to be honest, tak sampai 10 minit aku post gambar ni dekat facebook dua minggu lepas, bertalu-taluu orang mesej aku tanya macam mana aku boleh mengandung, ada amalkan petua ape-ape ke, ada buat treatment ape-ape ke. kawan-kawan, jangan cakap koranggg, aku yang sedang melalui sendiri ni pon sampai saat ni masih speechless tak habis-habis. (-__-')
hampir 4 tahun Allah uji aku dengan ketiadaan zuriat, percayalah. bermacam-macam cara kami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tapi still tak berjaya. aku ingat lagi tahun pertama kawen, kaw bagii la aku ape untuk telan janji dapat anak semua benda aku telan. air rebusan buah zuriat, air tasik dayang bunting segalaa aku telan. T__T tak jadi cara telan, kita cuba cara sapu. ubat subur ke ubat mak nenek ape ke semua aku makan. tak jalan cara moden, aku berubat cara kampung. jumpa mak bidan sane, jumpa mak bidan sini berurut kemainnn konon rahim jatuh susah nak dapat anak segala baiklahh aku urut. tak jalannnn, belum rezeki katanya. kemudian jumpa ustaz mana-mana yang tinggi ilmu agamanya, bagi ayat quran suruh amal setiap hari dan setiap kali sebelum bersama baiklah kita cuba. tak jalannnn jugak, belum diizinkan katanya. T_____T hancurnya sekeping hati Allah je tahu bila setiap bulan result upt adalah negative. T____T
keadaan menjadi semakin teruk masa tahun kedua kitorang kawen sebab sejujurnya, period aku selalu teratur je setiap bulan paling-paling pon tercepat dua tiga hari atau terlewat dua tiga hari. tapi malangnya, masa tahun kedua kitorang kawen, tiba-tiba period aku tak datang-datang dan ngam-ngam selama 9 bulan. T___T Allahuakbar besarnya ujianmu Ya Allah. 9 bulan yang penuh tanda tanya, 9 bulan yang hancur luluhnya sekeping hati aku tak nak cerita, 9 bulan yang cukup mengajar aku erti sebuah keredhaan. T___T mulai dari saat tu, aku nekad, kalau betul dah tertulis aku suami isteri tidak layak untuk bergelar seorang ibu atau seorang bapa, aku redha. :)
peritnya sebuah penantian tu buat aku jadi tawar hati. (-__-') bukan laa tawar hati tak nak anak. nakkk. tapi aku berserah sepenuhnya pada yang maha kuasa. Dia tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. jadi masuk tahun ketiga perkahwinan, aku pikir nak nikmati kehidupan berdua sepuas-puasnya. kita berusaha cari duit sama-sama dan kita habiskan duit sama-sama. mihmihmih. ;)
genap 3 tahun 6 bulan 1 hari kitorang kawen, ahad, 8 december 2013, aku takkan lupa sampai bila-bila. T____T
wallahi, aku tak tahu dan aku tak expect pon aku sedang mengandung. T__T period aku kan tingtong. seingat aku kalau tak silap, dah 4 bulan aku tak datang period tapi aku tak jadikan period tak datang tu salah satu masalah pon sebab dah terbiasa kan. so aku lalui je la hari-hari seperi biasa. :)
kebetulan dalam masa yang sama, syafiq tak berapa sihat. asal malam je demam. siang ok je. batuk sakit tekak jangan cakap la cukup pakej. korang bayangkan selama dua minggu kitorang tido tak pasang kipas. sayang suami punya pasal kennnn choiii :p sampai la satu saat, aku dah start pelik. syafiq ni jarang sakit. kalau selalu dia demam, takde nye dia demam lama-lama macam ni. makan ubat pon tak jalan dah kenapaaa. bila syafiq dah beransur sembuh, aku pulakkkkk sambungg. aku expect ni mesti berjangkit dengan syafiq. hoiiii penatnya dua dua tak sihat. dua dua tak lalu makan. dua dua melepekkkkk je tak bermaya. nak buat kerja hakiki pon tergendala kahkahkah :p tapi masa ni aku paling teruk kot sebab kaw bayangkan, perut lapar gile tapi asal masuk je makanan semua keluar balik. dah mana nak ada tenaga. makan panadol berpapan papan pon tak jalannn. aku start detect 'sesuatu' sangatttt demam aku kali ni bila setiap masa nak kencing manjang padahal aku kan demam, tak minum air pon. dah kenapa 40 saat sekali nak kencing niiii. lepas tu tiap kali basuh pinggan, gigi aku mestiii sengal. pelik gilee aku rasa. kihkihkih. tapi aku buat donooo je laaa sebab malas letak harapan tinggi-tinggi kannn.
sampai la hari Ahad, 8hb december tengahhari tu aku pegi Jusco sebab nak tukar duit dekat money changer. kebetulan time tu kitorang lalu depan Guardian, aku cakap dengan syafiq nak beli upt la saje nak test setelah sekian lamaaaa aku tak beli upt. sampai-sampai rumah, tak bermayanya tuhan je tahu. syafiq bantai mentido depan tv. dia kan demam lagi jugak. aku pon nak tdo tapi macam tak mengantuk. kaw tau aku buat ape? pukul 4 petang, masuk bilik air check upt diam-diam. selalu kan orang suruh check pagi-pagi lepas bangun tido tapi lantakkk laa. aku kan tak menyabooo. :p petang ke malam ke, janji aku nak check sekarang. :) kalau betul rezeki aku, dia tak kira siang ke malam ke dia tetap naik double line. demi Allah masa aku check ni, aku tak letak harapan langsung sebab aku dah berapa ratus ribu kali pernah dikecewakan dengan result upt T____T tapiiiiii allahurabiii, betul ke dua line ni. menggigil-gigil badan aku jangan cakap. Allahhhhhhhh Allahhhh Allahhhhhh. nafas aku semua terhenti. berdebar jangan cakap. termenung dalam bilik air, betul ke ni Ya Allah. aku seka air mata dulu sebab nak tanya syafiq betul ke ape aku nampak dua line ni ke mata aku je.
saat ni aku takkan lupa sampai bila-bila. aku kejut syafiq, dia sedar dan duduk dalam keadaan mamai-mamai. aku tanya dia betul ke dua line ni? dia pandang upt, dia pandang aku. dia pandang upt lagi, dia pandang aku. aku nampakkkk, ada air bergenang dekat kelopak mata dia. allahhhhhhurabbii allahuakbar besarnya kuasamu ya allah. T____T dua dua hilang kata-kata. dah lamaaa kami tunggu Ya Allah. time ni jangan cakap, aku nangis esak-esak. syafiq peluk dengan penuh kasih dan sayang. aku tau, dia juga seorang suami yang dah lamaaaaa sama-sama menanti kehadiran zuriat sendiri macam aku. T____T dua dua tergamam, yang aku dengar syafiq cakap, kita pegi jumpa doktor ye. huwaaaaaaa syahdunya ingat balik. sambil taip sambil lap air mata. T_____T
on the spot terus siap-siap pegi klinik. masa ni dah pukul 6 petang. bayangkan kitorang pegi 7 buah klinik untuk scan tapi ketujuh-tujuh klinik kata doktor takde sebab dah lewat petang. baiklah aku pasrah. first test kan aku guna upt murah, mungkin sebab dia murah dia boleh mempengaruhi result aku. :P aku decide untuk beli upt Clear Blue sementara nak tunggu keesokan harinya untuk scan. dan hasilnya, result clear blue 'Pregnant' dan anggaran usia kandungan adalah 5 minggu. aku pandang syafiq, syafiq pandang aku, senyum. hilang kata-kata lagi kaw paham takkkkkk. ;)
dan keesokan harinya, lepas syafiq balik kerja, kitorang sama-sama pergi klinik untuk scan pengesahan. selagi tak nampak selagi tu aku tak puas hati. (-___-')
the moment bila aku tengok ada jasad dalam rahim aku, Allahhhhhurabbi. indahnya. kalau macam ini indah perasaan yang kaw uji selama 4 tahun menanti dengan penuh kesabaran, kami rela Ya Allah.. :') tu belum cite scan minggu lepas punya. Allahhh ajaibnya rasa bila nampak degupan jantung baby yang keciknyaaa tapi dup dap dup dah clear nampak dekat screen. :') im touched soooo deeply. T__T syafiq mungkin tak perasan time dia kusyuk tengok screen monitor doctor tengah terangkan dekat dia, aku pandang muka dia. aku nampak, kebahagian yang terpancar dekat muka dia aku tak pernahhhhh nampak sebelum-sebelum ni. T___T rasa macam allahhhhh dalamnya kasih sayang dia. T___T
demi Allah, it happened just like that. tanpa sebarang treatment, tanpa sebarang ubat-ubatan, tanpa sebarang kaedah tabung uji, tanpa sebarang kaedah-kaedah lain selain dari kuasamu Ya Allah. aku percaya Kau sebaik-baik pencipta, Kau sebaik-baik pendengar, Kau maha mengetahui bila waktu yang sebenar-benarnya sesuai untuk kami layak bergelar seorang ibubapa.
Ya Allah, Kau peliharakan lah zuriat ku Ya Allah. Kau kasihanilah dia seperti mana Kau mengasihaniku. Kau sihatkanlah tubuh badan dia selama mana dia di dalam rahimku. Ya Rahman, terima kasih untuk sebuah pinjaman palinggggg indah yang pernah Kau izinkan kepadaku. Ya Rahim, terima kasih kerana memilih aku untuk merasa dan melalui ujian-ujian indahmu.
Anakku, 4 tahun kami menunggu kehadiranmu. kuatlah untuk lagi 7 bulan yang mendatang. mummy ada, daddy ada. kami tunggu. :')
tahniah dear.. usaha selama ni menjadi!! alhamdulillah... jaga diri okey? ;)
ReplyDeletetouching sangat! alhamdulillah.. allah s.w.t makbulkan impian nadia dan suami.. Ok, sebak jugak.. seyes, baca dengan bergenang air mata.. moga dipermudahkan segalanya.. n moga jangkit dengan nadia.. hihi :) aamin.. allah s.w.t sebaik2 perancang...
ReplyDeletetahniah nadia.. do take care of yourself. jaga makan.. semoga dipermudahkan sepanjang mengandung sehingga melahirkan.. sabar itu indah kan ;)
ReplyDeleteAllah bg rezeki..hanya kita perlu sabar :)
ReplyDeleteYaya.... love u, penantian kau tidak sia-sia, bersyukur dan bersyukurlah, aku ada dibelakang mu saat kau terjatuh sekalipun. touching gilerrrrrrrrrr~ 4 tahun yang manis paling manis, boleh bygkan wajah syafiq yaaaaaa
ReplyDeletehuhuuu..bergenang airmata akak baca nie..alhamdulillah rezeki dr Allah kpd hambaNya yg terus bersabar dan berdoa.Ble due nie nadia..baby kita bleh geng thni nie.akak due awl bln 3 ni..ameen.congratz yer
ReplyDeleteAir mata mengalir laju..
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur :-)
ya Allah. nadia, mirah ternangis bc ni. btw, taniah\. jage baby molek2 :)
ReplyDeletealhamdulillah tahniah! maka bakal bertambah seorang lagi umat Muhammad SAW. take good care alright.
ReplyDelete- salam dari seorang ibu anak dua yang suka cari travel tips dekat blog post anda. Hihi
yaya buat akak nangis..
ReplyDeletetahniah yaya..
u gonna be a great mommy..!
insyaallah
jaga diri baik baik.
jaga diri.
huuu. sebak yaaa. sebakkkk.
ReplyDeletetahniah utk keberapa kali ntah. hehe.
nnt beranok kat besut deh. senang sitii g melawat. :P
Awak... Tahniah dari saya dan isteri... alhamdulillah syukur... harap lepas nie giliran isteri saya pulak...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah dik...:)
ReplyDelete*hugs*
ReplyDeletemiracle do happen sweetie.
ala, tak best la semalam dah komen camtu.
arini dah umum kata pregnant.
anyway, TAHNIAH!!!!!
alhamdulillah ... tahniah. terasa dlm hati nie time baca entry awk nadia. bilalah giliran sy.
ReplyDeletetahniah Nadia ...semoga semua kebahagiaan ini milik kamu dan keluarga ;)
ReplyDeletedah lama baca tentang Nadia dan follow Nadia ...
tahniah dear ;)
alhamdulillah... sejuta kali tahniah.. rs sebak gak bc entry ni.. jg diri elok².. awl preggy ni byk dugaan.. jgn buat keje berat sgt.. terpaksa manjakan diri di awal waktu ni..
ReplyDeletetahniah dik...take care....
ReplyDeleteBerderaiiii air mata Umi Qi baca dik nadia....syafiq dan nadia kuat harungi dugaan Allah....sekarang Allah bg hadiah anak yg x disangka2...tahniahhhh utk kalian berdua........umi Qi pernah rasa apa yg nadia rasa....mmg kita akan rasa berada diawang-awangan kan bila kita dpt tahu pregnant dlm masa yg x dijangka-jangka....
ReplyDeleteSayang adik nadia...comel jek tgk gambar baby nadia tuh...membesar dengan baik ye sayangggg....auntie Umi Qi tggu kamu dengan abg QI :)
Tahniah nadia. Jg diri baik2. Jg mkn, jgn lasak2 sgt.
ReplyDeleteT_T wah tahniah dear...:) Betul-betul.. Yang penting kita kena sentiasa redha apa jua ketentuanNya. Lambat-lambat pun pasti ada.:)
ReplyDeletetahniah......... rezeki allah bg awak da husband..berkat tunggu 4 tahun..amin:)
ReplyDeletealhamdulillah,mcm nak nangis jugak bila bace nii, hee,sy doakn sumeny ok.
ReplyDeleteTouchingnya baca entry ni :( heartiest congrats!!! Take care dear nadia♡
ReplyDeleteHuhuhuhu... teringat gak moment pertama kali dpt tahu wife pragnant... warghhhh...
ReplyDeletebergenang air mata akak baca entry nadia nih..touching
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah nadiah..mcm my mum dlu lpas kawen 3 tahun x ada anak.Then bila di sahkan mengandung trus dpt kembar..selang setahun dapat lagi sorg anak..berkat kesabaran..Allah uji hambanya yang kuat..Allah tahu bila masa waktu kte btol2 sudah bersedia ada anak..Lambat bukan disebabkan kite tak "normal" tp Allah nak uji sejauh mana kita sentiasa meminta padanya.Wlpun sy still single but mum my always advice ni kdg2 Allah nak bagi yg terbaik bt kita..Apa pun tahniah sekali lagi bt nadia dan psgan :)
ReplyDeleteAduhh syahdunya entri ini...tahniah dan semoga semuanya berjalan dgn baik utk bulan2 akan datang..ameen...:'')
ReplyDeletetahniah yaya, indahnya perasaan jadi seorang ibu kan ??? :) (nak cepat2 kawen macam nie )
ReplyDeleteAduhh syahdunya entri ini...tahniah dan semoga semuanya berjalan dgn baik utk bulan2 akan datang..ameen...:'')
ReplyDeleteSyukur...
ReplyDeleteAlhamdulillah
So happy for u n syafiq
tahniah! hadiah tahun baruuuuu ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dah sampai. Doakan saya pula ye. Salam kenal. :)
ReplyDeletealhamdulilah. Taniah. Yang penting jaga kesihatan awak dan cik comel tu ya. Ada hikmah sebaliknya. Kita tumpang gembira sekali
ReplyDeletecongrats sis .. sedey plak baca entry kali ni .. alhamdulillah .. rezeki dr allah swt .. sy paham apew yg sis lalui .. sy yg baru 6 bulan kawen ni pon org slalu dok tny .. stress sy .. apew tah lg sis yg dh 4 thn kawen .. tabah betul aty sis .. hepy plak sy sis pregy .. anyway insya'allah anak kita sama baya .. jga dri yer ..
ReplyDeletealhamdulillah besarnya kuasa-Mu ya Allah..semoga akk dilindungi olehNya..aminnnnn
ReplyDeleteAlhamdulillah...welcome to the club nadia!! big congrats!! sama2 kita jaga diri ye...semoga selamat semuanya...aamiin..=)
ReplyDeletealhamdulillah rezeki..take care dear
ReplyDeleteYaAllah.. mengalir air mata saya baca, touching sgt.. anyway, tahniah sis.. jaga diri baik2 ye..
ReplyDeleteTahniah..tumpang gembira..
ReplyDeletesebakkkk...
*lap air mata*
sedih bercampur gembira Nadia - tahniah
ReplyDeleteNadia tahniah sgt2..msti excited dia luar biasa kan alhamdllh after 4 years kan..hanya Dia mgetahui hikmh disebalik ujian yg nadia lalui..tumpang happy for u taw..wahh nati blh la ayu bg bj2 baby hikhik
ReplyDeleteok..yang penting sekarang..adalah menjage kandungan tu dengan sebaik2 nya yer... :) awal2 ni awak kene lebih berhati2...tolong lah...tolong jangan aktif sangat yer.... :)
ReplyDeleteTegak bulu roma baca. Za faham dan merasai sendiri pandangan dan pelukan kasih sayang tu dengan tangisan esak bila ada nyawa dlm rahim. Allahu akbar, peliharalah kandungan sahabatku, nadia, srmoga semuanya selamat hingga zuriatnya menjengah dunia.
ReplyDeletewuwuwu..touching sgt..thniah kak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah dear.. i'm happy 4 you dear..
ReplyDeleteCongrats sis. :)
ReplyDeletePost ni wat sy tharu. Besarnya kuasa Allah.
Alhamdulillah...tahniah sis!!!Allahuakbar:)
ReplyDeleteTahniah...tersentuh hati ^_^
ReplyDeleteTahniah weh..dah lama korang tunggu..penantian selama 4 tahun kompen terubat dgn zuriat ini..semoga segalanya selamat..aku doakan korang dan baby selamat....
ReplyDeletetahniah..baca rasa sedih plak..pastu rasa happy..ehh sape mengandung nieh ...hehe..semoga dpt anak soleh dan solehah..twin taw..hee ..tiba2 jadi twin..=D
ReplyDeleteNadiaaaa... alhamdulillah. tahniah dear..
ReplyDeleteTerharu baca coretan ni..Lepas baca terus citekan hal ni kat suami pasal ketabahan kamu..
Hope saya pun setabah kamu ye. Doakan kami jugak untuk rezeki baby.
Touching sangat bila baca.. 4tahun menunggu bukan semua orang mampu hadapi. Take care ye..
Hope semua selamat. Saya doakan kalian jadi parents yang sangat bahagia dan anak-anak menjadi soleh dan solehah. Amin.
Syukur!
congartes.. jaga kandungan elok2.. bakal ibu tak boleh steghess..hihi :)
ReplyDeleteTahniah...touchingnya baca entri ni.. take care awak :')
ReplyDeleteTahniah...touchingnya baca entri ni.. take care awak :')
ReplyDeletewahhh seronoknya :) tahniah akak n suami.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tahniah kak. Saya pun yakin dalam waktu yang tepat Allah akan kurniakan jugak zuriat. Yang penting terus berdoa dan bersabar. Thankz 4ur inspiration =)
ReplyDeleteSyukran yarabbi..more rest ya nadia ..tc ya..perancangan allah tak siapa yg tahu kan..alhamdullilah:)
ReplyDeleteAlhamdulillah. tahniah sayang :D
ReplyDeletetouching nya...alhamdulillah.. tahniah yaya...semoga Allah lindungi yaya n baby...harap2 lepas ni kami pulak menyusul..inshaAllah...
ReplyDeletep/s : patutlah yaya penat nk handle dobi..ada isi rupanya...:)
kak nadiaaaaaaa.
ReplyDeletealhamdulillah :')
sama-sama sebak baca entri ni. huhuhu.
take care kak ;_
tahniah nadia!!!! meremang bulu roma bc ....happy for u:)
ReplyDeletetahniah nadia!!!! meremang bulu roma bc ....happy for u:)
ReplyDeleteSubhanallah. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga selamat semuanya. Selamat menjalani fasa mengandung dan kemudian bersalin. Tumpang gembira walaupun kita tak kenal antara satu sama lain. Saya tahu dan faham perasaan orang yg dah berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Saya sedang melaluinya. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan kandungan.
ReplyDeletealhamdulillah...ejoy your preggy moment, bykkan solat hajat di malam hari ye, insyaallah..rezeki kita Allah dah tulis dimana dan tempatkan, tahniah!;)
ReplyDeleteAlhamdulillah kuasa Allah yg maha agung. syahdu entry ni. jg diri baek2 dear :)
ReplyDeletealhamdulillah...tahniah..happy for you..jaga diri elok2 tau..dilarang buat kerja berat2, banyakkan rest tau..
ReplyDeletetahniah...sy pun still belum di kurniakan rezeki baby..harap2 tahun 2014 ni membawa tuah kpd kami pula...amin...
ReplyDeletetake k nadia...tahniah!!!
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
Tahniah! Berkat sabar..
ReplyDeleteMake sure really take care of your self sebab first trimester masih fragile. Jgn buat kerja berat2.. Kalau ada alahan, biasakan makan dalam kuantiti sikit tapi kerap.. Then, bykkan makan buah supaya tak mual...
sumpah,,saya baca...rase sebak sgt...tahniah2...saya pon tgh prgnant skrg..hampir setahun kawen baru prgnant...tapi saya yakin dgn rezeki Allah swt...sy x guna sebarang ubat pon...sbb nanti tkt kita lgi percaya dgn ubat drpd Allah swt...
ReplyDeletetahniah nadia..
ReplyDeletesy pun sedang menunggu rezeki anak dr Allah..
moga sy pun tabah mcm awk..
tahniah again..
response awk buatkn sy pn rs nk nanges ;)
allahurabbi...tahniah ka nadia..jaga kesihatan baik2 yer..jangan penat bekerja...rehatkan diri.. :)...
ReplyDeleteallah maha kuasa..happy for youuu
touching baca kisah nadia...
ReplyDeletetahniah...
jage beby tu leklok...
jage diri tu jugak..
take care...
Allahuakbar! He gives something that you need when you least expect it. He knows better when is the time for us to get it. Nice sharing..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah sis nadia..
ReplyDeletejaga kandungan dan amanah Allah bebaik.. im heppi for you..
lot of love,,
silent reader..
(beautifullifeizzahafizah.blogspot.com)
Alhamdulillah...
ReplyDeletenory dapat bayangkan macam mana reaksi syafiq..
sebab zul pon macam tu..
siap nangis2 time dengar heartbeat baby...dia yang sayuu terlebihh...hehehehe...
daddy syafiq,,,please jaga mummy yaya elok2 yer...
yeayyy!!! taun depan baby "R" ade geng...harap2 geng bertambah2 lagi...amiinnn..
Alhmadulillah, tahniah Nadia.....tcare ye dik...
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah ya dik....
ReplyDeleteSyukur ke hadrat ilahi sis!! Alhamdulillah penantian selama ini adalah terindah untuk sis n hubby. Jaga diri baik2 dan kandungan. Tahniah sis!!!!! So happy for you ! boleh celebrate kat Flora Kafe la camni.
ReplyDeletenadia..tahniah...
ReplyDeleteterharunyer..rezekiALlahnak bg xde sape tahu..
kite pon dah 2tahun menunggu...
mls dah nak pk..kumpul duit jln jer..
mudah2an ada rezeki ku nanti mcm nadia...hu3..
take care
Nadia! Tahniah. Alhamdulillah. Rezeki korang berdua setelah lama menanti. Jaga diri baik2. :)
ReplyDeletenadia dah buat akak menangis ngan entri ni...betol2 menyentuh perasaan tau..
ReplyDeleteindahnya penantian 4 tahun tu kan walaupon that time memang seksa..syukur ya allah..
lepas ni jaga kandungan elok2..jangan keje teruk sangat k...kesihatan lebih penting..bukan mudah nak dapat ni..akak doakan nadia selamat hingga saat melahirkan nanti..
honestly, tersntuh sgt bca pasal nadia ni.. akk as a mummy phm mcm mna rsa mula2 tu kan.. nak2 mmg da lma sgt tggu.. take care tau.. jgn lasak2.. nnti bby leh kwn degn abg dayyan.. :)
ReplyDeleteAaaaand you know what? Tiba-tiba teringat kamu ada attend satu event blogger ni and mostly yang hadir tu mommies. So! adakah Yaya juga akan gunakan ayat "Ni blog mak2 je~" nanti? Hehehehe... Jadi dengan rasminya saya ucapkan TAHNIAH sahabatku suami isteri Syafiq dan Yaya. Allah maha besar. Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeletesebak kak kita baca entry akak ni. tahniah XD, jaga kandungan tu elok elok. perangai pun kena elok, hihi, moga dapat baby yang comel.:)
ReplyDeletecongrats nadia and syafiq.. ulang2 baca entry ni. dah ulang berapa kali pun still touched. Allah mendengar doamu.. take care mummy!
ReplyDeletecongratssssss nadia n syafiq :)
ReplyDeletehappy dengar..take care :)
congrats nadia..lma sgt dh tak godek2 belog nadia ni..huhu
ReplyDeletetibe2 bace dah preggy ^_^ happy for u dear..
take care tau..terharu sgt bace huhu
tahniah...sy pun berlinangan air mata masa baca entry nie..setelah 4thn penantian...akhirnya dimakbulkan...paling penting..jaga kesihatan baik2.. :)
ReplyDeletetouched ...tahniah..mengalir airmata saya membacanya..saya da 5 tahun kawin smp sekrg terus mananti....Allah itu maha adil..taje care dear..
ReplyDeleteselalu jadi silent reader je. tahniah kak. touching saya baca entri akak ni. happy for you. take good care tau. sama2 la kita baby 2014. :)
ReplyDeletetahniah .. alhamdulillah perancangan allah adalah yg sebaik²nya ... kalau boleh asyik nak senyum jerkan lps dah tahu ...
ReplyDeleteida baca dah lame da. tapi baru nak komen hari ni boleh? tapi nak komen ape ehh. ida gembira tak tertulis ape pun. smoga yaya & syafiq menghargai pemberian kurniaan NYA ini. aminnn ;))
ReplyDeleteNadia...Akak menangis baca ni..serius..sebab kak intan terlalu gembira untuk nadia..kak intan tunggu pula saat manis yg nadia dah kecapi ni utk kak intan pula rasa..kak intan yakin setiap apa yg Allah bg ujian pada kita ada hikmahnya..nadia jaga diri baik baik ya..tahniah sekali lg
ReplyDeletealhamdulillah..happy for both of you :)
ReplyDeletehi yaya...menitik gak air mata ai baca coretan yaya...tahniah to both of u...saat tgk 2 line tu mmg saat paling indah dlm hidup! enjoy ur pregnancy...jg diri baik², jgn lasak sangat ye..semoga dipermudahkan segalanya :')
ReplyDeleteTahniah...Semoga Allah mempermudahkan segala & peroleh anak yg soleh/solehah. Amalkan membaca Al-Quran; kalau boleh khatam sblm bersalin.Suami pun sewajarnya turut membacanya...:)
ReplyDeleteTahniah Nadia!!tumpang happy..semoga slmt hingga saat melahirkan nnti...nk baby jugak :')
ReplyDeletebergenang air mata bila baca part double line tuh...bilalah masa kami nak sampai pula....huuuu
ReplyDeleteorang yang sabar akan dapat ganjarannyer..
ReplyDeleteMeleleh2 air mata akak baca dik...if adik depan akak...akak rasa nk peluk je...indahnya kan....jaga kesihatan. ..jaga anak buah akak baik2 ye...nak dot bukan senang....maaf lama x bertandang....akak sibuk dengan kerjaya.....
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteim so touchedddd!!!bergenang air mata baca.semoga selamat hingga melahirkan. amin ya rabb :))
crying too..tahniah wpun dah lambat... =)
ReplyDeleteok, seriously, air mata aku bergenang bila baca part upt +ve.
ReplyDeletealhamdulillah. happy for you. semoga ada rezeki saye.
Alhamdulillah...Ya Allah..tahniah utk kak sekeluarga..jaga kandungan baik2 ye..jaga diri ye..bergenang air mata saya kat ofis ni tapi cover2 ckit.. :) n smoga slmt bersalin nanti .Amin...
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah.. Allah uji kesabaran awk & suami.. akhirnya.. dia beri sebuah kebahagian.. =)
ReplyDeleteTouching ssgt bace kisah nadia.,nanges..... sbb sy pon diuji cmnie.. lpas kawen period jd tingtong,nie dh masok thn ke2 kawen & dh 5 bln xperiod nie.. malas dh nk check upt...dh beratus abes bli upt jew...
ReplyDeletetp bile bce nie jd inspiration... So, happy for u
Alhamdulillah...Allah know the Best...He know the right time for us...happy for both of u...Alhamdulillah...take care Darl...
ReplyDeleteAlhamdulillah...bergenang air mata I baca entry ni tau..huhuhu..
ReplyDeleteAnyway, tahniah utk nadia n husband.. semoga semuanya berjalan lancar sehingga time kelahiran kelak...
tahniah awak.. terharu sungguh bila sy baca cerita awak.. semoga sy jadi seorang yang tabah spt awak.. semoga suatu hari nanti sy dapat berita gembira spt awak juga.. ;)
ReplyDeleteAkak nadia.. Iyka sllu follow perkembangan akk n sllu tertggu2 khabar brta ni tp dah byk bulan iyka tggalkan dunia blog n tbe2 dpt thu akk dah pgnt. Happy sgt. Bce entry ni.air mata mengalir akk,smoga allah jga akak,baby n abg syafiq.aamiin.
ReplyDeleteya Allah ,bergenang air mata elya baca kisah nadia ni.....
ReplyDeletedah berapa bulan skaang ye ?
Alhamdllh.. rezeki awak dh smpi... kmi pon 25 dec ni dh sthun kawin. tp masih diuji Allah tanpa kehadiran cahaya mata dan diuji oleh orang sekeliling menghina mencaci... kami cuba tabahkn hati utk harungi ujian illahi. pikir positive. allah maha mengetahui segalany. harap 2 kami boleh jd setabah nadia.
ReplyDelete