July 28, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand       
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1       
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand     
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2   
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3    
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4  
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1 
8. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2

aktiviti hari ketiga kitorang dekat krabi haritu adalah 4 Islands by long tail dan kayakking. kalau ikutkan, van akan datang pickup kitorang depan hotel pukul 8.30 pagi waktu krabi tapi pukul 9 pagi baru dorang sampai. takpeeeee, kitorang boleh breakfast puas-puas duluuu :p 


menu breakfast boleh dikatakan hari-hari sama T__T. jangan bermimpiii ada nasi lemak, mee goreng mamak, kuey tiaw goreng segalaa. HAHAH. korang hanya boleh pilih dari menu ni jewww,


takpe laaa, janji dapat alas perut dulu sebelum start aktiviti kannnn. ;) 



si van datang pickup dan terus hantar kitorang ke pantai Aonang. kemainnn penuhhh dia sumbat orang sampai syafiq dengan adik aku terpaksa berdiri. heyy bahaya tauuu berdiri gituu je tapi takpe laa dah besar kann. pepandai la jaga diriii :p amboiiiiiii bangg, kemain putihhh melepak bersewiii sewii muka yeee. berapa kilo sunblock tepek takut muka hitam? HAHA ;) masa mula-mula sampai dekat pantai, semua kena isi maklumat peribadi dulu untuk insurans nyawa kalau tak silap aku. 


lepas siap isi semuaa heyyy boleh tahan lama kitorang terpaksa menunggu untuk memulakan aktiviti pertama sebabb, van tadi kena pegi pickup orang dari hotel lain pulakkkk. dah alang-alang menunggu, takkan menunggu semataaa dorang nii. orang sekeliling naik herannn korang ni buat shooting apa terlompat-lompatt terkinja-kinjaaa tak malu keee. HAHAHA. 

miloo baruuuuuu nak kira satuuu duaaa tigaa lompat, yang orang lain tak menyaboo heyy lambat la milo ni kira. HAHAHA. 



kalau kaw tanya aku, tak semua lelaki senang masuk kepala. tak semua lelaki kepala sama gila. tak semua lelaki bila kaw suruh, dia akan buat apa saja. tak semua lelaki mampu real sehabis daya. aku kadang pon herannn. macam mana dorang ni boleh masuk kepala senang gilaa sebab pada asalnya bini-bini je kamcing habis. ramaiiiiiiiii yang tanya aku, ida, nory dengan mila. laki korang ni betul-betul kamceng ke buat-buat sebab macam tak berapa logik boleh jadi sekamceng ni bermula hanya dari blog bini tapi percayalah, this is real. :) mana nak cari babee time wa sakit laki masing-masing call syafiq tanya khabar. mana nak cari babee time berbuka kalau kebetulan aku bukak puasa dekat luar tak boleh dengar azan memasing call cakap dah boleh makan dah masuk waktu. mana nak cari babe merempit sama-sama pegi event bawak bini. HAHA. mana nak cari babe sorang je nyee bini period tapi semuaaaaaa laki pakat masuk 7E cari pad. KAHKAHKAH. ;)

 

aku rasa nasib baikkk si driver van tu buat kitorang menunggu lebih kurang dalam setengah jam jee. tu pon dah beratus gambar tak sanggup den nak letak semua sini kang ada yang berbuluuu mihmihmih. ;p sebelum naik long tail, si travel guide awal-awal lagi dah bagitau, masukkk je longtail terus kena duduk. tak boleh berjalan kesana kemari bahaya sebab potensi untuk sampan berenjin ni terbalik sangatt la tinggi sebab dia guna papan je babee. dah la bila kita mengharungi ombak, ombak kan besar. air betul-betul sebelah tingkap siap tangan boleh main air lagii heyy bahayaa. 


kalau korang tanya aku, antara speedboat yang kitorang naik masa buat aktiviti phi phi island masa hari kedua dengan longtail yang mana lagi mabuk, aku cakap longtail. aku alhamdulillah bukan jenis pemabuk laut tapi laki wa yang macho lagi gagah perkasa ituewww haremmmm asal naik boat mabuk, asal boat bergerak pening. kesian kesian kesiannn. HAHA. syafiq dia geng dengan ida, asal boat bergerak mintak asam. kuikuikui. ;p roller coaster uss yang kemainnn bahaya mintak nyawa boleh main, setakat longtail boleh mabuk choiii tauuu. HAHAHAH. 

destinasi pertama kita untuk pakej 4 islands with kayakking ni adalah Phranang Cave. 


ni la kottt cave nya ntahhh tapi gua ni memang boleh masuk kedalam tapi memang takkk la aku nak masuk kann sebab kalau tak silap dorang ada tulis 'Princess spirit house by local people' heyyy spirit spirit ni no no noooo. kang tak masal balik rumah demam.

dekat Phranang Cave ni sekejap je dorang benti. dalam 45 minit kott kalau tak silap. tak sempat nak jalan jauh snokeling apetah lagi sebab masing-masing betapa depan toilet tengah redakan mabuk. HAHAHHA. 


hati-hati tauu dekat sini banyak monyet tapi monyet sini takde la sebahaya monyet dekat Dayang Bunting Langkawi.

nory jangan cakap, semua dia beraniiii. konpem urat saraf takut dia dah putus. muahahahaa.



settle destinasi pertama, moh menuju ke destinasi kedua kita iaitu Poda Island.


dekat Poda Island ni boleh snokeling tapiiii turun je boat dorang dah sediakan makan tengahhari. harus la kitorang terjah makanan dulu kennnn :p kuikuikui. untuk pakej longtail, makanan dia tak semewah makan buffet yang pakej Phi Phi Island by speedboat semalam sebab untuk pakej long tail, dorang yang letakkan makanan untuk kita. kita tadah pinggan jee. tapi kenyang jugak korang jangan risauuu ;)



nak cakap perut tengah lapar tu tak pon aku rasa tapi tekak aku cakap sedap gileeeee makanan dia. lagi sedap dari pakej buffet semalam. settle makan minum semua masing-masing boleh snokeling dahh tapi kitorang kann amek pakej 4 islands with kayakking. jadi kitorang tak perlu snokeling lagi sebab kita akan berkayak dari sini yeayyyy

    

aku rasa bab kayak ni aku paling bertuah sebab kitorang naik bertiga. kuikuikui. orang lain naik berdua dah tentu-tentu kena saling tolong menolong mengayuh kang tak bergerak kayak tengah laut padahhh tertinggal dekat belakang. yang aku bantai berlenggang amek gambar pemandangan xpeeee syafiq dengan adik ada tolong kayuh. HAHAHHA. 


ni juru pandu kayak kitorang. Mr Dome nama dia. bapak selambe kayuh sorang diri lajuuu pulak tuu. yang kitorang mengayuh berdua pon tangan bergerak mulut berbunyii letihhh letihhh dia rilekkk je sorang. huhuu. 


sambil-sambil mengayuh, Mr Dome cakap nak bawak kitorang pergi tempat tapak pengambaran cite omputeh ape ntahhh yang pasti rumah buluh ni adalah rumah fisherman dalam cite tu. masa pengambaran tu dorang siap tutup semua kawasan pulau ni semata-mata nak buat pengambaran dekat sini. soo tumpang bergambar je la sekaki dua walaupun tak tau apa nama tajuk cite tuuu lupaa walaupun dia dah bagitau nama :p
cantik kannnnnnn. kretif betul dorang. lepas tu Mr Dome offer diri nak tolong amekkan gambar kitorang. heyyyy pucuk dicita ulam mendatanggg ape lagiii. kehkehkeh ;p





settle bergambar semua, mohhh la kita kembali ke pangkal jalannn. ;p dayung kayak balik ke tempat makan tadi sebab boat dah tunggu kitorang untuk ke destinasi ketiga iaitu Chicken Island. ;) haaaa masa on the way ke Chicken Island ni la syafiq flatt habissss. cukup pakej mabuk lauk, lepas tu perut penuh makanan, kemudian penat berkayak, sekali kena naik boat balik. mabuk kuasa dua la diaaa. betapa tak tahan sampai siap baring dalam boat. anyonyonyoooo kesiannnnkannn. :p yang bini, gigihhhh siap amek gambar muehehehehe. aku amek gambar sebab syafiq jarang badan dia lemah. selagi dia boleh cover dia akan cover apetah lagi depan orang ramai. tapi time ni betul-betul dia buat dono. kuikuikui. 


yeayy dah sampai Chicken Island. haa nampak tak macam rupa kepala ayam? sebab tu nama dia chicken island. ;))




its snokeling timeeeeee ;) oleh disebabkan semalam aku dah nekad, walau apa jadi, walau takut jangan cakapppp, aku mestiii kena ada sekeping gambar dengan ikan sebelum balik. ;)) muahahahaha. kan semalam snokeling dekat phi phi island aku takut gile sampai terlepas peluang amek gambar dengan ikan, hari ni wajibbbbbbb ada. nanti stresss orang lain semuaa ada gambar dengan ikan aku takde. jadi aku cakap sorang-sorang dalam hati alaaa senang je niii ape ade hallll :p aku orang last turun dari boat. sepenuh kasih sayang syafiq tatang sebab dia takut aku gabra macam semalam. kuikuikui :p


sekali turun, ehh ehhh. best pulak snokeling dekat sini. 


tapi seriusss. snokeling dekat sini tak sebahaya snokeling dekat tempat pakej phi phi island semalam sebab sini takde ombak besar. sini tenang jee. bila dah beraniii sikit aku pon cepat-cepat cari ida sebab ida je pegang camera dalam air. kuikuikui. 


finallyyyyy, yeayyyyyyyyyyyyyyy ada gambar dengan ikannnnnn! ;)) hewhewhew. 


satu jam kottt rasanya snokeling dekat sini dan sepanjang satu jam tu la aku dalam air sibuk tengok ikan sambil belajar berenang. besttttttttt ;)) habis je masa kitorang terus gerak ke destinasi terakhir kita iaitu Tup Island. 


aku rasa dalam banyak-banyak pulau dalam pakej 4 Islands ni, Tup Island paaaaaling femes sebab dia sangat la unik. boleh berjalan antara satu pulau ke pulau sebelah. hebatkan, subhanallahhhh :)




lebih kurang sejam lebih jugak la kott kitorang dekat sini. tak snokeling ponnn sebab tadi kan dah ada gambar dengan ikan mihmihmih, jadi dekat Tup Island ni hanya posing amek-amek gambar semata :) settle semua keempat-empat pulauuu legaaa :) mohhh la pulanggg. lebih kurang dalam pukul 3 petang boat pon gerak balik ke Aonang. so sesampainya dekat pantai Aonang, van yang pickup kitorang tadi jugak yang hantar kitorang balik ke hotel. awal lagi masa sampai dekat hotel so kitorang naik bilik mandi manda tukar segala untuk aktiviti seterusnyaa. kalau ikutkan wa tak sanggup nak sambung cite sebab lucah sangat tapi mungkin la sebagai peringatan untuk korang dimasa akan datang please stay tune :p panjang sangat dah entry ni nanti aku sambung ehhhh. :))


13 comments:

  1. wah bestnya..lain kali ajak lah aku..eheh

    ReplyDelete
  2. Waduh waduh bestnya.nengok... bila nak sampai ni. Nama ja duk.sempadan. hewhewhew

    ReplyDelete
  3. memang jeles aaaa tgk org2 yg sporting bab2 posing tu..my mr hubby memang jenis tak sporting tak dapek nak nolon

    and sgt jeles tgk gambar dgn ikan tu!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. teruja tengok seluar akk.. hahahahahaha... :3

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah mmg ssh nak dptkan kawan2 mcm ni, kenal isteri pakej kenal suami ... baik2 & berkawan rapat pulak tu...

    kikiki... x menahan ayat choi kat ieda mabuk laut tu... kesian syafiq

    iyerlah mcm ayah kepala dia yer... unik btl nama pulau tu ..

    tahniah yer.. dah ada iklan exabytes tu ... :) & tahniah jugak ada gambar dgn ikan kikikiki.. ;p



    ReplyDelete
  6. alahai best nyer.. serius kalau baca post pasal krabi rasa jeles nie =)

    ReplyDelete
  7. ala bila nak abes ni panjangnya yang aku punya tak bergerak pun adeh T____T

    ReplyDelete
  8. kebanyakannyer gambar melompat..haaha...kalah dengan mr dome erk..memang penat berkayuh weii

    ReplyDelete
  9. akhirnye.. ade jugak gambar dengan ikan..

    ReplyDelete
  10. Wahhh... seronoknya baca entry nie.. raser terpanggil² nak p Krabi.. tapi anak² kecik nie macam leceh lar pulak..

    ReplyDelete
  11. gelepo tengok gambo2 awok ni yaya weh! grrr!

    ReplyDelete