March 12, 2013

Perbezaan sebelum dan selepas Rumah Amal Kasih Bestari

oleh disebabkan gambar mahaaaa banyak sampai cecah seribu lebih (-___-'), aku jadi blurr nak update cerita pasal event anak yatim hari tu. seriusssss sebab tak tau nak mula macam mana. nak letak gambar mana dulu, nak cerita yang mana dulu. ok meh kita start refresh balik slow-slow sebab dah lama sangat peram kannn. T___T kalau korang tengok pada aturcara majlis dekat gambar atas ni, aktiviti kita start dari pagi sampaiii petang. sesi pagi adalah sesi gotong-royong mengecat rumah amal kasih bestari manakala aktiviti petang adalah bersuka ria bermain game. :)

untuk sesi pagi iaitu aktiviti mengecat, oleh disebabkan kawasan yang perlu dicat ada 5 bahagian, aku dan kawan-kawan si tulang belakang aku yang lain dah decide untuk membahagikan kesemua peserta kepada 5 kumpulan. senang sikit kan buat sikit sorang. janji cepat siap. meh aku tunjuk dekat korang perubahan cat sebelum dan selepas.

ruang solat. 
warna asal adalah hijau dan putih. kitorang pilih warna peach lembut supaya ruang ni nampak lebih cerah dan terang.
 
sebelum

selepas


ruang lapang
ruang lapang ni ruang yang dari pintu pagar dah boleh nampak. ruang luar rumah termasuk pintu pagar. warna asal dia adalah putih kotttt. tapi dah tak nampak rupa putih sangattt. :p kitorang pilih warna lavender sebab nak nampak lembuttt je.

sebelum

selepas


ruang office ustaz
warna asal office ustaz ni coklat muda dan coklat tua. ustaz request warna hijau sebab dia kata warna hijau warna islam. tak boleh takde warna hijau.

sebelum

selepas


ruang tv
 ruang tv ni asal dia memang warna biru dah tapi dia punya biru tu nampak tua. dia punya tua membuatkan ruang yang sedia sempit nampak lebih sempit. jadi kitorang tukar kepada warna baby blue sebab nak suruh nampak lebih luasssss. dan percaya la, warna baby blue sangattt berjaya membuatkan ruang tu nampak luas. yeayyy ;))

sebelum

selepas



kannnnnnnnnnnnnnn??? :))


ruang computer
warna asal dinding dia adalah putih. mula-mula aku bajet nak cat je warna putih balik sebab nak suruh nampak luas kann. tapi ustaz tak berapa gemar sebab putih cepat nampak kotor. jadi kitorang still guna warna baby blue. 

sebelum

selepas

boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah amal kasih bestari ni kitorang cat cuma bahagian dapur je tak sentuh sebab bahagian dapur dah sedia cantik. dorang baru lepas renovate. tentang pemilihan warna, semuaaaa warna adalah persetujuan dan perbincangan dengan ustaz. cantik dia mata dia, cantik la di mata aku. 

kepada semuaaaaa yang baik hati menderma dan memberi sumbangan hari tu, terima kasih yang tak terhingga. semuaaaaaa sumbangan korang aku dah salurkan pada dorang sepenuhnya. korang jangan risau ye. heyyyyy choppp, tolonggg. jangan transfer duit sumbangan dekat akaun bank aku lagi tau. terus transfer ke akaun rumah amal ni, Maybank Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, 562085584770 atau CIMB 12830001013100.

seriusss sampai ke hari ni tak henti-henti orang transfer duit ke bank aku. bolehhh tu boleh tapiiiii, wa tak berani pegang duit orang lama-lama. terus transfer pada akaun dorang eh? haaa terima kasihh :)) 


  

20 comments:

  1. senyum tgok hasil kerja kitaaaa semua kannnnnnnnn ;))

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Moga anak anak tu dpt belajar dgn selesa lepas ni

    ReplyDelete
  3. pewwiitt.. memang terbaiklah.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga anak2 yatim tu dapat hidup dengan lebih selesa.. Amin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nadia, comelnya ada sebelum dan selepas. suka bekerjasama dengan semua orang :)

    *next event pleaseeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. Salam Nadia,
    bagus buat keje2 amal..
    dpt pahala...
    aktiviti sihat tu..
    kalo akak leh join, mmg akak join le

    akak de emel kat nadia tau..
    hope dpt hadir, leh tgk twin..

    ReplyDelete
  7. yeayyy..chantek kn rumah tu lepas di'makeover' kn..hehe..syabas kpd sumer yg terlibatt..;))

    ReplyDelete
  8. perubahan yg menakjubkan atas usaha beramai2...tahniah2

    ReplyDelete
  9. wahh lagi bertambah seri rumah tu selepas dicat :) nice event, kan best kalo boleh join sekali :D

    ReplyDelete
  10. nadia tolongggggg!!!!! sebak sayu tk tertahan ni. best laaa u all. CiM di johor tk dpt join program2 u all.

    besar jasa kamu dn rakan2 yg lain. semoga knk2 dirumah amal tu terus terbela.

    ReplyDelete
  11. salam..:)

    jemput la ke blog sy..:)
    http://vitamindelight.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. beza sgt dari sebelum dan selepas. bagusnya

    ReplyDelete
  13. waaaaaaaaaaaaahh..bestnye korang..sonok plak tgk korang ni..aktif2..sebelum ni org hardcore silent reader farah je coz takde blog..skrg bru ade blog..meh follow tp still bru lg la..salam ukhuwah!

    ReplyDelete
  14. makin meriah rumah anak yatim tu ek. confirm budak2 kat situ seronok ^^

    ReplyDelete
  15. Tahniah buat korang semua..

    Kagum tengok dengan semangat dan bantuan yang telah korang hulurkan :D

    ReplyDelete
  16. well done nadia and the geng yang lain..mesti mereka happy sgt

    ReplyDelete
  17. salam nadia...mesti best kan event that day? sedey plak terlepas peluang nk join.. *isz baru jer lalu2 kat blog awak ni* btw, nk tanya sket..looking from other blog..i think blog mila kot.. she said anak2 ni sumbangan makanan bnyk tp keperluan asas mcm sabun,etc kurang? isz ader plan utk company visit tp kalau bley nk tau kalau2 nadia bley bagi details sket... terima kasih.

    ReplyDelete