June 27, 2013

Harga tiket flight ke Krabi, Thailand


oleh disebabkan ramaiiiii yang suruh aku buat pembentangan bajet ke krabi macam perbentangan bajet ke sydney dan universal studio singapore sebelum-sebelum ni, moh la kita start dengan harga tiket kapal terbang dulu ye :)) sebenarnya krabi ni antara list tempat wajib honeymoon kitorang masa awal-awal kawen dulu. siap dah booked tiket flight, dah bayar hotel bagai tapi malang tak berbau, dua tiga bulan sebelum pegi krabi, aku patah kaki dan kena operate. seriuss frust menonggeng time tu tak dapat pegi. T__T tapi xpee, anggap je ada sebab musabab dia tapi spesis aku susah berputus asa kalau bab berjalan ni. kehkehkeh :p apeadehall, kita book la yang baruuu ;)) wiwiwiiii. 


kitorang book time AirAsia tengah buat promosi. dapat harga RM230 untuk dua orang pegi balik. murahhh kannn? ;)) dan add on nasi lemak pak nasir sorang satu untuk flight pegi. total keseluruhan untuk flight KL-KRABI, KRABI-KL adalah RM254. 

perancangan awal pegi 22 Jun 2013, balik 24 Jun 2013. kira macam 3 hari 2 malam je la. sekali bila ida, nory, mila and sheila pegi, rasa macam alaaa cukup ke 3 hari 2 malam niii. macam tak cukup jeee. :P gigih stadi google tempat wajib pegi di krabi padahal tiket pegi balik dah booked. T____T bila dah stadi, heyyy mana cukup 3 hari 2 malammm. mana sempat nak buat 4 islands, mana sempat nak buat phi phi island, mana sempat nak buat elephant trekking, mana sempat nak naik kayakkk. huwaaaaa. T___T lepas pikir timbang tara lagi sekali, kitorang sepakat untuk pegi 4 hari 3 malam. jadi walaupun terpaksa book tiket flight balik yang baru tapi wa pasrah janji dapat buat semuaa. alang-alang pegi kannn. :) gigih la book tiket balik yang baruuu. 


nasib baik time tu tengah promosi lagi. jadi, untuk tiket baru dari KRABI-KL, dapat la harga 1980 thb. convert duit mesia RM206.91. untuk convert duit dorang ke duit kita, duit dorang darab rate duit kita. macam masa aku tukar duit hari tu dapat 10.45. meh aku bagi contoh bagi korang paham ye, harga flight tadi 1980 thb kan. nak tau dalam duit mesia, 

1980 thb x 10.45= RM 206.91

fahammm semuaaa? :)) dann untuk pengetahuan korang, adalah jauhhh lebih jimat kalau korang tukar duit dekat krabi. bukan dekat mesia. T___T sebab ida dengan sheila ada tukar duit dekat krabi hari tu dapat rate 9.20 kalau tak silap. rendah gile. maksudnya, semakin rendah rate tu, semakin untung la kita. 

kan flight kitorang pegi krabi 22hb jun, adik lelaki aku balik dari plkn 21hb jun. oleh disebabkan time kitorang pegi sydney hari tu dia tak dapat ikut sebab plkn tak lepas, jadi krabi adalah destinasi membalas dendam untuk beliau. kehkehkeh. mau menggelupurrr kalau tak dapat pegi jugak. last-last, 5 hari sebelum tarikh kitorang ke krabi, aku book tiket flight untuk dia pegi sekali. masa ni takde harga promo promo lagi dahhh. T__T untuk sorang pegi balik dari KL-KRABI, KRABI-KL dan add on seketul nasi lemak flight KL-KRABI adalah, RM753.00 T_______T

haaaaa nampak tak betapa jauhnya beza book awal dan book last minit? T___T sila book awal-awal yeee. lain la kalau duit korang berkepuk tak habis meh bak sikit :p 

kalau korang perasan, kitorang tak add on makanan time flight balik konon tak lapar lagi kottt pagi-pagi buta tapi sekali naik je kapal terbang, semuaaaa kebulur. HAHA. ape lagiii, terus beli by cash. kuikuikui. jadi dalam kapal terbang, kitorang beli 2 nasi lemak pak nasir, 1 nasi ayam dan 3 botol air mineral. total adalah RM54. :) haa settle bab segala mak nenek yang berkaitan dengan flight. meh bagi total keseluruhan ye. 


# Tiket flight KL-Krabi, Krabi-KL dua orang pegi balik: RM230
# Tiket flight Krabi-KL dua orang: RM206.91
# Add on nasi lemak pak nasir flight KL-Krabi untuk 2 orang: RM24
# Tiket flight adik KL-Krabi, Krabi-KL pegi balik untuk seorang, add on nasi lemak: RM 753.00.
# beli makanan time flight balik dari Krabi-KL: RM54

________________________________________________
TOTAL: RM1267.91

settle bab kapal terbang. :)


June 26, 2013

gambar bercuti ke krabi je dulu boleh? :P

teaser je dulu bolehhhh? :p bercuti 4 hari je tapi gambar beribuuuu ribuuuu. T__T mantikk nak khatam satu-satu. ;) nahhh empat lima ketul dari berketul-ketul :p






  














  




June 20, 2013

penyidai baju jimat ruang

sepatutnya masa mula-mula masuk rumah duluuu lagi aku dah boleh share cite pasal bab ni tapi aku kan suka tangguh-tangguh. kalau malas datang memang aku tak update laaa T___T bila kematuuu takde idea nak update blog baruu hegeh-hegeh nak share pasal decoration. bukan la nak share tips bajet bagus sangattt pon :p cuma berdasarkan pengalaman aku, aku sangattt memerlukan ruang untuk menjemur baju yang maha banyak setiap kali membasuh tapi ruang tersangat la terhad. peel tak nak laa beli penyidai yang besar gedabak menyemakk ruanggg. nanti rumah nampak lagi sempit. huwaaaa. rumah i is kecikk jeww. T___T meh aku share dengan korang laundry area sekangkang kera aku. (-___-')



dengan kapasiti 11kg, korang bayangkan celah mana aku nak jemur semuaaa baju bajan sebab rumah aku bukan spesis rumah atas tanah boleh jemur sesuka hati bawah pokok ke, bawah matahari ke kannnn. jadi, kita guna je laaa mana-mana ruang yang ada. :)  



taraaaaaa, ni la penyidai baju jimat ruang yang aku gunaaa. :) kenapa aku cakap dia jimat ruang, sebabbb bila tak nak guna, kita boleh tolak dia rapat ke dinding macam ni,



bila nak guna, tarik keluar balik macam tadi. sebenarnya boleh tarik lagi tuuu.  haaa, nampak tak dia tak makan space sangatt? kalau kaw beli penyidai yang seketul besar siap-siap tu, guna ke tak guna ke, dah tentu-tentu dia akan tersergammm je dekat situ. haaa nampak tak beza? tapi kaw jangan ingat aku paksa korang beli penyidai ni pulakkkk. HAHA. aku share berdasarkan pengalaman aku je kot-kot membantu sape-sape yang sedang mencari idea.;)


lagipon murahhhh je ni. mihmihmih :p korang boleh beli dekat kedai MR.DIY je sebenarnyaaa :) aku beli dekat MR.DIY dalam Selayang Mall. majoriti yang aku survey dulu masa belum ada penyidai spesis tolak tarik gini semua RM200 lebih keatas. mula-mula masa beli aku bajet tak berkualiti sangatt kotttt sebab tu dia murah tapi aku pasrah membeli jee sebab dah penat tak tau nak jemur baju kat mana. tapi percayalah, aku dah guna setahun lebih, still gagah perkasa menampung semua baju bajan dan langsung tak berkarat. langsunggg tak. bagus kann? :) heyyy ni bukan iklan berbayar rekemenkan orang beli ni dan aku dapat bayaran no no noooo. :p ni cerita berdasarkan pengalaman aku. cer teka harga dia berapa? RM89.90 jewwwww ;)) murahhh kann? ida pon baruuu je beli. hewhew. dan ohh sebelum terlupa, panjang dia ada saiz. ada 6 kaki, 7 kaki, 8 kaki dan berkaki-kaki. :P aku punya ni 8 kaki je. harga dia mengikut saiz berapa kaki macam ida punya 6 kaki RM79.90. yang aku punya ni 8 kaki ngamm-ngam untuk ruang laundry area. nanti korang boleh la beliii kalau rumah korang sekangkang kera macam rumah aku ye. okbaiii ;)



June 14, 2013

Muffin Maniac Official Launch

heyyyy korang dah try main game Muffin Maniac belummmmmmm? :)) pehlisss la mainnn. bestt sangatt ok seriussss :) untuk pengetahuan korang, pada 5 jun hari tu telah berlangsungnya pelancaran satu-satunya mobile game application dari Kenny Rogers Roasters dan event ni diadakan di Kenny Rogers Roasters Berjaya Time Square. Thank youuu Kenny Rogers sudi jemput titewww :P 


5 jun hari tu adalah hari pertama aplikasi permainan Muffin Maniac ni dilancarkan jadi semua media-media yang hadir di jemput test power kehebatan masing-masing main game ok curlassss. (x___x) dan dah tentu-tentu aku pon main sekali kannnn. kehkehkeh :p sementara tunggu majlis berlangsung, dorang sediakan 3 ipad siap-siap di atas 3 meja berbeza dan semua yang hadir dijemput main. mainnn la bergilir-gilir sampai kaw rasa tu markah paling tinggi kaw boleh dapat dan tulis jumlah markah yang kita dapat dekat kertas yang disediakan. nanti dia akan bagi hadiah untuk 3 top score. rules main game ni senang je sebenarnya, 


haa, nampak tak. kita kena potong muffin sebanyak yang boleh, elakkan potong ikan nanti kena potong markah dan jangan sesekali potong sushi. terpotong sushi je terus game over. T____T 

cer kaw download baru kaw tahu betapa addictednya aku dengan game ni. huhu. lagiponnn untuk pengetahuan korang, markah tertinggi setiap bulan Kenny Rogers Roasters akan bagi hadiah misteri antaranya ipad dan banyak lagi la. jadi sepanjang event tu berlangsung, aku sempat main tiga empat kali dan percaya tak time semua main tu markah aku kedua tertinggi? mihmihmih. aku laaagi tak percaya. aku dapat markah 594 kalau tak silap. highest score 598. tapi semasa aku main tu, ada xde la menaruh harapan nak menang kan sebab lepas je main, aku terus duduk dekat kerusi dan kepala aku running mestii lepas ni ramai lagi yang main dan dapat markah jauh lagi tinggi dari aku jadi aku pon tak berapa amek port sangat laa. :p gigihh join the club melayan ida, mila dan nuha bergambar sakan. HAHA. 







selepas bergambar, majlis pon bermulaa. :) 


sedikit ucapan pembukaan dari Vanessa selaku emcee 


dan pelancaran sepenuhnya oleh Encik Zulklifi Jafar, Marketing & Communications Manager of Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd yeayyyyyyy! :))

sekarang semua dah boleh mainn yeayyy ;) sila silaaa. lepas tu Vanessa menjemput 3 top score untuk hari tu untuk tampil ke depan. masa ni aku tak menggelabah lagi sebab mula-mula dia panggil nama Fatin untuk tampil kedepan. rupanyaaa yang 3 top score tadi kena berentap live depan semua orang dan semuaa boleh tengok dekat screen tv hoi mak aiiiii. bolehhh mengundang kemaluan niiii kalau kalah. (-___-') lepas Fatin dah settle main, dia panggil nama aku. heyyyy jangan macam-macammmm. T___T nak terberak terkencing semua adaaaa. mantikkkkk T___T tapi aku kan machooo. kuikuikuii :p tapi alaaaa, kenapa mesti kena main depan semua orang liveee. T__T i is malueww. ;p 


nampakkk tak gigih aku main? HAHAHA. tapi menggigil jangan cakap aaaaaaa. HAHAHAHAHA. :P

tapi malangnya, bila berentap depan orang gini, aku dapat no 3 jewwww. T____T Fatin still pegang title juara Muffin Maniac of the dayyy. kenalkan, ni la Fatinnn :) editor dan wartawan dari majalah Pa&Ma :)


tapiiii, walaupun dapat no 3, still dapat hadiah jugak yeayyyyyyyyy :))


paling kanan cantik amattt tinggi lampai adalah Miss Natalia Ng, Misss Universe Malaysia 2013 selaku Miss KRR Healthy Lifestyle. sebelah Miss Natalia adalah Encik Zulklifi Jafar dan sebelah kiri aku samuraiiii selaku slasher of the dayyy. :P game ni kan kena slash slash muffin. dia la samurainyaaa. :p walaupun dapat no 3, dapat voucher Kenny Rogers RM100 pon ok sangatt kan dari nan hadoo. :p bukan berpeluh pon main game ni. lain la suruh aku berlari aku pikir dua kali sebab aku terlebih sayang lemak. muehehe :p 


ok dahhhh, sekarang pegi download cepattt game ni di App Store dan Google Play bagi pengguna telefon canggih-canggih secara percumaaa. ;) 

 
 
# 263 komen aku hutang blogwalking T____T nanti nadia datang blog korang yee. sorrryyy lambattt, mak bz anak ramaiii. hewheww :P

June 13, 2013

Hotel Paling Romantik di Kuala Lumpur untuk berhoneymoon :)

sambungan kejadian di hari birthday aku hari tu. kan tengahhari tu dorang buat suprise birthday party dekat Flora Cafe. time tu aku dah alaaaaa terharuuunyaaa. T__T settle makan-makan semua, syafiq ajak pegi time square. lagipon time tu awal lagi untuk balik ke rumah, i is follow je la kannn. :) kalau masukkkk je jalan ke time square ke, bukit bintang ke, aku dah failed. aku kurang familiar jalan sana jadi agenda syafiq berjaya sebab aku langsung takde syak wasangka. kebetulan pulak time tu hujan, jadi aku memang langsung tak tengok jalan. mengadap hp online je keje. :P mihmihmih. sampai la dah masuk kawasan bukit bintang semuaa dan syafiq pon parking kereta. aku dah pelik dahhh, nape parking kereta dekat sini. hujannn. susah nak jalan. dia kata xpeee payung adaaa. ok fineee. turun laa kitorang laki bini berpayung meredah hujan tiba-tiba dia ajak masuk satu shop lot.



dalam keadaan hujannnn, kepala tutup dengan payung, memang takkkk la aku nak tengok kedai ape kann. dah tentu-tentu aku main redahhh je masuk. kehkehkeh. :P tiba-tiba sampai dalam, ehh ehhh. kedai apaaa niii. kita buat apa dekat sini. ni bukan kedaiii, ni hotelllllllllllllllllll. dia kata sebenarnya kita nak datang check in siniii. heyyyyy banyak mainnn tauuu dia nii, rasa nak lempang-lempang jeee. :p HAHAHA. sekali betul daaaa, dia awal-awal lagi dah booked. supriseeeee. anyonyonyoo. so sweetttt. T____T huwaaaaa terharuuuuu. kenapa tak cakapppp. T___T 




masa mula-mula masuk dekat check in kaunter, aku rasa macam hotel ni biasa-biasa je sebab nampak biasa-biasa je dari luar tadi dan dekat kawasan check in kaunter dan kawasan lift pon. tapi sebenarnyaaa, aku tak kesah pon hotel biasa ke tak biasa ke janji malam nanti kita buat luar biasa. kohkohkoh :p 

sekaliii bila masukkk je bilik, wowwwwwwwwwwwwwww! 


romantiknyaaaaa bilik diaaaaaa. T__T romantik gileee. siap ada angsa atas katil anyonyonyoooo. 



seriusss, kaw masukkk je bilik dia, kaw takkan rasa macam duduk di kl dahh. rasa macam ala-ala dekat bali ke, thailand ke, somewhere yang rasa tenanggg je. 


dan the best part is, tv dia 37 inch yang boleh online terus dekat situ dengan keyboard dan mouse yang wireless. fuyooooo. bestnyaa boleh online dari atas katil jeeee dapat skrin besar gileeee tapiiii helooo, kawww kalau setakat check in hotel nak main internet baik balik duduk rumahhhh jewww. banyakk lagi benda lain boleh main. kohkohkoh :p 


aku kan jakunnn. mula la explore satu-satu apa ada dalam bilik tu. ooo bilik dia ada tingkap besarr macam dekat kampung yang dulu-dulu. bestnyaaa tapiii menghadap jalan raya babe. walaupun bilik kitorang di tingkat 2, sendiri mau ingat laaaa. :p 



lepas tu tengok ehh ehhh, bilik kita ada beranda laaa fuyoooo. bestnyaaa. ;)) seriusss sebijik rasa macam dekat kampung tapi bila kaw jengukkk je bawah dari beranda ni, kaw akan nampak majoriti adalah pelancong asing macam mat salleh ke tapi boleh dikatakan majoritinya adalah mat salleh laa. aku syak kawasan ni memang kawasan pelancong tapi kawasan ni macam tersorok sikit. ni dekat jalan Tengkat Tong Shin. 







cumaaaa bilik air dorang tak berapa romantik sebab takde bathtub. kalau ada bathtub mungkin lebihhhhh romantik. muehehehe. tapi alaa setakat ketiadaan bath tub momantaiii :p masih tak mengganggu gugat pon honeymoon kitorang. kehkehkeh. :p heyyyy konpiuss aku, ni entry hotel ke entry lucah. HAHAHA. tapi sungguhhhh, aku pon tak sangka dalam sepadat-padat bandar kl yang maha sibuk ni ada jugak hotel romantik kekampungan tengah-tengah kota raya. aku sangattt merekemen kalau setakat nak honeymoon short getaway sehari dua hujung minggu, kaw datang je sini. tak yah nak pegi jauh-jauh sungguhhh. :)

dan the best part is, hotel ni satu-satunya the best 4-star classic boutique courtyard hotel di KL yang mana sangat unik berbanding hotel-hotel 4 star lain dan hotel ni hanya mempunyai 18 bilik. :) dan bilik kitorang duduk ni adalah Anggun Suite. sebenarnya dorang ada banyak harga dan jenis bilik. korang boleh tengok dekat website atau facebook Anggun Boutique Hotel ye cuma untuk Anggun Suite ni satu malam adalah RM700 termasuk free wifi dan breakfast dekat Bubu Rooftop Restolounge.



I would say, if you are looking for a romantic place to stay in the heart of Kuala Lumpur, Anggun Boutique Hotel should be your very first choice. :) 

dan kalau contohnyaa korang mencari pakej honeymoon lain atau pakej percutian lain, tak kesah dalam kl atau luar kl, korang boleh lawati website www.sota.travel nanti korang boleh deal dengan dorang untuk uruskan semua pakej-pakej percutian termasuklah hotel ke, pengangkutan ke, aktiviti ke. haaa, tak ke senang kerja. :) oraitttt? selamat berhoneymooonnnnn! ;)