February 27, 2014

Kenapa isteri cantik pun kena cerai?

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab.

Soalan pembaca:

Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm... Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”. Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha (ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja. Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?! Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!! Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni. Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik: 
 
“Apa guna berbini cantik,
 Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang” 
 
copy paste dari blog keretamayat.blogspot.com :)

-------------------------------------------------------------------------
 
ok sekarang pendapat aku. ;) sepanjang hampir 4 tahun kitorang kawen, syukur alhamdulillah kitorang tak pernah mengalami krisis rumah tangga yang kronik. tak pernah laaa gaduh besar yang melibatkan orang ketiga. nauzubillah mintak jauh. (-__-') habis-habis pon gaduh sebab syafiq tak bagi aku book tiket flight nak pegi berjalan mana-mana. HAHA. :P lagipun baruuuu 4 tahun kan. panjang lagi perjalanan kitorang tapi insyaAllah, masing-masing kena cuba yang terbaik.

cumaaaa, tak dinafikan, aku selalu dengar orang-orang tua cakap kunci kebahagian suami adalah air tangan isteri. tapi aku rasa, kadang ade je kes isteri dia rajin kott masak hari-hari tapi kenapa suami dia tetap menggatal dengan perempuan lain. mungkin la masalah dalaman dorang aku tak tau, tapiii aku senang jee cakap, tu mungkin sunat suami dia belum kering. merenyammmm je keje kaw. HAHAHA. ;)) tapi jangan tak tauuuu, ada je kes isteri yang merenyam lebihhhhhh tergedik-gedik. yang ni aku laaaaagi tak paham. takkan sunat dia tak kering-kering. dari lahir kottt terus sunat. HAHAHA. 

kesimpulannya, kaw pegang kata-kata keramat aku ni. penuhkan perut, kosongkan testis. KAHKAHKAH ;) 
 
 
 

February 20, 2014

Kos dan Panduan membeli sebuah rumah


aku percaya memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri tu macammmm impian setiap orang cumaaaa tak semua berani try and error sebabnya proses membeli rumah ni bukan macam proses membeli nasi goreng satuuu! :p ni melibatkan duit yang puluhan dan ratusan ribuuuuuu babe kaw biar betullll (-___-') 


kadang ada setengah orang, gaji dia mampu je beli rumah tapiiiii dia tak berani dan takde keyakinan diri untuk membeli. dan kadang ada je sesetengah orang, slip gaji dia tak cukup syarat untuk dia membeli sebuah rumah tapiiii sebenarnya banyakkk cara yang membolehkan dia tetap cukup syarat untuk memiliki sebuah rumah. contohnyaaaaa, slip gaji laki tak cukup syarat. kaw boleh je combinekan slip gaji suami dan isteri dan bila dah dapat rumah tu nanti, automatik rumah tu akan ada dua penama. satu nama suami, satu nama isteri. tapii kadang slip gaji ni bukan boleh percaya sangat sebab ramaiii je yang buat bisnes sampingan. so sertakan sekali semuaaa bank statement 6 bulan terakhir korang tunjuk dekat lawyer nanti. atau kalau korang ada ASB, haa kepilkan sekali jumlah simpanan atau loan ASB korang sebab benda-benda ni semua sangattt membantu. 

macam kes proses membeli rumah kitorang dulu, alhamdulillah senangg je bank approve loan syafiq sebab dia belum pernah terikat atau belum pernah ada sebarang loan sepanjang dia hidup ;) so, loan rumah sepenuhnya under nama dia sorang. tak perlu add on nama aku sekali sebabb so far kitorang memang rancang rumah pertama just under nama syafiq sorang jee sebab kott la mana tau lepas ni ada rezeki nak beli rumah kedua senang sikitt. rumah kedua boleh letak under nama aku. so takde la kemungkinan kedua-dua di black list bank atau kedua-dua diisytihar muflis hanya kerana sebuah rumah. lagipon aku rasa adil kott sebab setiap bulan, syafiq just handle semua bayaran untuk rumah, aku handle semua bayaran yang melibatkan kedua-kedua kereta kitorang. fair and square ;) 

to be exact, kitorang beli rumah pada awal March 2011. korang bayangkan dari mula kitorang start beli sampaiiiiii la ke hari semalam, ada je sedara mara ke, kawan rapat ke, pakcik makcik ke yang tanya, sebenarnya macam mana proses nak beli rumah? berapa duit yang kena ada dulu sebelum beli rumah? berapa lama dorang akan proses pembelian kita sampai betul-betul dapat kunci rumah? (-___-') sejujurnya kadang-kadang berpeluh kitorang nak jawab satu-satu. bukan sebab taknak berkongsi takkkkkkkkkkkk. T___T ni sebab mak aiiii, banyakkk gile proses step by step nak beli sebuah rumah sampai kadang kitorang lupa dah step-step dia dan berapa peruntukan sebelum beli rumah. lagipon nak terangkan satu-satu detail yang melibatkan duit bukan boleh bawak main-main kannnn. 

soo meh aku berkongsi dengan korang pengalaman kami suami isteri beli sebuah rumah condominium dan alhamdulillah, rezeki kitorang kott time tu. lokasi dia terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur yang mana harga time kitorang beli tu baruuu RM188,000. tu harga time tahun 2011 ye harap maklum. :) sekarang? RM450,000++ T_____T rezekiii kannnnn. nasib baikkkkkkkk. (-___-') dan rumah ni adalah rumah second hand. bukan yang baru siap membangun tu. bukannn. kalau yang baru siap konpem-konpem lagi mahal. 


T____T so bila kita kena beli rumah second hand, mind set kena set awal-awal, ini bukan rumah baru walaupun kita baru beli. rumah mungkin banyak defect, rumah mungkin banyak kerosakan yang kita kena baiki, rumah mungkin memerlukan pengubahsuaian sebab ye la kita beli rumah orang yang dah pernah tinggal dekat sini kannn. mesti la dah teruk. so yes. betul aku jangka. ni rupa rumah hari pertama kitorang dapat kunci T_______T




walaupun dia adalah sebuah condominium, aku tetap buat major renovation sebab perpaipan dia banyak tersumbat dan rosak, tile dia dah banyak tertanggal dan taste dia 100% tak sama macam taste aku. previous owner adalah india so no wonder. :p jadi once dah dapat kunci rumah, aku peruntukkan sebulan untuk merenovate semua sekali dan total renovatioan adalah lebih kurang RM60,000. to make it clear, kos renovation adalah takde kaitan dengan harga rumah RM188,000 tadi. ni duit simpanan sendirii. aku just nyatakan dekat sini supaya korang tau, risiko membeli rumah second hand adalah boleh ke korang tinggal dekat rumah yang banyak kerosakan? kalau tak boleh, sediakan duit untuk renovate. haaaa gituu. :) dan ni rupa selepas sepenuhnya di renovate. korang boleh tengok sini, Tips Dekorasi. alhamdulillah :)
 
ok sekarang kita proceed pada proses membeli sebuah rumah. sebelum membeli rumah, antara dokumen-dokumen penting yang korang kena sediakan adalah, 

1. IC copy
2. Latest 3 month payslip
3. Latest 3 month bank statement with front page. 
4. EPF Statement
5. Later from employer
6. EA Form

ok lengkap ni semua sekali baruuuuuu first step boleh proceed sebab ni dokumen yang konpem-konpem lawyer akan mintak sebelum start proses. 

tapiii, sebelum korang decide untuk membeli sesebuah rumah tu, pastikan korang kena tau rumah tu title type dia Freehold ke Leasthold. sebab ada beza dia Freehold dan Leasthold ni. 


# Freehold: walaupun harga dia mahal sikit dari Leasthold tapiiiiii, rumah tu akan jadi milik kita sepenuhnya sampaiiii bila-bila. dia rumah yang spesis pegangan bebas. beli je, sepenuhnya milik kita. kerajaan tak leh usik walaupun tiba-tiba dia nak buat pembangunan dekat tapak rumah kita. 

# Leasehold: dia murah sikit tapiii keburukan rumah spesis ni adalah pegangan sementara. memang rumah ni akan jadi milik kita cumaaa, selepas 99 tahun umur rumah tu, kalau tiba-tiba contohnya kerajaan nak amek untuk buat pembangunan, yes kita terpaksa lepaskan sebab had dia sampai 99 tahun je. kira kita macam takde hak nak halang dan belum tentu dorang akan bayar pampasan. memang tak kemungkinan besar kita takkan hidup sampai 99 tahunn tapiiii, sekurang-kurangnya kita boleh wariskan dekat anak cucu cicit generasi akan datang kannnnn. ;) 

kalau tanya aku, konpem-konpem aku pilih Freehold. tapi terpulang la pada individu. 

once dokumen-dokumen tadi semua dah ada, rumah pon dah dapat yang Freehold, so sekarang boleh proceed untuk membeli. pastikan korang pegi tengok rumah dulu tau dan fikirlah semasak-masaknya. :p once dah masak, terus proceed. jangan tunggu lama. sebab harga rumah ni setiap masa boleh semakin naik. T___T ok meh aku cerita berdasarkan pengalaman aku yang beli sebuah rumah condominium berharga RM188,000 dengan agent hartanah ye. bukan straight dari tuan rumah. boleh percaya ke dengan agent hartanah? tawakkaltuallah sebab time kitorang dulu, bulat-bulat kita percaya sebab tak tau nak refer sape kan tapi alhamdulillah, tak kena tipu dan proses berjalan lancar. nama agent hartanah aku dulu adalah Mr. Raja dari RG Properties.

rumah dekat kl ni semuaaa macam goreng pisang panas. selepas kitorang tengok rumah, Mr.Raja just bagi masa sehari je untuk kitorang fikir konpem nak ke tak sebab ramaiii yang nak tengok rumah tu lagi since dia iklankan di Mudah.my. aku pon jumpa rumah ni dekat website Mudah.my je ;) bayangkannnn, dalam masa sehari, aku laki bini kena fikir paaaaling hidup mati sebab ni melibatkan proses ratusan ribu ringgit dan time tu umur aku baruuu 22 tahun, syafiq 24 tahun. very the mentah tak tau apa-apa langsung tentang hartanah tapi alhamdulillah, kitorang sepenuhnya dapat sokongan dari mama papa aku. (-__-') bak kata papa aku, duit takkan pernah cukup tapi percayalah pada rezeki Allah. Allah ada. baiklahhhh (-__-') so bermula la proses step by step pembayaran. 

once kita dah confirm nak beli, kita kena bayar 3% dari 10% down payment sebagai deposit pembayaran untuk lock buyer lain dari beli jugak. so macam harga rumah aku, harga rumah adalah RM188,000. 3% dari harga rumah adalah RM5640. jadi pada 1.3.11, firsttt payment kitorang kena bayar adalah RM5640 kepada RG Properties tadi. haa pastikan korang nanti, semua pembayaran mestiii guna cheque atau bank draft. wajib! jangan guna cash sebab tak berapa secure. once dah bayar, selalunya agent hartanah tadi akan amek masa lebih kurang 14 hingga 30 hari untuk start submit dekat mana-mana bank semua dokumen-dokumen yang aku listkan dekat atas tadi. so dalam tempoh ni, korang tunggu je panggilan dari mana-mana bank. selalunya kita akan amek bank yang paling cepat call kita sebab lagi cepat bank call, lagi cepat pihak bank boleh start proses loan kita. jadi dalam masa ni, once bank call bagitau ok anda layak untuk apply loan, korang dah kena standby downpayment lagi 7% dari keseluruhan harga rumah tadi sebab 7% ni korang kena bayar dekat owner rumah. 

30.3.11: agent terus call bagitau loan dah lulus dan akan proses segera. jadi aku kena jelaskan baki 7% downpayment pada tuan rumah yang mana 7% tu adalah sebanyak RM13,160. so bayarlah dalam bentuk cheque kepada tuan rumah asal. 


dan pada hari yang sama, kitorang kena terus bayar sebanyak RM2937.95 untuk Fees & Disbursements termasuk stamp duty segala kepada Muthu Suppiah & Association yang mana mereka merupakan S&P (Sales and Purchase) Lawyer kitorang. lawyer ni semua Mr Raja agent hartanah yang cari. kitorang just follow the flow. untuk Fees & Disbursement dan stamp duty segala ni, jumlah yang korang kena bayar bergantung pada harga rumah korang. jadi semakin tinggi harga rumah, semakin banyak la duit yang korang kena sedia untuk lawyer. 

18.4.11: staff dari Jordan Lee & Jaafar Sdn Bhd yang mana merupakan sebuah syarikat menilai harga hartanah call bagitau nak jumpa dekat rumah yang kitorang nak beli tu untuk ukur, amek gambar lokasi dan check harga market value semasa. untuk beli sesebuah rumah, dia kena balance dengan market value price. tak boleh mahal sangat. tak boleh murah sangat. dorang ni datang check adalah arahan dari pihak bank yang kita apply loan tadi. jadi dekat sini, aku kena bayar RM620 untuk proses menilai hartanah kepada Jordan Lee & Jaafar tadi. 


19.4.2011: dapat call dari Anuar Hong & Ong yang mana merupakan Loan Lawyer kitorang untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM5438.96 untuk bayaran semua Legal Fees dan disbursement. Legal Fees and disbursement ni macamm semua bayaran sepanjang dorang proses agreement jual beli rumah dengan pihak bank. jumlah kena bayar ni pon bergantung pada harga rumah korang. semakin tinggi harga rumah, semakin banyak korang kena bayar. 


25.5.2011: S&P Lawyer iaitu Muthu Suppiah & Association tadi call suruh jelaskan bayaran terakhir proses sale and purchase iaitu sebanyak RM2760. dan once semuaaaa bayaran-bayaran dekat atas ni selesai, korang dah tak perlu bayar pape sebab semua dah settle. just tunggu dapat duit loan dan kunci rumah. yeayyyy. :)) dan selalunya, proses nak dapat duit loan dan kunci rumah tadi adalah tiga bulan dari hari pertama korang sign agreement dengan S&P Lawyer tadi. jadi dalam kes aku, aku sign agreement dengan S&P Lawyer adalah pada 30.3.2011. jadi, sepatutnya by 30.6.2011 aku dah boleh dapat kunci rumah. 

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii T___T

23.8.2011: atas kelembapan dan ke tak profesionalnya Loan Lawyer dari pihak Anuar Hong & Ong, ntah ape ke sengalnya dorang, kan loan aku RM188,000. ni kan rumah pertamaku, jadi automatik bank akan bagi 100% loan. si pihak loan lawyer ni tadi boleh bagi RM159,064.89 je dulu. selebihnyaa, dorang hold. aku tak tau kenapa dorang kena bagi dua kali tapi yang aku bengang, sepatutnya 30.6.2011 tu semua payment loan dah clear. dah boleh dapat kunci rumah. bila tanya napa tak clear, alasan dorang staff yang handle loan kitorang berhenti kerja. dia tak pass file loan kitorang pada sape-sape. jadi terbiar gitu je sampaiiiii bila setiap hari aku call maki-maki. time tu baruuu la hegeh-hegeh nak cari file loan la ape la. hoiii korang jangan tak tauu. kalau ikutkan, kalau lebih dari 3 bulan dari tarikh kita sign agreement tak dapat bayar full lagi dekat tuan rumah asal, kita boleh dikenakan penalti per day tau. serammmmmmm. tapi ni semua bergantung pada budi bicara. dan jangan tak tauuu, tuan rumah tu akan keluar rumah sharp pada 30.6.2011 seperti tertera dalam agreement. jadi dari tempoh tu sampai la ke tarikh kaw dapat kunci, kita dah kena start bayar setiap bulan potongan gaji dekat bank. T____T dan percayalah, walaupun time tu kitorang belum dapat anak kunci rumah lagi tapi dah terpaksa start bayar dari bulan 7, 8, 9, 10 dan 11. bank dah mula potong gaji syafiq. sedangkan, kunci rumah belum dapat pon lagiiii. T___T dan time ni la wa bengang nak mati. kena bayar rumah yang kita belum duduk dan kena bayar rumah yang kitorang tengah sewa sebab kesalahan dari pihak Loan Lawyer. tapi ape boleh buat, maki dah, sound dah, tunggu je laa. T____T

14.11.2011: time ni tarikh paaling lega aku rasa sebab dorang dah clearkan baki loan iaitu sebanyak RM28,935.11. jadi, aku dah dapat keseluruhan duit loan kitorang iaitu sebanyak RM188,000. ni loan lawyer passkan terus pada s&p lawyer. kaw tunggu je s&p lawyer call suruh datang office amek duit dan kunci rumah. 

15.11.2011: S&P Lawyer iaitu Muthu Suppiah & Association call suruh datang office dorang untuk collect duit dan kunci. so time ni, semuaaaa file file penting yang berkaitan dengan rumah korang akan dapat termasuk geran sume sebab time ni rumah ni dah officially jadi milik korang sepenuhnya. jadi, first payment loan iaitu sebanyak RM159,064.89 tadi awal-awal lagi s&p lawyer dah serahkan pada owner asal rumah. 

harga rumah RM188,000. kan aku dah bayar 10% down payment awal-awal dulu pada tuan rumah iaitu sebanyak RM18,800. jadi selepas semuaaaa duit loan 100% dah dapat, s&p lawyer akan serahkan hanya 90% dari jumlah loan kepada owner asal rumah rumah. jadi selebihnya 10% dari jumlah loan akan dapat pada kita balik. ni la namanya prosedur skim rumah pertamaku. memang full loan 100% dari harga rumah kita akan dapat. tapiiiiii, kita kena sediakan dan dahulukan duit kita dulu untuk bayar 10% downpayment kepada owner asal. 

dannn jangan lupaa, once dah dapat kunci rumah, terus pegi TNB untuk dorang sambungkan elektrik balik dan sediakan duit untuk bayar cadangan elektrik adalah sebanyak RM300. 


jadi, meh aku totalkan berapaaa duit yang aku keluar sepanjang proses membeli rumah ni tapi tak termasuk dengan kos renovation sebab aku tak sanggup nak kira sekali. boleh pitam pat hari pat malam. 

# (1.3.2011) = 3% downpayment: RM5640
# (30.3.2011) = 7% downpayment: RM13,160
# (30.3.2011) = S&P Lawyer: RM2937.95
# (18.4.2011) = Penilaian Market Value: RM620
# (19.4.2011) = Loan Lawyer: RM5438.96
# (25.5.2011) = S&P Lawyer: RM2760
# (5.12.2011) = Cagaran Elektrik: RM300
____________________________________
TOTAL = RM 30,856.91 
____________________________________
 

haaa ni total semua duit yang kena standby sebelum proses membeli sebuah rumah kalau rumah korang berharga RM188,000. tapiiii bila dah dapat duit loan, kan 10% downpayment tu korang akan dapat balik, jadi total duit simpanan yang memang akan burn terus adalahhh,

# Total duit keluar tadi: RM30,856.91
# (-) 10% duit downpayment dapat selepas urusan beli rumah: RM18,800
_______________________________________________
Jumlah duit hangus sepenuhnya adalah: RM12,056.91
_______________________________________________ 

cuma risiko membeli rumah condominium atau apartment dia adalah kalau contohnya loan korang lambat dapat duit, selain dari bank dah start potong gaji bulan-bulan, lebih malang adalah korang pon still kena tanggung segala bayaran maintenance setiap bulan yang tertunggak. untuk rumah aku, owner asal kan akhir bulan 6 dah keluar. jadi sepanjang bulan 7 hingga bulan 11, sepenuhnya kitorang kena bayar walaupun kitorang tak tinggal dekat situ pon lagi. semua salah Loan Lawyer si Anuar Hong & Hong tadi! choiii sangat. so tunggakan maintenance adalah sebanyak RM1098.90. T______T jadi, total duit hangus sepenuhnya kitorang adalah sebanyak RM13,155.81. pasrahhhhhh. janji dapat rumahhhh. wiiiiiiiii~ ;)) Alhamdulillahhhhh :) settle semuaaa cerita proses kitorang beli rumah dari A sampai Z. moga korang tak pening tengok nombor banyak sangat. dan selamat membeli rumah semuaaaaa. sila beli cepat-cepat. tahun depan confirmmmmmmmm harga mahal lagiiii. rakyat malaysia kan kaya :p




February 17, 2014

tempat menarik untuk dikunjungi sepanjang musim cuti persekolahan

sejujurnya sifat kaki berjalan suka melancong aku adalah diwarisi datangnya dari peel mak ayah aku. :p tapi takde la hard core gileee sampai setiap bulan sanggup ikat perut demi nak berjalan tu takkkk. :) ni just tahap asal cuti sekolah nak berjalan. asal cuti sekolah plan dah berderetttt. :) haa tu peel mak ayah aku. mungkin laaa sebab sekarang dah senangg sikit semua dah besar panjang dan aku spesis kaw ajak laa pegi jalan mana punnn tak pernah aku tolakkk kehkehkeh :p 

dan percayalah, antara tempat yang selaluuuu sangattt dahh kitorang pegi tapi tak pernah jemu-jemuuu antaranya adalah pulau pinang. asyik-asyik pulau pinang. :P seingat aku, seumur aku hidup, pulau pinang ni dah lebih 20 kaliiiiii aku pegii. :) kenapa? sebabbbbb, mak ayah aku suka makan hewhewhew :p makanan pulau pinang besttttt hokeyyyyyy. setiap kali kitorang pegi pulau pinang, aku rasa lebihhh 10 kali sehari kitorang akan makan makann makannnn sebabbb semua benda nak try. ;) lagipon ayah aku dulu memang lahir dan membesar dekat pulau pinang. so no wonder laaa dia suka pegi pulau pinang. :) selain dari makanan yang ohsem, pulau pinang banyakkkk tempat yang best-best contohnyaaaa, bukit bendera :) 




tapiiiii, selama-lama aku pernah jejak kaki di Pulau Pinang, tak pernah pon aku tauuu tentang kewujudan Penang Camera Museum niiiii. T___T tu pon tau selepas aku search tempat-tempat menarik untuk dilawati sepanjang musim cuti sekolah dan terjumpa dalam website Virtual Malaysia. 



haa korang boleh baca details tentang muzium camera ni dekat sini ye, Penang Camera Museum. 

hoiii senangg keje akuuu. selalu buntuuu habis nak pegi manaaa next cuti sekolah. so aku dah tauuu dahhhhh lepas ni website mana aku nak rekemen dekat mak ayah aku suruh pilih tempat best. :) haaa nanti korang boleh laaa refer samaaa. semua under Virtual Malaysia jeeewww antaranyaa,

1. Langkawiiiiii  



entry langkawi paling sadisssss sebab tak pernah up pon dekat blog walaupun dah berkali-kali pegi. alasannya, aku malasss :p

 
2. Sarawakkk 



haaa bulan depan cuti sekolah lagiiiiii kannnnnn? wiwiwiwi ;)) so korang boleh refer website ni yeee, www.virtualmalaysia.com. semua negeri adaaa tempat best diaaa. jommm bercutiiiii :)


February 14, 2014

kisah sebenar perjalanan cinta nadia dan syafiq :)


ramaiii yang tanya, syafiq tahu tak tentang kewujudan blog akuuu? syafiq tahu tak aku suka cerita kisah rumah tangga kitorang dalam blog? syafiq tahu tak kadang-kadang aku suka cerita lucah kitorang laki bini? and the answer is yesssssssss. :) kaw gilee dia tak tau. dia setiap hari laaa baca blog akuu. kalau aku tak update, dia orang pertama yang akan membebel potpetpotpet kalah mak aku. :p aku kan pemalas ya rabbiiii. :p tapi korang jangan risauuu, walaupun kadang-kadang aku melucah, aku tahuuu batas dalam kain kitorang laki bini. apa yang boleh kita bercerita aku cerita. yang tak boleh memang takkkk la aku nak cerita. kaw gileee nak kongsi ohhh hari ni saya menyondol 4 kali, ohhhh semalam saya tido pakai baju seksi hoiii ape ke faedahnyaaaa aku cerita dekat korang. T__T haa kaw jangan tak tau, mak ayah aku hari-hari baca blog aku, kawan-kawan mak ayah aku pon baca, pak sedara mak sedara sepupu sepapat sedara mara aku pon baca. tapi kotttt laaa kannnn kalau ada yang kurang selesa dengan jalan penceritaan dekat blog aku yang kadang-kadang very the detail, i is ok jewwww. ;)) dengan penuh merendah diri aku nak tanya, kenapa baca? muehehehe :p 


aku mula kenal siapa lelaki bernama nik asyraf syafiq ni dari tahun 2000 lagii. yes trust me. dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal sepanjang aku hidup, kalau kaw tanya aku kenapa aku pilih dia, 4 helai A4 paper pon belum tentu cukup aku nak hurai satu-satu. ;)) aku tak nafikan walaupun syafiq ni bukan spesis romantik sikit-sikit bagi bunga, sikit-sikit bagi hadiah, sikit-sikit buat suprise tapi dia punya kebaikan anyonyonyooo jauhhh lagi banyak untuk tutup segala kekurangan dia. :) 

kekurangan dia ape jeee ponnnnnn. malas kemas rumah dan tak tau masak. muahahaha :p yang lain tiptoppp bombastik misterlobaloba. :p standard la kannn. bila kita kawen, kita akan saling melengkapi. kalau dua dua pandai masak, tak ke haruuu berebut dapur dua dua nak masak kuikuikui :p sebab tu Allah cipta setiap hamba Dia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. haaa satu lagi kalau korang perasan, yang mana mengenali aku di dunia nyata, syafiq kurang pandai bercakap kalau dengan orang dia tak kenal. bukan tak peramah. dia peramah tapi kurang confident untuk bercakap di khalayak ramai. sebab tu Allah ciptakan aku sebagai isteri dia sebab aku spesis tak tau malu asyik bercakapppppp jee kahkahkah ;) kaw bayangkan kalau aku laki bini dua dua tak suka bercakap, bohsannnya malam-malam awak sayangggg diam je kaku u stiff dua dua kahkahkah ;p tapi satu benda aku paaaaaling salute dengan syafiq, dia paaaaaaaling hormat orang tua. dia sangattttt la suka berborak dengan orang tua. kaw boleh tinggal je dia 5 jam berborak dengan nenek mana ntah tak kenal pon tapi dah gaya macam nenek dia. seriuss. :))


aku tak tau rumahtangga orang lain macam mana tapi aku sentiasa doakan yang terbaik jugak untuk semua. :) ye tak dinafikan dalam dunia yang semakin mencabar, kaw ingat senang nak jumpa pasangan hidup yang betul-betul boleh menjadi seorang pasangan seumur hidup? takkkkk. aku ada beberapa kawan dan syafiq pon ada beberapa kawan yang bertahun-tahun couple dari sekolah menengah bermadu kasih bersulam cinta tapi at the end, pada usia 25 tahun, pada usia 27 tahun, tiba-tiba masing-masing memilih untuk hidup sendiri. hoiiiiii tragisnyaaa. T___T bagi aku, seorang perempuan di usia 25 tahun baruuu lepas patah hati, kaw ingat senang nak cari pengganti semudah petik jari. susah babe. kadang boleh makan diri sebab kita akan rasa, angka 25 untuk seorang perempuan dah cukup tua. mana nak cari boyfriend baruu, mana nak kenal hati budi betul ke dia suka aku, mana nak cari cinta yang satu. tapiiiiiiiiiiiiiii, percayalah dengan kuasa Allah. pleasee. Dia lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba dia kadang tanpa kita jangka dan tanpa kita duga. :)


and this happened to me too. ye aku couple dengan syafiq dari tahun 2000. tapi bukan dari tahun 2000 sampaiiiiiii 2014. noooo actually :) kuasa Allah kan semua. aku pendekkan cerita ye sebab kalau nak cerita satu-satu, sebulan belum tentu habis. kitorang couple dari tahun 2000 hingga akhir 2001. aku mintak breakup dengan alasan konon nak fokus UPSR. puiii. :p UPSR jeeewww ponnnn eksyennn kemain. muehehe. syafiq tua dua tahun dari aku. jadi time ni, aku darjah 6, dia tingkatan dua. :)

yes aku mintak clash bodo bodo gituuu jee kesian tauuu abang syafiq i merana siap tumbuk-tumbuk dinding berdarah tangan tak rela berpisah oiii geli nak muntahhh kuikuikui :p oleh disebabkan aku yang mintak clash, jadi aku tak merana sangat. steadyyyy kehkehkeh :p dan kebetulan ayah aku baru beli rumah time tu, terus kitorang pindah rumah. so takde lagi istilah kita berjiran hari-hari boleh pandang. kesian syafiq. T____T kejam gilee aku rasa. aku langsung tak kontek dia dan dia pon satu! nape time tu tak terus bagitau yang saya ni cinta pertama awakkkkkkk. kalau tak takde la saya tinggal awak bodo-bodo gituuuuuuewww :p paling-paling pon saya mestiii contact awak. mana saya tahu awak merana sebab awak tak bagitau kannnn. saya assume awak takde hall laaa. lelaki kann. petik jari je boleh cari perempuan lain. so time form 1, aku dapat masuk MRSM Kuala Lipis. dah nama pon MRSM kannnn. dan tentu-tentu kena duduk asrama. dia tak tau rasanya aku kena duduk asrama. jadi dengan gigihnya laaaa boleh dikatakan setiap hari dia mestiiiii pegi makan dekat kedai nenek aku semata-mata nak jumpa aku tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa sebab aku kan duduk asrama. aku tau tu pon time cuti semesta pertama. nenek aku cite boleh dikatakan setiap hari akan ada sekumpulan budak-budak laki, habis je waktu sekolah akan datang makan lepak-lepak dekat kedai nenek aku tapi ada sorang ni selaluuuu tanya pasal aku. mungkin laaa selepas beberapa bulan dia tunggu-tunggu tak jumpa-jumpa, last-last budak laki tu dah tak datang makan dekat kedai nenek aku dahhhhhhh. T____T 

dan bermula la episod syafiq patah hati sepatah-patahnya tanpa aku tauuuu. T_____T so semasa cuti semesta pertama tu, aku memang hari-hari pergi kedai nenek aku sebab dah terbiasa dari kecik sampai besar kannnn. so time tu la nenek aku cerita pasal budak laki tadi. kaw gileee aku takde perasaan. terus rasa kejamnyaaaaaa akuuuuu. rinduunyaaa. sayangnyaaaaa. T_____T masa tu mana ada facebook email hp segalaaaa. macam mana nak cari dia balik. tiba-tiba aku teringat nombor telefon rumah dia. gigihhhh cari public phone takut kantoi dengan mak aku kannn. :P terus call rumah dia dengan 1001 harapan, harap-harap dia yang jawab. sekali, ibu dia yang jawab. aku berdebar jangan cakap. terus tanya ibu dia syafiq ada kat rumah tak. dan percayalah, selama berbulan-bulan aku cuba telefon rumah dia, dia tak pernahhhhhh jawab telefon dan setiap kali ibu dia jawab, mesti ibu cakap syafiq takde kat rumah. T________T dan sekarang, berlalu la episod aku pulak yang patah hatiiiiiiiii macam nak mati.

selepas putus asa yang betul-betul putus asa, aku bawak diri yang lara. sampai laaaa aku naik form two. awal-awal form two, selepas berbulan-bulan tak telefon rumah dia, ntah tergerak hati nak telefon lagi dan kali ni, ibu dia bagitau syafiq baruuu je masuk asrama sekolah teknik dekat kuantan. huwaaaaa T_____T hancur harapannnnnnn tapiii tiba-tiba ibu dia bagitau, syafiq baruuu pakai hp. jadi apa-apa terus contact dia la. aku berbunga-bunganya hatiii jangan cakapppppppppppppp. terus berdebar-debar nak pitam nak pengsan sume ada. hoiii mau takkk, ni nak call macam jejak kasih tauuuu :p akhirnya, selepas setahun lebih, aku dengar suara seorang lelaki yang paaaaaling aku rindu, 'Hello'. hoiii bergetar jiwa waaa babeee jangan cakap. aku terus terdiam. kelu kan. tak tau nak mula macam mana. aku pon dengan bodohnyaa pegi letak ganggang public phone. alaaaaa vodonyaaa ingat balik. macam cite hindustan muahahahah :p

keesokannya, aku gigih pegi beli kad telefon baru sebab konon nak meluahkan segala perasaan kannn kena la telefon bercakap lama-lama. sekali bila aku call, dia jawab 'Hello', aku terus cakap emmm saya nadia. saya nak mintak maaf sebab saya tinggalkan awak dulu tapi saya tak pernah berhenti cuba contact awak tapi awak tak pernah jawab telefon rumah. kaw tau dia jawab ape? 
'aku tahu sebab rumah aku tak pernah ada orang perempuan lain tahu no telefon. tapi sekarang aku tak berminat. sorry.' 

dia terus letak telefon. T______T esak-esak aku nangissssssssss. hancurnyaaa sekeping hati tuhan je tahu. dan percayalah, aku bangsa tak tau erti putus asa. selepas kejadian tu, aku tetap telefon dia boleh dikatakan setiap minggu selama 2 bulan berturut-turut tapi asal dia dengar suara aku, mestiii dia letak telefon atau suruh kawan dia jawab sampai la satu hari, hari terakhir aku telefon dia, sorang perempuan yang jawab dan perempuan tu kata dia adalah girlfriend syafiq dan tolong jangan ganggu syafiq. mulai dari saat tu, percayalah. bila seorang perempuan patah hati, dia akan betul-betul patah hati. hancur gileee hati aku kaw jangan cakap. so selepas beberapa bulan proses recovery menyembuhkan hati terluka, dah sembuh je bermula la episod aku kapel dengan orang lain, dia pon mungkin akan kapel dengan orang-orang lain. :p kuikuikui. 

yes, dari aku form two sampaiiiiiiiiii la aku akhir form 4, aku tak dengar lagi sebarang berita tentang lelaki bernama nik asyraf syafiq ni. time form 4 dan form form 5 ni, aku sambung belajar dekat MRSM Pengkalan Chepa. syafiq masa ni aku tak tau pon dia sekolah mana ke buat ape ke aku tak tau langsung. walau seinci aku tak tau sebab aku kan tengah konon bahagia bercouple dengan orang lain kahkahkah :p sampaiiii la satu ketika, aku tengah outing dengan kawan-kawan aku dekat Mydin Kota Bharu. time tu aku baruuuu nak masuk mydin. tiba-tiba aku terpandang syafiq dengan seorang perempuan yang baruuuuuuu nak keluar mydin. masing-masing tengah berjalan tapi aku nampak, dia berhenti. aku? memang takkk la aku nak berhentiiii konon sedih merintih merayu. :p aku kannn dah patah hati. so aku buat angkuhnya terus berlalu meninggalkan mu terkapai-kapai disitu. HAHAHHAAH :p tapi dalam hati kaw jangan tak tau, seram sejuk berdebar menggigil sume ada. aku tak tau celah bedah mana syafiq pegi tinggal awek dia tadi. lepas dah kawen baru dia bagitau, rupanya dia masuk mydin tu balik cari aku tapi tak jumpa dah. nak contact tak tau. sweet laaa konon? choiiiii :p 

so episod tu berlalu macam tu jeeeeee. still tak berhubung dan terputus hubungan macam tu je. sampaiiii la satu ketika, time tu dah akhir-akhir aku form 5. kuasa Allah kan semua. time tu aku tengah berebut-rebut naik bas untuk balik ke besut dari kota bharu. time tu hari khamis, cuti hujung minggu. bas tu padat gileeee dengan manusia. aku antara orang terakhir naik bas tu dan sepanjang perjalanan aku berdiriiii je takde seat. aku kan naik bas tadi dalam keadaan berebut-rebut, naik-naik je terus pandang depan sebab aku berdiri betul-betul sebelah driver bas. bas tu bawak laju kottt. bergoyang-goyang, dah la penuh umat manusia berdiri. tiba-tiba, ada orang cuit bahu aku dari belakang. aku pandang la, sekali kaw tau sape? syafiqqqqqqqqqqqqqqqqqqq! (-___-') dia berdiri betul-betul belakang aku. aku pandang, dia senyum. aku pon senyum je la. sebab terkejut kan. takde kata-kata. dua dua terdiam sebab rasa Allahhhhh keciknyaa duniaaaaaaa. kenapa dalam bas dan kenapa kaw yang berdiri belakang aku. T_____T berdebarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mungkin la dia pon berdebar. so sampai sudah kitorang tak borak pon. langsung. dia cuit semata nak bagitau, dia ada belakang aku. so sweetttttttttt :')) selepas 1 jam perjalanan, dia turun dulu sebab bas tu lalu depan rumah dia dulu. aku? still tak bercakap apa-apa. dia pandang aku, aku pandang dia. baiiii :)

hari sabtu, dia datang kedai nenek aku dan kebetulan time tu, aku ada dan aku tengah bersiap-siap nak balik asrama sambil tunggu bas. sekali dia ikut aku naik bas balik kota bharu. dan pertama kali selepas bertahun-tahun lamanya, dia duduk sebelah aku dalam bas. yes dia sengaja duduk sebelah aku. tapi kitorang tak borak pon. diammm macam biasa. percayalah. sampaiiiii la di Kota Bharu, turun-turun je bas, perkataan pertama dia cakap, jom minum air. aku tak sampai hati nak tolak sebab hati aku pon tengah bergelora kannnnnn, so aku ikut je minum air. 

dan di kedai ni la segalanya bermula. habissssssss semua benda dia luahkan dari episod tahun 2001 sampai la tahun 2006 tu. dan jangan tak tau, masa ni la pertama kali syafiq setelah sekian lama, dia merayu tolong jangan tinggal dia lagi. aku? egooo kann. diamm je tak cakap ape. :) sampai la tiba-tiba kaw tau dia buat apa? dia ludah air milo yang dia tengah minum atas meja dan dia sedut balik air milo tu guna straw. euuuuwwwww. aku geli campur terkesima. awak ni kenapa? kotorlahhhh. dan kaw tau apa dia jawab? 

'selepas awak tinggalkan saya, saya pernah berjanji dengan diri sendiri. saya takkan jilat balik apa yang saya ludah. tapi hari ni, saya mintak maaf. saya tarik balik kata-kata saya. saya menyesal. saya sanggup jilat balik ludah saya, janji awak tak tinggalkan saya.'T___T

yess, selepas 5 tahun, tu pertama kali aku dengar syafiq meluahkan perasaan sambil bergenang air dekat kelopak mata dia. :') aku nampak muka dia penuhhhh mengharap. aku jawab ye saya sayangkan awak tapiiiii saya tak boleh terus terima awak bulat-bulat gitu je sebab saya ada boyfriend. haaaa kaw nampak tak hindustannya kisah kitorang. HAHAHA. dan jangan tak tau, syafiq pon still ada awek time ni tapi mungkin laaaa kesakitan yang kitorang lalui membuatkan kitorang lebih memahami. time tu aku fikir, mustahil aku nak tinggal boyfriend aku bulat-bulat gitu jeee tanpa belum ada jaminan pon syafiq betul-betul nak dekat aku sebab dia kan ada awek jugak. so kitorang memilih untuk teruskan berkawan tapi bukan sebagai pasangan bercinta. dia amek nombor hp aku, aku amek nombor hp dia. 

dan bermula la episod setiap hari dia sms aku, 'Hai'.. tu jee. aku? balas Hai jugak la. tu jee. hahaha. :P kan dah ada boyfriend, setia la kononnnn puiiii. :p syafiq ni dari dulu sampaiii saat ni, dia sangatttt memahami. dia tak suka paksa-paksa orang. dia jenis follow the flow. janji takkan lost contact lagi dah. sampaiiiiiiiiiiiii la satu ketika, aku kena pegi plkn, sambil-sambil tengah tunggu bas plkn, dia datang dan jumpa mama papa aku dekat stesen bas tu. kenalkan diri dia walaupun mama papa aku dah lama kenal. kata dulu jiran kannn kuikuikui. :P aku tak sembang pon dengan dia. sampai la bila bas tu bergerak, dia sms, 

'saya akan buat apa saje untuk dapatkan awak. sape cepat dia dapat walaupun saya tau awak ada boyfriend. saya tunggu awak balik plkn. saya serius. saya dah bagitau mama papa.' 

aku jawab ok dan sepanjang 3 bulan, aku kan dekat plkn, kitorang tak contact pon. dan percayalah, selepas 3 bulan, keesokan harinya selepas aku balik dari plkn, dia mesej cakap on the way nak datang amek aku jumpa ibu dia. aku ingat main-main sekali betul-betul. so bermula la episod syafiq bersungguh-sungguh menawan hati aku dan dia sangattt pandai membeli hati mama papa aku. dia kalau nak ajak aku keluar, dia terus datang rumah jumpa mama dulu. samaada kitorang keluar kejap minum-minum atau dia lepak je dekat rumah aku dengan adik-adik dan keluarga aku.


jenis aku, yes aku akan pilih lelaki yang sanggup berusaha untuk aku. aku akan pilih lelaki yang mampu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada aku. aku akan pilih lelaki yang kaw boleh terima seadanya siapa aku. aku akan pilih lelaki yang kaw tak hipokrit langsung dengan aku. aku akan pilih lelaki yang bukan duit yang datang dulu. aku akan pilih lelaki yang manjakan aku tanpa rasa jemu. aku akan pilih lelaki yang utamakan keluarga dulu. aku akan pilih lelaki yang bukan memilih aku kerana nafsu. aku akan pilih lelaki yang tau siapa sebenar aku. dan awak la suami saya ituuuuuu. :)) and yes, you are the best husband in the worldddddddddddddd. :)