April 08, 2014

pengorbanan seorang isteri

kita mula mukaddimah entry kita pada malam ini dengan serangkap video. 

https://www.facebook.com/photo.php?v=561229557308103

korang wajibbbbb tengok dulu tau. baru feeeelll :P ok dah tengok? T________T lap air mata, huwaaaa takutnyaaaaaa. T____T 

to be honest, aku tak pasti pengalaman orang lain mengandung macam mana tapii kalau korang tanya aku, pengalaman sepanjang aku mengandung banyak membuka mata hati aku. yes mata hati. bukan mata kasar. contohnya kalau sebelum ni Allah bagi aku suami isteri lebih masa, hampir 4 tahun untuk merasa hidup berdua, oii lupa diriiii kawwww berseronok kemain kannn ;) dalam masa hampir 4 tahun tu, percayalahhhh. kitorang suami isteri tak pernah berborak secara serius tentang macam mana keadaan kita bila kita ada anak esok-esok. bukan lah tak pernah langsung menipu la kannnn. tapi selalunya dalam keadaan bergurau. bukan stok yang borak berfikir panjang sebab time tu tak mengandung lagi kann jadi tak boleh rasa feel nak jadi mak ayah orang tu. 

tapi bila sampai satu saat aku betul-betul mengandung, soalan macam mana laa keadaan kita bila ada anak esok sangattttt mendebarkan. (-__-') macam-macam fikir sebab bukan setakat ni pengalaman pertama kali, tapi ni pengalaman hidup dan mati orang tua cakap. banyakkkkk pengalaman baru yang kita bakal tempuhi tapi percayalah, indahnya perasaan menjadi seorang ibu hanya Allah je tauu. :')


wallahi, aku cintakan syafiq sepenuh hati aku tapi aku tak pernahhhh pun sangka akan tiba satu masa, aku akan kandungkan zuriat dia. anak dia. sperma dia. :) setiap kali aku merenung kejadian terjadinya seorang manusia bermula hanya dari seketul sperma, aku rasa macam allahurabbiiiii. besarnya kuasamu Ya Allah. :') dari beratus juta sperma, darab hampir 4 tahun kitorang bersama, aku tak tau dah berapa million trilion sixlionnnnnnn sperma yang terhasil, akhirnyaaa, dia lah yang paling kuat, dia lah yang paling gagah, dia lah yang paling penuh kasih sayang, dia lah yang paling Allah pilih dan titipkan untuk berada dalam rahim aku sekarang. :') betapa beruntungnya aku, betapa beruntungnya kami merasa nikmat pinjaman Allah yang satu ni. :') 


dan antara benda baru yang membuka mata hati aku adalah ya, seorang perempuan terlaluuuu menitikberakan fizikal tubuh badan dia. susuk badan dia. kehalusan kulit dia. keindahan pinggang dia. kalau tiba-tiba berat badan terlebih sikit dari yang sepatutnya, sanggup berlapar janji badan cantik, slimmm, ada pinggang orang cakap :)) tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, suatu masa, bila kita mengandung, berat badan tak naik-naik adalah satu masalah besar setiap kali checkup.

kebetulan tiba-tiba ada kawan aku meluahkan perasaan, suami dia kantoi 'beramah mesra' dengan perempuan lain time dia dalam pantang. T____T hoiiii aku yang rasa nak meroyan. besarnyaaa dugaan dia. semoga dia terus kuat Ya Allah. kesiannyaaaa. T____T 

aku tak faham macam manaaa seorang suami atau seorang bapa boleh terfikir nak pasang skandel tak kesah la saje suka-suka mengisi masa lapang ke, sebagai tempat bermanja ke, sebagai tempat berduka lara kee dengan perempuan lain. boleh tak setiap kali terdetik di hati korang untuk 'menjamu selera makan di luar', boleh tak korang renung sekejap betapa besarnyaaaaaaaa pengorbanan seorang isteri yang pernah atau sedang mengandungkan zuriat korang. korang renunglah, seorang isteri tak pernah pun mengeluh betapa hodohnyaaa bentuk badan dia, rekahan badan dia, strechmark dia, kekembangan badan dia sepanjanggggg dia sarat mengandungkan anak korang. T______T

gambar dari google, bukan gambar perut aku ye harap maklum ;)

bogelkan la dia dan renungkan setiap inci tubuh badan dia. sarat. padat. mampat. berurat-urat. tak kesian ke? T__T betapa besarnyaaaa pengorbanan seorang isteri yang tak pernah mengeluh bahkan bahagia melalui detik-detik indah menjadi seorang ibu sedangkan dia sendiri seram nak tengok susuk tubuh badan dia huhuhu T______T sehebat-hebat seorang lelaki, hebat lagi seorang isteri yang mampu membawa satu nyawa baru kedunia dengan pelbagai rintangan. kannn? ;) 

alhamdulillah so far aku sepanjang mengandung sihat walafiat tapi setiap kali kalau tiba-tiba aku sakit pinggang yang melampau, aku mestiiii terbayang, ooo macam ni rupanya sakit yang mama aku tanggung time mengandungkan aku dulu. teruss menitik air mata. :') sakitnyaaaa. T___T tu baru sakit pinggang. belum sakit nak beranak lagi. (-__-') kan aku dah cakap, mengandung ni banyak membuka mata hati aku. betapa besarnya pengorbanan seorang wanita, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. kalauuuuu la setiap manusia Allah takdirkan boleh rasa kesakitan mengandung dan melahirkan, mesti takde istilah anak derhaka. percayalah. :)


kepada semua para suami, belaila isteri korang, renunglah dengan penuh kasih sayang, pengorbanan seorang isteri yang sanggup melalukan ape sahaja untuk suami dia. tak salah rasanya korang mencurahkan semaksimum mungkin kasih sayang, masa dan tenaga yang korang ada, alaaa 9 bulan je ponnnnnn dia nak mengada-ngadaaaa. ;) konfemmmm kalau setiap 9 bulan kena belai, berderet anak all out 5 tahun straight muehehe. ;)

 




23 comments:

  1. sebak kak nad >__<
    apa2pun didoakan moga yg baik2 aja utk nadia sepanjanh tempoh hamil ni sampai la dah bersalin nnt... moga dipermudahkan urusan kalian suami isteri :)

    ReplyDelete
  2. heee..teringat zaman2 preggy dulu..now baby dah 4 bulan.. rindu saat2 preggy..pengalaman manis yg sgt2 beharga..

    jemput jengok2 blog ayeen..

    http://ayeenmuhammad.blogspot.com/2014/04/ayeen-kembali-support-me-please-rakan.html

    ReplyDelete
  3. Klu semua manusia sama, dunia tak warna-warni..juga Allah tak cipta syurga neraka..sbb itu manusia berbeza.

    Bg sesetgh org,itu perkara lumrah yg prmpuan lalui.perkara kebiasaan,so xde apa2 beza pn.make it different, it will be different.kn bk mata hati lelaki jgk. :-)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. tahniah nadia.. akhirnya rezeki datang juga.. mesti seronok lagi lepas ada baby.. take care ye

    ReplyDelete
  5. Teringat masa pregnant dulu..betapa ngada2nya saya.Tapi nak buat cmne,bukan sengaja..tiba2 je dtg rasa ngada2.hehehe

    ReplyDelete
  6. mummy mane leh emo emo kang baby dalam perut menendang macam dlm video tu kang.... eh eh mane leh menendang.. dia sopan santun gitu asik main barbie doll je.. kekekkekeke

    ReplyDelete
  7. selamat menempuh alam indah ini :)

    ReplyDelete
  8. Entry ni para suami la kene baca hee semoga nadia sihay dan selamat melahitkan baby yang comel ya ♡

    ReplyDelete
  9. Nice entry...as a mother sy pun rasa terharu... Rindu saat pregnantkan Aisya n Aeera...

    Semoga dipermudahkan urusan nadia sepanjang mengandung dan bersalin kelak.. :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah comment kat sini...tapi selalu baca entry nad..saya, insyaAllah,tak lama lagi...mak kepada 3 anak perempuan...dan perut mmg bergelodak macam dalam video...iye, klu tak kat perut mgkn kat tempat lain yg ada strecth mark...depends pada org... :)

    semoga selamat semua ye..saya confirm, ia adalah pengalaman yang paling hebat...dan setiap kali mengandung..lain pengalamannya... :)

    ReplyDelete
  11. akak doakan nadia mudah bersalin nanti.. emosi ibu mengandung kadang mmg x stabil ... jgn pikir yg bukan².. doakan yg terbaik.. mogag baby yg lahir nanti pun baby yg baik dan kuat.. rajin² makan kurma tau... moga berat ideal baby pun cerdik..

    ReplyDelete
  12. Kita fikir yang +ve ye, dan berdoa moga dipermudhakan urusan sehingga bersalin dan juga lalui dalam pantang ye..
    Take care of yourself :)
    Dan tahniah again..

    ReplyDelete
  13. nak cakap apa ni?tak tercakap dah, eh tak tak tak tertaip jari jemari kaku ku ini. yang pasti i sebak berganda naluri tersentuh. doakan kawan kau jugak er? :'(

    ReplyDelete
  14. Bertuah bagi kaum hawa yang diberikan keizinan oleh-Nya merasai nikmat ini.. alhamdulilah.

    Tapi masih ramai diluar sana yang menanti saat macam nie..rezeki dari Allah..sabar menanti walaupon masa berlalu berpuluh-puluh tahun lamanya..

    ReplyDelete
  15. tersentuh saya baca..moga bakal ibu n baby siht selalu..:)

    ReplyDelete
  16. tersentuh..moga nadia n baby sihat selalu..:)

    ReplyDelete
  17. tersentuh saya baca..moga bakal ibu n baby siht selalu..:)

    ReplyDelete
  18. sebak baca entri awk nie sbb sye pun tgh preggy 1st baby...mmg pengalaman yg cukup indah nak2 bila kita sendiri dpt rasa sakit itu ini masa preggy kan...tingginya pengorbanan seorang ibu...

    ReplyDelete
  19. semua tu pengorbanan.. sebak rasa

    ReplyDelete
  20. Pengalaman mengandung dan melahirkan mmg tak dpt dilupakan. Walaupun anak dah berderet pn.. rasa berdebar mesti ada mase nk bersalin. Lgpn pglmn kn lain2.. la ni akk tgh prgnt ank ketiga. Harap semuanya ok.. doa kan ye..

    ReplyDelete
  21. perngorbanan seorang wanita..kalau nak disebut takkan habis..banyak rupenyer pengorbanan seorang wanita ni..jadi si lelaki perlulah mengambil berat si isterr..hargai mereka

    ReplyDelete