January 30, 2013

Tune Hotel Kuching, Sarawak

mood nak update blog sangattttt kelautt. T__T kesian kan. hari-hari kepala running nak update blog nak update blog tak update-update jugak. kl cuti lama sangatttt babe. heavennn sampai naik lemak, lemak dah bertukar jadi batu. hamboiiii over simpulan bahasa. :) kehkehkeh. kepala pikir nak berjalannnnnnn je manjang. sebelum aku sambung berjalan hujung minggu ni, baik aku settle entry kuching yang tak kesudahan. hewhew.


aku stay dekat tune hotel ni semalaman je. malam mula-mula dekat kuching stay dekat Hotel 360xpress city center yang super best dia punya internet tu kan. malam kedua baruu dekat tune hotel ni. kenapa aku duduk dua hotel berbeza walaupun padahal lagi senang duduk satu hotel je? i is sajeeee. nak rasa dua hotel berbeza, dua katil berbeza, dua situasi berbeza. (x____x) alaaa, lagipun kitorang berdua je datang dan nak rehat-rehat kan. kalau ada anak esok-esok, konpem tak kuasa aku nak pack unpack barang segala bagai. tu cari nahassss namanya. ni belum ada anak, miang dia lain macam. kohkohkoh. :)) cer try. seronok kann? :p ok berbalik kepada bilik tadi, meh aku tunjuk dalam dia macam mana. keluasan bilik ngam-ngam untuk dua orang.





dari segi kebersihan, tune hotel lagi tiptop berbanding 360xpress city center. dua dua bersih tapi tune xde bau terperam. bau dia fresh. 360xpress dia ada bau macam lembap.



aku tak berapa paham kenapa dua dua hotel yang aku stay ni pesen bilik air xde kunci dan dua dua spesis cermin transparent macam ni. ye bagussssss kalau kaw datang laki bini konon seksi-meksi gituewwww kannn tapiiii, cer kaw datang dengan family atau kawan-kawan. korang boleh imagine macam mana nak mandi atau berak dengan tenang kalau pintu bilik air pesen tak berkunci? heyyyyy ada jugakkk aku sendal dengan bantal dekat pintu nanti kannnn. miahaha. 


oleh disebabkan ni pertama kali kitorang stay dekat tune hotel, jadi kita tak berapa reti dari segi kelengkapan dalam hotel dorang. kan selalu hotel memang dorang provide siap-siap tuala, toiletries semua kannn. tune hotel ni lain sikit. harga bilik lain, kelengkapan dalam bilik harga lain. contoh macam aku ni, 


oleh disebabkan aku book last minit, aku dapat harga bilik RM61.48 lepas tambah service charge untuk satu malam. ok contohnya kalau aku just bayar RM61.48, aku memang dah boleh duduk dekat sini dahh takde masalah tapiiii, kaw masuk bilik, tv xleh pasang, aircond xleh pasang. hanya boleh guna katil, kipas dan bilik air semata-mata. no toiletries and tuala punn. kira dapat bilik untuk tdo dan mandi semata-mata la. sebab tu harga dia murahhhh. tapi kalau contohnya kaw nak tengok tv kan, dia ada dua harga berbeza. samaada nak pasang tv untuk 12 jam atau 24 jam. dua dua harga lain. aircond pon sama. nak pasang aircond 12 jam ke 24 jam. kaw pilih nak yang mana. tak nak pasang aircond sepanjang stay dekat sini pun boleh sebab memang setiap bilik dah ada kipas. wifi pun sama. nak wifi bayar lain. towel dengan toiletries pongggggg sama kena bayar heyyyyy stresss. (-____-'). untuk tidak memeningkan kepala wa dihari kejadian nanti, aku malassss pikir banyak. aku add onnn semua sekali dalam 1 pakej senang. 24 jam aircond, 24 jam tv, 24 jam wifi, towel dan toiletries. bayar extra RM36. total semua RM97.48. settle satu masalah. tak yah pikir boleh tengok tv tak nanti, ada towel tak nanti. kannn. tapiii, kalau kaw nak stay versi lagi jimat, tak yah la add on towel dengan toiletries sebab hukalohhh, towel dapat satu je. tu pun kena hantar balik time nak check out. sabun mandi pun seketul je. tabiat aku pegi mana-mana memang kena bawak toiletries sendiri. jadi rasa macam membazir jugak la kannn add on ni. 


kenapa dorang letak harga asing-asing, sebab kannnnn dorang selalu buat promo harga murah. 10 sen semalaman la, RM9.90 semalaman la. jadi, berbaloi kaw stay tune ni kalau kaw dapat harga murah. macam time aku nak check in hari tu, ada sepasang suami isteri tegur syafiq dekat lobby. dia tanya syafiq dapat harga berapa 1 malam. dia dapat RM17 untuk 3 malam kalau tak silap sebab dia booking berzamannnnn awal. see, untungg kannn kalau book awal-awal. T___T 


veryyy the english stye dorang punya mini cafe kannnn.

palingggggg tak best, boleh online dekat internet corner ni 20 minit je per guest. sentapppp. takde kepuasan langsunggggg. :p


abang kacak rambut sepah-sepah titeww baru bangun tido turun dekat lobby semata-mata nak book shuttle untuk hantar ke airport esoknya. dorang caj RM9.90 per head. sangattt berbaloi sebab kalau kaw suruh teksi hantar, teksi caj RM30++

kesimpulan yang aku boleh buat, kalau kaw datang kuching, kaw nak hotel paaaaaaalinggggg dekat dengan waterfront, kaw pilih tune hotel. jalan 15 langkah dah sampai waterfront. tak perlu naik teksi ke sewa kereta bagai. 

tapi, kalau kaw tak kesah jalan jauh sikit, atau kaw memang dah sewa kereta siap-siap sepanjang duduk dekat kuching, aku rekemen korang untuk stay dekat 360xpress city center tu. bilik dia banyak pilihan saiz dan murah. tune ni memang murah jugak tapi dia maksimum 1 katil queen je boleh muat dalam 1 bilik. kalau yang 360xpress tu, dia dua katil queen pun ada. haaa senang cakap, kalau kaw datang dengan keluarga, 360xpress is the best. tapiii, kalau kaw datang berdua, tune pon dah ok. laagiiiiiii ok kalau kaw book awal-awal. mana tau kot-kot dapat harga 10 sen satu malam kannnn. 

pegi kuching jangan lupa gambir sarawak ok. #EH :p



23 comments:

  1. tune hotel ni harga ikut promosi AA..

    ReplyDelete
  2. Akak pi sana ari tuh just cari homestay jer...sbb ramai kan..hihi...next nak pi berdua lak ngan Dania...leh la duk sini...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nadia, best2. bagus gak ada info tentang tune hotel. mmg sheila senang buat kerja pasni hee

    ReplyDelete
  4. cafe still menten camtue ek....akak dulu memang stay tune neh..mak akak memang tensen bab pintu air tu..sbb takde kunci..nasib baek kitaorg 2 beranak je dlm bilik tu..and pasal kipas,aircond tu bagai memang kene add and ada jam nyer..tensen taw kitaorg dulu memula..tapi sekitar tune ni memlam bnyk nite club..bising time mlm...

    ReplyDelete
  5. ohh..sorry nadia...bju blogger da dpt ari senin arituu...TQ..:)

    ReplyDelete
  6. mantap juga bilik dia... tapi bilik air dia, scarynyaaaa... xde tirai ke... kalau ena dtg ngn suami ke sorng2 ke boleh le, lau org lain, sanggup x mandy ooooo

    ReplyDelete
  7. wahhh best la tune hotel ni..mcm save budget jer hihihi

    ReplyDelete
  8. kau punya review mmg details r yaya.. terbaik !

    ReplyDelete
  9. puas berjalan akk ni...hoho...ohhh...lain kali mungkin sy boleh cuba jgak hotel tune ni...tp yg leceh semua charge berlainan...dia xde package sekali gus ke?? hoho... tp dr segi harga nampak berbaloi...

    ReplyDelete
  10. Nadia...citer la psl rental car? nak rent kereta shj or rent dgn driver skali...ade maklumat x mengenai tu?? :)

    ReplyDelete
  11. waahhh bestnyer....nory nak booked tune dr skrg lah...tp tune JB lah..heheh

    ReplyDelete
  12. hahah..gambir tu nak buat ape?kehkehkeh..alaaa..tune hotel tu penipu nadia..promo mmg murah..tp bla da byar nnti sm je..jadik mhl jgak..

    ReplyDelete
  13. pernah stay tune hotel dulu tapi bila da add on, kadang2 jadi mahal plak..tapi kebersihan memang tip top kan. Eh..mcm best plak pg sarawak ni...shoppg apa nadia?;)

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan. Thanks for this info... :)

    ReplyDelete
  15. Best info ni! Tips nak jimat cermat pegi holiday kat kuching.. :)

    ReplyDelete
  16. ooh xbis gi review hanimun sarawak..ehehe..dah de anak esok usahkan nak pindah randah hotel dik, nak bergedik2 ngan laki kat bilik pon tak sempat dik oii..hahaha

    ReplyDelete
  17. Salam, leceh juga tune hotel ni..tp harga dia xlah mahal sgt ye...

    ReplyDelete
  18. Ida kalau cuti bawak toiletries sendiriii... hukhuk.. Ida pernah duduk TuneHotel kat DangaBay....

    ReplyDelete
  19. better cx courtyard hotel sebelah tune hotel ni..rm120 je, semua ada, xyah add on.. iron n iron board ada siap dlm bilik.breakfast pon ok..pengalaman ak ler..just my 2cent =)

    ReplyDelete
  20. nak tanya...ruang utk tunduk solat..dgn aman..ada tak? sbb my experience tido kat Tune LCCT, nak tonggek solat pun tak lepas..sudahnya, solat atas katil..

    ReplyDelete
  21. nadiaaaaaaaaaaa!! mana entri khas untuuk teksi tu..hu hu hu ada plan nak ke kuching ni..nak minta recommendation nadia..emel akak tau.. tsukinano@gmail.com thank you dik!!

    ReplyDelete