July 10, 2014

Resepi Nasi Briyani paaaaaling cepat dan senang! :)

kalau korang same spesis macam aku, skill masak takde la hebat mana ponnnn tapiii berangan nak suami puji wahhh hebatnyaaaa isteri abanggggg masakkkk padahallll kuikuikuiii :p haaaaa meh aku share satu rahsia resipi dengan korang muahahaha ;p korang pernah masak nasi briyani?? aku pon baruuuuu je beberapa kali masak nasi briyani sepanjang aku hidup. tu ponnn selepas aku jumpa rempah yang instant punya. HAHAHA. 


haaa nampak takkkk. ni laaa perencah nasi briyani yang aku guna. kalau kaw spesis semua bahan perencah nak sediakan sendiri, rempah ratus sume nak tumbuk sendiri, ok jangan baca entry ni. :p ni hanya resepi aku untuk memudahkan kerja para isteri yang kadang-kadang pemalas macam aku. hihi. ok meh kita proceed. bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi briyani adalah semudah ABC. ;) ohh sebelum terlupa, time aku masak nasi briyani ni, aku guna separuh je perencah dia sebab masak hanya untuk 3 orang makan untuk time berbuka je. time sahur memang takkkk la perut aku boleh terima nasi briyani hohoo. ;P


ok bahan-bahan dia adalahhhh, 

# beras yang telah siap dicuci bersih.

# sepaket perencah nasi briyani cap maggi
# 3 sudu besar minyak sapi
# isi ayam di potong dadu suka hati nak letak banyak mana. 
# setengah labu bawang besar dipotong bulat.
# rempah 4 beradik macam dalam gambar dekat atas (seketul kayu manis, dua ketul bunga cengkih, dua bijik pelaga hindi, dua ketul bunga lawang) 
# kismis suka hati banyak mana nak letak. :)

beras yang telah siap dicuci tadi korang asingkan letak dalam bekas lain dulu tau sebab periuk nasi kita nak terus guna untuk tumis sume bahan-bahan dekat atas ni. ok mula-mula kita panaskan 3 sudu minyak sapi tadi dulu. agak-agak dah panas, masukkan bawang besar dan rempah 4 beradik tadi. kalau nampak macam minyak sapi tadi macam tak berapa cukupp jee sebab guna 3 sudu je, takpe. korang masukkan air sikit. jangan masuk minyak dah. takut berminyak sangat nasi kita nanti. okk tumiss dulu sekejap. kemudian masukkan semuaa isi-isi ayam tadi. tuangkan separuh perencah nasi briyani ni. masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.


agak-agak dah rupa pecah minyak dan ayam pon nampak macam dah masak sikit-sikit, korang tuang je kesemua beras yang korang dah basuh bersih tadi. tambah air ikut kuantiti yang korang selalu sukat untuk masak nasi. kacauuu sebati dan terus angkat periuk nasi ni letak dekat plug rice cooker macam biasaaaa. biarrr je dia dekat situuu sampaiii dia masak sendirinyaaa. 

lastttt sekali, bila nasi dah masak, korang taburkan semuaaaa kismis tadi dalam nasi. gaul biar rata. siapppppppppppp! ;) haaaa, senang kannnnnnnn? ada setengah orang suka letak gajus, terpulang la. aku tak letak sebab aku tak makan. hihihi. settleeeee laa masak nasi briyaniii. untuk lauk, terpulang pada korang la. selalu kalau aku masak nasi briyani, lauk dia mesti kari ayam, telur masak merah dan papadom. acar takde sebab kitorang laki bini mana makan sayurrr. huhuuu :p kalau malas, korang buat satu lauk pon dah cukup. contohnya, nasi briyani dan kari ayam. haaa dah sedap dahhh. :)


ohh sorryyyy gambar selepas siap dimasak tak berapa nak gah manaa sebab time ni kalut orang dah azan. mana nak berbuka puasa, mana nak amek gambar. hihihi ;) selamat memasak semuaaaaaaa! ;))

20 comments:

  1. waaaa ini memang terbaik pantas and sedap ni.. campak aje hihihi..
    tak kisahla instant ke tidak janji masuk mulut soooodap :D

    ReplyDelete
  2. nyammmnyammm...
    rajinnya mummy bunga ni masak2 yer..
    patutlah dak bunga takmo kuar2 lagi..
    sonok duk dalam perut mkan masakan mummy dia yer....hehehe

    ReplyDelete
  3. eh eh macam ni je? macam mudah tapi 4 beradik tu takde langsung kat umah, sebab tak reti masak guna 4 beradik tu haha...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum yaya, wallahiiii resepi mudah gini la yang daku suka buat. Balik kerja mana sempat nak buat paste sendiri. wakakaaa terliur sheila tengok, lain kali masak lebih sikit. Boleh mai berbuka sana. hahahahhahaa


    *terliur lagi*

    ReplyDelete
  5. Ok dah tu.. Janji ada. Hehe. Usaha tu yang penting.. :)

    ReplyDelete
  6. pernah jugak nampak resepi ni.. nak cuba x cuba lagi.. sebab tak pernah masak nasi briyani .. x berani hahahaha .. tp perancah ni macam bgs.. senang je kan...

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan..
    hmm, nampak menyelerakan. nampak gaya kena cuba sekali di bulan ramadhan ini buat berbuka...

    ReplyDelete
  8. haaabole cuba....cam senang jaaa...

    ReplyDelete
  9. nasi beiyani dengan ayam sambal sedappp

    ReplyDelete
  10. mmg sdap ni.. jom follow blog sy
    mamaerifdd.blogspot.com
    tq

    ReplyDelete
  11. Mana-mana beras blh guna tak

    ReplyDelete
  12. saya dah cuba minggu lepas.
    Memang senang dan sedap.

    ReplyDelete