April 27, 2013

kenapa aku pilih Sydney T____T

papa, kalau suatu masa dulu kakak pernah kecewakan papa, kakak tau impian papa punya seorang anak yang mampu membanggakan papa, kakak tau papa pernahh punya impian tengok kakak belajar sampai ke Australia kannnnnnn kakak tauuu. :) walaupun papa tak pernah bagitau kakak sendiri, tapi papa pernah bagitau bibik mirna kann? kakak tauuuuuuu. dia bagitauu. tapi kakak tak pernah bagitau papa pon yang kakak dah lama tauuu. T_____T dari hari pertama kakak dapat result spm, dan pada hari pertama bibik mirna bagitau kakak, it hurt me sooooo deeply. how bad am i. T_____T dan wallahi pa, kakak pernah nekad, i will bring you there. somewhere in Australia. doesn't matter how, doesn't matter when, and finally we are here. :)


satu benda papa perlu tahu, mak ayah lain perlu tau, anak ni kadang-kadang banyak mainnn. (x_____x) banyak bercintaaaa. :p banyak berangannnnn. tapiii, kalau part berangan, papa jangan halang paaa. orang-orang kampung yang berjaya biasa lahir dari berangan luarbiasa. meh kita berangan sama-sama lepas ni kemana pula kita? kuikuikuiii :P

#update live dari sini tapi sorry tak sempat blogwalking lagi. nanti balik malaysia nadia reply ehhh. ;)) beza waktu buat aku blurrr manjangggg tapi part paling best, malam dia lagi lama dari siang. wiwiwi ;))

 

April 26, 2013

Harga tiket flight ke Sydney, Australia


yeayyyyyy today is the dayyyyy *senyumsengehhhsampaitelingasambilgelekgelekbontot :p 
malam ni flight kitorang ke sydney yeayyyy yeayyy yeayy. nahh yeayyy kaw sampai esok tak habiss. ;)) sebenarnyaaa, sebelum aku maha kesibukan sampai tak terlayan dunia blog, baik aku jawab semuaaa soalan korang secara berperingkat. heyyyyy kaw jangan tak tauuuu, ramaiiiii kawan-kawan kitorang tanya mahal ke tiket ke sydney mahal keeee. berapa ribu. berapa juta. heyyyy takde la mahal mana kalau kaw book awal-awal kannnn. kaw nak gi berjalan negara mana sekalipun, salah satu cara jimat adalah book awal-awal. lepasss je kaw book, kaw dah boleh berangan dah. sebelum book pun boleh jeww berangan tapi berangan selepas book dia punya ghairah lain macam. boleh? kohkohkoh ;)


selepas berbulan-bulan aku pk, nak share tak dekat blog harga tiket flight ke sydney ni. sebab ni first time aku reveal harga tiket flight yang aku pernah book sepanjang aku hidup sebab aku rasa macammmmm emmmm nanti apa pulak orang cakap. (-______-') mungkin bagi aku murah tapi korang rasa mahal. lepas tu nanti ada yang sound cakap duit ni baik pegi mekah. helooo, nak pegi mekah tak leh show off macam nak gi sydney. kohkohkoh. (x_____x) kalau aku book pon aku book diam-diam takut nanti tak berkat. hewheww ;) mungkin jugak aku rasa mahal lepas tu korang cakap eh eh murahnya, terus wa sentapp. lu takpe orang kaya wa menoreh getah siang malam babe. HAHAH. ;))

50% hati cakap nak share. 50% hati cakap jangan share. hati aku cakap nak share sebab senang nanti kott la korang pon ada impian macam aku nak gi sydney, jadi korang boleh bajet berapa peruntukan untuk tiket flight. dan boleh bandingkan samaada korang punya tiket time nak beli tu adalah palingggg murah atau ada lagi yang lagi murah. 50% cakap jangannnn share dekat blog sebab aku percaya bukan semua suka aku. kang aku cite panjang lebar cakap aku show off terlebih. lepas tu paling tak leh blah, kaw tak suka aku, bercerita macam aku tak tahu, tapi kaw baca blog aku. kaw stadi seketul-seketul ayat aku. lepas tu eh ehh, kaw buat semuaa apa aku buat. tak ke kelakar? aku peghatiiii je. mungkin kebetulan jewww kottt. kuikuikui :p



ok dahhh mengumpat :p, berbalik kepada harga tiket yang aku dapat, untuk pengetahuan korang, aku book tahun lepas lagiii. 2012 babe. seeeee, betapa lamanyaaa aku kena pendam tahap berangan aku. T_____T menjadi seorang nadiafarahida, dilahirkan sebagai seorang anak sulung, bila aku cakap aku nak, aku akan betul-betul usaha sampaiii aku dapat. termasukla bila sesuatu melibatkan keluarga. aku kalau boleh semua keluarga aku nak bawak. jangan cakap mak ayah aku je, sekali dengan nenek datuk moyang semua kalau bolehhh. malangnya, aku tahu tahap kemampuan aku takat tu je. jadi aku hanya mampu bawak adik-adik and mak ayah aku je dulu. nanti kalau ada lebih, kita bawak semua ye. :) tu pon dah kira allahhhhhh hanya aku je tau betapa puasnya hati aku. mau takk, impian aku ni babe bawak mak ayah adik-adik aku melancong ke luar negara hasil titik peluh aku membanting tulang siang malam. (-___-') heyy sebak pulak rasa. tapi kesiann adik aku nombor dua, tiket dah beli lamaaa dah kan. tibe-tibe abis spm baru ni dia kena pegi PLKN dekat sabah. aku try apply cuti tapi xlepas sebab dorang memang tak bagi cuti kalau nak pegi luar negara sepanjang dalam tahanan PLKN. redhoooo je dia. ;) tapi tak sedih sangat sebab dia aku dah pernah bawak pegi oversea. 

heyy tak tahu tahun bila nak start cite pasal harga tiket, bercerita je panjang. HAHA. ok ok, harga tiket ke sydney dari kuala lumpur untuk 7 orang adalah, 




total asal dia adalah RM5101 untuk 7 orang tanpa add on luggage dan makanan. lepas tu kelmarin aku add on luggage 20kg pegi, 20kg balik dan makanan setiap sorang pegi dan balik. jadi yang untuk add on ni tambah RM308. jadi total semua adalah RM5409. mahal ke murah? aku rasa murah dah babe sebab ni untuk 7 orang pegi dan balik ke australia yang makan masa 8 jam kremm bontot aku dalam flight malam ni. T____T kalau kita kira dari harga basic tiket tadi yang RM5101, tiket sorang pegi balik jatuh harga RM728.71. haaa murah kann? ;)) ok cepat-cepat book sekarang untuk flight tahun depan! hikhik ;)) 

kenapa aku pilih sydneyy? nanti laaaaaa aku cite. :) dah panjang sangat entry ni. entry kenapa aku pilih sydney heyyy sangattt la drama air mata. T___T ok dah nak sambung packing, baiiiii ;))


 

April 18, 2013

Budget keseluruhan ke Universal Studio Singapore, USS


part paaaalingg ditunggu-tunggu, part paaaling ramaiii yang tanya. korang jangan ingat aku nak show off pulak. kejadah sangattt kalau aku nak show off setakat bercuti tido dekat hotel 30 hinggit je. kehkehkeh. ;) ni untuk memudahkan korang bajet, berapa yang perlu korang sediakan kalau contohnya korang nak pegi bercuti ke uss secara bajet macam kitorang ni. :) janji, dapat amek gambar dekat globe golek-golek ni dahhh. kuikuikui :P

oleh disebabkan percutian ni dirancang last minit, kitorang memilih untuk naik kereta jewww. pegi dua kereta. satu caldina, satu gentu. nory dan zul naik flight, jadi yang naik kereta adalah 8 orang. ida dan andi naik satu kereta dengan aku and syafiq. mila, mcdee, sheila dan hadi naik satu kereta. maknanya setiap kereta ada dua pasang suami isteri. jadi, aku akan bagitau korang bajet untuk sepasang terus ye senang cite. 

peruntukan minyak untuk setiap kereta adalah RM50 pegi, RM50 balik. peruntukan tol untuk setiap kereta adalah RM50 pegi dan RM50 balik. jadi, total untuk sebuah kereta untuk pegi balik adalah:

# minyak kereta pegi dan balik: RM100
# tol pegi dan balik: RM100
______________________________
Total untuk sebuah kereta: RM200

kan sebuah kereta ada dua pasang suami isteri. jadi setiap pasang hanya perlu bayar RM100. :)

sesampainya di johor, kan kitorang tido dekat hotel murah bajet gile nak mati. total untuk sepasang untuk satu malam di Hotel Culture City Inn adalah RM30. :) 

keesokan paginya, kan kena naik bas odyssey untuk masuk terus ke uss. harga tiket bas odyseey adalah RM30 sorang pegi balik. jadi aku sepasang, total adalah RM60. untuk book, boleh terus call Encik Sufian di 07-2323 092 :) 

settle urusan bas, dah boleh bergerak menuju ke uss. yeayyy :) 


sesampainya di uss, kaw bukan boleh main masukkkk je. kena beli tiket dulu babe. samaada kaw beli awal-awal melalui online atau kaw boleh je kalau nak walk in. cuma risiko kalau main walk in je, kebarangkalian untuk tiket sold out adalah sangat tinggi. kang sia-sia je korang datang jauh-jauh tapi xleh masuk. T______T dan percayalah, meh aku nak share. ni adalah cara dan tips paaaaaaaling murah untuk beli tiket uss. biasa standard harga paling murah dengan agen atau matta fair sekalipun dorang boleh bagi best price RM165. tapi ida kan bijakkk. sokmo rajin menggodek. dapat la harga sorang RM157.50. korang boleh klik sini ye. dia palinggg gigih buat tuto bagai. aku malassss. :P


jadi, total untuk 2 orang tiket masuk ke Universal Studio singapore adalah RM315.00.

sepanjang aku dekat dalam uss ni dari pukul 11 pagi sampai 7 petang, selain dari main-main-main, aku sempat beli beberapa ketul barang. Antaranya,

# dua helai t-shirt USS = 26.90 sgd sehelai X dua helai= 53.90 sgd
# beli dua helai t-shirt USS FREE skirt pink ;) 
_______________________________
TOTAL: 53.90 sgd
dalam ringgit malaysia= RM134.75


# sehelai t-shirt USS warna putih saiz L= 23.90 sgd
# sehelai t-shirt USS warna putih saiz S= 29.90 sgd
# beli dua helai t-shirt FREE sehelai t-shirt kanak-kanak warna hijau. :)
_______________________________
TOTAL: 53.80 sgd
dalam ringgit malaysia: RM134.50
 

# seketul fridge magnet transformer = 7.90 sgd
# dua ketul fridge magnet shrek = 3.90 sgd x 2 = 7.80 sgd
# dua ketul fridge magnet globe universal studio = 5.90 sgd x 2 = 11.80 sgd  
_______________________________
TOTAL: 27.50 sgd
dalam ringgit malaysia: RM 68.75


# botol air bini shrek comey gile sebab warna pink :p = 10.90 sgd
________________________________
TOTAL: 10.90 sgd
dalam ringgit malaysia: RM 27.25


# poskad transformers 0.60 sgd seketul x 2
________________________________
TOTAL: 1.20 sgd
dalam ringgit malaysia: RM3.00


tragedi betulllll time nak beli botol air bumble bee ni. T____T nasib baikkkk ada mcdee and mila. thank you koranggg muah muah :p seketul 28.80 sgd. 
________________________________
TOTAL: 28.80 sgd  
dalam ringgit malaysia: RM72.00 T______T


makan di uss
 
 Set Pharoah
 

 Set King Tut Mutton
 
# 1 set Pharoah (Bryani rice, roasted chicken, bhindi, masala, prata dhal tadka) + 1 satu botol yard coke. dalam yard coke tu dia memang isi air coke siap-siap = 25.40 sgd 
# 1 set king tut mutton ( briyani rice, jalfrezi, papadum, archar with mutton masala) = 13.80 sgd
____________________________________
TOTAL:  39.20 sgd + 2 sgd refill air coke
dalam ringgit malaysia: RM 103.00


# seketul keychain transformers, 8.90 sgd. gambar keychain transformer tak snap sebab tertinggal dalam kereta
____________________________________
TOTAL: 8.90 sgd
dalam ringgit malaysia: RM 22.25



habisss bahagian shoppping dalam uss. :) keluar uss, terus check in tune hotel. total 2 hari 1 malam di tune hotel adalah RM79.28. 


TOTAL KESELURUHAN 3 HARI 2 MALAM UNTUK SEPASANG SUAMI ISTERI :) 

# minyak kereta dan tol: RM100
# penginapan satu malam di Hotel Culture City Inn: RM30
# tiket bas odyssey: RM60
# tiket Universal Studio Singapore: RM315.00
# Shopping souvenir dalam uss: RM462.50
# makan minum dalam uss: RM103
# penginapan satu malam di Tune Hotel Johor Bahru: RM79.28
# 2 helai raincoat beli siap-siap dekat guardian jeww: RM7.00
_________________________________________________
TOTAL: RM1156.78


mungkin murah bagi aku mahal bagi kaw, mungkin mahal bagi aku murah bagi kaw. tapi aku rasa ni bajet habissss dah ni. asal nawaitu datang anyonyooo comeynyaaaa nak beli ahh, terus eh tak boleh tak bolehhhh. ni percutian bajet. sampai tahap tu. muahaha ;) 

nahhh, aku rasa cukup details dah ni aku bagi. nanti pepandai la korang bajet sendiri eh berapa korang nak bawak atau berapa korang kena sediakan untuk pegi ke uss ni. tak de la mahal mana ponnnn. :) dah, pegi sekarang. esok kan weekend. kohkohkoh ;)


# Entry perkaitan Universal Studio Singapore :)



settle entry uss, yeayyyyy ;) nexttttt :p

Tune Hotel Johor Bahru



jangan tak tauuu, i is tak sabarrrr nak habiskan entry percutian ke uss ni secepat mungkin. lagi lama wa peram, lagi lamaaa kepala wa blur. (-____-') cerita hari ni adalah tentang tune hotel johor bahru. :) kalau korang tanya aku, antara tune hotel jb dengan tune hotel kuching mana lagi best, aku jawab tune hotel jb lagi best. sebabbbbb, bilik dia ada tingkap. ;) jadi takde masalah pengudaraan langsung. korang boleh baca pengalaman aku stay dekat tune hotel kuching dekat sini ye.


 
ohh sebelum terlupa, kitorang stay dekat tune hotel jb ni time malam kedua dekat johor. kan malam pertama stay dekat hotel bajet gile nak matii ni. :p siang masuk uss, malam terus check in tune hotel. untuk tune hotel ni awal-awal lagi kitorang dah book sebab memang kitorang plan nak check in lewat. keluar dari uss pon dah pukul berapa kann. oleh disebabkan ni namanya percutian bajet secara berjemaah, untuk menyenangkan keje ida sebab dia taiko membooking ni, aku malassss. :P dia just book bilik basic je. maksudnya, book bilik togel semata-mata. kan pesen tune hotel ni kena add onnnnn. kalau contohnya bilik kaw 10 hinggit, kaw nak tengok tv kena tambah RM12, kaw nak aircond kaw kena tambah RM12, kaw nak wifi kaw kena tambah RM12. haaaa gitueww. jadi, untuk memudahkan keje ida untuk book 5 buah bilik, ida book bilik togel je. mana-mana rasa nak add on apa-apa, just tambah dekat kaunter time nak check in. ;)


masa kitorang book tune ni, kitorang dapat harga RM67.28 untuk satu bilik double room yang ada seketul katil queen. no tv, no wifi, no aircond and no toiletries. but no big deal :p kaw bayangkan berapa jam la sangattt nak hadap kalau amek tv segala mak nenek bagai sebab kitorang betul-betul masuk bilik adalah jam 3 pagi. balik dari uss, terus check in. lepas tu gigih keluar balik sebab nak cari makan. lepas perut kenyang gigih pulakk pegi berkaraoke. aku tak tau nak cakap dorang punya happening tahap berapa. (x_____x) aku syak urat penat semua dah putus dari awal-awal dorang bersalin lagi. kehkehkeh. tapiii, oleh disebabkan line hp aku tak leh guna, gigih la aku add on wifi. T______T tadi kan total bilik togel adalah RM67.28, tambah wifi RM12, jadi total semua penginapan aku 2 hari 1 malam di tune hotel jb adalah RM79.28. aku memang sengaja tak add on toiletries sebab kalau pegi mana-mana, aku memang spesis bawak sabun shampoo sendiri. oh lupa, walaupun bilik dia togel, tak add on tv segala aircond bagai, jangan risau. dalam setiap bilik memang disediakan kipas. kipas tak perlu add on. memang termasuk dalam pakej bilik togel tu. :)

the best part tentang tune hotel jb ni, parking dia sangat secure. hotel ni memang dalam kawasan berpagar sendiri dan bila malam, ada security jaga. aku rasa ni tune hotel terbesar kott sebab dalam satu bangunan hotel yang sama, ada kedai 7E, ada HQ tune hotel, ada office bas odyssey yang akan bawak pelancong masuk singapore tu.


so far bagi aku, tune jb ni sangattt memudahkan guest dorang. sebab dah tentu-tentu sebelum masuk uss nak beli bekalan makan kannn. so, boleh beli dekat 7E. siap beli makanan, boleh terus beratur dekat depan office odyssey untuk redeem tiket bas untuk masuk ke singapore. haa senang kann? ;) 

kalau ni first time korang nak book tune hotel jb, korang boleh tengok cara membooking dekat blog ida ni ye. dia paaaaling rajin dan paaaaling gigih membooking untuk kitorang. siap ada tutorial lagi. boleh klik sini eh. thank you daaa. *sambillagalagapipidangeramterushantukkepalalajulajumuahaha ;)


 

padahhh sangattt malam pertama nak bajet punya pasal, sanggup tido bilik suami isteri asing-asing kan. ;)  masuk malam kedua wa tak tahan babe. wa tau lu orang pon tak tahan. sebab tu lu orang nak bilik asing-asing sepasang satu kan. kohkohkoh. (x____x) tido tak sedar macam nak mati semua ye. :p esok pagi check out dan moh la kita kembali ke pangkal jalannnn. T__T check out, singgah makan kejap, dan terussss balik KL untuk menyambung membanting tulang mencari rezeki untuk next percutian honeymoon. eh? :P 


ramaiiii babe yang tanya berapa bajet habis ke uss ni. nama pun percutian bajettt. next entry eh? tungguuuuu ;))


  

April 16, 2013

Media blogger for KLTA golden jubilee dinner

bila pertama kali baca email ni, badan aku dah gigil-gigil dah. dua tiga kali baca sampai katam babe kottt la kannn tak paham bahasa omputih. kehkehkeh. aku baca email ni pukul 3 petang, dinner pukul 7.15 malam dah kena ada dekat hotel istana. heyyy hilang semua napas aku. sekali check email, nory dengan ida pon dapat jugak. aku dah stress dah nape dorang tak bagitau. biasa dorang paling laju. korang tau kenapa? choiii. dorang ingat SPAM yang tipu-tipu tu. so dorang delete je. heyyyyy ada aku flush sorang-sorang dalam lubang tandas. choiii. ;) 


haa bila aku bagitau tu bukan spam, tu betul-betul, siap call kak nor yang jemput kitorang ni lagi, baruuuu la semua kelam-kabut. kaw bayangkan dorang semuaaa tengah bekerja di office memasing, gigih la pikir macam mana alasan nak mengauta bos memasing nak cabut awal. kuikuikui ;) keluar laju-laju, berdesup datang rumah aku bersiap. janji melayu babe, kata pukul 7.15, pukul 8.15 baruu kitorang sampai. jemmm babeee. kesian nory, dia dari puchong pecut laju-laju. :P nasib baikkk time tu dorang tengah pre dinner. pre dinner tu macam minum-minum sebelum masuk ballroom. 


sampai-sampai je terus register nama. dapat la meja sebagai media blogger bersama abang-abang wartawan majalah libur. 'haiiiii bang libur, next projek roger pleaseeee.' :P kehkehkeh.



Chinese set babeee, lu makan la sampai lebam 9 course meal ni. :) dan semua adalah free. tu part paling aku gemar. kohkohkoh ;)


sebenarnya jubilee dinner ni adalah untuk ulangtahun Kuala Lumpur Tourism Associates yang ke 50. Happy Birthdayyy KLTA! :) heyy kalau korang nak tau, KLTA ni adalah persatuan pelancongan yang paaaaling lama, palingg tua, paling kukuh dan masih berdiri megah di Kuala Lumpur. sebab tu wa dapat email je dari kak nor terus wa rasa nak pitam. (-___-') dah la kak nor bukan calang-calang orang, heyy dia Chief Operating Officer untuk KLTA ni babe. seramm seramm. tapi how friendly she is. thanks a lot kak nor! :) 

opening dorang happening habisss. ada dance by micheal jackson, lady gaga, gangnam style, dengan yang group nyanyi lagu no body no body but you tu! :)



ohh lupa nak cakap, mc dinner ni adalah sazzy falak. stress wa babe gambar wa xde. T____T salahkan syafiq. huhu :p sukeee laa tuewww dapat bergambar dengan retissss :) pangg kangg. (x__x) hewheww.


makanan dia heavenn sangatt. jenuh nak letak semuaa gambar makanan. T___T letak dua tiga keping dah la ehh.




sambil makan dengar datuk khatijah ibrahim menyanyi. wiii :)


sambil makan dengar atilia menyanyi. :) kecikkk comey gile dia babe.  


ohh lupa, sebelum atilia menyanyi, ada acara paaling penting iaitu potong kek. kata ni besday KLTA kann. harus la potong kek. 50 tahun babe 50 tahun. kaw ingat senang ke sebuah syarikat nak maintain selama dan segah itueww?


antara tetamu kehormat yang datang, The Mayor of Kuala Lumpur, Y Bhg Datuk Ahmad Phesal bin Hj Talib, the Director General Tourism Malaysia, YBhg Dato Mirza Tayeb, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Tan Sri Low Yow Chuan, Tan Sri Saw Huat Lye, Mr Yong Poh Shin, Tan Sri Jeffrey Cheah,
Tan Sri Lee Kim Yew, Tan Sri Francis Yeoh dan Dato Abdullah Jonid. semuaaaaa orang besar dan paaling besar dalam kuala lumpur dalam bidang perlancongan. (-___-') 
selesai semuaa majlis, tak sah kalau tak jumpa kak nor. dia yang jemput kitorang datang, melampau dan kurang hajarrr namanya kawww kalau terus balik bawak perut yang kenyang. hewhew. 

hai kak nor! :) kak nor yang baju biru berdiri sebelah ida. sebelah kak nor pon orang besar jugak ni. anak kepada pemilik syarikat teksi kuala lumpur tapi my baddd, lupa nama akak ni. sorry kak nor. my bad my bad my baddddd. T____T 

again, my baddd. T__T pun lupa nama encik sebelah ida ni. kak nor, nadia banyak makan semut kak norr. sorryyyyyy. T____T 

dan yang ni, konpem nadia tak lupa. sebab, nadia kusyuk mendengar. hewheww. ;)

 

kenalkan, ni adalah Encik Rohizam Md Yusoff, Chief Executive Officer untuk Smart Online Travel Assistant (SOTA). encik rohizam, thank you sooo muchhh sebab sudi memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk meneruskan next projek kita. see you tommorow sir. :)

aku cakap terus terang dengan korang, kalau kaw kaki berjalan, suka travel, kaw tak kenal KLTA dan SOTA adalah satu kerugian besarrrr! sebab, dari KLTA dan SOTA la kaw boleh dapat macam-macam maklumat penting contohnya tentang teksi di kuala lumpur, pengangkutan dari kuala lumpur ke airport, pakej-pakej pelancongan menarik dalam dan luar kuala lumpur berdasarkan bajet kemampuan kita, heyy macam-macam lagi laaaa. senang cite, kaw boleh tengok sini. 

http://www.sotanetwork.com

dan part paaaling ikhlas dari hati aku. kepada pembaca blog aku, yang mana sudi bagi link blog aku kepada mereka-mereka orang atasan di KLTA dan SOTA ni, sungguh. terima kasih sangat-sangat. nadia nakkkk sangatttt kenal korang. kalauuu la nadia tau siapa korang yang budiman, yang rekemen blog nadia kepada KLTA ni, nadia peluk kuat-kuat. kalau ferempuann laaa. :P kalau lelaki, nadia mintak tolong syafiq pelukkan. hewhew. thank you sangattttt. may Allah bless you. muah! ;))

dan terima kasih juga dari kami berlima. :)) dari kiri ieda, mila, nadia, sheila dan nory. :)