Lazada Malaysia

April 29, 2014

trimester ketiga, wiiiiii ;)



pejam celik pejam celik rasa macam sekejappnyaaaaa dah 7 bulannnn. wiiiiiiii~ bestnyaaaa! selamat datang ke 3rd trimester nadia farahida. hihihi ;) semalam check up dekat klinik dah genap 28 minggu 1 hari. ada lagi 12 minggu jewww untuk tunggu baby keluar melihat dunia insyaAllah. :)) rasa macam baruuu jee semalam karang entry first time aku tau aku mengandung dekat entry sini. the moment when i knew, i'm pregnant! T___T menipuuu laa kalau aku cakap takde perasaan berdebar langsungg. T__T oiii kaw gileee tak takut nak bersalin. (-__-') dengar orang cerita pon dah serammmmm, apetah lagi bila kena lalui sendiri. tapi perasaan meronta-ronta untuk melihat anak sendiri laaaaagi kuat dari perasaan takut. dalam kepala aku pikir satu je, janji semua selamat dan dipermudahkan. aminnn. :)

sepanjang 7 bulan 2 hari aku mengandung, berat badan aku naik 6.9kg. :) ni soo farrr laaa. ;) lepas ni mestiii naik lagiii kannn tapi i is ok jeee naiklaa naiklahh kuikuikui :p semalam time checkup, firsttt time kena minum air gula seumur hidup. oiiiii dia punya rasa, ngeriiii sampai pening pening kepala aku. huhu.




sebelum-sebelum ni aku sokmoo dengar ada yang siap muntah-muntah lepas minum air gula. aku macam eeeeerrr alaa air gula je kottt. :p just bayangkan kita minum air sirap yang manis dia manis gile dahhh. :P sekaliiii, bila sampai turn aku yang kena minum, nurse tu tunggu depan muka sebab nak pastikan kita minum sampai habis. satu gelas purple dekat atas ni penuhhhhhh air dia. sebelum minum kena amek darah dulu. ok settle amek darah nurse tu terus suruh minum jangan bagi muntah langsung. kalau tak nanti kena minum balik. baiklahhhh. aku terus minum non stop sampaiii tinggal separuh macam dalam gambar dekat atas ni. T____T sekali aku dapat rasa macam sel sel pipi dalam mulut aku dah mengambang geliiiiiii. hahhh sudahhhhh. macam manaa ehh nak cakap rasa dia. dia ibarat kaw bancuh 20 sudu gula dengan air masak. dan jemputlah minum. :P HAHA. takde dahhhh rasa air sirap ke air sunqick keee. dia rasa air gula semata-mata yang pekat kaw kena minum satu gelas ni penuh hoiiiiii hazabbbbb ngeri. T____T

lepas habiskan separuh gelas, automatik aku tercakap dekat nurse, oooo no wonder laa ramai yang muntah lepas minum air gula niii. geliii tekak saya kak. saya nak amek gambar boleh? nak tunjuk ok kawan-kawan, ini adalah air gula ituuu. HAHAHAH. :p yang nurse tu ponnn layannn jee :P janji awak kena minum sampai habis tanpa muntah. awak nak amek berapa keping gambar pon amek la. HAHAHAHA. padahal masa ni aku cuba cover untuk muntah. tu yang aku stop amek gambar sekejap. kuikuikui. aku rasa, kenapa rasa dia hazab sangat mungkinnn la sebab dalam keadaan perut kita yang tengah kosong langsung, ye laa, kan untuk minum air gula kita kena puasa dari pukul 10 malam sampai laaa keesokan paginya sampai ke saat kena minum air gula, perut takde isi, tiba-tiba kena paksa diri minum segelas air gula yang manis gile terus rasa loya dia menjadi-jadi. oiiii serikkkkk :p nak habiskan segelas ni 4 kali aku benti benti. huhu. T___T terus terbayang macam manaaa laa fear factor kena makan mata kambing usus kambing batu kambing segala. HAHAHA. lepas minum air gula, nurse cakap boleh minum air mineral tapiii 3 teguk je. tak boleh lebih. kena tunggu lagi 2 jam untuk amek darah sekali lagi. dan selama 2 jam tu jugak still tak boleh makan dan tak boleh minum ape-ape. hanya ada air gula dalam perut aku dan rasa air gula tu still melekat dekat sel-sel pipi dalam mulut aku. oiiiii nak muntah. :P tapi aku tahan. bertabahlahh. (-__-')

nasib baik pada masa aku sedang melayan perasaan geli nak muntah tu, doctor panggil untuk scan baby. terus lupa perasaan nak muntah tadi. hihihi. terus segar dapat tengok baby gerak-gerak dengan bahagianyaaaa awak menendang-nendang memusing-musing ye sayanggg. ;)) so far semua normal doktor cakap. air ketuban cukup, kedudukan janin ok, jantung baby ok, kepala dia dah dekat bawah, berat baby 1.2kg, dan still a girlll ;) aku cukup risauuu kang tiba-tiba scan nampak jantina lain pulak sebab boleh dikatakan 70% kelengkapan baby semuaa dah beliii. oii seremmmm. hihihi ;)

berdasarkan apa yang aku baca, untuk perkembangan baby berusia 7 bulan di dalam kandungan, saiz dia lebih kurang seketul bunga kobis yang seberat sekilo lebih gula. dia dah boleh bukak tutup mata dia, kuku jari pon semua dah tumbuh, hobi dia dah mula hisap jari ;) dan perkembangan otak dia adalah sangatttttt aktif. masa ni dia dah boleh kenal suara mak ayah dia. anyonyonyooo ;) oooo no wonder la dari keadaan dia yang diammm je tak gerak, bila syafiq panggil terus dia tendangggg. ooo dia kenallll suara daddyy diaaaaa. so sweettttt mihmihmih :p


Ya Allah, terima kasih untuk sebuah pinjaman yang palinggggg indah yang pernah Kau izinkan kepadaku sepanjang 7 bulan ini. :') Kau peliharakan lah zuriatku Ya Allah selama mana dia didalam rahimku. Kau keluarkan lah dia pada waktu terbaik yang telah Kau tetapkan dalam keadaan yang sihat dan selamat. Aminnn. :) 
sayanggg, lamaaaaaa kami tunggu. kuatlah untuk 3 bulan jee lagi. we love you baby. :')


April 23, 2014

EPHYRA terbukti berkesan :)



sebagai salah seorang pengguna ephyra dan salah seorang blogger yang pernah bekerjasama dengan pihak Oceanlife untuk sama-sama menaikkan nama Ephyra setanding dengan produk-produk hebat yang lain, gileeee tak bangga kalau aku cakap, dalam masa 2 tahunnn jeeee Ephyra dah sama level dengan produk lain yang sangatttttt dikenali ramai. 2 tahunnnn je babe. aku tak terkejut sebab kak miza punya strategi bisnes veryyyy the power. :) langsunggg tak kedekut dan tak berkira. bila kita tak berkira dengan orang, dah tentu Allah takkan berkira dengan kita. ye dak? :) tahniah kak mizaaaa! diusia Ephyra baruuuu 2 tahun berada di pasaran tapi dia punya impakkkk, fuhhhh. kalah orang berniaga 6 tahun tahuu! :) Happy birthday yang kedua Ephyraaaa! wish nadia satu jee kak, semoga stok sentiasa ada. jangan putus. kang nanti pengguna meroyan tak cantik sehari. HAHAHAHA. ;)

pada semuaa yang sedia maklum, aku start minum ephyra ni sejak dari tahun lepas lagi. korang boleh baca testimoni aku sendiri dekat entry-entry ni ye,


1. Ogos, bulan pertama minum ephyra, Sana sini Kolagen EPHYRA :)
2. September, bulan kedua minum ephyra, Ephyra sangattttt berkesan :)
3. Oktober, bulan ketiga minum ephyra, EPHYRA sangatttttttt bestt! :)
 
November aku stop sekejap sebab nak rehatkan badan selepas 3 bulan minum Ephyra tanpa henti. :) tiba-tiba awal December, doktor sahkan aku mengandung 5 minggu dan dianggarkan terbentuknya seorang janin dalam rahim aku ni pada 24hb oktober :) eh ehh, 24 oktober tuu aku still minum Ephyra lagiiii. jadi secara tak langsung, aku sangattt merasakan antara salah satu faktor yang membantu aku mengandung adalah dengan minum Ephyra dengan konsisten 3 bulan non stop sebab dia macam menguatkan rahim kita atau menguatkan segala dalaman kita. ye laaa. kan hampir 4 tahun kitorang kawen takde anak. macam-macam cara dah kitorang usaha awal-awal kawen dulu. tiba-tiba bila minum ephyra, aku terus mengandung. ye kuasa Allah semuanya. korang jangan salah faham pulak. :) kaw minum la ape pon kalau Allah tak izinkan tak menjadi jugak tapiii dalam kes aku, oleh disebabkan aku memangggg tak makan atau tak minum apa-apa ubat lain selain ephyra the only one, aku tak nafikan ephyra sikit sebanyak membantu kesuburan aku. korang boleh baca entry mengandung sebab ephyra aku dekat sini ye, mengandung sebab Ephyra?



so diawal tempoh kehamilan aku, kak miza sarankan aku stop dulu minum Ephyra sebab awal lagi kannn. tapiii kaw jangan tak tauuuu, masukkk je usia kandungan aku 6 bulan, terus aku sambung minum Ephyra balik. ;)) hewhewhew. dia 5 bulan keatas dah boleh minum tapi aku start time 6 bulan sebab masa ni baby dah betul-betul stabil insyaAllah. :) lagi seminggu jeee kandungan aku nak masuk 7 bulan jadi maknanya ephyra aku ada balance 7 pack je lagiii. hikhikhik ;) insyaAllah aku akan terus guna ephyra sampaiiiii la baby selamat melihat dunia sebab aku nak anak aku esok comey macam anak memey dengan norman yang sangattt laaaa hensemnyaaa putih gebu. hikhikhik ;) 


aku tak pasti orang lain tapi untuk pengalaman mengandung anak pertama ni, so far aku belum bengkak-bengkak kaki, sakit pinggang yang melampau, kejang urat malam-malam buta sebab ada setengah ibu mengandung selalu kena cramp dalam tidur kannn. alhamdulillah so far aku belum kena dan mintak-mintak jangan terus kena. (-___-') 2nd trimester sangatttt mudah untuk aku lalui. takde alahan-alahan dahhh. alhamdulillah. dan aku rasa, salah satu faktor dia adalah ephyra sebab aku memang tiap-tiap hari minum ephyra dan ubat yang doktor bagi. tu jeee. aku memang takde amek apa-apa supplement lain sebab takut badan tak boleh terima banyak sangat supplement dalam satu masa. ni maknanya, aku tak terkejut esok bila anak aku keluar, dengan dia dia sekali suka minum ephyra sebab sebelum dan semasa kejadian dia, semedang aku minum ephyra. hihi. :)) sepanjang aku mengandung, boleh dikatakan ephyra adalah satu-satunya supplement yang aku amek untuk tambah tenaga. dia buat kira rasa badan kita macam ringannnnn jeee. awal-awal dulu ye aku pemalas gile. huhu. sekarang dah back to normal dahhh. ;)) hihihi


dan untuk pengetuan korang, ephyra sekarang dah ada tshirt exclusive. smartnyaaaaa baju diaaa. T____T


stressss aku tengok ida pakaiiiii. T___T menyesalll tak beli time event sepetang bersama blogger hari tu. kalau tak boleh pakai samaaaa. T___T hari tu tak beli sebab takut tak muattt saiz. huwaaa. sekali balik tengok nory pakai dengan perut dia yang dah 9 bulan elokkkk jeeee. dah la RM15 jewww. cantikkk kannn baju diaaaa? :)



oh ye sebelum terlupa, pada semuaaa orang putrajaya dan ipoh, ephyra akan berada di Karnival Utusan Putrajaya & Karnival Jom Heboh Ipoh pada 26/4 - 27/4. nanti korang boleh la terus beli dekat booth dorang sebab tentu-tentu dapat harga lagi murah dari pasaran. siap dapat free gift dan alang-alang, boleh jumpa memey dengan norman yang very the humble ni. hihi :)) 


dan sempena menyambut ulangtahun yang ke-2 ephyra , pihak oceanlife akan mengadakan promosi besar-besaran bermula 28 April 2014 ni dengan harga hanya RM180 sekotak. selalu dorang jual RM197. soo dah jimat RM17 kannnn. haa apa lagi, korang boleh tunggu 28 April untuk dapatkan harga promosi ni tapiiii kalau nak lagi senang, korang order je dengan aku. ;)) tiap masa harga promosi :P dan dah tentu-tentu aku bagi harga kasih sayang. mihmihmih :)) korang boleh terus sms atau whatsapp aku di 019-7564019. 

 

April 21, 2014

Jantina baby? Guess whatttttt? hihihi ;))

dariii awal mengandung sampai la ke hari doktor sahkan jantina anak kitorang, aku tak pernah terlintas atau terniat nak anak lelaki duluu ke anak perempuan dulu kee sebab bila kita tergolong dalam golongan yang susah nak dapat anak, 4 tahun kawen takde anak, Kau beri la apa jantina sekalipun, aku dah cukup bersyukur setulus hati dan menerima dengan penuh lapang dada berbunga-bunga. ;) asal sihat sempurna Alhamdulillah. :)


kalau ikut keturunan syafiq, gen dia lebih kuat kepada lelaki sebab adik beradik syafiq sume laki. :) kalau ikut keturunan aku, gen aku lebih kuat kepada perempuan sebab yang sulung dalam keturunan aku mestiiii perempuan dulu. contohnya aku adalah anak perempuan sulong, mama pon anak perempuan sulong, nenek aku pon anak perempuan sulung. ;) tapiiii, kaedah gen gen hormon segala ni tak boleh pakai sangat sebab yang berenangnya adalah dari laki aku. HAHAHA :p syafiq pon tak kesah anak dia laki ke perempuan tapi yang aku tau, tahun depan nak beranak lagi. hewhewhew ;) 

haiii, ni baby rizqy anak noryyyyyyyy. :)) hensemmm angattt iyeee. :)

aku sokmooo baca pengalaman mak mak yang dah bersalin dan yang dah ada anak, semua cakap mestiiii nanti rindu time tengah mengandung. aku mula-mula macam hahh, rinduu? boleh eh rindu zaman yang kita adalah yang paling maksima membesar ni? HAHAHA. tapiiiiii, bila kandungan aku dah masuk 6 bulan keatas ni, baruuuuu akuu tauuuu. oo betul laa orang cakap. nanti rindu sebabbbbb bila dah nak akhir-akhir 2nd trimester ni, kita kan dah boleh rasa baby bergerak dengan sangattt aktifnya. bergolek menendang menguis mengeras segala. :) jadi setiap kali dia menyepiiiii tak bergerak lama sangat, aku akan rasa macammmm ehh kenapa awak diam jee nii. feel tu rasa macammm risau dan rindu nak rasa kena tendang-tendang tu. hihihi ;) terus ketuk perut macam buah tembikai supaya mengganggu baby yang sedang tidur dengan harapan dia akan bagi isyarat yes mummy im okkkkk. hihihi ;) syafiq pon sama, soalan pertama dia akan tanya sekarang lepas dia bangun tidur adalah, baby gerak tak? kalau aku jawab tak, dia akan carii dan panggil anak dia sampaiii dia dapat rasa satu tendangan. ;) lepas tu terus, niiiiiiiii. adaaaa. okkkk dahhhh. hihihi ;) anyonyonyoooooooo :p



orang tua-tua cakap, kalau kita mengandung anak perempuan, kita akan selalu tidur mengiring sebelah kiri. dia macam badan kita memberat ke kiri. dan ada petua orang tua-tua cakap, kalau kita dalam usaha nak anak perempuan, selepas 'berkasih-sayang', terus tido menghadap ke kiri. masalahnya, aku sebelum mengandung ke semasa mengandung ke, dari dulu lagi aku memang suka tidur mengiring ke kiri. :) hikhik. tapi selalunya ibu yang mengandung ni, dia akan ada satu naluri yang menyatakan dia sedang kandungkan anak lelaki atau perempuan. takyah scan dekat hospital pon dah boleh dapat rasa. kira naluri seorang ibu laa. :)) tapi kalau aku, better scan kott untuk kepastian sebab dari scan kita boleh nampak segalanya. dan selalunya scan ni 80% betul. tapiiiiiii, ada je kes scan lain, keluar lain. haaa yang ni berdebar. (-__-') kang kelengkapan sume dah siap sekali keluar tak sama macam dalam scan. seremmm. hihihi ;) 

selepas ramaiiiiiii yang tanyaaaa, kitorang pon tak menyabar :p, time 5 April 2014 hari tu, genap usia kandungan aku 24 minggu 3 hari, doktor sahkannnn dia adalahhhhhhhhhh :))


yeayyyy, she's daddy's little princesssssssssssssssss ;) i'm a girlll everybodyyyy ;) hikhik. no wonder naluri aku dari awal macammmmm anak perempuannnnn je niiii. :) sebab tibe-tibe aku suka sume benda yang berwarna pink sedangkan warna paling cantik dimata aku sebelum ni adalah merah. mihmihmih. ok dahh, sekarang kita pikir nama. bai. hihihihi ;))

 


April 18, 2014

Almari baju babyyy ;)

kalau semalam kita cite pasal katil baby, hari ni kita sambung pembelajaran seterusnya dengan cite pasal almari baby. :) aku kalau cite bab dekorasi susah nak benti. sorryyyyyyy. ;) hihi. kalau ikutkan, almari baju baby takde pon dalam senarai keperluan aku buat sementara waktu sebab selalunya baby bukannya ada banyak baju sangat kannn. tapiiiii, oleh disebabkan almari baju aku laki bini dah penuh padat mampat segala, aku terfikir kalau ada anak esok, baju-baju bersih dia nak letak mana. takkan nak biar berlonggok bertingkat-tingkat lepas lipat gitu je tanpa simpan dalam almari? kang nanti berdebu kee. sekurang-kurangnya kita ada satu tempat simpan segala barang dan keperluan dia. tak perlu nak cari baju dia sekejap-sekejap selonggok depan tv, sekejap-sekejap selonggok atas katil aku, sekejap-sekejap selonggok atas sofa. jadi dengan secara tak tersengaja aku pon terbeliii laaa sekali almari ni time pegi beli katil dekat ikea hari tuuuuuu. mihmihmih. ;) 


terrrrrbeliii ponnn selepas aku terfikir alasan-alasan dekat atas tadi dan terbeliiii sebab nak nampak satu set dengan katil yang ala-ala pwincesssss ituewwww ;) lagipon memang la sekarang mungkin tak nampak sangat keperluan almari ni tapiiiii dia tetap akan jadi satu keperluan bila anak dah besar esok. mestiiii tetap kena beli jugak kannn untuk simpan baju dia. jadi alang-alang, kita terus beli yang besar untuk jangkamasa panjanggg. ;) 

haa nampak tak kerawang dekat atas almari tu. tu kan kerawang yang sama jugak dekat katil baby. sebab tu laaa aku cakap nampak satu set dan nampak ala-ala mahkota pwincessss. hihihi. ;) hoiii kaw jangan tanyaaaa berapa jammm syafiq pasang almari niiiii. T____T dalam banyak-banyak perabot ikea yang kitorang pernah beli, almari ni adalah yang paaaling lama dan cerewet kena pasang step-step dia. (-___-') kalau katil baby tak sampai satu jam pon dah boleh siap. almari? 4 jammmm babeee laki aku bertungkus lumussssss! setiap saat aku tanya abang ok, penat tak, stress tak, nak tolong pape tak. HAHAHA. aku risau takut syafiq emo stress aku paksa dia pasang tengah malam buta tu jugak tapi syafiq kannnnnn, peel dia tak tunjuk terkinja-kinja teruja nak dapat anak tapiii aku cukup kenal laki akuuuuu. ;) dia tak tunjuk dari percakapan hoyehh hoyehhh saya nak dapat anak takkkkkk. :p tapi dia tunjuk dari perbuatan sebab aku tau, dia tahan kemut-kemut maluuuu. KAHKAHKAH :P thank youuuuu sayangggg muah muaahhh! ;)

kesiannnn anak mummyyy, dalam almari kosongg je lagiii. ada sape-sape sudi nak tolong isi untuk penuhkan almari? :p kuikuikui. 

kenapaa aku cakap pasang almari ni sampai 4 jam? sebabbbbb dia ada beratussssss skru untuk pasang setiap pembahagi-pembahagi ni dan supaya almari ni betul-betul kukuh stabil kedudukan dia. dan kenapa aku pilih almari ni berbanding banyak lagi almari baju kanak-kanak jenis lain? sebab dia dah siap-siap ada tempat baju yang boleh disangkut dan ada tempat yang boleh kita susun baju-baju yang dilipat. jadi nampak la tersusun dan kemas sikit kannn. tak de la yang kena sangkut kena menumpang almari baju aku, yang lipat kena letak sini. :) sebelum aku terlupa, meh aku letak harga dia siap-siap. senang nanti korang nak refer kott la kan korang nak beli samaa. hihi. ;)


dan hasilnyaaaaaaaaaaa ;) taraaaaaaaaa!


haaa nampak satu set kannn? ;)) wiiii tak sabarnyaaaaaaaaaaa. syafiq junior is on the wayyyyy everybodyyyyyyyyyyyyyyyyy. hikhik. ;p



April 17, 2014

katil baby idaman hatiiiiii wiiiii~ ;)

sekarang baruuuu aku faham macam mana terujaaanyaaaa orang lain setiap kali nak timang anak apetah lagi anak pertama. dia punya terujaa oii lain macheammmm. ;) kalahhhh teruja setiap kali nak buat anak. mihmihmih. benda pertamaaaa terlintas dalam kepala aku time mula-mula mengandung dulu adalah wiiiii tak sabarnyaaaa nak beli katil babyyyyyyyyyyyyy. ;)) walaupun ramaiiii yang kata katil baby tak praktikal sangat sebab baby lahir bukan terus duduk dalam katil dia, mestiiii satu katil dengan mak ayah jugak sebab senang nak menyusu kan tapi i is don't careeeeee. :) dia duduk katil dia ke, dia duduk bawak tetek aku ke, janji aku nak katil baby satu! hihihihi. kalau baby tak nak duduk, takpeee. bapak baby boleh duduk. HAHAHAH :p so far aku dah set, baby ni tak boleh manja-manja sangat dengan aku asal boleh nak berkepittt 24 jam sebab nanti laki aku terpinggir. dah macam mana nak beranak lagi sorang tahun depan. muehehe. ok tak kelakar. kikiki :p


dan percayalah, dalam banyak-banyak barang baby, katil adalah benda pertama yang aku beliiii. wiiii~ ;)) sebenarnya ada lagii tapiii hari ni aku nak cerita pasal katil je dulu. hihi. selepas survey beberapa jenis katil dekat kedai baby, hati aku tetappp berkenan dengan katil dekat ikea. mungkin sebab harga dia takde la mahal sangat, takde la murah sangat. soo soo laa orang cakap. :) dan yang paaaling penting, pattern dia anyonyonyooo. soooo sweettttt. haa tengok, manisss kann? :) dia macam ada kerawang-kerawang pwincesssss gituuuuuueww. ;) dan the best part isss, dia ada almari baju yang sama pattern kerawang-kerawang pwincess macam ni jugakkkkkk. harussslaaa aku beliii sebab nampak macam satu set gituuu. haa nanti aku cite pasal almari ehhhh. :)



sebelum ada yang email aku tanya harga katil ni, baik aku tulis sini awal-awal atau korang boleh bukak website ikea dan survey katalog dorang. 



haa harga ni belum termasuk dengan tilam segala. ni harga katil semata. biasa laaa. ikeaaaa kannn. asing-asing harga diaaa. :) untuk aksesori dalam katil macam tilam, bumper, comforter, quilt cover, bantal sume lain kali la aku cite. ;))



aku memang sengajaaa pilih warna putih sebab tak kesah baby lelaki ke baby perempuan ke semua boleh pakai. kan tahun depan nak beranak lagi. :P jimat tak yah beli katil dah. kuikuikui :p

dan part paaling tak sabar, haruslaaaa kita ada baby corner kannnnnnn. ;)) hewhewhew.



kemainnn kannn aku beriaa cerita pasal katil babyyyy. konon bagusnyaaa aku awal-awal dah prepare katil tapi kaw jangan tak tauuuuuu, cer korang tanya aku, kain lampin dah beli? nan hadowwwww. kehkehkeh. :p dibuatnyaaa esok lusa bersalin, ada aku darurat balut anak aku dengan kain batik jeeee. mihmihmih :P




April 15, 2014

Sliding door dan cermin dinding murah dan berkualiti

to be honest, aku kalau bab renovate rumah nak mendeko segala sangattt menitikberatkan kualiti. orang cakap mahal takpe janji tahan lama. lagipun kalau deko-deko rumah ni selalunya sekali je kita buat dalam satu tempoh jangka masa yang panjang. takdenya kaw setiap bulan nak upah orang sekejap-sekejap nak pecah dinding buat baru, sekejap-sekejap nak upah orang suruh pasang pintu baru kuikuikui. :P 

dan spesis aku, sekali tukang rumah buat kerja dan aku puas hati, aku akan tetap menggunakan servis dari orang yang sama untuk kerja-kerja seterusnya. sebab kita dah tau macam mana dorang buat kerja dan kita dah tahu tahap mana kualiti dorang. takdenya aku membuang masa pergi cari kontraktor atau pakar lain untuk merenovate rumah aku semata-mata nak lagi murah tapi at the end, kaw sendiri makan hati. haaa kata nak murah kan, dapat la hasil yang setanding dengan harga murah. hewhewhew T____T jadi hari ni, aku nak kenalkan korang dengan satu-satunya kontraktor pakar cermin yang mana bukan rumah aku je dia buat, dengan rumah sepupu aku sekali sume adalah hasil tangan dia. hoii memang tiptop la dia buat kerjaaaaaa. kalau dekat rumah aku, Aluminium Glass Work ni dah buat cermin dekat dining hall ni,



dan sliding door dekat dapur. tapi gambar sliding door dekat dapur rumah aku takde dalam pc ni pulak sorryyyy. :) dan bulan lepas, sepupu aku diam-diam baca blog aku lepas tu sekali dia bagitau, dia upah adam dari Aluminium Glass Work ni pasang cermin dekat rumah dia. aku ok jee tak kesah sebab dah nama pon aku cerita dekat blog kann. sape-sape boleh order huhu. sekaliiiii, bila aku pegi rumah dia, mak aiiiii. nak pitammmmmmmmmmmm. T___T bukan cermin seketul je dia buat. boleh dikatakan segala mak nenek yang berkaitan dengan cermin dekat rumah besar gedabak dia ni sumeee hasil kerja adam. hoii cantiknyaaaaaaaaaaaaaa. T___T 



haa korang nampak pagar kaca ni? yesss ni adalah hasil tangan dari Aluminium Glass Work. smart gileeeee. moden kannn. ;)



ni ponnnn dari Aluminium Glass Work. ni veranda je asalnya tapi bile dah pasang pagar kaca macam gini dah gaya padang golf dekat atas rumah aku tengok. oi cantiknyaaaaa. 



haa kan betul aku cakap, dah boleh jadi padang golf mini. pasang rumput carpet, siappppp :)



haa asalnya sepupu aku cakap dia nak buat pintu bilik air ni jee dengan adam aluminium glass work. sekaliiiiii, dia bantai buat satu rumah punya cermin. kan aku dah cakap kualiti kerja aluminium glass work tiptop. harga pon still mampu bayar dont worryyyy. ni kan pelaburan sekali jeeee untuk jangka masa panjang. bukannya setiap bulan awak tukar bilik air kannn :p



ni cermin dekat ruangtamu yang lebih kurang dengan aku punya dekat dining hall tadi. 



dan ni sliding door dekat bilik tidur utama. kalau dekat rumah sepupu aku ni, dia pilih sliding door yang versi cermin pantulan kan. kalau dekat dapur rumah aku, aku pakai sliding door jenis lutsinar yang nampak terus tu. dua dua Aluminium Glass Work boleh buat korang jangan risau. as per request gituuu bagitau je adam :) 





haa sebelum terlupa, pintu bilik air macam ni pon dorang ada jual. dan ni contoh pintu bilik air rumah aku





sebenarnya Aluminium Glass Work ni bukan pakar dalam buat cermin je, dorang still buat pagar, grill dan sume-sume la. korang boleh tengok antara hasil kerja dorang dekat facebook Aluminium Glass Work dekat sini eh 



atau korang boleh terus contact adam di 012-3279932.

dan haa jangan tak tauu, untuk harga terbaikkkkk, percayalah. sila la mention korang tau dari blog aku time contact dengan adam nanti sebabbbb sepupu aku bagitau, time dia deal dengan adam sebelum close deal hari tu, dia saje-saje test market bagitau dia tengok dekat blog aku yang mana aku adalah sepupu dia. tiba-tiba adam bagi diskaun dan banyakkk kottt dia dapat diskaun. haaa pandaiii tauuuu. HAHAHA :p tapi xpe, untuk mendapatkan harga terbaik, aku izinkan je korang mention kita kawan ke sedara mara ke sepupu sepapat ke janji korang dapat harga murah kennnnn ;) jangan mention kaw suami aku sudahhh aku pang karang. HAHAHA. ok dah, pergi order sekarang. dia bukan hari ni tempah hari ni boleh siap. kata custom made ikut citarasa sendiri kannn. :))








April 08, 2014

pengorbanan seorang isteri

kita mula mukaddimah entry kita pada malam ini dengan serangkap video. 

https://www.facebook.com/photo.php?v=561229557308103

korang wajibbbbb tengok dulu tau. baru feeeelll :P ok dah tengok? T________T lap air mata, huwaaaa takutnyaaaaaa. T____T 

to be honest, aku tak pasti pengalaman orang lain mengandung macam mana tapii kalau korang tanya aku, pengalaman sepanjang aku mengandung banyak membuka mata hati aku. yes mata hati. bukan mata kasar. contohnya kalau sebelum ni Allah bagi aku suami isteri lebih masa, hampir 4 tahun untuk merasa hidup berdua, oii lupa diriiii kawwww berseronok kemain kannn ;) dalam masa hampir 4 tahun tu, percayalahhhh. kitorang suami isteri tak pernah berborak secara serius tentang macam mana keadaan kita bila kita ada anak esok-esok. bukan lah tak pernah langsung menipu la kannnn. tapi selalunya dalam keadaan bergurau. bukan stok yang borak berfikir panjang sebab time tu tak mengandung lagi kann jadi tak boleh rasa feel nak jadi mak ayah orang tu. 

tapi bila sampai satu saat aku betul-betul mengandung, soalan macam mana laa keadaan kita bila ada anak esok sangattttt mendebarkan. (-__-') macam-macam fikir sebab bukan setakat ni pengalaman pertama kali, tapi ni pengalaman hidup dan mati orang tua cakap. banyakkkkk pengalaman baru yang kita bakal tempuhi tapi percayalah, indahnya perasaan menjadi seorang ibu hanya Allah je tauu. :')


wallahi, aku cintakan syafiq sepenuh hati aku tapi aku tak pernahhhh pun sangka akan tiba satu masa, aku akan kandungkan zuriat dia. anak dia. sperma dia. :) setiap kali aku merenung kejadian terjadinya seorang manusia bermula hanya dari seketul sperma, aku rasa macam allahurabbiiiii. besarnya kuasamu Ya Allah. :') dari beratus juta sperma, darab hampir 4 tahun kitorang bersama, aku tak tau dah berapa million trilion sixlionnnnnnn sperma yang terhasil, akhirnyaaa, dia lah yang paling kuat, dia lah yang paling gagah, dia lah yang paling penuh kasih sayang, dia lah yang paling Allah pilih dan titipkan untuk berada dalam rahim aku sekarang. :') betapa beruntungnya aku, betapa beruntungnya kami merasa nikmat pinjaman Allah yang satu ni. :') 


dan antara benda baru yang membuka mata hati aku adalah ya, seorang perempuan terlaluuuu menitikberakan fizikal tubuh badan dia. susuk badan dia. kehalusan kulit dia. keindahan pinggang dia. kalau tiba-tiba berat badan terlebih sikit dari yang sepatutnya, sanggup berlapar janji badan cantik, slimmm, ada pinggang orang cakap :)) tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, suatu masa, bila kita mengandung, berat badan tak naik-naik adalah satu masalah besar setiap kali checkup.

kebetulan tiba-tiba ada kawan aku meluahkan perasaan, suami dia kantoi 'beramah mesra' dengan perempuan lain time dia dalam pantang. T____T hoiiii aku yang rasa nak meroyan. besarnyaaa dugaan dia. semoga dia terus kuat Ya Allah. kesiannyaaaa. T____T 

aku tak faham macam manaaa seorang suami atau seorang bapa boleh terfikir nak pasang skandel tak kesah la saje suka-suka mengisi masa lapang ke, sebagai tempat bermanja ke, sebagai tempat berduka lara kee dengan perempuan lain. boleh tak setiap kali terdetik di hati korang untuk 'menjamu selera makan di luar', boleh tak korang renung sekejap betapa besarnyaaaaaaaa pengorbanan seorang isteri yang pernah atau sedang mengandungkan zuriat korang. korang renunglah, seorang isteri tak pernah pun mengeluh betapa hodohnyaaa bentuk badan dia, rekahan badan dia, strechmark dia, kekembangan badan dia sepanjanggggg dia sarat mengandungkan anak korang. T______T

gambar dari google, bukan gambar perut aku ye harap maklum ;)

bogelkan la dia dan renungkan setiap inci tubuh badan dia. sarat. padat. mampat. berurat-urat. tak kesian ke? T__T betapa besarnyaaaa pengorbanan seorang isteri yang tak pernah mengeluh bahkan bahagia melalui detik-detik indah menjadi seorang ibu sedangkan dia sendiri seram nak tengok susuk tubuh badan dia huhuhu T______T sehebat-hebat seorang lelaki, hebat lagi seorang isteri yang mampu membawa satu nyawa baru kedunia dengan pelbagai rintangan. kannn? ;) 

alhamdulillah so far aku sepanjang mengandung sihat walafiat tapi setiap kali kalau tiba-tiba aku sakit pinggang yang melampau, aku mestiiii terbayang, ooo macam ni rupanya sakit yang mama aku tanggung time mengandungkan aku dulu. teruss menitik air mata. :') sakitnyaaaa. T___T tu baru sakit pinggang. belum sakit nak beranak lagi. (-__-') kan aku dah cakap, mengandung ni banyak membuka mata hati aku. betapa besarnya pengorbanan seorang wanita, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. kalauuuuu la setiap manusia Allah takdirkan boleh rasa kesakitan mengandung dan melahirkan, mesti takde istilah anak derhaka. percayalah. :)


kepada semua para suami, belaila isteri korang, renunglah dengan penuh kasih sayang, pengorbanan seorang isteri yang sanggup melalukan ape sahaja untuk suami dia. tak salah rasanya korang mencurahkan semaksimum mungkin kasih sayang, masa dan tenaga yang korang ada, alaaa 9 bulan je ponnnnnn dia nak mengada-ngadaaaa. ;) konfemmmm kalau setiap 9 bulan kena belai, berderet anak all out 5 tahun straight muehehe. ;)

 




April 04, 2014

Alcano Design, tempat beli perabot dengan harga kilang

kepada sesiapa yang dalam proses sedang mencari sofa ke perabot ke set katil ke ape-ape je laa yang berkaitan dengan perabot rumah, aku sangattttt merekemen korang untuk beli dekat kilang Alcano Design. 





dan kenalkan, ni laa Mr.Chai dan Angel, pemilik dan pengurus besar Alcano Design :)



dah nama pon kilang kannnn.  tentu-tentu harga dia jauhhhhhh lebih murah berbanding korang beli dekat mana-mana showroom dalam mana-mana shopping mall sedangkan bendanya sama je sebenarnyaaaa mihmihmih. ;) selalunya yang showroom tu pon order dari kilang jugak. markup sikit sebanyak kos sewa kedai ke kos sewa tapak showroom ke, boommmmm meletup harga dua tiga kali ganda tapi curlasss laa bila orang tanya, beli dekat mana? ohh ni saya beli dekat showroom pavilion :p berapa harga? RM9000 jewwww :p pitammmmmmmmm T___T HAHA ;) 

ok berbalik kepada Alcano Design, antara perabot custom made yang aku pernah tempah dengan dorang adalah set sofa merah hitam L shape ni,



korang boleh baca dekat sini dan seketul katil ala-ala jepun korang boleh baca dekat sini :)



tapi sekarang aku dah tak pakai dah katil ni sebab orang cakap, katil setiap tahun seelok-eloknya kena tukar sebab try and error mencari posisi baru katanya. kohkohkoh :P 

ok berbalik kepada kilang Alcano tadi, haaaaa sekarang dorang dah advance habissss. macam-macam produk dan perabot baru dorang ada. smart gileeeee. senang cite sumeee perabot dorang ada jual kecualiiiii kabinet dapur. yang lain, ready made kee custom made ke semua ada. dan the best part is semua adalah harga kilang yang mana jauhhhhhh lagi murah berbanding harga pasaran. percayalah. :) dan dalam banyak-banyak perabot, antara perabot yang paaaaling terbaru korang boleh dapati dekat Alcano Design ni adalah

 built in cabinet tv




ni meja makan dekat rumah sepupu aku. dia pon tempah dari Mr. Chai. hoiii smart gileeeeee! moden kannnnn lekuk lekuk gituuu. 

namaaaaa jeee kannnn koman koman bunyi dari kilang tapiiiiii cuba kaw pegi tengok katalog dekat kilang dia. hoii rambang mataaaa. sume yang up to date punya perabot. siap duitt jeeeee mihmihmih. :p

haa pada semuaa yang berminat untuk tempah perabot dengan harga kilang, korang boleh contact Mr. Chai di 012-396 6621 / 03-6140 1371 atau korang boleh pegi terus ke kilang beliau di 

Alcano Design
Lot 2770 M, AL220, Kampung Baru, 
Sungai Buloh 47000, Selangor.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...