Lazada Malaysia

October 25, 2013

disebalik tabir Wanita Hari Ini

tak dinafikan aku antara spesis paaaaling kuat berangannn T__T tapi selalunya aku berangan sorang-sorang laaa. :P takdenya aku dengan konon kaya kemainnn pegi post dekat fb ehh nanti nak beli nii, nanti nak beli tuu, nanti nak pegi sinii, nanti nak pegi sanaa konon nak cakap aku banyak duit, helooo ada orang heran? sikit pon takkkk. :P kang nanti orang pitamm menyampah berbulu dengan aku semua ada babee. belum pape berlagak kemainnnn mintak jauhh nauzubillah huuhuu. ;)

aku mula berkecimpung dengan dunia berangan ni dari hari pertama keluar dari perut mak aku lagi HAHA. :P nak kereta mewah laa, nak rumah besar la, nak duit banyak laa tapi dalam banyak-banyak angan-angan aku, tak pernah sekali pon terdetik terlintas dalam hati aku nak berangan masuk tv. tak pernah langsungggg T___T sebab aku rasa tu bukan tahap aku. tak layak langsungggg wey dengan hidungnya macam serombong kapal, jerawatnya macam bontot kuali, badan macam tong dram ada hati nak masuk tv memang tak la kannn. nak sekilas pandang pon belum tentu orang tv nampak bayang aku tahuuu sadis takk T__T mihmihmih. 



wallahi, 24 tahun aku hidup, tak pernah sekali ponnn aku terniat nak masuk tv. sampaiiiii la satu saat staff tv3 contact aku ajak jadi tetamu untuk rancangan wanita hari ini dan percayalah, dia contact aku dua hari sebelummmmm kitorang masuk tv. dua hariii T___T hari jumaat masuk tv, hari rabu baruu dia bagitau. dan selama dua hari tu la aku bernafas tak cukup udara, berjalan pon tak berpijak di dunia nyata sebab dia punya berdebar ya hampunnnnnnn, ni palingggggg berdebar sepanjang aku hidup. nak kawen dulu pon takde la berdebar macam ni sekali, mungkin sebab kawen tu besttttt kuikuikui :p masuk tv pon bestttt tapi aku takde pengalaman langsung babe. T__T kepala otak aku macam-macam pikir, dah la live. lain la boleh record rewind cancel. kannnn. tapi being seorang nadiafarahida, percayalah. aku terima offer masuk tv hanya untuk lihat mak ayah aku bangga ada seorang anak macam aku. ooohh ni anak sayaa dalam tv ni. cukuppp. ucapan tu priceless tahu takk. apa sahaja yang aku buat, wallahi, semuaa demi keluarga aku, mak ayah aku. (-__-') 



dan ohhhhh sebelum terlupa, terima kasih pada kak ira ohalmaree yang sudi nak sponser nadia baju untuk pakai time live ni tapiiii sorryyyy kak, masa sangatt la semputt nak pegi test baju segala. thank you tauuuu. ;)) lantakk la orang nak cakap ape, aku tibai pakai baju raya hari tu. mihmihmih. sampai je studio, dorang terus makeupkan aku laki bini dan nama pon jurumakeup artis kannnn, 5 minit jeee touch up terus siap. hebatttt gileee :)



masa tengah sambung microfon dalam tudung ni tuhan je tahu betapa menggeletarnya badan aku. lagi 5 minit nak on air semua dah standby lepas tu aku tiba-tiba blur, ada 6 kamera live akan shoot tapi nanti nak tengok kamera mana satu. hadoiiiiiii lagiii aku cuakkk. macam mana nak tau kamera mana satu aku perlu tengok cepat-cepat tanya dorang. dorang bantai cakap alaaa buat biasa jeee, anggap macam bukan live, anggap macam sembang dengan kawan-kawan. okk fineee aku cool balik. :P terus istigfar tarik nafas hembusss huhu. aku try nak cover cuak aku dengan main fb ke instagram ke tapi spoillll tauuuu, once kaki melangkah je dalam studio ni, semua line internet termati dengan sendiri sebab dorang tak nak menggangu masa live. fineeeee! :p 

startttt je on air, dorang cakap je standby 10 second, aku dapat rasa darah gemuruh naik sampai atas kepala. rasa nak pitam dan dan jeww. HAHAHA. tapi kaw gile dah live baru nak pitam. aku dapat rasa masa mula-mula dorang tanya aku soalan, aku punya kejung dah gaya tiang elektrik weyyy. kahkahkah. ;) kaku gilee. aku cuba tenangkan diri sampaiii laa masa break sekejap, ustaz sebelah syafiq buat lawak. okkkk masa ni urat tegang aku dah kendur, aku dah boleh gelak macam orang waras, hilang la sikit kekakuan aku. haaa time ni aku pk apa nak jadi, jadi laaa. aku bila dah tak control sangat, habis segala pizza telur goreng bagai keluarrrrr. kahkahkah. vodo tauuuuu. ;)) habis je setengah jam slot kitorang, keluar je dari studio, aku laki bini bantai menyesali diri masing-masing. sayanggg, ape abang merapu tadi. abang, apa saya mencarut dalam tadi kahkahkah. ;p kalauuuu la boleh undo cut edit balik kan baguss :p haaa keluar je studio, hp aku berbunyii jangan cakapp. berderu-deruuu dan gambar pertama yang kitorang tertengok adalah dari fb mila, terus macammm hoiiii gemuknyaaaaaa akuuu! T____T :p dan thank you nuha sudi snapkan untuk kak yaya dengan gigihnyaaa muah muah :p





lepas tu gambar kak nad tag, gulpppp telan air liur :p thank you kak naddd :))


masa mila tag, aku tak terharu sangat sebab dia kawan rapat aku mihmihmih :p dan dia antara yang terawal tahu kitorang akan masuk tv tapi bila tengok berderu-deru orang post dekat wall aku. allahhhhhh. memang la malueww gile rasa nak hempap-hempap je muka dekat dinding :p tapi wallahi, masa tu aku rasa macam alaaaa terharunyaaa. rasa disayangii walaupun hakikatnya korang tak sayang aku pon kennnnn kuikuikui :p



thank you sitiiiii :))



thank you diniiii dengan ucapan sila update blog :p

thank you wawaa :)



thank you pejaa yang hensem segak bergayaaa :p



thank you kak fizaaaa :))



thank you nazemannnnnn :)) ohh ye, sape tengah cari specialist kereta caldina cari nazeman ni ye sebab kereta aku hanya dia je yang usik dari awal kitorang beli sampaiiii ke saat ni dan aku sangattttt berpuas hati. :)



thank you kak miza bos ephyra yang sangattt humble ya rabbi padahal hoiii kaya niiiii bos besar kannn ;)) baik dan cantik pulak tuuuu :) boleh bluetoothkan cantik akak dekat nadia sikit tak? mihmihmih :p



 thank you ct huwaina classmate kite zaman muda remajaeww :p


ni part paling kejammmm kahkahkah :p kak atyyy, yaya deborr kak atyyyy :p


 
kak pink lagiiiii laaa, siottt :p tapi pizza domino sedap kan kakkk? jommm. muehehehe. 


terharu sangattt T__T thank you oniee :)


thank you anis :))

pada semua yang sudi tengok wanita hari ini, sudi tag, sudi komen, sudi sms whatsapp segala, walaupun ada yang cakap aku gemuk pipi bulat segala hakak pasrahhhh :P thank you sooooo muchhhh. terima kasih sebab sudi shoot time kitorang tengah live boleh la buat kenang kenangan tua tua esok merasa masuk tibiiii sebab aku rasa peluang ni sekali je seumur hidup kottt :p thank you soo much korangggg muah muahhhh :p  

pada yang belum tengok tapi sudi nak tengok, korang boleh tengok di website tonton ye, www.tonton.com.my. terus taip dekat kotak search 'wanita hari ini', kemudian pilih wanita hari ini 2013



pilih tarikh Friday, Oct 18 macam dalam bulatan warna biru ni :)



dan jemput la tengokkk kalau korang dah register akaun dengan tonton ye :) kalau belum register, jemput la register hewhewww. alaaa free jee, bukan kena bayar ponnnnn :p 


October 17, 2013

nadiafarahida live di Wanita Hari Ini (-___-')


korang pernah tak rasa macammmmm jiwa meronta-ronta nak terberakkk tapi air takde. T____T nak terkencing sangattttt jangan cakap tapi toilet full. terkemut-kemut paksa diri menahan dari terkentut tapi orang sekeliling ramai. (-________-') haaaa tak senang duduk kannn. heyyy aku ni tengah menggetar satu badan jangan cakappppp. berderauuu darah seram sejuk kaki tangannnn semua adaa. huhuuu :) 

aku tak pasti syafiq menggelabah macam aku tak tapi aku tengok dia rilekkkkk je buat masa sekarang. sekarang je laaawww :P tapi kaw tunggu la hari kejadian esokkkkk. haaa aku kenal sangatttt dahhh laki akuuuuu mihmihmih :P nantiiiiiii dia punya berdebar boleh buat aku rasa nak pitam sebab belum pape dia yang akan tanya aku macam-macam. HAHAHA. pang nak? :P

liveeeee babe liveeeee! (-___-') kaw gile aku tak berdebar? (-_________-') dalam kepala aku macam-macam tengah running. dibuatnya time on air tengah sedap-sedap dorang tanya, aku bantai tersedak sebab berdebar punya pasal heyyy maluuuuuu. permudahkanlah urusan aku Ya Allah. :) huhuu. aku tak pasti nanti kitorang akan keudara berapa minit dan minit keberapa sebab keje aku manjang menggelupur nak pitam :P tapi yang pasti, kitorang adalah tetamu untuk rancangan Wanita Hari Ini untuk topik asam garam rumahtangga, 'duit atau cinta, mana lagi penting?'. :) korang rasa aku jawab ape? aku pon tak pasti sebab aku belum jawab lagiiii ;) muehehee. :P tapiiii kalau korang memang follower atau reader tegar blog aku, aku tak jawab pon korang dah boleh agak kannnnnn aku pilih mana satu :)) nanti ehh nanti. korang tengok tauuu. jumaat 18.10.2013, pukul 12 hingga 1 tengahhari, TV3 ;) tapi nanti kang kalau korang tengok, korang jangan bagitau dengan aku tauuu. aku spesis penyegannnn ya hampunnnn kohkohkoh :p titewww maluewww :p *tangankedadamatakeataskuikuikui* 


October 09, 2013

pengiklanan di nadiafarahida.com

sebenarnya aku mula berkecimpung dalam dunia blogging ni dari tahun 2010 lagi. masa tu konon zaman sape ada blog dia memang advance habisss muehehe. sape paling banyak up entry sehari dia paling hebat. T____T aku pon gigihhhh laaa mengarang segala sebab sehari nak up lima entry punya pasalll. :p kuikuikui. tapi percayalah, kalau aku baca balik entry zaman hingusan bodo-bodo dulu, rasa macam nak terjun bangunan malunyaaaaa T____T segala mak nenek nak cerita dekat blog. nak makan update blog, nak tido cakap good night dekat blog. vodoooo tauuu. HAHAHA. 

to be honest, sepanjang aku buat entry dulu-dulu, semuaa bukan datang dari jiwa. semua dari nafsu nak kejar trafik semata. konon nak kejar income nuffnang kennn. :p sampai la satu tahap, aku rasa fake sangattt dunia blog aku ni. walaupun masa tu aku dah boleh maintainkan trafik blog setiap hari tapi alaaa tak besttt laaa. fake gilee. tak de satu pon entry yang aku buat sepenuh kasih sayang jiwa raga aku. kebetulan time tu aku patah kaki, memang langsunggggg takde perasaan nak update blog segala. padahal boleh je update sebab 3 bulan duk rumah sesaje je tapi ntahhh, takde feel. T____T

sampai la satu tahap, akhir tahun 2012 rasanya, feel nak update blog tu datang balik dengan niat, bukan nak kejar trafik, bukan nak kejar side income dari blog semata bukannn. aku buat blog sebab minat. ada feel baru update. takde feel tak payah update kang merapu kelaut. :p so semuaaaaa entry yang aku tulis sepanjanggg tahun 2013 adalah betul-betul dari jiwa aku. :)) ikhlas dengan penuh kasih sayang. ;)) paaaling aku tak sangka, bila kita menulis sepenuh jiwa raga walaupun bukan setiap hari kita update, trafik blog aku jauhhhhhhhh lagi tinggi dari time aku zaman hingusan dulu yang update 5 kali sehari. T_____T dulu kemainnnn gigih kejar nak BE nuffnang la, nak sponsored post nuffnang la sebab otai-otai blogger cakap, sape yang dapat sponsored post dari nuffnang memang hebat gileeee aaa tapi haremmmm tak dapat. (-___-') sedihhh tau. :p tapi sekarang alhamdulillahhh. nuffnang sokmooo bagi sponsored post. :) lap yuuuuu nuffnanggg ;)) 

aku maluewww laa nak tepek dekat sini trafik blog segala sebab trafik aku takde la tinggi mana ponnnn berbanding trafik blog korangggg T____T cukup-cukup makan jewwww. (-___-') tapi insyaAllah boleh kott membantu sikit sebanyak bisnes korang kalau korang nak aku tolong promotkan dekat sini sebab alhamdulillah trafik aku cecah la ribu. cuma aku tak confident dengan diri sendiri je. T___T ni first timeee aku bukak pengiklanan secara terang-terangan dekat blog sebab ramaiiiii yang email tanya pasal pengiklanan. (-___-')













macam mana ehh nak cakap. (-___-') sejujurnya, aku tak pernah dan tak reti langsung nak letak-letak harga ni sebab selalunya kalau betul sesebuah company tu serius nak bayar aku untuk entry iklan, aku terima je berapa berapa-berapa tapiiii biar la secukup makan orang cakapppp. T___T bukan senang nak karang sesebuah cerita tu sebenarnya sebab kaw kena pandai beli jiwa orang. aku pon tak reti tapi aku cuba la terbaik. kalau awak bayar saya RM10 untuk satu cerita T___T, saya buat kerja macam RM10 je punya hasil ;) kalau awak bayar saya lebih, lebih la efford saya untuk capai tahap bayaran awak. gituewww :p 

ni antara entry-entry iklan berbayar yang saya pernah buat ye :)



ada lagi kott tapi ntah lupaaa ;) jadi kepada mana-mana syarikat atau bisnes persendirian, saya dengan berbesar hati mengalu-alukan tapi dengan segannyaaa nak cakap secara terang-terangan (-___-'), saya buka tempahan untuk iklan pengiklanan di blog nadiafarahida.com dengan bayaran RM100 per entry sticky post 48 jam dan di page facebook blog nadia ye. ni harga paaaling rendah orang pernah bayar saya untuk entry iklan. jadi saya follow harga dia la yee :) tapi kalau tuan puan encik dato datin nak bayar lebih, saya sudi menerima dengan berbesar hatiiiiii selapang dada :)) meh contact nadia meh, emailkan ke nadiafarahida@gmail.com ye :) nanti kita deal. terima kasihhhhhhhhh ;)




October 03, 2013

hiasan dinding cantik dan murah!

haaaa korang ingat lagi tak aku pernah cerita pasal photo canvas yang kitorang buat untuk letak dalam bilik hari tu. boleh refer link entry dekat sini ye. heyyyyy jangan tak tauuu, dorang tengah mengadakan promosi sempena raya haji niii. murahhhhh hokeyyy untuk saiz 20x30 inci. harga asal dia RM160, promosi sempena raya haji dorang bagi RM108 jewwwww. jimat RM50! ;))



aku dah tentu-tentu wajibbbbbb akan buat lagi wiiiiiii~ ;) satu sebab murahhh. lagipon saiz 20x30 ni laaagi besar dari yang hari tu punya. satu lagi sebab aku spesis bangsa pemalas nak pegi kedai gambar cuci segala. order canvas ni kemain senang. semua dihujung jari. pilih gambar, emailkan dekat dorang, bayar, siappppppp sampai depan pintu rumah. senang kan? :)) nanti korang boleh la buat untuk canvaskan gambar satu keluarga sebab dorang buat canvas ni sekejap jeee. sempat la gantung canvas ni dekat dinding rumah sebelum rayaaa. nanti tetamu datang beraya haji dekat rumah konpemmmm tanya, ehh ehhh cantiknyaaa. buat dekat manaaa. ;)) aku rasa dekat kl ni tak meriah sangat raya haji tapi cer kalau dekat pantai timur kampung aku sana, raya haji meriahhhhh macam kenduri kendara. siap ramai-ramai sedara mara berkumpul sebab nak tengok acara sembelih lembu. 

aku tak pasti samaada canvas saiz 20x30 inci ni je yang ada promosi. rasanya atas budi bicara kott. saiz lain pon bolehhhh. :) nanti korang try tanya hafriz sendiri dekat email ni ehh, canvasdarte@gmail.com.

ohh lagi satu sebelum terlupa, tak semestinya gambar sendiri je boleh dicanvaskan. korang boleh canvaskan ayat kufi jugak. cantikkkk sangattttttt kannn. :)



harga untuk ayat kufi atau tulisan Allah ni aku tak sure harga berapa tapi aku tau ni antara frame yang tengah in sekarang. nampak elegen kan. nanti kalau korang nak order, korang tanya hafriz jugak ye. :) nak order, meh mehh. korang boleh order di Facebook Canvas D'Arte atau blog dorang, Blog Canvas D'Arte atau emailkan terus ke canvasdarte@gmail.com atau laaagi senang, contact dorang terus dekat 0129806627. selamat bercanvas semuaaaaaa dan jemput ramai-ramai LIKE  facebook page Canvas D'Arte ni ye supaya tak ketinggalan promosi promosi akan datang wiiiiiii! ;)))


October 02, 2013

sinilah tempat kami mula jatuh cintaaa :P

tajukkkkkkkk, kemainnnnn :P gewliii tauuu (x__x) aku tak tahu tahun bila nak habis episod cerita kisah cinta monyet nadiasyafiq ni (-___-') kaw bayangkan la ni cerita tahun 2000 dulu. sekarang dah 2013 hokeyyyy. T____T 13 tahun lepas punya cerita. aku tak pernah lupaa konon cinta pertama katakennnnn muntah hijau :p tapi nak cerita tu mak aiii, kalah sinetron indon berepisod bagaiii. HAHAHA. 

bulan 9 tahun lepas rasanya first time aku share starting cerita kisah monyet kitorang dekat blog aku ni. korang boleh baca dekat entry ni ye, kisah cinta monyet nadia dan syafiq #1. tu baruuuu episod pertama. (-____-') pitammmmmmmmmmmmmmm. selang beberapa hari lepas tu aku ada up lagi satu entry episod kedua, kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2. takat tu jew. hewhewheww :P lepas setahunnn, dah takde takde dahhh. HAHAHHA ;) sekarang, meh aku share dengan korang, sedangkan tempat berak sendiri aku kenang, apetah lagi tempat mula-mula jatuh cinta. :p 


haaaaa, ni la rumah kitorang duluuuuu. :) bestnyaaaaaa la zaman kanak-kanak dulu kan. tak perlu fikir malam ni nak masak apa, lepas ni nak bayar bil ape, nak kemas rumah tahun bila :P yang aku tau, main main mainnn selingan, bercinta jap. muehehe. :P dalam gambar dekat atas ni, korang boleh nampak rumah hujung kiri dalam petak merah tu rumah syafiq. rumah aku dekat hujung sebelah kanan sini. heyyyy dulu-dulu mana ada facebook handphone twitter segala. nak dating kemainnnnnn susahhhh. tak de istilah dating pon sebenarnya. nak jumpa time main kriket petang-petang jeww. tapiiii, kata cinta pertama kan. tak dating pon takpe sebab kalau dating nanti dua dua kaku. tapi syafiq ni ada satu perangai tau dulu-dulu. mantikkk malam ni aku kena dengan laki aku sebab cerita dekat sini sebab dia is pemaluuewwwww puii. muahahahaha. ;p  

oleh disebabkan dulu bukan zaman canggih teknologi segala, nak dating tak boleh, janji asal nampak dimata sekejap pon jadi laa. gewliiiiii :p kaw tahu isyarat dia panggil aku macam mana kalau aku dalam rumah aku, dia depan rumah dia? HAHA. (x___x) paling rareee aku rasa sebab dia hanya buat isyarat guna mulut je bergema satu bangunan rumah kitorang. haa cer korang try, naikkan lidah ke langit, nanti akan keluar satu bunyi kan? haaaa bunyi dia buat kuat gileeee sampai dari rumah dia tu aku tengah berak dekat rumah aku sekalipun boleh dengar. kahkahkah. ;)) asal dengar je aku ape lagi, menggelupur nak bukak pintu jenguk rumah dia. kan kitorang rumah sebaris je. haaa keluar je nampak la dia. senyum, lepas tu masuk rumah balik. bodoooo tau. kahkahkah. ;) selang 30 minit jap lagi dia keluarkan bunyi pulak. dah tak ke buang tabiat namanya asal setengah jam jenguk, asal setengah jam jenguk. HAHAHHA. ;P 


kalau korang baca entry kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2, kan aku ada bagitau syafiq terpukul bola dengan maha kuat terkena dada aku time main bola kriket kan. T__T haaaaaa dekat court ni la kitorang mainnn anyonyonyooo. heyyyy nostalgia betul. ;)) semoga court ni terus terpelihara dan dijaga rapi sebab ada anak esok-esok, aku nak ajar anak aku main kriket dekat sini kemudian ketuk bola kuat-kuat biar kena dada syafiq. kemainnn berdendam. muahahahah ;p 

tahun lepas rasanya kitorang pernah diinterview oleh wartawan utusan malaysia pasal kisah cinta monyet tak leh blaaa geli hati ni kan siap jadi cover depan bagaiii heyyyy nak pitam rasaaaa. banyakkk lagi kisah cinta orang lain best-best dah kenapaaa nak kisah cinta zaman hingusan ni (-__-') :p 


tapi tu bukan tajuk utama aku nak bagitau. point penting aku nak cerita adalah, pasal hos bomba macam ditulis dalam paper ni. ;)


haaaa dulu kannn takde zaman canggih macam sekaranggg. mana boleh sms wechat whatsapp segalaaa. jadi kitorang main utus-utus surat jeewwww laa. :p 


ni la peti surat rahsia kitoranggggg mihmihmih. ;)) setiap hari kalau kirim surat, letak je dalam ni. nanti pepandai la memasing amek. haa dekat sini la aku sorok surat cinta hadiah segalaaa. hahaha. memang takk laaa nak bawak masuk rumah kannn. heloo dulu mak wa garang macam singaaaa hokeyy. sekarang syafiq la menantu kesayangan diewwww. ;p nostalgia habisssss hos bomba ni. hari tu masa wartawan utusan interview, dorang ada mintak gambar hos bomba ni tapi kitorang mana terfikir nak simpan gambar menatang ni. lagipun hos bomba jew ponnn. hahah. haaa sekarang, nahhhhhhh. :p sekarang mana ada dahhhh zaman orang main utus-utus surat segala niiii. semua main wechat percuma siap datang dengan pakej boleh dengar suara kannnn. tak romantik langsungggggg :P


October 01, 2013

konflik identiti

aku kadang confius betul dengan diri sendiri. (-___-') walaupun umur dah 24 tahun tapi taste aku still macam kanak-kanak 14 tahun. :p aku cuba nak jadikan taste aku macam taste mak mak tapi alaaa takde feel laaa. (x___x) mihmihmih. mungkin sebab belum ada anak kotttttt :p kaw tunggu aku ada anak esok, mungkin aku tak pakai dahhh shawl belit-belit bagai, seluar warna-warni kpop segala, sebab tak mustahil aku sarung tudung indon dan seluar trek jeww. muehehe :p tapii nanti kesian laki aku. tengok pon tak berselera. kahkahkah. ;p tapi kaw ape tauuuu, dalam tudung indon dengan seluar trek sememeh tu siap ada lingerie harimau bintang mana kita tahuuuuuu. HAHAHA ;P

heyy aku kalau tak kelaut tak sahhhh. T___T berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya kenapa aku cakap aku ada konflik identiti sebabbbbb, 


aku kan baru bukak kedai dobi. masa awal-awal hari tu belum ada gelas pinggan sudu segala. banyak benda tak lengkap lagi kann. dah alang-alang, aku ajak la syafiq pegi ikea sebab nak beli rak toto, meja, tirai, pinggan mangkuk segala sebab senang dekat satu tempat je semua ada. settle bahagian besar-besar, masuk bahagian pinggan mangkuk. haa kaw suaaaaa la pinggan mangkuk cantik curlass elegent kemainnn, aku tetap pilih pinggan gelas sudu plastik warna-warni ni. HAHHAHAA. comellll sangatttt hokeyyy. rasa macam anyonyonyonyoooooo ;p padahhhh betulll lepas ni kalau ada tetamu atau sedara mara yang datang kedai aku, mantikkk hidang guna gelas pinggan plastik ni jewww. HAHAHA. adik aku bantai tanya, pinggan untuk letak makanan kucing ke kak? sioootttt kennnn. :p cuma lecehnya pinggan ni, kan kecikkk je kelebaran dia. nama lagiii pinggan kanak-kanak ribena kannn. aku asal makan mesti bertambah sebab alasan, pinggan kecik. mataketassangatttpadahalllll kuikuikui ;p

haaa belum masuk bab tiraiiii. tirai ni dah lamaaa aku aim. asal nak beli habis stok. asal nak beli habis stok. T___T tapi aku tetap tak putus hasaaa. aku nekad kali ni ada ke takde, aku tetap nak beli walaupun yang display punya. nasib baikkkkkkkk time aku pegi ni ada last dua ketul. nasib baikkk (-___-') aku amek seketul, adik aku amek seketul. terus sold outt. kehkehkeh :p

aku sangatttt menitikberatkan warna dalam kehidupan seharian. aku tak pasti orang lain tapi kalau kaw tanya aku, warna ni mampu menghidupkan mood aku. kalau sesuatu tempat tu ceria je warna warni, mesti mood aku seceria warna-warni walaupun contohnya dalam hati ada masalah negara. :p sebab tu rumah aku banyakkkkkk bermain dengan warna sampai kadang aku rasa macam tadika dahhhh. :P tapi yang penting, bilik tidur utama wajib warna merah sebab warna merah mampu buat jiwa kaw meronta-ronta. :p kohkohkoh. tapi aku rasa warna merah tu bukan faktor utama sangattttt sebab benda ni kalau dah datang feel dia, kaw letak la warna kelabu tahi itik sekalipun kaw tak daya halangggg. muahahahaha. ehh kbai. ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...