oleh disebabkan ramaiiiii yang suruh aku buat pembentangan bajet ke krabi macam perbentangan bajet ke sydney dan universal studio singapore sebelum-sebelum ni, moh la kita start dengan harga tiket kapal terbang dulu ye :)) sebenarnya krabi ni antara list tempat wajib honeymoon kitorang masa awal-awal kawen dulu. siap dah booked tiket flight, dah bayar hotel bagai tapi malang tak berbau, dua tiga bulan sebelum pegi krabi, aku patah kaki dan kena operate. seriuss frust menonggeng time tu tak dapat pegi. T__T tapi xpee, anggap je ada sebab musabab dia tapi spesis aku susah berputus asa kalau bab berjalan ni. kehkehkeh :p apeadehall, kita book la yang baruuu ;)) wiwiwiiii.
kitorang book time AirAsia tengah buat promosi. dapat harga RM230 untuk dua orang pegi balik. murahhh kannn? ;)) dan add on nasi lemak pak nasir sorang satu untuk flight pegi. total keseluruhan untuk flight KL-KRABI, KRABI-KL adalah RM254.
perancangan awal pegi 22 Jun 2013, balik 24 Jun 2013. kira macam 3 hari 2 malam je la. sekali bila ida, nory, mila and sheila pegi, rasa macam alaaa cukup ke 3 hari 2 malam niii. macam tak cukup jeee. :P gigih stadi google tempat wajib pegi di krabi padahal tiket pegi balik dah booked. T____T bila dah stadi, heyyy mana cukup 3 hari 2 malammm. mana sempat nak buat 4 islands, mana sempat nak buat phi phi island, mana sempat nak buat elephant trekking, mana sempat nak naik kayakkk. huwaaaaa. T___T lepas pikir timbang tara lagi sekali, kitorang sepakat untuk pegi 4 hari 3 malam. jadi walaupun terpaksa book tiket flight balik yang baru tapi wa pasrah janji dapat buat semuaa. alang-alang pegi kannn. :) gigih la book tiket balik yang baruuu.
nasib baik time tu tengah promosi lagi. jadi, untuk tiket baru dari KRABI-KL, dapat la harga 1980 thb. convert duit mesia RM206.91. untuk convert duit dorang ke duit kita, duit dorang darab rate duit kita. macam masa aku tukar duit hari tu dapat 10.45. meh aku bagi contoh bagi korang paham ye, harga flight tadi 1980 thb kan. nak tau dalam duit mesia,
1980 thb x 10.45= RM 206.91
fahammm semuaaa? :)) dann untuk pengetahuan korang, adalah jauhhh lebih jimat kalau korang tukar duit dekat krabi. bukan dekat mesia. T___T sebab ida dengan sheila ada tukar duit dekat krabi hari tu dapat rate 9.20 kalau tak silap. rendah gile. maksudnya, semakin rendah rate tu, semakin untung la kita.
kan flight kitorang pegi krabi 22hb jun, adik lelaki aku balik dari plkn 21hb jun. oleh disebabkan time kitorang pegi sydney hari tu dia tak dapat ikut sebab plkn tak lepas, jadi krabi adalah destinasi membalas dendam untuk beliau. kehkehkeh. mau menggelupurrr kalau tak dapat pegi jugak. last-last, 5 hari sebelum tarikh kitorang ke krabi, aku book tiket flight untuk dia pegi sekali. masa ni takde harga promo promo lagi dahhh. T__T untuk sorang pegi balik dari KL-KRABI, KRABI-KL dan add on seketul nasi lemak flight KL-KRABI adalah, RM753.00 T_______T
haaaaa nampak tak betapa jauhnya beza book awal dan book last minit? T___T sila book awal-awal yeee. lain la kalau duit korang berkepuk tak habis meh bak sikit :p
kalau korang perasan, kitorang tak add on makanan time flight balik konon tak lapar lagi kottt pagi-pagi buta tapi sekali naik je kapal terbang, semuaaaa kebulur. HAHA. ape lagiii, terus beli by cash. kuikuikui. jadi dalam kapal terbang, kitorang beli 2 nasi lemak pak nasir, 1 nasi ayam dan 3 botol air mineral. total adalah RM54. :) haa settle bab segala mak nenek yang berkaitan dengan flight. meh bagi total keseluruhan ye.
# Tiket flight KL-Krabi, Krabi-KL dua orang pegi balik: RM230
# Tiket flight Krabi-KL dua orang: RM206.91
# Add on nasi lemak pak nasir flight KL-Krabi untuk 2 orang: RM24
# Tiket flight adik KL-Krabi, Krabi-KL pegi balik untuk seorang, add on nasi lemak: RM 753.00.
# beli makanan time flight balik dari Krabi-KL: RM54
________________________________________________
TOTAL: RM1267.91
settle bab kapal terbang. :)