1. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 0
2. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 1
3. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 2
4. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 Part 1
2. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 1
3. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 2
4. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 Part 1
heyyy tak daya dah wa nak memerammm. T__T makan berminggu kottt entry sydney ni saje. tolonggg la cepat habis. bukan takat korang baca je berbulu, aku yang menaip ni pon dah tahap membuluuu. (-__-') ok sambungan dari lepas beli corelle, plan seterusnya adalah menuju ke Darling Harbour sebab nak pegi Wildlife Sydney Zoo, Sydney Sea Life Aquarium dengan Madame Tussauds. jadi macam biasa dari malaysia hall tu, sila cross the road dan naik bas nombor 373 untuk ke Circular Quay.
ni la bus stop depan malaysia hall yang cross the road tuu. jangan tak tauuu, walaupun panas terik ya hampunnn tapi dia punya suhu adalah 15 darjah cersius. mauuu bibir tak kering. T___T
so sesampainya di Circular Quay, macam hari pertama dekat Sydney, naik ferry di Whalf 5 untuk ke Darling Harbour sebab semuaaa tempat kita nak pegi ni adalah di Darling Harbour yeayyyy. ;) dan alang-alang kita kan dah beli tiket Multi 2 masa hari mula-mula sampai Sydney, Multi 2 kan boleh naik semua transport secara percuma, naikkkk je laaaaa. :) jadi selepas je beli Multi 2, kita tak perlu risau dahh bab transport sebab kita dah tak perlu keluarkan sebarang perbelanjaan lain untuk bahagian pengangkutan.
haaa naik je ferry, sila cepat-cepat berebut untuk naik tingkat atas dan duduk di luar sebab dekat situ palinggg perfect kita boleh tengok sekeliling. dan boleh tengok keindahan Sydney sepenuhnya. langit dia paling buat aku kagum, subhanallah indahnyaaa. (-__-')
untuk ke Darling Harbour, ferry akan bawak kita merentasi tempat paaaling popular dalam Sydney iaitu Sydney Opera House.
dan jambatan paaaaaaaling femes dalam Sydney. Sydney Harbour Bridge.
mama, papa. kakak pon tak sangka kita boleh sampai sejauh ni. kita kan orang kampung jewww mana mampuuuuu kennnn. :p kakak bajet paaaling jauh kakak boleh bawak mama papa gi bandung jeww tapi kalau dah rezeki kita hingga ke sini, alhamdulillah kan maa. :) janji sesen pon kita tak mintak duit dengan sape-sape. orang lain yang sibuk bising wa bawak family wa sampai ke Sydney ape cite? duit wa babeeee duit wa.
dan ferry akan lalu depan Luna Park. aku tak turun pon sebab Luna Park ni macam tempat main-main funfair tapi dia uppp sikit dari funfair. huhu.
dan dia akan lalu jugak kawasan kapal layar ntahhh ape nama aku tak tau. hewheww. dan percayalah, orang yang memiliki kapal layar di Sydney adalah orang paaaling kaya sebab seketul kapal layar dekat sini cecah harga berjuta-juta. dia tak pandang lamborgini bagaiiii. dorang main kapal layar terussss. kehkehkeh :p
yeayyy dah sampai Darling Harbour. :) dan belakang kitorang ni adalah Maritime Museum. kitorang tak masuk ponnnn sebab tak sempatt. masa ni dah pukul 2 petang kalau tak silap. majoriti kedai-kedai dekat sini kan pukul 6 petang dah tutup. jadi kitorang menuju ke tempat yang nak dituju je dulu.
yeayyy sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)
untuk masuk ke kawasan ni, kita kena beli tiket dulu. dekat sini la tempat jual tiket untuk masuk ke Wild Life Sydney Zoo, Sydney Sea Life Aquarium, Madame Tussauds, The Sydney Tower Eye dan Manly Sea Life Santuary. kalau ikut pada board ni, kita boleh pilih samaada nak beli tiket untuk satu tempat sahaja atau boleh amek combo yang dua tiga tempat terus. maksudnya, kalau korang bajet nak masuk Madame Tussauds sahaja pon boleh amek yang single entry AUD 38 untuk sorang adult tapi adalah lebih jimat kalau amek yang combo terus. planning asal aku nak amek combo 5 sekali gus sebab nak try semua kan tapi oleh disebabkan masa tak berapa nak mengizinkan, kitorang amek yang combo 3 je. combo 3 adalah tiket pass masuk ke Wildlife Sydney Zoo, Sydney Sea Life Aquarium dan Madame Tussauds. total tiket 3 combo ni adalah,
# 2 adult: AUD 140
# 1 family (2 adult+2 children): AUD 195
________________________________
TOTAL: AUD 335
convert duit mesia RM1058.60
settle bayar semuaa, mohhh la kita masuk Wild Life Sydney Zoo duluuuu. kata nak jumpa koala dan kangaroo kannnnnnnnn. :p
ohhh sorrryyyy, ni bukan kangaroo sebenar lagii :p
dah nama pon zooo kannnn. bukan koala dengan kanggaro je ada. semuaa jenis binatang ada sini tapi aku letak sekeping dua je gambar mana yang wajib dah laaa. beratus gambar babe. tak daya dahh nak memilih belek satu satu. :p untuk Wild Life Sydney Zoo ni aku rasa macam tak berbaloi bayar mahal-mahal sebab majoriti zoo dia adalah dalam kaca. kaw tengok dari kaca je. cuma ada sesetengah bahagian kangaroo and koala, luar kaca tapiii still jauh dan tak dibenarkan pegang peluk bagai. kalau betul nak pegang bergambar semua, kena tunggu show jam berapa-berapa dorang ada tulis siap-siap. oleh disebabkan aku ada lagi dua tempat belum masuk, i is malas tunggu. tengok dan amek gambar jee. dan sebagai kenang-kenangan, kitorang berjaya merembat satu album gambar dalam Wildlife Sydney Zoo berharga AUD 35. dalam ni ada 5 keping gambar berbeza kalau tak silap. jadiiii la buat kenangann kannn.
settle Wildlife Sydney Zoo, terus gigih menapak masuk Madame Tussauds. boleh dikatakan tempat ni antara tempat aku aim wajib masuk kalau pegi sydney sebab aku kan jakunnnn. T__T patung lilin ni mana ada dekat mesia. jadi alang-alang datang, harusss la iols mewajibkan diri.
haaa nama madame tussauds diambil sempena nama mak cik ni. history dia sorry aku tak baca huhu. dan tadah la korang tengok la 1% dari semuaaa gambar di madame tussauds yang maha banyakkkk.
kaw tengok muka sengal laki aku. HAHAHA. aku tak tau nape, masuk jeee madame tussauds, sengal dia lain macam. kehkehkeh ;P
dalam ramai-ramai patung, dia ni paaaaling sebijik real macam orang betul.
amboiiiiii kak jieee, posing macam haiii semua kenalkan this is my grandfather sangatttt. HAHAHAH ;)
adikkk pakai crown ke kualiii? HAHAHA. :P
adikkk pakai crown ke kualiii? HAHAHA. :P
macam mana adik ipar tak sengal kalau abang ipar senget tahap ubi keladiiiiiiii. kehkehkeh ;))
haaa kalau korang pernah baca kisah cinta monyet kitorang dulu-dulu kecik-kecik macam mana boleh kenal, semuaaaa bermula dari permainan menatang ni. semua sebab bola yang syafiq pukul betul-betul kena dada aku. dan mungkin sebab bola tu jugak aku jatuh cinta dengan dia kalau takk, haremmmmmm :p kehkehkeh.
kak jie dan boyfriend baru beliau. muahahahha :p
kaw tengok, lakiiii. pantang nampak perempuan cantikkk. AHAHAH
kaw tengokkkkkk. HAHAHA.
sayang, awak ingat awak sorang je boleh? saya pon bolehhhhh. HAHAHAHA
heyy banyakk sangatt la kalau nak letak semuaa gambar madame tussauds dekat sini semua. sampai esok belum tentu habis nak upload semua. dah ehhhh. masa habis pusing madame tussauds ni, tenaga masing-masing dah flat habissss. dekat madame tussauds sempat la beli dua ketul fridge magnet AUD 5.98, 1 set coaster AUD 2, sekeping poskad AUD 0.75, 1 ketul coklat mestos AUD 1.49, 1 botol coke AUD 4.45. Total perbelanjaan dekat madame tussauds AUD 14.67. convert duit mesia RM46.35.
settle madame tussauds gigihhhh la menapak ke Sydney Sea Life Aquarium. tempat dia tak jauh pon sebelah-sebelah je tapi oleh disebabkan dah penat berjalan dalam zoo dengan madame tussauds tadi kannn. tapi nak buat macam mana, tak masuk rugiiii. dah habis seribu lebih kannnnn. T________T pasrahhhhh. masukkk la Sydney Sea Life Aquariummm. :)
masa ni kaw jangan cakap, kalau bagi bantal dengan makanan, aku nak bantal lagi. jalan pon dah terkangkang-kangkang. huhu. tapi dalam Aquaria ni sempat la rembat seketul bib baby harga AUD 8. convert duit mesia RM25.28.
kalau nak buat perbandingan aquaria sydney dengan aquaria dekat klcc, sydney punya aquaria tiga kali ganda lagi besar dari klcc punya. sebab dia ada banyaaaakkkk spesis haiwan laut pelik-pelik. ngam-ngam pukul 8 lebih ketiga-tiga tempat ni ditutup dan kitorang la antara orang terakhir yang keluar. huhu. settle tiga tempat ni, gigihhh lagi menapak cari Hard Rock Cafe sebab abang syafiq kirim tshirt Hard Rock. masa ni bateri hp and bateri camera dua dua dah out. tak sempattt nak mempoyo.com check in dekat Hard Rock Sydney. muahahah :p tapi malangnya, tshirt yang dikirim xde size yang dikehendaki. sorryyyy.
jadi dari Hard Rock Cafe tu kalau ikutkan untuk memudahkan kerja confirm tak sesat, kitorang kena menapak patah balik ke jalan yang macam mana kitorang datang ke tempat madame tussauds bagai tadi sebab nak naik ferry balik ke Circular Quay kan tapi oleh disebabkan penat ya amat tak daya nak jalan, kitorang gamble naik monorail betul-betul cross the road sebelah Hard Rock tu. sebelum naik, kalau ikut pada board di stesen tu, kitorang boleh turun di Central Station dan amek bas ke Circular Quay. dari Circular Quay boleh naik bas 373 macam biasa balik ke Randwick. penat dua tiga kali tukar bas tapi sekurang-kurangnya kitorang tak perlu jalan jauh. naik je bas. huhu. sebenarnya kitorang tak kesah pon turun mana-mana janji dekat dengan kawasan yang ada bas lalu untuk balik ke Malaysia Hall. gamble la kitorang naik monorail tu. dan tak perlu bayar pape jugak sebab monorail pon still boleh guna kad Multi 2 yang kita beli awal-awal sampai Sydney dulu. jimatttt. :) aku macam biasa, walaupun awal-awal dah baca board tapi tabiat naik je monorail terus tanya mana-mana mat salleh yang aku rasa peramah. huhu. dan betul tekaan kitorang. memang kena turun di Central Station. amek bas ke Circular Quay. sampai di Circular Quay amek bas 373 untuk balik ke Malaysia Hall. fuhhhhhh legaaaaaaaa. :) siap-siap pesan dekat mat salleh tu, kalau sampai je dekat Central Station tolong bagitau eh. senang kejeeee waaa, wa kan orang kampung je malas nak pikir. huhuh.
akhirnya sampai di Central Station yeayyyyy. kemudian tahan je mana-mana bas yang tulis dekat skrin depan bas 'Circular Quay.' sampai dekat Circular Quay sempat tapau 1 set fish fillet dan apple pie dekat Mcdonald. huhu. total makanan di Mcdonald adalah AUD 13.40. convert duit mesia RM42.34. dan dengan penuh keyakinan naik bas 373 untuk ke Randwick dan akhirnya yeayyyyyyyyyyyyy berjayaaa sampaiiii ke Malaysia Hall dengan jayanyaaa. sampai bilik terus pelahap nasi tahap kebulur dan nasib baik Malaysia Hall ada pakej makan pagi dan makan malam siap-siap. senangggggg. :)
ni kan malam terakhir dekat Sydney. aku risau betul takut tak sedar esok pagi sebab flight pukul 10:00 pagi. jadi gigih la kemas barang siap-siap. sambil teman-teman kitorang mengemas, syafiq dengan adik-adik aku siap pegi caltex sebelah Malaysia Hall beli 1 botol coke AUD 4.95 dan 1 ketul mentos AUD 1.90 sebab nak habiskan syiling dollar punya pasal. total membeli di caltex adalah AUD 6.85. convert duit mesia RM21.65. bapakkkk mahal air coke! jadi total keseluruhan perbelanjaan hari ke tiga di Sydney adalahhhh,
Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari ketiga di Sydney.
# shopping Corelle di Alexendria: AUD 329.50
# Tiket masuk Wildlife Sydney Zoo, Sydney Sea Life Aquarium, Madame Tussauds: AUD 335
# Album Wildlife Sydney Zoo: AUD 35
# Membeli dalam Madame Tussauds: AUD 14.67
# Membeli dalam Sydney Sea Life Aquarium: AUD 8
# Makanan di Mcdonald: AUD 13.40
# Membeli di Caltex: AUD 6.85
_______________________________________________
TOTAL: AUD 742.42
convert duit mesia, RM2346.05
settle hari ketigaaaaaaaaa T___________T
bestnyaa.. rasa mcm nk pergi sana pulak.. ohoho..
ReplyDeletebtw, saya newbie. jemputlah dtg singgah. hehehe..
http://madamoiselleayuslittletalks.blogspot.com/
Salam nadiaaaaaaaaaaaaaaaaaa...wah rindunya..maaf tau kak intan lama x mai singgah..tp still rindu nadia tau..wah bestnya..kak intan layan je gambar2 nadia g bercuti...best...kak intan pon one day kalaua da rejeki nak g juga..adik kak intan da g sana,..hehe..doakan ya..:)
ReplyDeletegerammm geraamm bila la tiket sydney ni nak murah..(tetibe lepas geram kat cni boleyy??jgn marah cik nadia
ReplyDeletebesh baca entry ni!!! pengalaman me berbeza sbb me ikut agent tour :) and entries me psl cuti2 sydney me buat pendek2 so jd byk entries hehhehe..and me tak naik bas--bila kaki penat menapak, sempat naik teksi--dua kali naik teksi ;)
ReplyDeletehohoho... best tgk orang lilin tu... tp bab budget tu trus pengsan... dushh...
ReplyDeletebest sgt2 baca nadia di sydney... jom la gi melbourne musim bunga next year.....
ReplyDeleteAssalamualaikum yayaa, bestnyaaaaaaaaaaaaaaa. gila lah jangan convert yaya, pitam tengok =_______=
ReplyDeletemakin teruja baca entry sydney ni...siap leh feeling2 ala2 dok kat sydney..hahaha sebab sejam baca pon tak abis2..
ReplyDeleteyang corella tu,kita sama la nadia..tak suka mak2 punya minat..asal boleh jer kat umah pakai pinggan free sabun..kahkah
Berpinar mata bace entry nadia nih..pnjg2..tp byk info
ReplyDeleteBila travel ni, memang duit keluar macam air je. Tapi pengalaman yang tidak berharga tu yang paling penting. Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit :)
ReplyDeleteWah, akak ada yang terlepas ni..nak kena start balik baca ni dr part 1...
ReplyDeletesedak kak derak....:)
ReplyDeleteJelous tgk gambar nie..
ReplyDeletesyafiqqqqqqqqqqqqqqqqqq.... dah kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. HAHA
ReplyDeletehihi. kelaka je syafiq. :P
ReplyDeletedalam banyakbanyak entry.. suke entry ni sebab ade macam2 aktiviti... boleh tak macam tu? hihi..
ReplyDeleteHAHHA KELAKR LA NADIA TIME PGG PATUNG TU..SENSORED WOO
ReplyDeleteSalam.sesiapa nak ke perth,australia?. Cuba visit www.mahiraholidayhomes.com Holiday homes kepunyaan org islam malaysia.mereka ada car rental. Boleh call 0123360098 Saya da try 2x. Memang servis terbaikkk dan penginapan yg sgt selesa dan bersih. harga memang berbaloi.mereka ada fullboard muslim pakej juga.
ReplyDeleteLah tak pergi Blue mountain, rugi..
ReplyDeleteSeronok baca. Detail. Boleh jadi guide. Thanks
ReplyDelete