Lazada Malaysia

June 04, 2013

Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 Part 1

Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 0 
Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 1 
Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 2

haaa finallyyyyyy T____T selepas berminggu-minggu diperam, nak tak nak aku tetapp kena habiskan T___T dari awal sampai akhir walaupun ni bukan entry paling akhir lagi huwaaaa (-__-'). entry kali ni aku cakap awal-awal, mungkin maha berdozennnn gambar dan penerangan sebab banyakkkk aktiviti yang kitorang buat pada hari ketiga dekat Sydney.


plan kitorang untuk hari ketiga adalah beli corelle, jalan-jalan dekat darling harbour, masuk madame tussauds, sea life dan wild life sydney zoo. aku cakap terus terang dengan korang ehhh. kalau korang adalah peminat tegar pinggan mangkuk sudu belanga corelle, kalau kaw datang sydney tapi tak beli corelle adalah satu kerugian besar. sebabbbb, harga corelle dekat sydney adalah sangat murah berbanding harga corelle di malaysia. nak cakap sangattttttt tu takde la sangatt sangat sangattt tapi standard bahagi dua harga malaysia. contohnya kalau dekat malaysia satu set yang 16 ketul tu RM300, dekat sini boleh dapat dalam RM150. haaa nampak tak beza dia. dah alang-alang datang sini, beli la sekali. :) aku tak minat benda-benda mak mak macam ni. muahaha. :P jadi, mak aku je la beli. dah ada ke belum ada ke tu cite nombor dua, yang penting selagi tak beli, selagi tu la dia ajak pegi beli. jadi tak heran kalau aku pon peel gini. muahahaha. 

nasib kitorang baik, masa dekat malaysia hall pagi ketiga nak ke tempat corelle ni, aku tanya seorang student dekat malaysia hall ni dekat mana tempat jual corelle and macam mana cara paling senang nak ke sana. kebetulan time tu student tu sedang bersembang dengan Encik Mat, suami kepada salah seorang pengurus di Malaysia Hall. dan Encik Mat dengan baik hatinya mengofferkan diri untuk menghantar kitorang ke kedai corelle ni. Ya Allahhhh baiknyaaaaa Encik Mat niii. T______T mula-mula kitorang macam ehh ehh tak nak la susahkan Encik Mat kannn tapi bila dia bersungguh-sungguh mengoffer diri, orang cakap rezeki jangan ditolak ye dak? :p lagipun kalau betul kitorang survive berani mati cari kedai ni sendiri, belum tentu ntah jumpa ntah tidak. (-___-') Encik Mat pon hantar la kitorang sehingga ke depan pintu kedai corelle. Encik Mat, thank you soooo much. nanti kalau Encik Mat balik mesia, roger nadia eh. :)) 

yeayyy dah sampai dekat tempat corelle. :)) orang panggil, nama tempat ni adalah Alexendria. dan nama kedai ni adalah World Kitchen.
 

model corelle. sakit pinggang bangggg? muehehe :p


ohh lupa nak bagitau. dari malaysia hall tadi ke Alexendria ni dalam 20 minit jugak laaaa. kawasan ni memang kawasan kilanggggg sesaje. kilang corelle la, kilang coach la, macam-macam kilang laa tapi kilang dorang semuaaa curlas dalam cermin and aircond bagai babe. bukan kilang asap debu semua tu no no nooo. :)






dekat sini dorang jual corelle set sekotak sekotak ada, corelle loose seketul-seketul ada, pyrex ada, corning ware pon ada tapi yang banyak beza harga dengan mesia adalah corelle sahaja. kalau pyrex dekat langkawi lagi murah banding sini. so better beli langkawi. buat berat bawak naik kapal terbang je. kehkehkeh. dan hasilnya adalahhh,


semuaaa mak aku beli. :p

# 4 box corelle fun pack
# 2 box corelle 16pc
# 1 box corelle 16pc square
# 1 loose corelle desert bowl
# 1 loose corelle serving bowl
# 2 loose corelle salad bowl
# 2 ketul senduk softworks nylon
____________________________
TOTAL: AUD 329.50

convert duit mesia RM1041.22 

heyyyy seribu lebih beli pinggan semata, mama mamaaaa. ishhh ishh ishhh :P HAHAHA. selalu mama bebel kakak kannnn, ni terbalikk. pasrahhhhh. kuikuikui. :P settle beli pinggan mangkuk segala, baruuuuu aku ikhtiar pikir macam manaaa nak balik malaysia hall semula untuk hantar barang ni. gigihh la tanya mat salleh lalu lalang dekat situ. semuaa cakap area alexendria tak de bas. Encik Mat tadi pon cakap kawasan ni xde bas. musykil laaa, mustahilll takkan takde bas. dan nasib kitorang baik, ehh ehhh. ada pulak tempat menunggu bas dekat sini. :p maknanya, memang ada bas la dekat kawasan ni cuma setengah jam sekali. ok meh aku bagi guide. kalau korang dari kedai corelle world kitchen tadi, korang keluar pintu depan tu korang ke kanan. jalan terus sampai jumpa simpang empat yang ada trafik light. tak perlu lintas jalan pape tak perlu. just pusing kanan dan berjalan sampai jumpa tiang ni. yeayyyyy :)


dah jumpaaa. maknanya, alexendria ni still ada bas yang lalu lalang tapi jarang sangattt. dalam setengah jam sekali tapi jangan risau, bas dorang sangattt punctual. kalau dekat tiang ni dia tulis pukul 12.30 sampai, ngam-ngam pukul 12.30 dia akan sampai. transportation di sydney sangatttt menepati masa. jadi dari sini, korang kena naik bas nombor 384 untuk ke randwick junction sebab sini memang tak de bas yang straight ke malaysia hall. tapi xpe momantaiii, dua kali tukar bas pon sanggup tak jadi masalahhhhh janji corelle dah beli kan ma, eh? :p 


walaupun gambar kabur tapi nampakk kannn muka gembira puas hati mak aku kannn dapat beli corelle. siap cakap nanti lain kali nak datang beli lagi lah. HAHA. kalau takkk, selagi tak beli apa dia nakkk heyyy mengamuk menangis hentak-hentak kaki nak corelle nak corelle. KAHKAHKAHKAH ;P tipu jewww. kuikuikui


haa spesis aku kan jakun takut terlepas cabang ke ape ke, asal naik naik je bas, aku akan terus bagitau driver bas aku nak ke randwick dan tolong bagitau aku bila dah sampai. jadi sampai-sampai je dekat hentian bas paaaling dekat dengan randwick ni, dia akan bagitau kitorang dah boleh turun. jadi tak de la pening kepala sesat bagai kann. ni bus stop paaaaling dekat dengan malaysia hall dari alexendria tadi. boleh je kalau korang nak jalan kaki menapak ke malaysia hall tapi kita kan ada tiket multi 2 tu. dah alang-alang boleh naik je semua bas sesuka hati, apa guna beli tiket mahal-mahal kalau tak guna ye dak? hewheww :p jadi dari dekat tempat turun bas ni, korang kena cross the road dan berjalan menghala ke 7Eleven. tempat tunggu bas seterusnya untuk ke malaysia hall betul-betul mengadap 7Eleven. dan seperti biasa, korang amek je bas nombor 373 menghala ke circular quay, nanti dia akan lalu depan malaysia hall dan seperti biasa, sila alert. :) nampak je malaysia hall terus tekan loceng untuk turun. kita kan nak hantar corelle ni balik malaysia hall duluuuu. :p


yeayyy sampaiiii malaysia hall. ;)) tak daya dah aku nak meneruskan dalam satu entry yang sama. episod corelle ni je ponnn dah karangan spm pat hari pat malam baru habisss. aktiviti selepas hantar corelle next entry yee. :))   


24 comments:

  1. Jual pinggan mangkuk kat Malaysia bole kaya kan agak2 haha....

    ReplyDelete
  2. Jual pinggan mangkuk kat Malaysia bole kaya kan agak2 haha....

    ReplyDelete
  3. arwah mak akak pun peminat pyrex..dulu tunggu JJ wat sales jer terus gi beratur nak beli huhu..
    cuba nak minat macam mak tapi mungkin belum masanyer..nnt dah sampai usia mungkin terminat jg kot yaya huhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Seronoknya dpt ke Australia.. Aini dh lama x g sana.. last duk sana was 6 to 11 yrs old.. Sign Alison Road Randwick tmpt Aini duduk dulu di apartment berdepan dgn padang kuda tu..hehe

    ReplyDelete
  5. syioknnnyaaa tgk..

    amboi mak tu beli sampai 1 k utk tu..tp takpe dia puas hati kan =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum yaya, hahahhaa. mak anak lebih kurang sama ek. hehehe. yaa, cepat update next entri! heheee ;p

    ReplyDelete
  7. apeeeeeee.. kilang coachhhhhhhhhhhhh?? jom pergi sekarang yaya!!!! .. ;p

    ReplyDelete
  8. tetiba rasa tak sabar nak pergi jugakkkk...
    yaya bawak nory plissss....
    hehehe

    ReplyDelete
  9. akak rasa tak pernah beli corelle ni sendiri.. tp kan.. tp kan.. dapat hadiah masa kawin pinggan corelle ni.. hihihihi .. suka...

    ReplyDelete
  10. tak sabar nk tunggu entry seterusnya :DD best2

    ReplyDelete
  11. wooo... terbaek laa... aku naik bus kat KL ni pun fail... inikan pula kat negara orang... best gak travel mcm ni kan... gamble jer...

    ReplyDelete
  12. corelle ni memang dh jd pojaan hati ramai wanita2 kat sini kan...akak pun dh terpengaruh jgk...dh jd xberapa minat kt vantage2 ni...nk bertukar ke corelle plk sbb pinggan mangkuk dia sgt2 lah ringan n best...

    ReplyDelete
  13. byknyaaa akk shopping!! >.< jelesnyaaaa dapat g jenjalan ke sana... nak pergi juga... huaaaaaaaaaaaaaa ada sesapa nk sponsor x?? XD

    ReplyDelete
  14. humang ai...pinggan mangkuk abes beribu..wah... :)

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaaaa pergi Australia! Teringin sangat nak pergi

    ReplyDelete
  16. Kak Nadia pergi under agency mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde bawah mana2 agent yangg :)
      ni gamble manage sendiri :))

      Delete
  17. corelle ni memang lawa2 kan..tpi puas hati..walaupun seribu lebih tp dapat banyak jenis....kan nadia..rasanya kalau mai malaysia jd lagi mahai kot kan..so mcm untung ket beli sana kan..ke salah pengiraan kak intan n..hehe

    ReplyDelete
  18. waaa siyes sgt murah!!! me tak shopping corelle sbb me dh ada byk koleksi kat umah me hehhehe

    ReplyDelete
  19. waaa.. pau la sikit corelle tu nadia.. haha..

    ReplyDelete
  20. sis, blh tau byk beza ker pyrex sana dgn langkawi? naper langkawi lg murah..nak tau jugak..hehe

    ReplyDelete
  21. Salam.

    Nak tanya Corelle 16pc tu satu box agak-agak ingat lagi tak harga betulnya berapa? Nak buat perbandingan harga.
    Tenkiu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...