Lazada Malaysia

April 09, 2013

bila pertama kali aku bercakap pasal anak secara open.

aku cukup kagum dengan kuasa blog. dari blog orang boleh mengenali siapa kita, dari blog orang boleh memuji kita, dan dari blog jugak orang boleh menasihati kita. aku tak pasti ni menasihati atau menceramahi. muahaha. :) kalau korang perasan, sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ke, facebook ke, instagram ke dan segala mak nenek lain yang melibatkan media semasa, aku tak pernahhh bercakap pasal anak. bagi aku, bukan semua cerita boleh main cerita je. kalau semua benda dalam kain aku nak cerita, baik aku tak yah pakai kain. ye dak? sampaiiiiii la tengahhari tadi, aku dapat mesej ni. 


dan sekarang, demi akak. saya angkat sikit kain saya. supaya akak boleh nampak, supaya akak rasa, apa saya rasa. :)
 
kepada kakak anonymous, 
oleh disebabkan akak tak meninggalkan sebarang nama mahupun sebarang contact number atau email yang mana saya boleh hubungi akak kembali untuk cakap terima kasih, saya terpaksa buat entry ni khasssss untuk akak anonymous. halalkan saya panggil akak anonymous ye sebab saya tak tau nama akak ape. takkan nak panggil kak tonnn pulak kan. ;) kehkehkeh. ikhlas dari hati saya, terima kasih untuk cadangan akak ni. cuma lebih manis kalau akak memperkenalkan diri akak dulu. nama pon jadi la. bila akak meninggalkan mesej macam ni, dia macammmm emmmmm. meh saya bagi contoh ehh. 

contoh 1: kita terjumpa seorang perempuan, yang kenal sekadar sambil lalu, tiba-tiba kita cakap, 
"eh dik, awak tak sembahyang eh? tak baik tauuu. berdosa."
kita yang bagi soalan, kita yang bagi jawapan. tanpa sempat dia jawab kenapa dia tak sembahyang. sedangkan time tu dia tengah period ke. mana kita tau, kan? kurang manis rasanya. lebih baik kita tanya dulu. bukan kita tanya dan kita jawab. :)

contoh 2: kita kenal seorang remaja yang masih bersekolah, kenal dengan sama kenal sama banyak. tiba-tiba kita cakap,
" dik, kalau adik nak gaji besar esok-esok, belajar la pandai-pandai. main boleh takkan belajar tak boleh." 
tanpa kita tau sejauh mana kemampuan budak tu, tanpa kita tengok result-result exam dia, tanpa kita tengok report card bulanan dia. ntah pandai ntah tidak. ntah minat belajar ntah tidak. entah ada duit nak bayar yuran sekolah atau tidak. mesti budak tu akan cakap dalam hati,
"watdehel makcik ni tiba-tiba tegur aku. kenal tak, suka hati aku la nak buat ape pon kan." 
tapi aku percaya, budak tu mesti cakap dalam hati je sebab kurang hajarr namanya bila orang muda menegur orang lebih tua sedangkan kita kena percaya, tak semestinya orang lagi tua sentiasa betul. orang umur muda dah tentu salah. :)

sama jugak dalam kes saya kak. dari contoh satu tadi, kak, takkan saya nak bagitau akak mahupun orang lain yang saya dah lama merancang untuk pegi menunaikan umrah atau haji. tu kan tempat paling suci dalam dunia. buat apa nak heboh heyy korang korang semua, aku dah daftar umrah. aku dah daftar haji. tunggu dipanggil je. haaa. bila kita menuju ke satu tempat yang paaaaling indah, palingg suci, niat kena betul. kalau awal-awal lagi saya show off, baik saya jangan pergi dulu. dah sah sah nampak hati saya masih kotor. :) dan saya yakin, memang saya nak anak. tapi, kalau saya pegi mekah, tujuan utama saya pegi bukan niat nak anak. tu hanya untuk berdoa di sana. niat haruslah untuk beribadat. ni tak, eh aku pegi mekah untuk dapat anak, aku pegi mekah sebab nak anak. kalau aku pegi mekah konpem dapat anak. saya rasa tak berapa betul tu. saya akan pergi ke mekah untuk beribadat, dan insyaAllah alang-alang pegi, saya akan berdoa semoga kami dikurniakan cahaya mata. :)

dari contoh dua, walau deko rumah saya cantik, walau saya selalu bercuti, akak pernah tengok akaun bank saya? :)) muahaha. bagi saya la kannn, tak semestinya orang berada je boleh bercuti. tak semestinya orang kaya je boleh deko rumah cantik-cantik. saya rasa kalau akak tengok akaun bank saya, akak mesti cakap, hekelehhhh budakk ni. bergaya je lebih, habuk pon xde. kehkehkeh :P kak, kalauuuu saya berada kan kak, bukan setakat mak dengan mak mertua saya je saya bawak. dah tentu-tentu saya bawak semua keluarga terdekat saya. baik ayah saya, baik ayah mertua saya, baik nenek saya, baik moyang saya, baik adik-adik saya, semuaaaaaa sekali la senang cite. dengan akak-akak sekali saya bawak. hewheww ;)) kenapa, sebab supaya doa saya lebih berkat. supaya bila makin ramai doakan untuk saya, makin berkat doa itu. 

dan saya percaya, doa ibu ni kan kak, dia memang setiap masa paling mustajab, walau dimana ibu kita berada. paaaaling mujarab. tak kira masa, tak kira tempat. tapi, akak pon kena percaya, semuaaaaa kejadian di muka bumi ni, jodoh pertemuan ajal maut semuaaa di tangan Allah. walau sekaya mana pon kita, walau sealim mana pon kita, walau sehebat mana pon kita, walau setinggi mana ilmu didada kita, walau sebesar mana pangkat kita, semuaaaaaa kejadian Dia yang tentukan. kalau dia kata JADI, maka JADILAH. kita kena yakin dengan perjalanan yang Dia dah aturkan. Dia dah aturkan perjalanan hidup kita seindah mungkin kak. lebih saya kekanan, kurang saya kekiri. lebih akak kedepan, kurang akak kebelakang. gituewww. mana ada orang kanan kiri belakang depan dia sempurna. :) EH, saya pulak yang menceramahi akak, sorryyy. kehkehkeh :P

maksud saya, siapa kita untuk mempertikaikan eh kenapa dia tak dapat anak lagi. mesti dia banyak dosa. kenapa dia tak kawen kawen lagi, mesti takde sape nak dekat dia. heyyyyyy, faham tak, kita ni hamba je. kita mampu merancang, kita mampu berusaha, kita mampu berikhtiar, tapi semuaaaa tu kan Allah tentukan. takkan saya nak bagitau akak, kak, saya kan nak anak. jadi malam tadi saya buat anak dua round. ye la seround susah sangat nak lekat kan. saya buat dua. (x____x) haaaa. nampak tak. kesimpulannya, saya dan suami saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan anak. tak pernah jemu. tak pernah serik. tak pernah menyesal kenapa kami masih belum dikurniakan zuriat. saya juga berusaha untuk menunaikan haji atau umrah dimekah cuma Allah belum izinkan. walau sebanyak mana duit yang kita ada, selagi Allah tak izin, kita tetap takkan dapat anak. selagi Allah tak izin kita melawat tempat suci, kita tetap tak sampai walau sebanyak mana kita berusaha. dia mesti ada sebab munasab yang hanya Dia saja maha mengetahui. kan?

naluri saya kuat mengatakan, saya kenal akak di dunia nyata. :) mungkin kita sedara ke, kawan ke. cuma saya agak terkilan akak tak kenalkan diri akak. sekurang-kurangnya saya tahu, dan saya boleh menjawab semuaaaa persoalan akak secara di dunia nyata. bukan melalui blog. sebab dekat blog ni tak feel la. dunia blog ni show off dan fake semata-mata. kuikuikui. 

kak, saya rasa niat sebenar akak, akak kesiankan saya dengan suami saya kan sebab masih belum dikurniakan cahaya mata. kan? kak, jangan la kesiannnnnn. :) saya pon kesiankan akak sebab akak tolong fikirkan masalah saya. kesiannnn akak. :)) sebenarnya macam ni. walaupun saya masih belum dikurniakan cahaya mata, saya tak pernah tak cukup kasih sayang. kasih sayang saya sentiasaaaa melimpah ruah dari suami saya, dari keluarga dan kawan-kawan saya kak. akak jangan risau. suami saya, ibubapa saya, ibubapa mertua saya, dorang sangattt memahami. dorang tak pernah paksa weiii tolongla aku nak cucu. tolonggla. tak kak. :) memang la dorang takkan cakap macam gitu tapi dorang pon percaya qada dan qadar ketentuan ilahi. akak pon kena percaya jugak eh? :) Dia yang bagi kita rezeki. Dia bagi dalam macam-macam bentuk. tak semestinya dengan anak je. kalau betul dah tertulis saya suami isteri tidak layak untuk bergelar seorang ibu atau seorang bapa, saya redha. :) suami saya pon redha. :) dah Dia yang tentukan kannnn. takkan saya nak mempersoalkan. dan ohh lagi satu, takkan saya nak bagitau akak, kak, kami tak mandul. saya pernah mengandung tapi masih belum rezeki kami untuk memilikinya. kalau semua benda saya nak cite dekat blog kak, baik saya bukak kelas mari mengenali kami secara terperinci. haaaaaaaa :))

sekian, untuk akak anonymous dan untuk kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, percayalah. 

DIA MAHA MENGETAHUI SEMUA APA YANG ADA DIBUMI.

selagi bukan rezeki kita untuk memiliki cahaya mana, selagi belum jumpa pemilik tulang rusuk kita, selagi belum kaya walau siang malam berusaha, percayalah. jangan pernah sesekali mempersoalkan untuk sesiapa sebab semua apa yang berlaku dalam hidup kita, mesti ada sebab dan hikmah dia. percayalah. :)



69 comments:

  1. assalamualaikum yang, bersabar banyak2 ye.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum yang, bersabar banyak2 ye.

    ReplyDelete
  3. Yeehaaa nory sokong yaya..lg2 bab kasih sayang tu..siap berlebih2 lagi...tak pernah berkurang kan..maklumlah kita tkde anak lagi..so, suami sayaang kite extra vaganza gitu...kan yaya kan...buat kak Anon,jgnlah kesiankan org2 yg tkde anak mcm kami ni..percayalah kami sentiasa enjoy hidup berdua..dan kami percaya smpai masa Allah akan beri kami 'rezeki'tu..cuma taktaw je bila..so,jgn pertikaikan...hihihi...

    ReplyDelete
  4. saya kenal kawan saya.... ;)



    _wahi_

    ReplyDelete
  5. akak suka entry ni 200% boleh.hehe
    dapat rasa apa yg nadia rasa coz akak pun sama mcm nadia. masih mencuba dan akan terus mencuba untuk dapatkan anak.

    tapi kita percaya kan, rezeki semua datang dari Allah. akak pun redha kalau Allah tak nak bagi akak rezeki anak tu.

    org lain boleh cakap macam2 coz dia tak tahu mcm mana kita berusaha. ngan saudara pun kita tak citer.apa lagi kat blog :)

    ReplyDelete
  6. speechless dlm masa yg sama kagum ngan nadia
    ayat yg elok tersusun
    harap akak tu faham

    mungkin niat akak tu baik
    tp mungkin jugak tak kene pada tmpt dan cara nya kot

    apa-apa pun akak sentiasa doakan yg terbaik buat nadia dan suami

    ReplyDelete
  7. panjang lebor.....

    ReplyDelete
  8. ahkak ni jeles kt kak nadia kot ? uhuuu. takpe kak, sabar yea. btol ape akk ckp tu. siapa kita nak tntukan itu dan ini kan kak. setujuu :)))

    ReplyDelete
  9. tak apa lah kak...mulut dan jari jemari orang untuk komen ni memang kita tak boleh nak halang..mungkin lah niat kakak yg komen tu baik kot...cara dia kot yg silap...akak jangan lah ambil hati...sy setuju dgan akk...rezeki tu Allah yg bagi...kita dah usaha...kalau takde maknanya belum lagi lah tu...bukan ke Allah tu sebaik2 perancangkan kak...huhu...sy doakan akk cepat dikurniakan cahaya mata...figting kak...hehhee :P

    ReplyDelete
  10. hii nadia...sy pun kawen sm tahun dgn awak...dn msih blum diberi rezeki zuriat lg....situasi kita sama...org luar hanya nmpak luaran kita yg happy tp dalaman kita org luar xth mcm mana...kita hanya merancang selebihnya Allah yg tentukan..... :)

    ReplyDelete
  11. soal anak ni sumer terserah kat Tuhan kita cma berusaha,lambat cepat sumer kita tak taw..ayu xkawen ag tp ayu blh rasa apa yg u rasa nadia..mybe org kat luar sna sgt concern psl u and they keep asking the same question yg kt sndri xtaw nk cakap ape,kang ckp ikut suka aku nak mngandung bila kan sentap plak!!hehehe xpe sabar yer nadia

    ReplyDelete
  12. sabar nadia.... akak pernah melalui apa yang nadia lalui/rasa. malah lebih hebat dari tu. mmg org sentiasa tak puas hati pada kita. akk pun baru nak buat entry pasal ni sbb adik yg kawin bulan 5 thn pls dok risau xpreggy lg.

    Insyaallah bila DIA nak bagi nnt berderet mcm akak. blm sethn dah mengandung lagi. kikiki...

    kawan2 nadia yg lain pun enjoy ur life. jgn pikir sgt.

    ReplyDelete
  13. Hm,x tau nk komen apa.hya allah yg tahu perasaan suami isteri yg nak anak tapi tak dapat anak.jadi mungkin kakak anominos ni beranak ramai telajak,jd dia x paham betapa stressnya kita duk pk psl anak stiap hari 400x.mungkin lebih.bg sy,ini kes sensitif.jgn suka hati komen psl org xde anak.

    ReplyDelete
  14. salam

    sabar ya dik..insya Allah, ada hikmahnya semua yg berlaku. ada rezeki, lambat atau cepat ia akan dtg juga..yg penting kita teruskan usaha dan tawakal..

    ReplyDelete
  15. Lagi satu sy nak share beberapa bulan lepas,sy ade kenal sorang cekgu,nadia.dia kata dia kawen dah berbelas tahun tapi xda anak.bila dia cakap gitu,saya x berani tanya apapun sbb takot dia tesinggung.patu kan nadia,dia plak yg cite dgn sy rupanya teloq suami dia terbakar masa main api kecik kecik dulu.apa yg sy nampak dia nak tutup aib dia dan nk nampakkan salah ada pd suami dia.dan bila sy denga cite dia,sy duk tebayang teloq laki dia yg terbakar tu.hm,kesimpulannya,jangan crita kat orang cite dlm kain.lagi lagi aib suami.nauzubillah.kalau hati awk suci dan ikhlas kerana allah,boleh lah sedia amik anak angkat mcmn mak sy bela sy yg asalnya yatim piatu,mak mninggal ms lahirkan sy,nah,tengok skarang,mak sy bhgia adanya sy.hehe.to kakak anymos,cuba letakkan diri anda dalam perasaan org sgt 2 ingin anak.lagi satu nadia,kawan sy dia kawen lama tapi xde anak,sebaya kita,ada org komen dlm fb dia nape xdpt anak lg,kwn sy reply,(bahasa agak kasar tapi cukup bagi sy utk mengajar org yg bertanya soalan itu utk tidak bertanya lagi,bunyinya begini,anak kau kalau allah nak tarik balik sekelip mata je.(tapi bg sy,kan nadia,jawapan ni brutal sgt,so klu bole jwblah dgn berhemah. Hihi asalkan mgajaq dia supaya paham bahasa jgn tanya lg n jgn sibuk2 lagi.:-) sekian.nadia,b happy.kim slm kt sapiq

    ReplyDelete
  16. yayaaaaaaaa i love u, walau apa pun terjadi jangan sesekali kita tunjuk kelemahan kitaaaa.....bersyukurlah atas apa yang dimilikiiii...tiba-tiba sebak pulak :'(

    ReplyDelete
  17. panjangnya luahan hati nadia...betul apa yg nadia cakap tu...rezki bukan takat pada anak je,tapi Allah datangkan dari segala bentuk...akak selalu ingat kata-kata ni bila rasa down, "Allah xjnjikan orang yang bekerja tu akan jadi kaya, Allah tak janjikan orang yang belajar sepanjang hari tu akan jadi pndai, TAPI apa yang Allah dan janjikan, sesiapa yang sentiasa beribadah n ingat pada dia akan beroleh kejayaan"...

    *tiap orang lain dugaan....

    ReplyDelete
  18. like banyak kali post nadia ni.. chill ye dik!!

    ReplyDelete
  19. over kau nyah....hahaha....aku rasa nak copy je entry nih nak tepek kat blok aku...boleh tak dik nadia...takdak niat lain pun, tapi aku jugak ada masalah ngan cik anony yang nak carik psl dgn aku, so, nak tepek entry nih nak kasik cik anony tu baca walaupun ini bukan kisah aku, tp ayat kau dalam nih, huh...memang sentap aku yang bukan cik anony nih baca...kenapa sentap2? sebab ada kebenarannya...betul3 (gaya upin ipin)

    *kalai boleh, cer bagi hint kat aku, senang aku nak terjah balik sini dan copy entry nih

    ReplyDelete
  20. stuju sgn kata2 nadia..

    org tak tau apa kt rasa..takkan semua 100% nak heboh satu dunia..

    dan yui suka cara nad beri respon =)

    ReplyDelete
  21. Salam Nadia, akak memahami perasaan Nadia, sebab situasi kita sama..
    Dah bertahun kawen tp belum ada rezeki anak. Setiap yg kawen mesti nak anak kan? tipulah kalau kata taknak, tp yup.. kita kena percaya pada Qada dan Qadar, mungkin belum rezeki kita untuk dapat anak ke siapa tahu kan, kita pun tak tahu.. cuma Allah yang Maha Mengetahui perancanganNya ;)

    ReplyDelete
  22. Errkk... Ada gak eh orang camni...
    Mungkin betul apa Nadia rasa..orang tu Nadia kenal di dunia nyata...kan...

    Atau adakan akak anon tu jeles dengan Nadia kot.. hihihihi

    Nadia, BERUSAHALAH!!!!!
    Kasi semangat luar biasa sikit ke Nadia..kehkehekh

    ReplyDelete
  23. sokong statement nadia..xsemesti yg berada je leh gi bercuti, yg xbape berada pon kalau rajin kumpul duit leh je gi bercuti kan

    ReplyDelete
  24. Manusia manusia. nape suka sibuk hal orang? pelik aku heh!

    ReplyDelete
  25. Assalam..stress jgk kan bila org selalu bertanya.sabar la ye.sy memahami.sy ngn wife pon skg tgh berusaha nk dpt ank gk.kitorg skg amalkan mkn kurma ngn susu kambing.oh btw, sy pon tergolong antara yg suka stalk blog nadia senyap2 gk :) Rezeki Allah ada dlm macam2 bentuk. Dia tahu mna yg perlu didahulukan,mne yg perlu dilambatkan. yg penting usaha! hehe

    ReplyDelete
  26. nadia.. kalau TTCian ni memang da biase da kene bantai.. kawkaw punye.. akk da pernah rase.. da pernah lalui.. sedangkan kite biasebiase je kan.. orang lain sibuk.. kite happy je berdue.. tapi orang lain asyik tanye.. lumrah.. tapi percaye la.. enjoy puaspuas.. baru syok.. just follow the flow.. Allah know best..

    ReplyDelete
  27. stuju sgt2...sy pun masih belum di kurniakan rezeki anak. sy dah bkahwin 2 tahun..tapi sy pcaya, DIA akan kurniakan anak kpd sy & suami 1 hari nnt (amin...) cuma skrg belum masanya lagi..yg pntg kami suami isteri sntiasa berusaha & itu pengikat kasih syg kami...alhamdulillah..

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. Usaha doa dan tawakkal. Insya Allah rezeki tu ada, cuma cepat atau lambat saja. Hanya DIA yang mengetahui :) Betul tak ?

    ReplyDelete
  29. situasi di mane masalah org jd masalah kite..hehehe..cer tlg pk kanmcmanew nak dapatkan duit lbh..kuikuikui...

    ReplyDelete
  30. setuju sgt...DIA MAHA MENGETAHUI SEMUA APA YANG ADA DIBUMI...

    kita takboleh judge org sesuka hati..

    ReplyDelete
  31. salam nadia..hai..hehe..:) takpa nadia…yg penting di mana kita berdoa pon Allah tetap perkenankan kan…yang penting keikhlasan kita..Akak pon doa selalu bg nadia dengan akak dan yg lain2 ngandung..huhu..sapa x nak anak kankita dah berusaha dan berdoa..selebihnya kita tawakkal..cayang nadia.! muahks!

    ReplyDelete
  32. hahahahaha... terbaik la entry nie... :d

    ReplyDelete
  33. Sabarlah Nadia. Orang lain tak rasa apa yang kita rasa dan orang lain tak faham apa yang kita faham.

    ReplyDelete
  34. lor... ada jugak mesej yg camtu yer ... aishh... xtau nak cakap ... xkan lah semua usaha kita untuk dapatkan zuriat selama ni nak heboh satu malaya tau ... biarlah kita dan Allah je tau macamana berusahanya kita untuk dapatkan zuriat macam orang lain... sedih betul... dan setelah berusaha dan berdoa... Allah juga yang menntukan segala2nya... sabor jela nadia... neway, salam kenal :)

    ReplyDelete
  35. banyakkan bersabar nadia.. hu hu hu..

    reader kena faham ada benda yg blogger nak kongsi ada benda yg dia x kongsi..apa yg dia kongsi baru brp % daripada kehidupan sebenar si blogger..

    ReplyDelete
  36. SALAM NADIA SAYA PUN SAMAMACAM KAMU JUGA SUDAH LAPAN TAHUN SAYA MENANTI ZURAIAT...semoga allah makbulkan doa kita..amin

    ReplyDelete
  37. hurm.. sabar tau nadia. ni semua dugaanNYA. makin kita bersabar , makin banyak pahala kita tau :)

    ReplyDelete
  38. nadia, maybe akak tu nasihat je kot...ermm ok je kot dia ckp cmtu... ke tak? eehh, tah, konpius lak akk! hihikk

    ReplyDelete
  39. Think positive ja Nadia..untung la ada org yg sentiasa fikir dan susah hati pasal masalah Nadia..hehehe..jgn mrh:)

    ReplyDelete
  40. waa.. pnjg lebar entri ni.. heee.. tp banyak isi..

    #suka kaler belog ni.. header pun teman sukaa.. orenn.. hee

    ReplyDelete
  41. banyakkan bersabar ye dik... Ini semua dugaan... I know you are strong and can handle this matter... ya.. im always by ur side.. be strong...

    ReplyDelete
  42. nadia, sedihnya baca entry nadia, malam2 ni buat kak dija touching lebih pulak.. sabar ya nadia, siapa kita nak pertikat ketentuan Allah kan, cepat atau lambat tu semua rezeki darinya, manusia nadia, bila lambat tanya, bila cepat/bunting pelamin pun duk tanya macam2 gak.. tu la manusia.. kita berusaha dan doa yang berpanjangan tu yang penting kan, kak dija doakan nadia cepat2 dapat baby ya :) Nadia pun muda lagi kan, jangan difikir sangat ya.. untuk yang pergi umrah tu pun kak dija teringin jugak, moga moga kita semua ada peluang jejakkan kaki kesana ya.. be strong dear :)

    ReplyDelete
  43. salam..thanks sudi singgah blog sy..nama kita sama lahh..tapi saya just nadia only..btw, setiap ape yg berlaku ade hikmatnhye..rezeki kita semua da di tentukan ALLAH..maybe ALLAH xbg ape yg kita minta tp DIA bg apa yg kite perlu..soal anak..sama cam akak sy kawin da hmpir 3 tahun tp xder rezeki lagi..ALLAH nak uji kita..tahap mana kesabaran kita..iman kita..DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umnat2NYA..wallahu'alam..:-)..

    ReplyDelete
  44. u know wat nadia..tibe2 nia sebak plak bace entry ni.pdhal xsedih pon.haha
    sbb skrg ni nia btol2 down sbb xdpt keja lg.inteview sna sni..aply sna sni..tp belum ada yg lekat..give up sgt2 dgn smua bnda..
    mcm yg nadia ckp.. smuanya di ketentuan Allah kan..
    xpe..nadia mude lg..enjoy dulu..insyaAllah ada rezeki nadia nnti..
    u gave me some spirit dear!!Allah knows wat best for us..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess.. saya amat mengagumi bahasa y anda gunakan. sangat lembut,berlapik namun pedas. Klau saya di tempat anda bahasa yg saya gunakan sangat berbeza (maki,maki dan maki). Setengah manusia selalunya ppuan(sedihnya) suka ambil tau hal yg xsepatutnya dia ambil tau. Lebih elok dia jaga diri sendiri n suaminya. Maybe dia jelous tgk kebahagian anda...Sabar n banyakkan berdoa yee.. good luck.

      Delete
  45. Allah sentiasa menyayangi hamba22nya - Subhanallah

    ReplyDelete
  46. sabar la dik...mata org ni tak boleh kita tutup selain DIA yg satu...dlm blog dia cemburu la tu tgk awak...kesana kesini..ada itu ada ini..so mulut dia pon mula la berkata kata...abaikan je..yg penting awak dan suami bahagia..zat Allah ni boleh di tarik je...waima kita ada anak pon tapi klu Allah bagi pinjam kejap je kan sama je dgn takde anak...so "ANOnymus" tuh jgn nak bangga sangat laa..muhasabah diri leklok yer...

    ReplyDelete
  47. mana butang LIKE? mana butang LIKE? mana butang LIKE? kalau ade butang LIKE, mahu lenguh jari mengklik....Nadia, kena ingat...bahagia kita bukan terletak pada ada atau berapa banyak anak kita ada. Bahagia ke org yang ada dan banyak anak? tepuk dada dan tanya diri masing-masing.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum, kak Nadia :)

    Go kak Nadia, go ! Hehe :)

    Mesti sentap kak Ton bukan nama sebenar baca entry ni kehkeh :3
    Saya pun banyak kali jugak dapat komen dari anon, tapi saya tak sekuat akak nak buat entry khas untuk dia. Dulu saya pernah publish komen dari anon. Mak ayah saya sedih sangat sebab depa rasa yang depa tak pandai didik saya jadi anak yang baik sampai orang luar tegur saya.

    Sekarang saya baca kemudian delete sebab saya kena jaga hati semua orang.

    Hihi setuju kat part nak bercuti sana sini takyah pakai banyak duit. Percutian bajet nama dia ;)

    Rezeki Allah ada dekat mana-mana. Mungkin anak-anak yatim yang akak bantu tu lebih memerlukan akak dan suami buat masa sekarang :)

    ReplyDelete
  50. Sabar ye dik, manusia ni mcm2 ragam..
    Adalah tu nanti rezeki ok, dan yang pasti allah pasti merancang lebih bai buat kita kan...

    ReplyDelete
  51. Mtk maaf klo akak tsalah anggap..pada hemat akak kak anonymous..bniat baik..nampk niat dia disalah anggap plak..dan ada plak yg mgata dia..semuanya urusan Allah.bdoa dan brusaha..klo Dia tentukan utk kita ttp utk kita..redha..gud luck dik!

    ReplyDelete
  52. ada pro and cons jugak benda ni.takpela...kita fikir secara positif je nadia.akak ni berniat baik tu cuma dia tak nampak yang nadia tengah berusaha ke arah itu :)

    ps: nak like banyak kali!

    ReplyDelete
  53. sungguh sensitip isu mcm ni kan Ya? Sy tahu awk tabah!

    ReplyDelete
  54. insyaAllah nadia. rezeki Allah aturkan kita hanya usaha. memang org tak nampak dan x tahu apa usaha kita. xtahu apa kita buat. jgn risau nadia. Allah tahu kan segalanya?

    mungkin dia berniat baik tapi kadang2 kita rasa tak selesa. biasalah tu. sabar je la kan.. hehe

    kita paham perasaan awk nadia. be strong. awak ada suami dan keluarga yg selalu dukung awk. mereka lebih dari segalanya.. =D

    ReplyDelete
  55. thats normal. belum kahwin suh kahwin. dah kahwin tanya anak. rezeki semorang x sama :) hadappp kan aje mereka2 tu. kalau betul niat si ahkak anon tu suci, kenapa nak ckp pasal anak org berada la, duit byk cuti sana sini. nampak sgt die tak ikhlas nak memberi pendapat. if ikhlas, ckp straight to the point aje.

    saye pun alami bende yg sama. tp dah bosan. hah. kadang2 aku bahasakan aje kalo yg tanya depan2 tu.

    ReplyDelete
  56. baru baca ur entry...
    akak pun xde anak lagi...tapi xpe rezeki tu dari Allah..Allah tak kasi anak lagi..tapi die kasi rezeki lain dulu..same2 la kite sabar n terus berusaha..Alhamdulillah kite ade suami family sedara mara n kawan2 yg memahami n sentiase bersame kite..

    ReplyDelete
  57. Woo kak mira baru bace.. gile panjang
    . Sapelah hamba Allah tu.. but.itulah kalau kite ni lambat dapat anak lambat kawin.atau seaktu dgnnya.. macam k mira sendri anak sorang pun sebab dah lama sangat ramia je berkata2.. kenapa.nak sorang je..

    So even though I hv one anak but i feel u especialyy org yg tanya tu kenal.pun.tidak..

    Aiyoo sory la type gune handphone cam gini.lah.. malas nk delete fullstop apa bagai.

    Buy in a way.. rezeki Allah ni.luas.. dia tak.boleh bg semua.dekat kite.. nanti kite makin jauh padaNya.. kite dapat A tak mungkin kite dapat B jugak

    Apa2 pun

    Enjoy ur honeymoonnnnnnnnnn.. dia jeles tu :)

    ReplyDelete
  58. layan sangat baca blog ni, olahan bahasa yang santai dan mudah difahami.. Insyaallah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  59. Salam Nadia,betui2 akak sokong apa yg nadia tulis tu. sume tu qada n qadar..Dia dah tentukan apa yang terbaek utk kita. Akak pon bertahun-tahun kawen baru dpt zuriat, mcm2 org kata tp telan je la...bila fikir balik, aturan yg Dia buat utk kita tu mmg dah terbaek sbb lps akak n suami mampu beli rumah sndiri, gaji makin besar baru dpt zuriat.mmg org akan ckp itu rezeki anak tp fikir dalam2, ada hikmah disebalik sume tu. kita cuma perlu usaha, doa n tawakal. kalau dah mmg rezeki kita, lambat atau cepat pasti dapat juga.InsyaAllah

    ReplyDelete
  60. setuju!! orang luar main hentam je, tapi takpe, kita sabar.

    sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  61. salam, sy rs akak Anonymous tu berniat baik tp cr awk jwb tu mcm marah je...kesian.

    ReplyDelete
  62. Nadiaa..sebak bace entry ni sbb i pun blm ada rezeki ank.i xdpt rs apa yg nadia rs.malahan sy sgt lemah xskuat nadia agknya.i hnya mmpu nngs.smpaikn hmpir stiap mlm nngs bsaksikn suami.semoga rezeki kite sampai kelak.amin.

    ReplyDelete
  63. fuyoooo ayat mabeles.. hehehe.. saya suka baca blog ni.. :)

    ReplyDelete
  64. hahaha.
    jawapan yg diberi sgat lucu dan bernas.

    *note to self: never ever try to give nasihat to other who dont ask for it :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...