May 15, 2013

One Cinemas Ampang dan tiket wayang free :)

 
aku rasa baik aku stop sekejap sehari dua cerita pasal sydney. dah naik kematu orang baca. berbulu pon ye kott ntahhh. :p aku pon kadang menaip sambil rasa nak termuntah babeee. T____T panjang dan detail sangat kena cerita. gigihh wa ingat balik semua benda. nasib baik catat dekat nota. (-__-') 

ok berbalik kepada One Cinemas, sebenarnya macam ni. untuk kesekian kalinya, Alhamdulillah. orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. kitorang dijemput secara personal sebagai media blogger untuk menonton tayangan cite Star Trek Into Darkness 3D dekat One Cinemas, Ampang. memang takkk la kitorang nak tolak kannn apetah lagi di hujung minggu. yeayyyy! ;)) 

macam biasaaa, kan aku dah cakap. kitorang datang dalam satu pakej lengkap. buy one free four. :p kuikuikui. kalau orang jemput aku, aku jemput sekali keempat-empat kawan blogger aku. senang keje babe bila minat kita samaaa. :) 

dan kenalkan, ni la encik ady. 


beliau adalah marketing, advertising and promotion executive di one cinemas ni yang mana encik ady la antara orang terpenting yang sudi menjemput kitorang ke one cinemas ni. thank you soo much encik ady! :) nanti jemput lagii eh eh :P



eh ehhhh, kak iera broframestone pon ada laa :)) hikhik. haah, kitorang ajak dia join sekali pon dah last minit. kesian dorangg. sorry bro last minit punya plan. dah la dorang baruuu je balik dari weeding aizul marcello dengan lynda. tapi dorang onn je. baik kann? :) boleh la menonton bersama-sama lagi nantiiii ;))
 
sebenarnya one cinemas ni baruuuuuu je tiga empat bulan bukak. no wonder ramai je lagi orang ampang sendiri pon tak tau. dorang ada 6 buah panggung digital termasuk 1 panggung 3D dan total keseluruhan seat adalah 767. besar kan? :) 


aku cakap terus terang eh dengan korang. kalauuuu la rumah aku dekat ampang, aku tak tengok dah wayang dekat tempat lain. dah tentu-tentu aku tengok dekat one cinemas ni jeww. sebab, bila dia baru, semua benda masih baru. semua benda masih dalam tip top condition. kaw tak perlu beratur panjang nak beli tiket bagai sebab belum ramai orang tahu tentang kewujudan panggung ni. parking pon senang dan tak perlu bayar. bilik air pon sangatttttt la bersih. heyy kaw jangan main-main. ni bukan entry bodek, ni aku cite pengalaman aku dan takde sape pon tau aku tersilap masuk bilik air lelaki masa dorang semua tengah kusyuk tengok cite. kuikuikui. :) jadi dua dua bilik air yang aku masuk, dua-dua tip top. 


dan part paaaling best, spek mata 3D dia langsungg tak menyakitkan mata dan hidung aku. sebab aku pernah tengok wayang dekat big cinema, dia punya spek 3D heyyyyyy rasa berat gile atas hidung aku. spek ke batu. sakit gile okehh. T___T


heyy korang dah tengok cite Star Trek Into Darkness 3D ni? bapakkk bestt serius. seumur aku hidup, aku tak pernah mengikuti dan melayan episod-episod cite ni. aku rasa macam heloo cite ape ni tak pahammm laa. no wonder masa mula-mula masuk panggung, aku, ieda dan nory siap boleh gelak-gelak bersembang sebab tak menghayati pon. ida lagi laa, sape ni yaya sape. heyy mana wa tauu. :P wa tak pernah tengok. kesian kann kitorang. nory lagi siot, siap tdo lepas tu. tapiiiiii, bila sampai satu babak, watak Khan muncul. haaaaaa sudahhhhh. aku nak kencing sanggup tahan babee. nory dari tdo terus segar bugar. siap penuh emosi. muncul je watak khan, aku teruss kusyuk layan cite ni. masa ni dah best gile! khan ni baik ke jahat. kenapa dia macam baik, tapi macam jahat jugak. kenapa dia dah hidup 300 tahun tak mati-mati. heyy banyak betul soalan kannnn. mungkin 10 minit permulaan cerita ni sedikit boring, tapiii percayalah. watak khan keluar jeee, kaw dah tak boring dah. langsung. nak nak kaw layan 3D, heyyy real sangattt.


dan part paaaling besttt untuk semua orang, ye semua orangggggg :) korang nak tiket wayang free? senanggg je babe. seriusss FREE. no hidden fee, no hidden reason. :) korang click je LIKE page facebook one cinemas ni. lepas LIKE, terus pm dorang nama penuh dan contact number. nanti dorang reply. konpemmmm semua dapat. senang kan? kalau dua tiga hari korang pm encik ady tapi encik ady tak reply, korang boleh call encik ady terus di 03-4270 3395. nanti cakap dengan encik ady, korang dah like page dan nak redeem voucher free, dah pm tapi no reply. haa nanti encik ady tolong. 1 tiket untuk satu like dari satu akaun facebook sahaja harap maklum. :) maknanya kalau korang nak pegi tengok berdua dengan boyfriend atau girlfriend korang, sila la suruh dia pon like sekali. nak angkut satu rumah pon boleh. tapi jangan lupa, 1 like untuk 1 tiket. oraitttttt? benda free sape tak nak babeee. sila redah laju-laju sebelum kehabisan stok. ;p pass la entry aku ni dekat sape-sape kawan korang. kott la dorang tak percaya kannnn. :) 
   
dan ohhhh, ni alamat panggung wayang ni. kan nanti jenuhhh pulak korang nak cari.

One Cinemas,
3rd Floor, Spectrum Shopping Mall,
Jalan Wawasan Ampang 4/2,
Bandar Baru Ampang
56000 Ampang


dia dekat dengan balai polis ampang. kalau korang dari bandar kl, korang akan jumpa balai polis ampang sebelah kanan kita kan, korang terussss je sikit, ada trafik light, korang masuk kanan. jumpaaa. :))

macam biasa dari kiri mila dan mcdee, nory, ieda, encik ady orang kuat one cinemas thank you encik ady :), kak iera, broframestone, eazy izzuddin, dan fauzi aryaan. first time jumpa dengan dorang berdua ni. haiii selamat berkenalan. :p duduk paling kiri andi ieda, syafiq dan aku. :)

terima kasih one cinemassssss! :))
 
     

20 comments:

  1. toksah berangan nak like2 mana la sebab jauh beb...waaa...dah lama tak nengok wayang nih...

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya dpt tiket wayang free.....=)

    ReplyDelete
  3. tiket wayang freekn? of kos nk..hehe

    ReplyDelete
  4. hehehhe emma pun dapat tiket tu.. but tak pegi tgk lagi =(

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. bestnya!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. wah...bestnya dapat tiket wayang free!!! dah lama xg tgk wayang...kat area Ipoh pun boleh dpt free x...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. bro framestone dah macam ustaz dah.hahaha

    ReplyDelete
  8. amboi..kelas ko jah! media blogger gitu..
    nak satu tiket free..huhu

    ReplyDelete
  9. Bestnya tgk wyg free... Blhlah tukar angin plak tgk wyg kat sini..

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan
    done follow

    www.iuzira.com

    ReplyDelete
  11. alamakk nory lupa lah, nory dah komen ke belom ek entry yaya yg ni..
    heheheheh...

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya... tiket free.... :D

    ReplyDelete
  13. salam nadia...kisah cuti2 sydney lom abis kan? sila sambung hehehe me dh tak sabar2 nak baca ni--nadia pegi blue mountain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blue mountain tak sempat sampai kakkkk tak cukup masaaa T______T
      kalau akak beli multi 3, dia akan cover sampai ke blue mountain, yeayy!

      Delete
  14. thanks for ur entries psl sydney tu

    http://www.suzie284.com/2013/05/i-simply-love-her-writing-style.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sooo much kak suzie! :))
      terharuuuuu T_____T

      Delete
  15. errr. lama tak tengok wayang kat ampang.. Rindu!

    ReplyDelete
  16. wah bestnye dpt tiket wayang free

    ReplyDelete
  17. enak sekali dapat free,,,mau donk!!!

    ReplyDelete