli belah boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli semasa bersantai dan bercuti dengan keluarga. Kepada sesiapa yang berjaga malam, nikmati peluang istimewa tawaran menarik Midnight Sale yang hanya akan berlangsung di antara 12am hingga 8am; sementara bagi pengguna yang lain, anda boleh menikmati tawaran harga menarik sewaktu Flash Sales yang akan berlangsung setiap satu jam dari 8am-11.59pm.

Jangan tunggu lagi, sila ke Lazada Malaysia sekaranggggg! 




December 10, 2014

bantulah saya untuk bantu dia T__T

Hamba Allah: Salam nadia, nama saya Puan X. nak tanya, berapa ye nadia caj untuk satu entry dekat blog nadia? saya nak nadia buatkan saya satu entry. 

Aku: Wasalam, ooo boleh puan. entry tentang produk ape ye dan bila tarikh puan nak nadia publishkan cerita puan?

Hamba Allah: secepat mungkin seboleh-bolehnya sebab ni bukan entry produk pape. ni entry nak mintak tolong nadia cari sumbangan untuk seorang baby ni. Adik Uya nama dia. dia menghidap penyakit kerosakan hati tahap kronik. 

Aku: *hilang kata-kata* Allahuakbar, bolehh puan boleh. tapi sebelum tu, boleh nadia tau apa pertalian puan dengan adik Uya? 

jauhhh dalam hati aku, saat ni aku still sangsi. ehh betul keee puan ni nak aku buat entry mintak sumbangan untuk adik uya. aku risauu takut kena tipu jeee. (-___-') zaman sekarang bukan semua boleh percaya. mana laa tau kannn nanti bile orang pakat transfer, duit tu akan masuk ke akaun hak orang lain. tak pasal-pasal aku tanggung dosa sama. sekali, hamba allah tadi reply, 

Hamba Allah: nadia, saya takde sebarang pertalian darah pun dengan adik Uya. saya hanya kenal mak Uya melalui facebook dan dia tak pernah kenal saya pun. setiap hari saya mengikuti perkembangan adik Uya tanpa ada setitik pertalian darah. saya sedihh. dana bantuan untuk adik Uya masihhh belum cukup untuk tampung rawatan adik Uya yang perlukan 200K dalam masa terdekat untuk pembedahan segera. saya dah transfer RMXXX dalam akaun Maybank nadia. saya ikhlas membantu setakat termampu. saya harap nadia sudi bantu saya untuk sama-sama bantu adik Uya. terima kasih nadia.

Aku: *berderai hati aku* T__T


Allahuakbar. Allahuakbar. T___T demi Allah, aku hilang kata-kata. disaat aku terlaluu berjaga-jaga sehingga suatu ketika, Allah ketuk pintu hati aku untuk didatangi dengan seorang hamba allah yang cukuppppppp membuka hati aku. Demi Allah, ini pertama kaliiii dalam hidup aku. dibayar untuk mencari sumbangan. T__T nadiaaa nadiaaaa, perlu keeee sampai kena bayar untuk tolong orang. T__T perlu ke segala kehidupan kita duit yang datangnya dulu? perlu ke setiap pahala yang bakal kita tabur dikira dari setiap sen yang kita keluar? T__T Allah. kejamnyaaaa duniaaaa kalau setiap pertolongan yang kita buat dan bakal buat diukur dengan setiap sen yang kita bakal labur. T___T kepada Puan X, terima kasih. puan telah membuka mata hati nadia. terima kasih untuk setiap sen bayaran puan yang mana nadia percaya, ni bukan hak nadia. ini milik Uya. terima kasih puan. T___T 



untuk mencari kepastian untuk kesekian kalinya, aku amek masa beberapa hari untuk stadi dan skroll segala facebook milik ibu uya, Siti Nur Hidayah, 20 tahun. seorang ibu tunggal yang tidak bekerja. ditinggalkan suami ketika uya masih kecil. menumpang kasih untuk berteduh dengan nenek uya yang mana seorang cleaner. kenalkan, inilah adik Uya atau nama sebenar dia adalah Putera Fathullah Fahmi bin Abdul Hakim.



indahnyaaa Ya Rabbi. :') untuk pengetahuan semua, pembedahan pertama uya dilakukan time umur uya 5 bulan. sekarang umur uya adalah 1 tahun 4 bulan dan ni antara beberapa keping gambar uya beberapa bulan kebelakangan ni.




dan nii, gambar terbaruu uyaaa. 14 jam yang laluuuuu. T__T



aku tak tau nak mula macam mana sebab aku percaya, hati manusia takde sape boleh paksa. hanya Allah yang mampu gerakkan untuk setiap detiknya tapiiiii tolonglahhh cubaa. cubaaa bayangkaann, di situasi yang sama cuma dalam gambar dekat atas adalah gambar anak kita. Allahhhh, mummy tak sanggup bunga. T___T tak mampuuu. mummy tak kuat bunga. besarnyaaaa ujian untuk kawan bunga uya ni. tabahnyaaa ibu uya melalui setiap detik setiap saat tengok uya dalam keadaan macam ni. mummy tengok bunga nangis kena inject punnn luluh hati mummy. T___T apetah lagiiiii bila setiap kali batuk, ada darah akan keluar dari mulut uya bungaaaaa. mummy tak terbayanggg. berkecai hati mummy setiap kali mummy bayang kalau mummy yang terpaksa lalui. T___T


Allahurabbi. Kau permudahkanlah segala urusan anak kecil ini Ya Allah. Kau gerakkanlah setiap hatiiii yang melihat dan membaca ini untuk meringankan sedikit beban dan kesakitan yang Uya tanggung. aku habis kata-kata sebenarnyaaaaaaaaaaaaaaaa. T___T tak tauuu macam manaaaa nak pujuk hati korang, tolonglahhhh bantu uyaaaaa. T____T dia disahkan menghidap penyakit BILIARY ATRESIA. memerlukan RM200,000 untuk menjalankan pembedahan transplant di India secepat mungkinnnnnn. 

aku buat andaiannn dan cuba korang bayangkan, sekiranyaaaaa RM200,000 diperlukan, kita perlukan 50,000 penderma dan setiap penderma hanya perlu dermakan RM4. RM4 jeee tak banyak punn. T__T janjiii derma. (-__-') insyaAllah. selagi Allah izinkan, adik uya akan terus dipinjamkan kepada ibunya. ye tak susah untuk kumpulkan 50,000 orang penderma RM4 tapiiiii tak mudah untuk gerakkan hati setiap manusia, bantulah. dermalah. T___T kawan-kawan, bantulah. selagi mampu. selagi sempat. selagi belum kita yang diuji. selagi belum kita yang terpaksa hadapi. T___T korang boleh terus salurkan sumbangan kalian ke akaun milik ibu uya,


Cimb Siti Nur Hidayah Shaari 7613256663
Maybank Siti Nur Hidayah Shaari 501244604047 / 151240294649
BSN Che Hasnah Ismail 0110229000128429


korang boleh hubungi ibu uya di Facebook beliau, Siti Nur Hidayah atau di nombor telefon 016-7697654. aku yakin dan sentiasa percaya, dalam setiap rezeki kita juga merupakan rezeki orang lain. berkongsilah. Allah maha pemurah lagi maha mengasihani. pastiii Dia akan limpahkan rezeki buat kita lagiii. Uya, bunga dan mummy doakan uya dari jauh ye. semoga awak terus kuat untuk lalui setiapppp ujian Allah. kuatlah nak. kuatlahh. T__T





December 05, 2014

Serum Mawar Zeeta terbaik! ;)

tak dinafikan menjadi seorang ibu untuk pertama kali banyakkkkkkkkkkkk benda baruuu aku kena belajar dan dalam masa yang sama, aku mestiii lalui dengan kental :p mihmihmih. ye laaa, semua benda first time try and error kennn contohnyaaa, selaluuu kalau tido malam, akulah bangsa paling asal letak kepala terus tdo mati. :p sedar-sedar pagi. bom meletup pon belum tentu aku tersedar. hahaha. jadi bila ada anak, tido malam laa kottt antara perubahan terbesarrrr dalam hidup aku. alhamdulillah so far sepanjang bunga lahir, dia tak pernah lagi jaga tengah malam ajak main kee ajak sembang segala tak pernah. selalu kalau dia terjaga pun sebab nak susu je. lepas bagi susu terus tido balik. selalunya waktu menyusu dia kadang dua jam sekali, kadang tiga jam sekali, tak tentuuu. jadi begitulahhh rutin tido aku setiap malam. dua atau tiga jam sekali mestiii bangunnnn untuk susukan bunga. ehhh ni bukan mengeluh tauu. ni aku berceritaaaaa. hihihihi ;) bila ketika ada masa aku tak cukup rehat contohnyaa, aku selaluuuu ingatkan diri aku, tak cukup lagi Allah bagi awak masa 4 tahun untuk berehat nadia? (-__-') haa terus tersedar dari lamunan. tak boleh tak boleh. anak aku niiii. bukan senanggg Allah nak bagi pinjam. kesian bungaaaaa, ok jangan nangis okkk mummy ada. haa gituu laaa selalu dialog aku sorang-sorang hihihi :)) 

jadiii, bila badan kita lemah, aku percayaaaaa. setengah orang boleh nampak tauu aura dalam kita tengah kusut masai ke contohnya. helloooo, aku tak nakk lah orang cakap ehh anak baruuu sorang, muka dah macam panda. T___T gigihhhh aku menurunkan berat badan nak selim melim punya pasal tapi muka failed, tak bermaya contohnyaaaa. (-__-') tidakk tidakkkk. hihihi ;) jadiii aku perlukan sesuatu yang bolehhhh menyegarkan muka aku dan dalam masa yang sama, nak nampak bersewiii-sewii walaupun bukan anak dara dah ada aku kisah? :p muahaha. 



haa beberapa hari lepas aku ada try satu produk ni. Serum Mawar Anti Aging namanya yang mana sangatttt bagus bagi aku sebab dia buat kita rasa satu aura freshhhh gituu. :) senanggg je cara guna dia. dapat je produk terus letak dalam peti ais untuk kekalkan keseimbangan dan kesan terbaik. agak-agak nak guna, amek dan spray je pada muka kita bila-bila masa sesuka hati cuma untuk kesan paling bagus, spray sekali sebelum dan selepas korang bermakeup atauuuu sebelum tido. bagus serum niii. :) antara kebaikan Serum Mawar Anti Aging ni adalah mengecilkan liang-laing pori, menghilangkan mengantuk dan stress, menjadikan wajah kita lebih segar dan gebu, menaikkan seri wajah, bagus untuk terapi minda sebab bau bunga rose babeee. tenangggg je rasaaa. ;)) 


Serum Mawar Anti Aging ni adalah top seller produk untuk Syarikat Zeeta Magis Aura Mawar bagi tahun 2013 dan 2014. murahhhhhh jeeee percayalah aku cakap. hanya RM19.90 untuk kelihatan muda sebelum usia korang tak nak? ;)) aku nak weyyyy. (-__-') tak sanggupp aku nak dengar orang cakap ehh nadia nampak tua dari syafiq laaaa. amagadddd T___T boleh berdarah hidung aku sentappp kaw paham takk. :P hewhewhew. 

selain serum mawar ni, dorang ada lagi beberapa produk lain antaranyaaaa



Sabun Susu Mawar dan Magis Skrub Mawar. 



untuk sabun susu mawar yang bentuk seketul macam bunga mawar warna pink comel anyonyonyo ;), dia adalah untuk membersihkan kulit muka kita jauhhhh kedalam supaya menanggalkan segala kesan kotoran dan melembapkan kulit. nama lagi susu kan. :) dia sangattt membantu mengatasi kulit kusam warna tidak sekata. so far aku pakai bestt sangattt sebab dia buat kulit kita rasa lembuttttt dan segar. tak payah sental kuat-kuat dah. ;) dua ketul dengan berat 100gram hanyaaa RM39.90 sahaja. murah kannn? tahan lamaaa pulak tu. jimattt jimattt. hihihi ;)) 



manakala untuk Magis Skrub Mawar 2 dalam 1 ni, haaaaa yang ni paaling bagus sebab dia 2 in 1. nak guna untuk muka boleh, nak guna untuk badan pon boleh. dia membantu menanggalkan sel-sel kulit mati supaya kelihatan lebih cerah, gebu dan berseri. jadi tak sia-sia la kalau korang beli sebab semua tempat boleh sental. hihihi ;) 

tapiii kalau korang spesis tamak macam aku nak cantik punya pasal semua benda nak try :P, korang boleh amek set trial yang mana nama comel dia adalah Cutie Mawar Mini Pack ni. :)



jadi dalam satu masa, kita boleh try ketiga-tiga produk terbaik dari Zeeta Magis Aura Mawar ni iaitu Serum Mawar Anti Aging, Magis Skrub Mawar 2 dalam 1 dan seketul Sabun Susu Mawar 50g yang super best ni dengan harga hanyaaaaa RM39.90. haaa jimat kann? 

jadiii pada semuaaaa yang nak try, korang boleh contact Zeeta Magis Aura Mawar di Facebook ZT Zeeta  atau Fanpage Zetta Magis Aura Mawar 


https://www.facebook.com/zeaty.butik

Instagram ZTZetta atau korang boleh terus hubungi mereka di 019-6609069. :)) jemputttt mengorder semuaa dengan harapan marilah kita sama-sama kelihatan muda sebelum usia kihkihkih ;))


December 03, 2014

Burger Bakar Abang Burn turun harga, yeaayyy! ;)



ehhh, starting cerita terus letak gambar makanan kaw kenapaaaa nadiaaaaa? :p hewhewheww. sebenarnyaaa aku nak cerita, beberapa hari lepas kid ada ajak aku dan beberapa orang blogger lain pergi makan dekat Restoran Burger Bakar Abang Burn Shah Alam. 

 isaac, i pinjam gambar you yeee hihii ;))

haiiii kak yanaaa ;)) bau australiaaaa belum hilang lagiiii laaaa kikikiii :P yaya pinjam gambar jugak tauuu. halal ehhh ;)

kebetulan time tu dorang tengah buat promosi seketul beger RM0.50 jeeeeeee. T__T



ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn, punyaalahhh ramai umat manusia beratur. 50 sen kannnnn, sape taknakkk cuba cakap? :p 



senanggggg jeee nak cari kedai ni. dia dekat dengan area jakel shah alam seksyen 7 tuuu. betul-betul setentang seberang jalan dengan subway dan kedai dia betul-betul sebelah cosway ;) haa mesti jumpa punyaa ;)


dan kenalkan, ni la Encik Khairul selaku pengurus restauran Burger Bakar Abang Burn jajahan Shah Alam. tapii yang pasti, dia bukan Abang Burn yang mana sampai kehari ni takde sape punnnn tauuu sapeee sebenarnyaaaaa Abang Burn tu huhuuuu ;) 

time ni Encik Khairul ada bagitau, mereka telah bersepakat menurunkan harga beger bakar di jajahan shah alam niii kepada RM5 sahajaaaaaaaa seketul. haaa murahkannnnnnn ;) selalu belas-belas ringgit. time dia buat announcement tu aku macam terkejut, ehh turun harga? orang lain sibuk naik harga, dia turunkan harga. bagusnyaaaa. hihi. ;) seperti kata big bos, biar semuaaaa dapat merasa. kalau semuaaa nak naik harga, mantiklah nakkk. :p




RM5 untuk seketul beger yang patty dia kemainn gemukkk aku rasa dah berbaloi sangatttt dahh niii. korang boleh dapatkan dari pukul 6 petang-8 malam & 10.30 malam-12.30 malam yee. 

so far hanya jajahan shah alam ni je yang baru start turunkan harga. tapiii abang burn ada pesan, kann dorang ada banyakkkkkkkkk cawangan antaranya dekat Ampang, Kajang, Nilai, JB, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Klang, Melaka, Pasir Gudang, Cheras Bandar Sri Permaisuri, Kuantan, Danau Kota, Kemaman, dan Selayang. haaaa kalau korang nak restoran beger bakar abang burn yang berdekatan dengan korang pun turunkan harga, jemputtttlahhh isi petisyen saya sokonggggg harga burger bakar abang burn turun dekat sini yeeeee, Saya Sokong Harga Turun :)

http://www.abangburnturunharga.gr8.com/

jemput menyokong semuaaaaa ;) aku bab turun-turun harga ni sokong ajeeeee. ;) kan best kalau ada petisyen turunkan harga minyak kereta separuh harga. ehh? tibe-tibe. :P okbaiii.