sambungan dari entry ni, Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 0
ok, kannn sesampainya dekat Sydney International Airport, aku memilih untuk naik teksi ke tempat penginapan kitorang. senanggggg je nak jumpa teksi dekat airport ni. tak yah gi cari dekat mana-mana kaunter pon. korang keluar je pintu airport, korang akan nampak teksi sedang beratur panjang dekat kawasan teksi. dia memang ada satu tempat khas hanya untuk teksi. korang pegi je situ terus. nanti dia akan tanya berapa orang. macam aku hari tu kan 6 orang, dia terus bagi estima. tak kesah la teksi jenis kereta ape sekalipon sebab dorang bukan caj dari jenis kereta teksi itu, dorang caj dari kilometer. heyyy kaw jangan tak tauuu, harga kereta estima dekat sana bapakk la murahhh. AUD20,000 je dah boleh dapat 1 estima. convert duit kita baruuuuu 60 ribu lebihhh. murahh kannn. dekat sini tiga kali ganda kott. ok dah, entry ni bukan nak bercerita pasal harga kereta. :p ngehngehngeh.
ok berbalik kepada teksi, aku cakap dekat driver dia aku nak pegi Alison Road. dia kata ok dia tau. aku takut dia tak paham apa aku cakap, :P gigih wa babee bukak buku nota dan tunjuk alamat. kuikuikui. ok betul dia faham.
aku tak pasti teksi ni dia kira per meter ke per ape sebab kalau contohnya benti dekat trafik light pon still meter tu bergerak. jalan perlahan ke, jalan laju ke, berhenti ke, dia gerakkkkkk je meter tu. aku syak dia per masa kott ntah. setengah jam perjalanan kitorang pon sampaiiii betul-betul depan pintu Malaysia Hall. yeayyyyy, sampaiii. :) kitorang duduk Malaysia Hall jewww. :p dan harga untuk teksi ni tadi adalah AUD65. convert duit mesia adalah RM205.40. T___T
korang cer kira, kalau pegi ramai-ramai sangatt la untung naik teksi sebab sebuah teksi baruuu AUD65. kalau beli tiket 'Airport Rail Link Pass', 6 orang adalah AUD111.60. beza dia AUD46.60. cer convert, AUD46.60xRM3.16: RM147.25 babeee banyak tuuuu. T___T tapi kalau pegi sorang dua, airport rail link pass adalah paaaaling jimat. :) settle bab pengangkutan dari airport ke malaysia hall. :)
masuk bab penginapan. sepanjang kitorang di sydney, aku pilih untuk stay dekat Malaysia Hall jeww. ;))
kenapa malaysia hall? sebab malaysia hall adalah penginapan paaaaaaaling murah dalam sydney untuk warganegara malaysia dan paling senang bab makan untuk orang beragama islam. hotel backpacker paling murah setakat aku survey pon AUD30 per nite. untuk malaysia hall, baruuuu AUD12 per nite. dan lagi untung kalau kaw adalah student. tak kesah la sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, universiti ke, dapat harga student. adik aku dua orang sekolah rendah, sorang dorang caj AUD6 jew. cuma, untuk stay dekat malaysia hall ni, korang kena bayar untuk cleaning service dorang. AUD15 per head tak kesah berapa hari korang stay dekat situ. dia kira per head, bukan per day. ni kira upah staff dorang yang akan kemas bilik kita selepas kita check out esok-esok la. yang AUD12 tadi tu hanya untuk penginapan je. untuk malaysia hall ni, aku cakap awal-awal. kaw kena bayangkan dia lebih kurang macam asrama. :) tuala dan toiletries tidak disediakan, sila bawak sendiriiii. :p
untuk kitorang, oleh disebabkan kitorang ramai, kitorang dapat family room dimana ada dua bilik, satu ruang tamu lepak-lepak dan satu bilik air. dia macam sebuah rumah yang ada dua bilik cuma beza dia, takde dapur. mihmihmih.
ni bilik aku dengan syafiq. :p memang takkk la kitorang nak tidur sorang satu katil kannnnn, dah la sejukkk gileee. ;)) muahahah. heyyy kaw jangan tak tau, hari first kitorang sampai ni, suhu drop sampai 14 darjah celsius. aircond paling sejuk pon 16 darjah je. (-___-')
ni bilik mama, papa, adam, dengan kak jie tidur. ada 1 single bed, 1 katil dua tingkat.
malaysia hall ni sebenarnya adalah tempat penginapan sementara untuk first year student malaysia yang belajar dekat sydney yang mana dorang belum dapat duduk asrama universiti lagi ke, belum dapat sewa rumah lagi ke. haaa gitueww. jadi, jangan terkejut la bila kaw sampai je dekat malaysia hall ni eh eh apasal semua orang melayu kita je. kehkehkeh. ;)
jadi, total penginapan untuk kitorang berenam selama 4 hari 3 malam adalah, AUD370. sila click gambar di bawah untuk korang lebih faham cara pengiraan total dia ye. gambar kecik sangattt. T____T
kalau convert duit mesia, 4 hari 3 malam di malaysia hall adalah RM1169.20. T___T bunyi macam asrama jeeww tapi harga dia perghhh, cecah ribu. tapi nak buat macam mana, ni dah paling murah dah babe. lain la kalau kaw duit tak habis kann. dan bagusnya malaysia hall tentang makanan, kalau korang spesis setiap hari wajib makan nasi macam aku, dan sangattttt mementingkan bab halal haram makanan yang bakal jadi darah daging kita macam mama papa aku, yessss. malaysia hall sangat sangat sesuai. sebab, dorang ada pakej makanan. untuk makanan, dia caj AUD15 per head per day. kaw bayar AUD15, kaw akan dapat makan pagi dan makan malam. cuma, masa kaw check in, kaw bagitau dorang awal-awal nak add on makanan. contohnya, hari ni kaw bayar AUD15 untuk makan esok. jadi pagi esok, korang akan dapat satu makanan untuk sarapan pagi dan satu makanan untuk makan malam. cuma kaw tak boleh la demand esok nak makan tu, lusa nak makan ni. kaw bayarrr je. nanti pepandai la dorang bagi makanan apa.
macam aku hari tu, breakfast hari pertama dapat mee hun sup, breakfast hari kedua dapat nasi lemak. dinner malam pertama dapat nasi lauk kurma ayam, dinner malam kedua dapat nasi putih asam pedas ikan pari. jadi, kaw tak payah dah pikir mana nak cari makanan untuk makan pagi dan malam korang dan paaaling penting, dia halal. korang just pikir makan tengahhari je. sepanjang aku stay dekat sana, aku amek pakej makan dua hari je. hari kedua dan hari ketiga sahaja. jadi, total untuk pakej makan di malaysia hall untuk 6 orang adalah,
hari pertama: AUD15x6 orang: AUD90
hari kedua: AUD15x6 orang: AUD90
__________________________
TOTAL: AUD 180
convert duit mesia, RM568.80
kenapa aku tak amek pakej makan time hari pertama dekat sydney, sebab kitorang sampai sydney hari sabtu. dorang hari sabtu memang tak sediakan pakej makan. cuma kebetulan time kitorang sampai tu student-student malaysia yang stay dekat sini tengah ada tournament dota dengan bola rasanya kalau tak silap. jadi ada la dorang buat jualan makanan dan minuman jugak sikit-sikit. dan part paling best, ada jual nasi kerabuuuu! ;)) hewhewhew.
tapiiiii, bila kaw convert duit mesia, mahal babeee. sebungkus nasi kerabu lauk ayam goreng adalah AUD6.50. jadi kitorang berenam, enam bungkus. T_____T total untuk makan pagi sahaja untuk hari pertama adalah,
# 6 bungkus nasi kerabu: AUD39 (RM123.24)
# 6 gelas air soya AUD2 seketul: AUD12 (RM37.92)
# 2 cucuk sosej: AUD2 (RM6.32)
# 1 roti hotdog: AUD2.50 (RM7.90)
__________________________________________
TOTAL: AUD55.50
dan dalam duit mesia adalah RM175.38 T______T
mama papa cakap takpeee, makan minum jangan berkiraaaa. janji halal, baiklahh :)
ohhh sebelum terlupa, settle makan, gigih aku tanya salah sorang student dekat situ macam mana nak beli wifi. gigihh dia tolong buatkan kena daftar online bagai. bayar AUD15, dah boleh guna internet dah sepanjang stay dekat situ. wiwiwiwi :) tapi dalam malaysia hall je la. luar malaysia hall tak leh guna pon. takpeee :) thank you azrin! nanti kalau korang pegi sini korang cari la dia. baik budak ni, orang utara. :))
heyy jangan tak tahuuu, kan tadi baru sampai sydney selepas 8 jam tidur tak lena sakit pinggang sakit bontot segala bagai kan dalam flight. sampai dekat malaysia hall pun dah pukul 11 pagi waktu dorang. siap makan semua perut dah kenyang, tengok jam alaa baru pukul 12.45 tengahhari waktu dorang awal lagiii. :P tidur kejap, pukul 3 petang kitorang pun bersiap nak keluar jalan-jalan ke Darling Harbour tempat yang mana korang boleh tengok jambatan kebanggaan orang sydney dan Opera House yang dikagumi itueww. :)
cumanya, untuk ke tempat ni, atau mana-mana tempat dalam sydney, kalau kaw first timer macam aku, aku tak berapa galakkan korang sewa kereta. satu sebab tak tahu jalan kannnn nanti sesattt satu masalah pulak. lagi satu, minyak dia hoiii mahalnya. harga parking dia pun hoiii membunuh. jadi adalah lebih baik untuk korang naik je pengangkutan awam. aku cakap terus terang, kalau bab pengangkutan awam dekat sydney ni, kaw boleh percaya 100%. cuma, kaw kena beli tiket siap-siap.
untuk beli tiket ni, dari pintu pagar malaysia hall, kaw kena berjalan menghala ke kiri. jauh jugakkk laaa kena berjalan. T___T jalannnn je sampai jumpa 1 simpang empat ada traffic light, sebelah kanan dia kaw akan nampak satu kedai macam 7Eleven. haaaa situ ada jual. masuk aaaa :) Kat Sydney ni ada beberapa pilihan jenis
tiket yang boleh kita pilih. Public transport dorang meliputi train, tram,
feri, dengan bas. Sume ni boleh naik
dengan integrated ticket atau pass. beza setiap pas adalah tempoh masa lama mana korang boleh guna kad tu dan sejauh mana dalam bandar sydney kad tu boleh cover. Tapi aku cite pasal jenis tiket yang aku amek je la eh sebab kalau nak terang jenis tiket-tiket lain sekali, sampai esok belum tentu abis. :p macam aku punya, aku beli MyMulti2. dia sebenarnya ada MyMulti1, MyMulti2, MyMulti3. beza dia,
MyMulti 1 -
weekly pass: AUD41 (AUD20.50 child) - unlimited travel for 7 days on
all Sydney buses and private passenger buses (not the CitySightseeing
bus), Sydney Ferries network and CityRail stations within 10km of the
city centre (this will not enable you to get to places like Homebush
Bay, Parramatta or any destination outside of Sydney itself).
MyMulti 3 -
weekly pass: AUD60 ($28.50 child) - unlimited travel for 7 days on the
entire CityRail network, all Sydney buses and private passenger buses
(not the red CitysSightseeing bus), and the entire Sydney Ferries
network (this will enable you to travel on almost any train, bus or
ferry from the Hunter Valley and Newcastle in the north, Blue Mountains
and Lithgow to the west, and Southern Highlands and South Coast to the
south). If you are travelling for 5, 6 or 7 days in Sydney and planning
to use a lot of public transport this is the ticket to get, despite the
price it is very good value.
aku mula-mula nak amek MyMulti3, tapi dekat kedai yang kitorang masuk tu takde MyMulti3. jadi, kitorang amek yang MyMulti2 je. MyMulti2 dengan MyMulti3 tak jauh beza sangat ponn. tapi, kalau korang berhajat untuk sampai ke Blue Mountain, better terus amek MyMulti3 sebab MyMulti2 tak cover sampai ke Blue Mountain. harga satu tiket MyMulti2 yang aku beli adalah AUD52. mula-mula nak beli 4 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak tapi kedai tu takde tiket kanak-kanak. T__T pasrahhhh sebab dah berjalan jauhhh kott nak sampai ke kedai ni. penat dahhh. jadi kitorang beli je 6 tiket dewasa terus. total untuk 6 tiket MyMulti2 adalah,
AUD52 x 6 orang: AUD312
convert duit mesia, RM 985.92 T__________T
bila kaw beli je tiket ni, kaw tak perlu keluar duit lain dah untuk bayar sebarang pengangkutan awam yang kaw bakal naik dalam bandar sydney ni. seriussss tak perlu risau langsung. kaw boleh naik semuaaaa bas kecuali bas warna merah yang hop hop tu. jadi, dari depan 7Eleven tadi, korang akan nampak 1 tiang lambang tempat tunggu bas. haaa, dah alang-alang dah beli tiket mahal-mahal kannnn :P, apa lagi guna laaaaa kemudahan yang adaaa :) korang boleh terus naik bas dari situ. amek bas yang tulis 373. semuaaaa bas 373 akan pergi ke Circular Quay. kalau rasa tak yakin dengan bas tu pergi tak ke Circular Quay, naik naik je bas terus tanya dekat driver tu pegi tak Circular Quay. sebab driver bas dekat sana menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang kalau bercakap semasa memandu. hanya bila bas berhenti je boleh bercakap jadi baik kaw tanya siap-siap. kenapa kena pegi ke Circular Quay? sebabbbbb, dah alang-alang beli tiket semua benda boleh naik kannn, jadi kita boleh la try naik ferry dari dari Circular Quay ke Darling Harbour dan melihat sambil menikmati ciptaan keindahan malam hari di atas feri yeayyyy. :)
bila korang sampai je dekat Circular Quay, untuk naik ferry ke Darling Harbour, korang kena naik ferry dekat Wharf 5 kalau tak silap aku. tak pun tak pe, korang cari je signboard yang tulis Wharf berapa untuk ke Darling Harbour. :)
yeayy dah naik ferryyyy. :) dalam ferry ada wifi free, sila naik ke tingkat atas dan boleh la mempoyo.com check in dekat facebook bagai. kuikuikuii. :p
sorryyyy kualiti gambar langsung tak memuaskan, ni gambar dari hp cikai jeww. gambar dari kamera ada dalam ladtop mama dekat kampung. T_____T
dalam 20 minit kottt dah boleh sampai dekat Darling Harbour dahhh. tapi dia akan stop dibeberapa station sekejap termasuk Luna Park sebelum sampai ke Darling Harbour.
dalam ferry tu nanti dorang akan buat announcement suruh kita pilih Darling Harbour yang mana satu kita nak turun. dia ada dua stop. korang turun stop yang pertama eh. yang stop pertama ada nasional maritim museum, sydney wildlife, madame tussaud dengan sea life. yang stop kedua aku tak pasti kemana. kitorang turun dari feri terus cari kedai yang ada makanan halal. gigihhh carii pusing punya jauh. sekali, terjumpa satu cafe apa thai ntah nama dia. ada simbol halal dekat luar cafe tu tapi dalam cafe jual arak. dan semua mat salleh yang makan dan minum dekat situ masing-masing macam sedang minum arak. tak mabuk pun tapi kuat gile laa bau masam kedai tu kann. aku mula-mula nampak logo halal dah bersemangat dah nak masuk makan. tapi bila tanya mama papa, dorang tak berapa berkenan sebab logo halal sape-sape pun boleh buat kann. ntah dalam makanan kita dorang letak wine pon kita tak tau. kita tau sedapp je sebab perut tengah lapar. kitorang pon cancel masuk kedai tu.
terus naik ferry balik menuju ke Circular Quay. sama je procedure macam tadi. macam mana korang datang ke Darling Harbour dari Circular Quay, macam tu jugak la korang nak balik dari Darling Harbour ke Circular Quay. :) sampai je dekat Circular Quay, ada satu Mcdonald betul-betul dekat tempat kita turun bas tadi masa datang ke Circular Quay. dah lapar kannn, tawakkaltualallah. kitorang pon beli la 4 set fish fillet mcd tu sekali dengan coke, fries dan 1 apple pie. lapaaa babe. dah la sejukkkk. total semua dekat Mcdonald tu adalah AUD32.50. convert dalam duit mesia RM102.70. lepas tu kak jie beli 3 ketul pisang, 1 biji apple dengan 1 botol air coke dekat ada satu kedai dekat area situ jugak. total tiga ketul pisang, 1 biji apple dengan satu botol coke adalah AUD10.50. convert duit mesia RM33.18.
selesai makan dan minum, gigih laa kitorang menapak balik ke malaysia hall. still amek bas yang sama macam kita datang tadi. bas 373 untuk ke randwick. nanti kalau tak yakin jugak, terus tanya driver bas macam tadi pass by tak randwick. jadi korang kena alert la land mark penting berdekatan dengan malaysia hall tu macam caltex ke. nampak je stesen caltex sebelah malaysia hall, nampak je Royal Randwick dekat malaysia hall, terus tekan loceng. sampaiiiiiii :)
settleee perjalanan hari pertama di Sydneyy. berjam-jam babe wa karanggg cerita ni. T____T maha panjang paling panjang paling detail.
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama di Sydney.
# 1 set Fish Fillet di Mcdonald Airport: AUD7.60
# Teksi: AUD65
# Penginapan 4 hari 3 malam di Malaysia Hall: AUD370
# Pakej makan di Malaysia Hall selama dua hari: AUD 180
# breakfast hari pertama: AUD55.50
# Wifi di Malaysia Hall untuk 4 hari 3 malam: AUD15
# Tiket MyMulti2 untuk 6 orang: AUD312
# Dinner di Mcdonald: AUD32.50
# 3 ketul pisang, 1 biji apple, 1 botol coke: AUD10.50
___________________________________________
TOTAL: AUD1048.10
convert duit mesia, RM 3312.00 T_________T
kalau Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 0 wa karang selama 4 jam dari pukul 10 malam sampai 2 pagi, percayalah, entry day 1 di sydney ni wa karang dari pukul 11 malam sampai 5 pagi. 6 jam babeeee. T_____T
#sayanggg, amek haa baca ni sebijik-sebijik. tadi paksa update sangatttt kannn. (-____-') :P ida, nory, mila, kak g, nah nah nahhhhhhh. wa dah update panjang lebar. korang tinggal satu perkataan aku gigih taip ni, siapppppppppppppppppppppppp! :p
lepas ni dah tau mana nak tuju dah kalau ke sana.hehehehe
ReplyDeletewow...banyak gak abis...br hari pertama dah RM 3k...tapi ok lah kan, g 1 family...bukannya g bdua @ sorg2... (^_^)
ReplyDelete~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
duit sana mahaiiiiiiiiiiiiiiiiii T_T
ReplyDeletebila tengok duit yang mengalir tersedak aku kot ! boleh yaya ckp murah sadisnya T_____T
ReplyDeleteKlau bahagi 6 murah la kan?!!
Deleteassalamualaikum yaya, cukuplah. terberak tengok amount sehari kat sana. belum total lagi. hahahhahaha. pengsan yaya pengsan ;p
ReplyDeletememang gigih akak menaip =D
ReplyDeletehttp://myartcrafting.blogspot.com/2013/05/may-giveaway.html
ReplyDeleteMmg kena spend duit byk la bila pi melancong negara org nu..thank you azrin! nanti kalau korang pegi sini korang cari la dia. baik budak ni, orang utara..hihi org utara mmg baik:D
ReplyDeletewahhh..takpe, belanja besar sekali sekala untuk mak ayah n keluarga..insyaallah, dapat balik rezeki tu nanti laaagii byk..hehe
ReplyDeleteGigih aku baca entry maha panjang ni... huhuhu... next plzzz....
ReplyDeleterajinnya nad.. takpa.. moga dapat pahala sharing tips bercuti ni.. mana tau kot2 ada yang nak pi.. dah dapat banyak iput kat sini kan..
ReplyDeletewow...pitam jap tengok total..huhu baru day 1 ni..
ReplyDeletemaheinya nasi krabu tu nadia..walaupon dah slalu makan tapi bila pi tempat orang,nak je makan..sedap tak sedap tu lain kira kan?
pi lenkali akak kirim estima sebijik ek??tergoda jap dengar harga murah..kat sini tak mampu nak pakai.. :(
haiii orang Sydneyyy....
ReplyDeleteheheheh
best..best..best....bila la dapat peluang nk gi melawat sana yek...teringinnya nk gi lepas tgk n baca cerita nadia ni...=)
ReplyDeleteGood lengkap dgn cost lgi.lagi lagi :-)
ReplyDeletePitam jap tgk duit yg dibelanjakan lepas convert..hehe
ReplyDeleteSedap nampak nasi kerabu sydney tu..xoxoxo
halamakkk tingginyer kos makan itu huhu..fitam tengok hrga yg sudah diconvert..lap peluh la kalau akak ke sana..harus bawak banyak stok dari malaysia ni hahahaha
ReplyDeleteTeringin jugak kesana...
ReplyDelete6jam babeee.. itu tak heran. yaya mmg spesis karang entry berjam jam .. HAHA tapi ida gulp! yang sehari habis 3ribuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. huhuhuhuhuhuhu
ReplyDeletegulp gulp!!telan ayq liur tgk cost shari..xtaw bila nk smpai sydney
ReplyDeletememang panjang sangat.. detail.. teringin nak pergi sane.. tapi kene study memacam dulu la.. 3k sehari? gulp~~
ReplyDeleteSuka entry Nadia ni, memang details giler :)
ReplyDeleteSmua lengkap :)
siyes sgt besh baca entry ni!!! and sgt useful with all the details. cayalah!!
ReplyDeleteherm kalau bawak family memang kena bawak puluh ribu baru puas hati kannnn
ReplyDeleteOke. menariknya! Semua budget kalau nak pergi melancong sydney dah tau dah... thank you :)
ReplyDeleteaah lah nadia..eh mcm sebut nama sendiri jer ekekeke
ReplyDeletetapi kenapa eh? nnt akak try godek apa tak kena ni haishh..ssuatu betul kan..
wahhh,,,asyiknyaa,,kapan saya bisa berkunjung ke sidney
ReplyDeleteakak baca..menghayati nadia tulis ni..dekat sejam jgk..kekekekek...
ReplyDeleteperkongsian yg sangat berfaedah untuk yg bercadang ke sydney.
ReplyDeletesy bercadang ke sydney pertengahan tahun depan. tapi sangat susah nak dapatkan group.
siapa yg berhajat, bolehlah email sy untuk join sekali.
jullyasmara@yahoo.com
boleh contact kay.abubakar@gmail.com utk penginapan murah kat Sydney (termasuk makanan halal)
ReplyDeletetapi best lah..sebab lengkap semua maklumat
ReplyDeletesalam nadia nak tanya lah mcm mana nak booking utk dok malaysia hall tue?
ReplyDeletesalam nadia nak tanya lah mcm mana nak booking utk dok malaysia hall tue?
ReplyDeletenak pegi la...!!! sekarang ticket tgh murah dlm 800 je sorg g balik
ReplyDeleteSalam, nak tanya kt dulu awak check in malaysia hall awal yer? takpe ke? sbb dlm website tulis check in pukul 2. kena inform warden sana dulu ke kalau nk check in awal?
ReplyDeleteSalam... camne Nak booking accommodation di Malaysia hall
ReplyDelete