Lazada Malaysia

March 19, 2013

siapa nadia farahida?

 
cukup pakej poyo tak kalau aku nak cerita biodata hidup aku dalam entry ni? tajukkkkk tak menahan kannn. hewheww ;) kalau korang dah mula rasa mual-mual loya, aku sarankan awal-awal baik korang jangan teruskan pembacaan ye. kohkohkoh. ;)


masa kecik-kecik dulu, keluarga aku takde la seselesa sekarang. tapi nenek aku didik mak aku supaya walau sesusah mana pon kita, duit tetappp kena menyimpan. walau sikit. dan ilmu tu jugak la mak aku ajar aku sampaiii la sekarang. nenek aku sebelah mak aku ada campuran darah cina. aku xde sebab aku kacukan mak ayah aku je. (x_______x) kehkehkeh. jadi, kaw tau kann cina kepala otak dia hebat berniaga macam mana. haaa, nenek aku kaw tauu. aku ingat lagi dulu. walau RM5, dua kali seminggu, dia sanggup beratur dekat bank nak simpan babe. ni orang dulu-duluuu. orang sekarang mampus malu nak beratur semata-mata demi RM5. tapi sekarang nenek aku tak buat gituuu dah la. melampauu kaw. dulu je dia susah. sekarang dia dah senang dah.

cer teka nenek aku mana satu? baju biru sebelah aku babeeee. omeyyy angatt ye endekkk jeww kannn. HAHAHA. paling kiri yang pakai spek tu pon pangkat nenek sedara sebab dia adik nenek aku. muda kann? kawen muda kawen muda. :P nenek sedara dengan mak aku sebaya. kuikuikui. yang pegang beg hitam tu baruu mak aku. heyy jap, aku dah konpius. ni cerita biodata aku ke biodata nenek aku? kuikuikui.

berbalik pada latar belakang aku, i is anak sulung, cucu sulung and cicit sulung. aku lahir pada 23 May 1989. bawah aku ada lagi 3 orang adik, sorang 19 tahun, sorang 12 tahun sorang 7 tahun. tu jeee stok sebab mak aku dah tutup kilang. mihmihmih. ;) #sorry ma kita tak baik menipu. kuikuikui. 

paling kanan bukan adik aku. kaw cakap dia adik aku, aku hempap dengan batu. HAHAHA. ;)

masa kecik-kecik dulu, aku sokmooo kena buli dengan mak aku. aku tak tau celah mana cantik kalau ikat rambut dua tocang ni. tapi mak aku cakap cantik. seriussss aku rela dalam terpaksa. boleh dikatakan setiap hari, mak aku mestiiiii ikat rambut aku dua gini. tak sukaaaaaa. aku rasa macam very the tanduk kambing. huwaaaa T__T HAHA. nasib baik mak aku paksa aku ikat macam ni sampai darjah 3 je kalau tak silap aku. dan nasib baik jugak time ni tak kenal syafiq lagi. kalau tak jatuh saham aku. kehkehkeh ;)


sejarah pendidikan aku, 
# 4 tahun & 5 tahun- tadika orang putih babe. ;p aku panggil tadika dyana. 
# 7 tahun- tadika kemas
# darjah 1 sampai darjah 6- Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2
# form 1 sampai form 3- MRSM Kuala Lipis
# form 4 dengan form 5- MRSM Pengkalan Chepa
# abis spm, buat Diploma in Hotel Management dekat Uitm Dungun.

abisss je diploma, menggelupur dahhh nak kawen. ;p


sejarah dunia pekerjaan aku, 
# aku praktikal dekat hotel crystal crown kuala lumpur.
# aku keje dengan jetstar airline sampaiii HQ jetstar dekat malaysia tutup. 
# sekarang, alhamdulillah aku runn bisnes aku sendiri and bukak company sendiri. tapiiiii company aku kecik sekangkang kera jewww. ;) 


5 fakta orang tak tau pasal aku,
- aku ada rabun jauh tahap kritikal, power contact lens aku 500 sebelah. aku tak suka pakai spek sebab kalau pakai spek, aku bajet tak hott. kehkehkeh ;)
- aku tak makan sayur dan aku tak makan meggi. 
- aku spesis buat keje malam hari. semakin tengah malam, semakin rajinnn badan aku. 
- aku tak reti makeup.
- aku pantang dengan syafiq. pantang sentuh. #pitammmm. (x__x) kohkohkoh.


pengalaman pahit aku tak boleh lupa sepanjang hidup aku, malas pulak nak bukak buku lama tapi dendam ni sumpah sampai mati aku tak boleh maaf. time aku form 5, perghhh. ujian datang bertimpa-timpa babe. semua dalam 1 masa. kepada mereka-mereka yang terlibat, kaw tau kenapa. aku tak pernah kenal manusia sevangang korang. demyuu. aku percaya Allah ada. aku percaya Dia tahu. walau orang lain tak tahu. aku tahu. aku simpan. aku telan. 

nahhhhhhh aku tempah batu nisan khas untuk korang. muahaha


pengalaman manis kalau aku nak senaraikan sampai esok belum tentu habis. hihi. tapi, cukup korang tau, hidup aku terlampauuuuu sempurna lepas aku kawen. alhamdulillah rezeki aku, rezeki keluarga aku, rezeki suami aku, tak pernah putus. tak pernah. melimpah ruah dia datang dalam banyak cara. Alhamdulillah. Allah kan ada? :))



ok sekarang, kenalkan diri korang pulak. aku nak kenal. hikhik ;))

55 comments:

  1. pehhhhhhhhhhhhhh, power spek 500? gilak,sila pakai spekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kak ya weiii...



    onie?

    anak first dari 5 beradik,
    anak perempuan sorang,hik,
    asal kelate,
    tapi 23 tahun menetap di selangor,
    pernah belajar di teknik tanah merah kelantan 2 tahun,
    politeknik seberang perai,penang 3 tahun,



    tu je dulu,hik

    ReplyDelete
  2. comelnya nadia masa kecik siap gaun merah :)
    nenek awet muda tuh. hai nenek :) *lambaitangan*
    hai nadia. selamat berkenalan lagi sekali. hikhik :D

    ReplyDelete
  3. akk rasanya dari kecil..memang nampak
    akak giler kamera...opss!! hahahaha...
    ensem adik lelaki akk...
    berapa umurnya? hahaha

    #ohh...resipi kejayaan ialah kawen muda?
    boleh dipertimbangkan tuh...hik hik hik :P

    ReplyDelete
  4. gile lah.. power mata 500 sebelah??? itu memang tahap kritikal dah tu.hahaha.. dah tak ada ubat dah tu.

    ReplyDelete
  5. Saya kenal awak semenjak zaman f4-f5 dan saya tahu apa yang berlaku, tapi saya tahu awak seorang yang sangat tabah dan kuat dan tengok hasilnya seorang, awak seorang isteri, anak , kawan dan manusia yang berguna nadia:)

    heeee, saya taknak kenalkan diri saya sebab awak dah kenal. hehee:)gedik kan.

    Ya, biar apa orang kata, u make it till today:)

    ReplyDelete
  6. so nadia ni satu sekolah la ngan adik akak.adik akak mrsm pc jugak. 2 org adik akak study sana..hehe

    wah..muda2 lagi dah ada perniagaan sendiri. sis kagum :)

    ReplyDelete
  7. Hiiii.. Nama wa Fathi... hehe... ^_^

    ReplyDelete
  8. hai nadia, nak kenal boleh...ekekeke...nak kena ngan nenek nadia la, kekekeke

    ReplyDelete
  9. hahhahhaaaa... sangat cool siapa nadia nih. best lak citer anak sulung cucu cicit sulung nih.. erm, yang bawah ni komen kenalkan diri dulu lah.. hehehehee

    ReplyDelete
  10. kohkohkoh.......pitam baca yg bab nadia nak pitam tu.....chehhhh....censored.
    bab tocang 2 tu mmg rasanya spesis mak2 zaman dulu sama, redha jer, tp CiM lbh suka pintal lipan atas kepala, lbh gojez, klau masa tu terjumpa sapik, mesti nadia tk dpt dahhhh...hahaha (tolong jgn hempap dgn batu..huhuhu)

    CiM pown lbh suka kehidupan lps kawen....yoooohoooo heaven kaww.kawen muda kawen muda.....

    nadia, sesaja nak tepek story sejarah silam malu laa, tak berapa glamour org nak tau hal kita tk mcm nadia yg super dooper glemerer. cer nadia buat segmen, barula mantop dn betmotif nk story....kihkihkih o_O

    ReplyDelete
  11. nama saya Nurul Nor Hidayu Aman Shah...jangan pengsan,kita bukan anak Aman Shah penyanyi tu....nahi nahi...

    ReplyDelete
  12. teringin nak buat entry biodata promote diri mcm ni tp nnti kakak2 aku baca... sedara mara aku baca dan lantas aku di cop gedik... so, jantan gedik adalah sgt tak releven... terpaksa lupakan... hahaha...

    ReplyDelete
  13. ada fakta yg sama dengan FD. kita geng sebab tak suka makan sayur and tak reti make up. HAHA! xD

    ReplyDelete
  14. eh ko pakai contact lens ke yunk ? kenapa aku baru tauuuu :p...

    ReplyDelete
  15. suke kak sya baca entry nadia nie..alhamdulillah rezeki ALLAH tuh luas..kak sya mmg xmerasa nak tocang ikat rambut segala sbb dr kecik smp la abis form5, rambut kak sya mmg pendek sentiasa..ahahaha

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum nadia. alahhh tomeynya biodata dia. okey kenal semakin mendalam. hahaha. nak kenal sheila? takyah lah. buang karen je. hahaha nadia, betul! lepas kawin ni Allah bagi macam2 keistimewaan. Syukur kawin awal kan. kehkehkeh ;p

    ReplyDelete
  17. siyes ke nak tau diri yui?? hihi..

    menarik citer nad =)

    ReplyDelete
  18. cute apa ikat rambut cm tanduk kambing tu..hehe..eh,kuat jugak power lense tu kn?okla kalo awk boleh pakai lense..mcm akak, mata xleh terima..jd merah2 n pedih..

    oh, budak MRSM rupanya...:)

    ReplyDelete
  19. nadia.. semalam tak dapat BW sebab ntah la.. asyik data not received je bile bukak blog nadia.. hari ni kene marathon la.. ni pon bukak pakai ie.. chrome tak bole..

    ReplyDelete
  20. Nama saya Diana..
    Nak kenal saya...jom singgah blog simple saya
    www.apabilaazambercerita.blogspot.com

    Insan biasa sahaja yang menginginkan kesempurnaan dalam hidup... Namun.. itu kehendak hati...tanpa usaha dan doa.. siapalah saya yang inginkan "kesempurnaan" itu.. =)

    Suka baca blog Nadia.. perkongsian santai tapi banyak input berguna yang boleh diguna pakai..

    Salam perkenalan... ya..?

    ReplyDelete
  21. terpesona jap ... hehehhh yana kalau nk mengarang mcm nie .. sudahnya cerita kelaut. takda mula takda last .. tetiba msuk topik lari tjukk ... ^^

    ReplyDelete
  22. hehe sronoknyaaa kecil2 duduk ngn nenek.. ena kecil2 nenek dah tak ada.. hurmmmm.... bergaya sungguh nenek akk.. memang keluarga akk ni pndai2 bergaya ye.. heheh

    ReplyDelete
  23. nama saya Nory...

    jomlah berkenalan dgn saya..

    kehkehkehkeh

    ReplyDelete
  24. nadia..mak..& nenek macam adik beradik jer..harus lar akak kena hempap ngn batu..hahahahaha

    ReplyDelete
  25. nak kenalkan diri gak..haha bab suke pakai lens tapi tak nak pakai spek sebab rase diri tak hot same la..hee sekarang rase nak wat lasik la.. duiy je tarak.. nak kenalkan dori tak cukup kat ruangan komen la nadia, nak wat entry malas..haha cukup la nadia tau nama kita khadijah, lahir pada 28.4.88, duk johor dan sudah berkahwin haha.. boleh la panggil kak dijah :)

    ReplyDelete
  26. Selamat berkenalan Nadia..hehehee :)

    Akak kagum dengan Nadia, muda2 dah ada aset(rumah) dah ada suami, dah ada segala2 nya alhamdulillah kan :D

    ReplyDelete
  27. nadiaaaa... aaaa,umur kita sebaya la.. kemain lagi panggil akak. ingtkan dah dewasa sgt awk ni. kita skrg degree hotel pulak. tu yg xabis2 bljr tuh. dip + degree 6tahun..sobss!

    ReplyDelete
  28. post dibaca sampai habis tanpa sebarang kecederaan.

    sebenarnya best bila dpt baca kisah hidup org mcm awak :)tq sbb share

    err apakah yg syafiq buat sampai ianya sangat pantang? (buat-buat musykil)

    ReplyDelete
  29. Amboi, saya pun tak makan sayur! T___T Wah, kerja di airline sebagai apa tu? Saya suka kerja di bahagian penerbangan, sangat vogue, seperti cuti-cuti Malaysia begitu. Hehehe. :3

    ReplyDelete
  30. hahaha..kelakar lah wey nadia..x abes2 dgn badi batu nisan melaka tuh..memg mentally traumatised tuh!..kite memg same bab rabun tuh..500 power..tp btol la nadia ckp..bajet tak hot kn pki spek..haha..nurul pki spek gi keje je tp kalu kawan2/bf laki jumpe rse mcm nk sorok muke bwh meja..x cantik kot!nadia run company ape?mane tau leh beli thru nadia ke..cer habaq mai..

    ReplyDelete
  31. Salam kenal :P
    mudanya mak yaya.....cantikk.. :D

    ReplyDelete
  32. ok dh kenal siapa nadia sekarang ni hihihi

    ReplyDelete
  33. Hey !
    Awal 2 hari dariada kita. :D

    ReplyDelete
  34. Salam nadia..wah bestnya baca biodata nadia..patut nadia putih melepak..upernya ada darah campuran cina...:)) nadia buka kompeni apa?? citer la sikit

    ReplyDelete
  35. ni mcm segmen pun ada juga ni..hihihi..selamat berkenalaannn

    ReplyDelete
  36. sies tak makan megi?? Gila.. ahaha.. makan laa..sedapp..tapi xsihat!hahaha..
    rupenye nadia sm umo nia..hahaha!! ramai org ckp best kawen muda ni..hikhikhik..insya-Allah.. ade jodoh cepat ler kawen nye..haha..xkeje lg ni..mane nak kawen.. btw..thnax share psl ptptn tu..hehe..nsb bek nia xambik usrah tu..xmampu nak bayor manyak sgt..

    ReplyDelete
  37. nama saya siti(zoey),haha.aci tak knlkan diri camtu?

    ReplyDelete
  38. fewit2... bleh buat buku biografi dah ni..

    ReplyDelete
  39. salam..
    salam kenal..
    wah panjang betul pengenalan..hihi
    singgah la blog sy :)

    ReplyDelete
  40. heheheh...samew la kite...abis jew dip terus kawen...alhamdulillah,anak dah dekat samew besar dgn maknyew ni...hehehe...

    ReplyDelete
  41. best baca pasal nadia..nk tanya..nadi wat bisnes ape ek?bole bg tips bisnes?:) hehe

    ReplyDelete
  42. Comel yek nadia kecik2 dlu...n brtambah2 comel sekarang....:-)

    ReplyDelete
  43. pantang dgn syafiq? lantan sentuh? apa tu? huraikan. (10 markah). hahaha

    ReplyDelete
  44. Hihi kenapa comel sangat ni ^^
    Kita sama la kak dekat part, makin lewat malam, makin rajin buat kerja. Siang memang tak lah -_-
    Waktu malam laa rajin nak ngemas rumah, ubah suai perabut lah apa, basuh baju, buat kerja sekolah. Haihhh.

    ReplyDelete
  45. mrsm lipis dekatlah dengan maktab saye. maktab lipis :D

    ReplyDelete
  46. hehhehe... rambut tanduk dua tu mama eka pun salu buat.tp time tu relakan je.sebab mama kata comel kalu wat camtu.percaya jer

    ReplyDelete
  47. salam nadia
    Komen lg kt sini.
    Tu belum ada beby lg.kalau dah ada lagi lampau lampau sempurna hidp rezeki dari anak

    ReplyDelete
  48. biodata yang sempoi ... awak memang jujur menulis .. alahai mudanya pangkat adik lah nadia ni.. beza 6 tahun kt .....

    ReplyDelete
  49. datang singgah cni,..wah pestime dtg terus ada entry biodata nih..ehe...salam perkenalan yew...folo cni juga..jemput mai blog akak,..ehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...