Lazada Malaysia

May 31, 2013

nadiafarahida dalam Majalah Anjung Seri, Mei 2013 :)

sepatutnya cerita ni keluar awal bulan hari tu tapiii biasa laaa, aku kan kaki memerammm. :p lamaa kott aku pikir nak publish tak nak, nak publish tak nak. nanti aku publish confirmmmm ada yang mengata heklehhh poyooo sokmoo dia dia. :p selepas sebulannn aku peram, tak daya dahhh aku nak peram sorang-sorang. :P lagipun dah takde lagi dahhh keluaran ni dekat pasaran sebab dua tiga hari lepas Anjung Seri dah keluar keluaran Jun. time aku masuk ni time keluaran mei. jadi korang anggap je la ni untuk koleksi tatapan peribadi aku. tapi kalau kaw tetap nak mengata, aku pon tak daya nak tolong tutupkan mulut korang. kennnn. :p 



sebenarnya, dalam banyak-banyak temuramah, ceahhhh bajet retisss nak temuramah bagaiii, kohkohkoh. :P takk, maksud aku, dalam banyak-banyak kali wartawan surat khabar atau majalah contact aku untuk menemuramah, dengan Anjung Seri yang keluaran ni lah adalah yang paaaling pertama-tama kali dalam hidup aku ditemuramah oleh wartawan majalah. dan percayalah, it happened on November lasttt year. kuikuikuiii. tengokkkk, betapa lamaaanyaaa dorang peram jugakk macam aku. :p tapi i is ok jewwww. heyyyy orang offer nak temuramah pon dah bersyukur nak pitam nak pengsan habisssss ok. jangan macam-macam nak demand bagaii. :P bagi yang follow tips dekorasi dekat blog aku, aku rasa bahagian ruang tamu sofa hitam tu aku belum cite kottt kann? nanti laa ada masa aku share ehhh. ;)


dari aku kecik sampaiii dah tua bangka, aku membesar dengan majalah Anjung Seri. mak aku minat habisss babe dengan majalah ni. konon berangan la kami anak beranak nak rumah macam dalam majalah ni. :p jadi bila kaw diberi peluang untuk diinterview oleh krew majalah yang kaw dari kecik sampai besar admire habis, will you say no? aku apetah lagii :P aku rasa macam nak pitam kottt pat hari pat malam lepas dorang email aku. lagipon time tu kan first time. harus la iolsss teruja lebihh.


sebenarnya tak de ape pon nak cerita sebab majoriti pasal dekorasi rumah ni aku dah banyakk cerita dekat blog ni under tajuk tips dekorasi. jadi yang keluar dekat majalah ni macam sekali harung punya cerita secara kesimpulan. :P


kalau dulu aku sokmoo berangan nak rumah cantik macam dalam majalah Anjung Seri tapi sekarang aku rasa macam heyyy tolongggg laaaaa. menipu sangattt rumah aku ni dalam anjung seri. dalam gambar je cantik padahallll dekat luar biasa-biasa je sebenarnya. :)) 


tapiiiii, mungkinnn laa, dalam banyak-banyak part, aku paaaaling sayang dapur. sebab dekat dapur felling-felling macam orang palinggg hebat memasak tapi percayalahhhh, boleh kira berapa kali je seminggu dapur rumah aku berasapp. banyak berasap dikedai dari berasap dirumah. kohkohkoh. (x____x) lepas tu tiba-tiba semalam dapat email jemputan ke pertandingan memasakkk. sampai saat ni aku tak reply-reply lagi. heyyyy kaw jangan macam-macammmm. aku masak nasi reti laaa. ni nak western food bagai amagadddd. T______T nanti aaaa pikirrr. berdebar pulak rasaaaaa. huwaaaaa. 

ok takmau cakap pasal pertandingan. haa korang tau tak betapa jauhhhyaaa persahabatan blogger boleh pegi. seriusss. aku pon tak sangka. untuk pertama kali dalam hidup, dia tak kenal aku sape di dunia nyata dan aku punnnn tak kenal dia siapa di dunia nyata, tapi tiba-tiba ida bagitau, yaya tau takkk ada sorang kakak ni, dia buat entry pasal rumah yaya. aku macam Allahhhhhhhhhhh, terharuunyaaaa. speechless saya kakkkk. jangan baik sangattt bolehhhh. T_____T terima kasih kak masya ikhlas dari hati nadia untuk entry akak yang buat nadia rasa ooooooo ada jugak orang sudi baca blog nadia dan rasa apa yang nadia cerita. terima kasih kakk. (-___-')

dan lagi satu part, aku memang tak bagitau sape-sape pun cerita ni keluar dekat Anjung Seri selain mak ayah aku sampaiii la ke hari ni tapi sampai la satu saat dua tiga minggu lepas, 


kak koi, senior aku time belajar dekat uitm dulu tag gambar ni dengan caption, 

" Nadia Syafiq omg..kak koi duk umh sorg belek2 mjlh anjung seri abah kak koi jumpe gamba ni..ak tepik sorg dri mcm jumpe aron aziz.... mu jgn perasan ya..ak bukn hppy sbb tgk gamba mu..tp happy tgk gamba boyfriend! ahahaha...sapikkkk.....proud of u lovely sister...doakn kakak mu ni mmpu masuk mjlh jgk...ahahaha..rindu yaya tp rindu sapik lg."

againnn, why i should ask for more kalau begini baik dan penuh kasih sayangnya orang di sekeliling aku. T___T kak koiiiiii, kak koi sokmooo rinduuu syafiq, panggg nak? :P perempuan kalau desperate, laki orang pon dia terliur walaupun dah sah sah tau takde teruna. muahahah. :p ehhh tapi yaya tak kata kak koi desperate. kehkehkeh. eh korang, jangan salah anggap. kitorang memang bergurau kasar tapi dalam hati yaya tauuu kak koi sayang yaya. :P muah muah muahhh. yaya pon sayanggg kak koi. yaya doakan semuaaa yang sempurna dan indah untuk kak koi. kawen should be the first in list sebab selagi kak koi tak kawen, selagi tu kak koi nak rindu rindu syafiq. choiiiiiii :p 

dan sebelum terlupa, thank you soooo much kepada Kak Onlia wartawan dan editor majalah Anjung Seri sebab sudi menemuramah nadia. thank you sooo much kak on. tapi sayanggg, hari tu betapa speechless dan berdebarnya nadia sampai terlupa nak amek gambar kita sama-sama. lain kali ehh? :p


May 29, 2013

Tempat Paling Best Celebrate Birthday Party, Anniversary, Bridal Party, Baby Shower dan sebagainya :)


i would say, this might be my best birthday treat ever! :) masa sekolah form two ke form three dah lupa duluuu pon best jugak sebab dapat kad birthday berlambakk-lambak wiiii bestnyaaaa. ;) tapi kali ni laaaagi best sebab lagi happening yeayyyyy. dan part paaaaling best, tak over kalau aku cakap, buat dekat sebuah cafe yang veryyyy the ohsemmmmm. veryyyyyyy. T___T 



pandaii tauu dorang niii. kalau ikutkan, besday aku jatuh pada hari khamis 23hb tapi hari khamis kan hari bekerja. jadi hari 23hb tu, syafiq je la belanja aku makan dekat Secret Recipe. :) tapi dorang pon cakap la nak belanja aku makan 24hb dekat Flora Cafe. aku onnn je sebab kebetulan 24hb tu jatuh pada hari jumaat iaitu hari wesak. syafiq pon cuti yeayyyy boleh lepak sama-sama semuaaa. aku ingatkan makan biasa-biasa je sebab setiap hari jumaat Flora Cafe memang ada buat buffet lunch. aku bajet mungkin dorang nak belanja makan buffet lunch dekat Flora Cafe sebab besday aku kott kehkehkeh :P. sekali sampai-sampai je dekat Flora Cafe, wowwwwwwwwwwwww



ni bukan nak makan biasa-biasa niii, ni luar biasa namanyaaa T___T rupanya, dorang dah kawtimmm baikkk punya dengan Mell, bos dekat Flora Cafe ni untuk sambut besday. huwaaaaaaa T____T cantiknyaaaaaa. dengan bling-blingnya, dengan fresh flowernya, dengan ballonnya, sambung nanges, huwaaaaaaaaaa :p 



sajeww je kan sajewwww. lepas tu kek siap ada duaaaa. T___T satu syafiq beli, satu nory beli. thank you noryyyyyy, thank you sayangggg. huwaaaa sambung nangis lagiiii :P



jujur aku bagitau korang ehh, kalau korang nak sambut bithday party ke, bridal shower ke, baby shower ke, anniversary apa-apa ke, Flora Cafe sangattttt sesuai untuk sebarang majlis. satu sebab dekorasi dia sangat la menawan kalbu rasa macam waaa romantiknya, curlassnyaaa, mahalnyaaa nampakk tapii sebenarnya harga dorang takde la mahal mana pon. seriusssss. standard secret recipe je sebenarnya. ada certain makanan, Flora Cafe jauhhhh lagi murah dari secret recipe. mungkin sebab dekorasi dorang yang elegant dan mewah menampakkan hanya orang-orang tertentu je boleh makan sini. padahalllll, semua mampu makan sini ok. :) kalau contohnya korang nak makan banyak, korang datang la sini hari jumaat sebab hari jumaat dorang ada buat buffet lunch. bayar RM22 nett per head dan makan la sepuas-puasnyaaaa. alang-alang boleh makan sepuas-puasnya, korang boleh la celebrate party pape macam dorang buat untuk aku ni. :) see, nampak macam grand gile kan tempat ni tapi percayalah, harga dia tak segrand yang kita sangka.



bab dekorasi, korang jangan risauuuu. semuaa korang boleh kawtim dengan Mell. korang cakapp je nak buat event apa, contohnya bridal shower ke, anniversary ke, birthday party ke semuaaa la. nanti dia akan set up semuaaa untuk korang. korang tak payah pening-pening kepala. bagitauu je Mell, dia very the hebat mastermind. :) tapi korang kena make sure telefon kawtim baikk punya dengan dia dulu la kann. kaw jangan main terjah walk in lepas tu tiba-tiba ehh Mell, saya nak sambut birthday ni, dah belonnya mana. aku syak sebelum Mell bagi korang belon, ada yang aku belon korang dulu. HAHAH. heyyyy bagitau awal-awal, senang dia prepare. :) kang terkangkang dia 5 minit nak prepare semua benda.

boleh tu memang la boleh tapi better dia prepare dari awal la kannnn. baruu puas hati. ye dak? tapi kalau korang sajee nak main walk innn je pon tak jadi masalah sebab makanan dorang ada je yang ala carte. tak semestinya kena amek buffet. haaa lagi satu rahsia orang selalu tertanya-tanya. nampak cafe ni granddd gile kann. mesti makanan dia western sesaje. kann? hewhewheww. sebenarnyaaaa, Flora Cafe ni antara cafe dalam Kuala Lumpur yang nampak mewah tapi sepenuhnyaaaa makanan melayu. no western food. dan dekat sini jugak la korang boleh jumpa ubi goreng cicah kicap yang heyyyy meleleh air liur aku betapa sedapnyaaaa. T____T



dan kalau korang rasa cafe ni tak cukup besar untuk menampung bilangan tetamu yang korang bakal jemput, no worries babe no worries. :) Flora Cafe ada space yang sangatttt lapang dan cantik yang boleh sumbat suka hati korang la berapa orang pon dekat tengah-tengah Ampwalk ni. 



macam dekat garden kannnn? cantikkkk sangattttttt. jadi kesimpulannya, tak kesah la korang nak buat event apa sekalipun, semuaaa boleh buat dekat Flora Cafe di Ampwalk ni dengan harga yang semuaaa mampu bayar. kalau contohnya korang still tak leh bayang macam mana rupa party atau majlis korang kalau korang buat dekat Flora Cafe ni, aku suggest korang tengok Facebook Flora Cafe ehhh. aku tengok je padahal tapi aku yang terujaaaa lebih. cantik kottttt. happening gile! pandai Mell manage event. dan the best part is, Flora Cafe ni adalah milik sepenuhnya oleh orang Islam. kenalkan, seperti biasa paling kiri ida, sebelah ida mak, sebelah mak nory, sebelah nory adalah mak long, owner flora cafe yang sangattttt humble down to earth. baik sangatttttt. dan paling kanan dah tentu-tentu milaaaa. :)



nanti kalau korang nak pegi sini, korang boleh ikut alamat ni eh.


Flora Cafe
Lot G.08B-1 Ground Floor The Ampwalk, Ampang.
03-21618010 / 03-2858 6090


dan untuk memudahkan korang kalau korang nak celebrate pape event dekat sini, better korang call Mell di 017-3024112. Flora Cafe ni beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. atau nak senang, korang boleh contact Mell dekat facebook sini ye, Flora Cafe Ampwalk atau like page facebook Flora Cafe Ampwalk. 



dan secara live, korang boleh tengok betapa sengalnyaaa kawan-kawan aku. HAHAH. aku pesan awal-awal, kalau rasa loya, better jangan teruskan tengok video ni. kang tak memasal korang pitam. kohkohkoh. :p




dan suprise paling menjadi, thank you sooo much kak naddddd sebab diam-diam pos nadia hadiah yeeee. nadia baruu dapat siang tadi. :))


thank youuuu muah muah! ;)) sayangg la nak pakai. buat frame bolehh? hehehe


May 27, 2013

Spa Paling Besttt! :)


i is penggeli bila melibatkan pegang-pegang tubuh badan ni. T____T sebelum ni kalau aku pegi spa, aku pegi buat facial je. tak pernah la pulak nak buat spa badan bagai sebab rasa uwaaaaa geliiiii. T_____T tapii, menipu sangattt kalau aku cakap aku takde keinginan langsung nak berspa kannn. heyyyy besttt sangatttt rupanyaaaa. aku cakap terus terang ehh, salah satu cara nak mereward kan diri sendiri setelah siang malam bekerja adalah kaw pegi la spa. korang akan rasa macam waaaa like a princess sangatttt. ;) bestnyaaa. teringat-teringat. bayar dan tadah. :p tapi korang jangan risau, kalau korang pegi dekat Hannah Spa ni, dia sangattttt spa muslimah. dari pintu masuk je korang dah boleh tahu mana-mana lelaki tak dibenarkan masuk untuk keselamatan kann. 


kaw jangan macam-macam, ada je spa yang open berkongsi lelaki dan perempuan. tak ke bahaya namanya. menempah mautttt babe. no no noooo. (x___x)


sebenarnya kawan aku yang rekemenkan try treatment dekat Hannah Spa ni. mula-mula aku macam mak aii jauhnyaa dari rumah ke Kajang sebab spa ni dekat Kajang. landmark dia kaw cari je Hospital Kajang. dia betul-betul mengadap pintu belakang Hospital Kajang. tapi oleh disebabkan kawan aku cakap spa ni antara spa paaaaaling best dan dia adalah kaki spa, aku sanggupppp redahhhh sampai ke Kajang. apeadehallll  :) lagipun bulan 5 adalah bulan palingggg busy T___T tak salah rasanya sekali sekala nak kena membelai walaupun setiap malam dah dibelai. kohkohkoh. :p aku pon hangkutt la kawan aku lagi tiga orang tu sekali buat temann, nak hangkut laki tak boleh kannn.

masuk-masuk je spa, wahhhhhh. cantiknyaaa spa nii. :) biasa kan kalau spa mesti ala-ala kampung, ala ala bali, lagu pon ala-ala thaii kann. tapi Hannah Spa very the moden uolss konsep dia. i likeee! :) masuk-masuk je korang akan terus nampak shine bright like a diamond ni :P






dan ni adalah ruang bersantai. heyyyy modern kan? :)



dan kenalkan, ni la pemilik Hannah Spa :) Kak Fadhiah dan Encik Mohd Irwan. kenapa aku pilih spa ni? sebab Kak Fadhiah ni adalah seorang Doktor di Hospital Kajang. haaaa, jadi kaw tak perlu risau bab pakar yang memandai-mandai sebab dia dah sedia pandai. Doktor kannnn :) dan 'Hannah' adalah diberi nama sempena nama anak perempuan Kak Fadhiah dan Encik Mohd Irwan. so sweettttt. :) 



dan kenalkan, paling kanan adalah adik Kak Fadhiah, Farah dan paling kiri adalah Lily. haaaa, Lily ni la yang sental badan aku sepanjang aku buat treatment dekat sini. heyyyy best gileee wa cakap luuu :)



aku amek pakej sauna, scrub dan basic facial. jadi mula-mula kita start dengan sauna dulu. masa mula-mula Lily cakap, nadiaaaa, bukak semua dan pakai ni ye. amagaddd. (-___-') aku dah risauu dahh. kena bogel kee. muahaha. almaklumlaaa, first time kann. wa kan jakun terlebihh. heyy korang, nanti jangan jakun macam aku tau. :p HAHA. kalau dia suruh tanggalkan, korang jangan risau. nanti dia akan bagi sehelai kain batik dan seketul tettttt yang pakai buang untuk korang pakai sepanjang proses treatment ni. cer kaw bayangkan spa ni open untuk lelaki dan perempuan. dah macam mana kaw nak menghadap lelaki kalau kaw kena berlegar-legar dari bilik ke bilik dalam spa ni secara berkemban ye dak? nampak tak kelebihan Hannah Spa? bagussss sangatttt servis dia. sangatt menjaga pelanggan.



dan sauna dia sangattt la moden. aku dengan ida panggil dia bilik peti ais sebab kotak petak macam peti ais. kehkehkeh. :) kitorang masuk berdua dalam ni. nory dengan mila buat benda lain. gilir-gilir. settle sauna, kitorang buat scrub dekat bilik yang sangattt la memukau rasa nak tdo-tdo je ok.



untuk scrub, heyy memang la dia akan scrub seluruh badan tapi korang jangan la risauuu. ;) dorang pon tahu part boleh sentuh dengan part tak boleh sentuh. tapi kalau kaw berani mati, kaw cakap la eh eh, ni abang saya punya. awak tak boleh sentuh sini. muahaha. mampuss aku tak cakap gitu. kuikuikui :p bestnyaaaa Lily scrubbbbbb, nanti nak pegi sini lagi lahhhhh. rasa gebus dan mulusss. bukan aku yang cakap, syafiq yang cakap sebab balik-balik dia terus test power. kohkohkoh. (x____x) mampusss mak aku baca esok ni kehkehkeh :p 

lepas settle scrub, kitorang buat facial guna product Mary Kay. curlasssss. :) bestnya bestnya bestnyaaaa. haaa betapa bestnya facial ni sampai ida tertido-tido. aku tak pahammm. aku punya la kusyuk menikmati. dia menikmati sampai tertido-tido. huhu.




tapi dalam banyak-banyak, aku teringin betul nak mandi susu dalam ni. 



menggiurkan kann? hari tu tak sempat buat sebab rushing sangat. jadi aku buat setakat yang sempat je. nanti lain kali nak datang sini nak buat mandi susu pulak la. orang cakap besttt. tapiii aku rasa yang tak mandi susu pon dah gebus dan mulus, kalau mandi susu aku syak laki aku MC dua hari. muahahaha. (x___x) lucahh la entry ni tak boleh panjang-panjang, ramai budak under age baca. HAHAHA. 

dahh aaaaa, aku bila start melalut, susah nak bentii. kuikuikui :p nanti korang boleh try pegi Hannah Spa ni ehh, best gile wa cakappp luuuu. :) lagipon sekarang dorang tengah ada promosi. kupon diskaun ada dengan aku 10 keping. potongan RM50, RM20 dengan RM10. korang nak korang roger aku dekat komen entry ni eh. nanti aku bagi no siri voucher. korang boleh dapat potongan harga time korang pegi treatment nanti. ni alamat dia ehh, 


Hannah Spa
No 17-1, Jalan Sentosa Villa 1/1, Taman Sentosa Villa, 
43000 Kajang, Selangor. 
03-87370846 / 017-2806972

atau korang boleh LIKE facebook Hannah Spa sini eh mana tau kot-kot nanti korang dapat Free Treatment keee ;)



dan ohh sebelum terlupa, Hannah Spa pon ada jual handbag original terus dari oversea uolsss. suami kak Fadhiah selalu outstation ke luar negara, jadi dia selalu la beli handbag dari sana. antaranya, 









dan percayalah, harga dorang jauhhh lagi murah dari korang beli dekat mana-mana butik di Kuala Lumpur mahupun JPO sebab dorang beli sendiri di luar negara. tag harga dari sana pon still ada lagi. apa-apa korang boleh roger Hannah Spa di Facebook sini ye :)

May 23, 2013

Happy 24th Birthday To Me :)


alaaaaa, baruuu 24 tahunn. :p kuikuikui. sebenarnya, aku tak tau nak mula macam mana. taip-taip padam, taip-taip padam. tapiii, cukup korang tahu, kehidupan aku sempurna. punya ibubapa paaaling hebat di dunia, punya suami paaaling penyayang di alam semesta. why you ask for more? kann. ;) kalau kecik-kecik dulu aku sokmo berangan nak jadi orang kaya laaa, keje gaji besar laa, pangkat besar laa. macam-macam wa berangan babe. tapii, kita kena percaya, qada' qadar dan perjalanan hidup kita Allah dah aturkan sebaik mungkin. takkan selalu kita nak kitaaaa je dekat atas. sekali sekala merasa la duduk bawah. baru tahu macam mana nikmat dari orang bawah menjadi orang atas.

sepanjang umur aku 23 tahun nak masuk 24 tahun, heyyyy terlalu manissss nikmat dan rezeki Allah bagi pada aku. melimpah-ruah. mungkin Dia tahu, aku kurang disini, Dia lebihkan disana. aku kurang disana, Dia lebihkan disini. manis kan hidup? mak ayah aku sokmoo pesan, hidup ni jangan meminta mahupun baik dengan sesiapa. jangan pernah meminta. sebab, maniss yang kita rasa apabila kita dapat selepas kita usaha tak boleh digambarkan dengan kata-kata. (-_____-') tapiii, kalau aku nak mintak hadiah barang seketul dua dengan korang tak salah rasanya. kehkehkeh :p 

kepada wanita terhebat di dunia, mama. terima kasih sebab lahirkan kakak ke dunia nyata. terima kasih sebab besarkan kakak dengan penuh kasih sayang dan cita-cita. semoga siapa kakak hari ni mampu menyejukkan perut mama yang pernah mama bawa 24 tahun dulu, semoga siapa kakak hari ni mampu membanggakan mama selepas 24 tahun mama besarkan kakak. semoga siapa kakak hari ni mampu menyejukkan hati panas seorang ibu bila kakak kecikkan hati mama. semoga siapa kakak hari ni cukup buat mama rasa ohhh dia anak saya. i love you mama :')
 
siapa nadiafarahida di umur 24 tahun, baca dan rasa. bukan tengok dan mengata. :)





tapiiii,

You know my name, not my story. You've heard what I've done, not what I've been through. Do not pretend like you know everything about me. wiwiwiwi :)
selamat 24 tahun Nur Nadia Farahida binti Mohd Sabri. :) 

 

May 21, 2013

SimFlightKL di Subang Skypark

sambungan dari entry:

# TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL 
# Skypark Terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang 
# Firefly Airlines


aku cakap terus terang ehh dengan korangg, dalam banyak-banyak part sepanjang #TSDayOut dekat Subang Skypark ni, part paaaaaling aku tunggu-tunggu adalah part bawak kapal terbang di SimFlightKL. heyyyy first time babe seumur aku hidup nak bawak kapal terbang. :) dan kenalkannnn, ni pilot kita untuk hari ni, Kapten Hariz. ;) heyyyy muda gileee dah jadi pilot siap bawak kapal terbang, baruuuu 21 tahun okehhh. anak aku esok-esok, lahir je aku trainn siap-siap, setiap hujung minggu bawak datang SimFlightKL. kehkehkeh :)


kan sebelum ni aku pernah bagitau, dekat airport Subang Skypark ni tak nampak pon macam sebuah airport sebab dekat dalam airport ni banyakkkkkk tempat best-best antaranya adalah SimFlightKL. SimFlightKL ni adalah satu tempat di mana korang boleh merasai sendiri pengalaman membawa kapal terbang Boeing 737NG dan Airbus A320 simulators. dan part paling best, tempat ni open for public. korang boleh je datang ke Subang Skypark ni semata-mata untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang di SimFlightKl, tak semesti datang airport sebab nak check in flight je. Nanti kalau nak try, korang boleh datang Subang Skypark dan SimFlightKl ni berada di tingkat 1 okeh.


say byeeee sebab masa ni pilot sedang memandu ke penang. kitorang jadi penumpang je dulu mula-mula sebab semuaaa berebut nak try bawak kan. kitorang pasrahhhh jewww :p 


masa orang lain tengah bz berebut menjadi pilot, Kapten Wafi tanya kitorang, kalau ada apa-apa soalan tanya la. aku ape lagiii, soalan paaaalingg tersimpan lama aku pendam, selama aku hidup, aku sokmooo terfikir, macam mana seorang pilot tu tau jalan untuk menuju ke suatu destinasi. macam kalau dekat atas tanah kan ada jalan raya, dekat langit mana ada jalan raya. macam mana dorang bajet jalan yang melalui awan tu dah pastikan tak berlanggar dengan kapal terbang lain dekat awan. so Kapten Wafi pon terangkan laaa. sebenarnyaa, dekat screen depan pilot, dorang memang dah siap ada satu koordinasi yang mana kalau nak pegi ke Penang contohnya, just ikutttt je koordinasi tu. pilot ni sebelum menjadi seorang pilot sangattt la mencabar sebab kena tau dan belajar banyaakkkk benda tentang koordinasi la, cuaca la, bentuk awan la. tapii, bila dah jadi seorang pilot beriktiraf, okkkkk. kerja kaw hanya aim semasa menerbangkan dan mendaratkan pesawat. masa dekat atas awan biru, semuaa sistem kapal terbang tu yang beroperasi. just follow the instruction. cool kann? :)


kenalkannn, ni adalah Kapten Wafi :) banyakkkk ilmu baru yang aku dapat sepanjang dekat SimFlightKL ni. untuk pengetahuan korang, dekat dalam SimFlightKL ni ada dua simulators. satu Airbus A320 yang kitorang berpeluang memandu ni,


dan satu lagi adalah Boeing 737NG,


bagi yang tak tau, simulator ni macammmm sedang memandu kapal terbang yang sebenar tetapi bukan di awan biru yang nyata. ;) maksudnya, korang still memandu sebuah kapal terbang, semuaaa peralatan sebijik sama macam dalam kapal terbang, semua sistem semuaaa sama dalam kapal terbang, semua gear ke stereng ke, semuaa la yang ada di skrin yang pilot guna adalah sebijik sama macam kapal terbang sebenar. bezanya, pemandangan luar dari skrin tak berapa nak real sebab dia dalam bangunan je sebenarnya. hewhew. :P tapiiii, kaw akan rasa samaaaaa real macam kaw sedang naik kapal terbang yang sebenar. dengan semasa flight nak take off nye, semasa landingnya, rasa gayatnyaaa, still macam real. masa nak take off dan masa nak landing, kita kan jadi pilot, kita yang kena control supaya kapal terbang tu tak tersasar dari landasan. memang real habissssssss la! silap pusing boleh masuk laut babeeee. (x______x)


haaa nampak tak jalan raya tu, masa ni Kapten Hariz tengah mengajar aku macam mana nak run dan terbangkan kapal terbang ni. kaw bayangkan kaw tengah bawak kereta, lepas tu kaw kena tarik satu gear yang mana kereta kaw boleh willy habis mendongak ke langit. phewwwww~ real babe real. gayat pon ada. 

 
masa ni time dah di awan biru. Kapten Haris dah tukarkan semua sistem pada auto pilot, jadi kerja kita hanya follow the instruction. 


masa ni nak landing dahh. tengah pusing-pusing atas laut untuk cari landmark airport. kaw bayangkan ehh macam mana nak control gear, break dan segala mak nenek bagai untuk kapal terbang landing dengan selamat. heyyy masa ni aku cuakk ok walaupun hanya sebuah simulator sebab kaw akan rasa gegaran dan bunyi semuaaa macam real masa mendarat. yeayyy finallyy, selamat mendarat di Airport Kota Bharu selepas 45 minit penerbangan kita. hikhik :p



dan kenalkan, pilot-pilot baru kita. Kapten Nory dan Kapten Mila. :P

aku sangatttt merekemen korang untuk merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang di SimFlightKL ni sebab dia punya real, fuyooooo. real habis. nanti korang try ehhh. semua boleh, kanak-kanak ke, orang dewasa ke, semuaaaa laaa. 


dengan bayaran bermula serendah RM45, korang boleh jadi seorang 'Pilot'. semuaaa hanya di SimFlightKL :) pada mana-mana yang berminat, korang boleh terus datang ke, 
SimFlightKL, 
Level 1,
Skypark terminal, 
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
472000 Petaling Jaya, Selangor. 
Waktu beroperasi: 10:00 AM to 10:00 PM
03-78474287 

atau korang boleh tengok dekat website www.simflightkl.com atau facebook SimFlightKL




semuaa peserta #TSDayOut di SimFlightKL. credit ohsemmm gambar pada Nigel macam biasa :)











    
like a bosssssss, only at SimFlightKL. mihmihmih ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...