Lazada Malaysia

December 09, 2012

pengalaman patah kaki



orang lain sibuk share pengalaman bersalin. anak pertama, kedua, ketiga, keempat bagai. oleh disebabkan aku belum pernah ada pengalaman pahit manis bersalin, aku nak share pengalaman pahit manis patah kaki. kuikuikui. 

kaw tau aku patah kaki sebab ape? main netball je ponnn padahal. T___T tapi nampak sangattt tulang aku muda-muda dah reput. kesiann. kehkehkeh. 


masa mula-mula patah kaki, aku langsunggg tak sangka aku patah kaki. aku syak aku tergeliatt je sebab aku tersalah landing kaki je padahal time nak sambut bola tu. tapi nak buat macam mana kan, malang tak pernah berbau. time kena ni aku belum berkecimpung dengan insurance bagai. lepas kena baruuu hegeh-hegeh amek insurance. kuikuikui. jadi, time aku kena hari tu, rawatan sepenuhnya adalah di hospital kerajaan. sape cakap hospital kerajaan tak ok? mungkinnnn la sebab ramai sangat orang kann nak menunggu makan berejam kaw tapiii, servis hospital selayang tiptop babe. ni pengalaman aku laaa, pengalaman korang aku tak tau. (-___-)

masa aku mula-mula patah kaki, terussss pegi kecemasan. jumpa doctor. scan bagai, kaw tau doctor cakap ape? 

" tulang buku lali awak patah ni, remuk teruk. awak main ape? kena operate masuk skru untuk gantikan tulang buku lali awak. tapi kita tak boleh buat sekarang sebab dia tengah membengkak. kena tunggu kaki awak surut bengkak baru boleh operate." 

being me, seumur hidup tak pernah kena operate, WTHantuuuuu betul tiba-tiba nak kena operate niiiiii! heyyy, doktor salah tengok takkk. kaw ingat senang ke aku nak percaya sebab kalau kaw nak imagine macam mana kaki aku boleh patah, cer kaw buat-buat lompat macam nak sambut bola. lepas tu cer kaw landing kaki senget sikit. haaa, macam tu je pon. rendah je babeee. T__T doktor cakap, mungkin badan tak cukup kalsium. tu tulang tak kuat. fineee, tak mustahil. nak nak pulak aku spesis manusia tak makan sayur. no wonder tulang aku mereput dengan cepat. sadis kan? doctor simen dulu buat sementara untuk lagi seminggu sebelum tarikh operate. tak sakittt pon simen kaki. langsung tak. bukannya dia buat ape pon. dia hanya tampal simen supaya kedudukan asal tulang kaw tak lari. tu je. aku sebelum kena, aku selalu imagine simen kaki ke, simen tangan ke, sakit. tak tak. kaw jangan risau eh. lepas siap simen, tunggu kering, dah boleh balik. dia just bagi ubat tahan sakit. heyyyy seram pulak bila ingat balik. dapat rasa sakit berdenyut-denyut. 


seminggu kemudian, bawak surat appointment yang doktor bagi untuk masuk wad and operate. aku masuk wad petang. kalau tak silap, start pukul 12 malam kena puasa. tak leh makan tak leh minum sebab pukul 8 pagi esok nak operate kann. dalam pukul 6 pagi, nurse datang tukarkan baju, kena pakai baju bedah, cukur bulu kaki bagai sebab nak operate kaki kan. takkan nak operate kaki nurse cukur bulu ketiak pulak kann. kohkohkoh. tanggalkan semuaaaa barang yang ada dekat badan, segala barang-barang kemas tak leh pakai. dah sampai depan bilik bedah, boleh aku tanya nurse. 

"contact lens xpe kan?" choiii, mana aku tau contact lens pon tak leh pakai. aku bajet mata dan kaki xde kaitan kannn so tibaii je la. tapi tak boleh, semua benda kaw kena tanggal. aku baruuu berangan nak tengok macam mana dorang bedah kaki aku. kononnn. ngehngehngeh. ohh lupa, untuk kes aku, dorang bius separuh sedar. jadi aku still boleh nampak and dengar ape dorang buat. cuma dalam keadaan sedar tak sedar. 

masuk-masuk je bilik bedah, hoiiii ramainyaaa umat manusia. aku syak dalam 10 orang ade. heyyy kaw ingat ni nak bedah ayam ke ape ramai sangatt ni. malunya aku tuhan je tau. seriusss T__T dah la pakai baju bedah yang dah tak macam rupa pakai baju. bra tak pakai, panties tak pakai, satu ape tak pakai. menggelupurrrr je semuaaa. heyyyy kalau aku ingat balik, sumpah aku malu. harap-harap dorang dah lupa kes aku. HAHAHA. 

sebelum dorang angkat ke katil operate sebenar, aku syak, ada dalam 3 kali kena tukar katil. aku tak perlu bangun. semuaaa dorang angkat. elak virusss katanyaaa. T__T dah sampai dalam bilik bedah, still dalam keadaan sedar. doktor tanya beberapa soalan. dan dia terangkan apa yang dia akan lakukan selama 4 jam operate tu. aku steadyyy je mula-mula. tiba-tiba doctor cakap,  

"saya akan bius awak separuh sedar untuk separuh badan. awak takkan dapat rasa apa-apa start dari pinggang hingga hujung jari kaki. saya akan bius dekat tulang belakang. ok? awak jangan takut, awak tak rasa apa-apa sepanjang pembedahan dilakukan." aku ok je laaa. takkan nak tak ok tiba-tiba.

atas katil bedah, dalam posisi duduk sambil luruskan kaki, aku kena peluk 1 bantal kuat-kuat sebab dorang nak cari tulang belakang. tulang yang betul-betul untuk diinject. tulang belakang kan tunjang utama badan kita. heyyy laaa Ya Allalahhhh, sikit punya lamaaa dorang kelebekkkk belakang aku cari tulang last-last aku tak tahan, aku cakap sakitttttttttt doctorrrrr. kaw ingat bahan experimen ke hapeee. sebab sambil-sambil cari tulang aku untuk diinject, dia bagi penerangan dekat beberapa orang doctor lain. aku syak tu doktor pelatih. tak kesahhh kaw nak melatih ape, tapi jangan la cucuk tarik cucuk tarik banyak kali lama-lama. sakitttt. T___T lepasss je dah selamat inject bius, aku dah boleh baring. pasang wire sane sini, pasang oksigen bagai, dalam 5 minit doctor test tanya rasa tak rasa tak sambil jentik kaki dua tiga kali terus dah tak rasa separuh badan aku. dari pinggang ke atas still boleh rasa macam biasa. muka aku hanya mengadap lampu besar dekat atas syiling semata-mata sebab dorang letak benda penghadangk  dekat dada supaya tak nampak dorang buat ape. awal-awal aku segar lagi. still dengar bunyi doktor bercakap mintak pass kan alat tu, alat ni, sebab dah tak rasa apa-apa kan. lantak kaw la nak buat ape, janji tak sakit. kuikuikui. aku dengarr je ape dorang cakap, last-last aku tertido. 

sepanjang 4 jam majoriti aku mentido je keje sebab lalokkk ubat kott, tapiiiiiii part palinggg aku tak leh lupa seumur hidup aku, paling. tengah aku syokkk mentido, tiba-tiba boleh aku tersedar sebab bunyi gerudi. dalam hati, heyyyy kuat nya bunyi gerudi ni. mana datang. tiba-tiba boleh katil aku gegar-gegar. rupa-rupanya, dorang tengah menggerudi skru dekat kaki aku. T___T berdebar sangatttt sebab aku imagine aku tengah drill dinding nak sangkut frame gambar. kohkohkoh. bunyi tu sangatttt menyeramkan dan aku percaya, aku takkan dapat lupa sampai bila-bila. dia tak sakittt tau sebab dah bius kann tapi bunyi tu, bunyi tu. selalu kaw dengar orang menggerudi dinding je kan, sekali kaw dengar bunyi gerudi tulang. spoillll. 

contoh gambar skru dalam kaki aku. bukan satu, dua. dua batang. yang akan kekal dalam ni sampai bila-bila seumur hidup aku. dapat imagine tak macam mana rupa menggerudi dua batang skru ke tulang kaki? nyilu kann. T__T 


start pukul 8 pagi, selesai dalam pukul 12 lebih tengahhari macam tu. settle, Alhamdulillah. 6 jam selepas operate tak boleh bergerak, tak boleh makan. minum je. tu pon tak leh minum banyak. badan tengah lalok dengan ubat maha banyak yang diinject ke dalam badan kan. kang tak pasal-pasal lain pulak jadinya. selama 6 jam tu aku tak kencing, tak makan tak minum, dorang just masukkan air and ubat guna wayar. tepat 6 jam, dan dan tu la rasa nak terkencing bagai. nurse suruh laki aku amek bekas nak tadah, suruh kencing je atas katil, laki aku jaga. hoiiii aku nak suaaaa dekat laki aku pon malu. apetah lagi nak kencing depan dia. memang takkkk la. aku turun katil slow-slow, duduk atas wheelchair, syafiq tolak aku masuk toilet. aku tetappp nak kencing dalam toilet. geliii kalau basuh tak cukup air. eeeeiiiiiii. dah siap kencing, dari mangkuk tandas duduk tu nak letak punggung atas wheelchair, tibe-tiba mata aku gelap. tiba-tiba aku dah tak sedar pape. bersambungggggggggg. ;))


# tak tau tahun bila nak sambung. (x_____X) tapi yang pasti, kalau kaw tanya aku sakit tak patah kaki, aku jawab antara patah kaki dengan operate, lagi sakittttt operate time mula-mula dia nak bius cari tulang belakang. taknak dahhh tolonggggg. T__________________T


37 comments:

  1. hoi yaya, kau cete macam ni buat aku lemah longlai segala lutut oke.macam aku lak yang terasa ada skru kat kaki ni tolonglah... hahaha...

    ReplyDelete
  2. lepas ni nak main netball bace doa dulu ye. =)

    ReplyDelete
  3. nak sign kat simen kaki tu..hehehe..

    ReplyDelete
  4. ya Allah, serious mula-mula baca ayat ni "kena operate masuk skru" terus berdenyut satu badan. seram sejuk dan macam boleh rasa sakit tu. seram dan ngeri lemah longlai dan semualah. ini miza baru baca apatah nadia yang alaminya. Allahuakbar.


    *miza pernah accident masa kecik, walaupun tak teruk tapi still trauma sampai sekarang :(

    ReplyDelete
  5. uish..dengar pun dah cuak tang nk bius tulg belakg..saya kene cucuk kat tgn mse nak cr urat pun dah tkut..pstu setiap malam kene amik darah..hasihh skitnyer x tau nk ckp..first time msuk hospital..huhu

    ReplyDelete
  6. Mcm kronologi bersalin plak ada part by part..
    Bab cukur tu x menahan..gelak abes!

    Mmm, skrg nadia dh ok kan? Harap2 nye gitu la...
    Take care k!

    ReplyDelete
  7. hauilahai..
    kita biasa kalau maain tu cedera terseliuh dgn koyak ligamen je la.. ni patah2, hai boleh pengsan. huuu~

    ReplyDelete
  8. kesian nadia..terasa kaki akak pulak rasa ngilu2..men netball ye? ni mesti aktif sakan nadia nih..errr lawa tv!

    ReplyDelete
  9. arghhhhhh, seramnye!!!! nadia sambung laa lagi.. huhuhu,


    ps: Header tu kte buat sendiri je, kita cari picture doodle tu kat google :D

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nadia.. takutnya dengar operate! ni kes bila ek? sempoi je husband jaga kan. hehehhe sambung cepat pleaseeee!

    ReplyDelete
  11. euwwwwww..seghammm ghase..hoho..
    dl time kt U sy pernah jatuh n tergeliat tgn ms training volleyball..jatoh cm nangka busuk, sbb nak spike punye pasal,court licin..uwaaaa.. ingt dah patah..trs menangis..naseb ade pak guard tu pandai urut..trus pegi kt dia..perghh mmg memori hitam betol..

    ReplyDelete
  12. eii ya Allah, nyilunyaa rasa! cakap pasal operate akak teringat pengalaman bersalin operate anak 1st.. time nak bius cucuk tulang belakang tu azabnya tuhan jelah yg tahu kan :'(

    take care dik :)

    ReplyDelete
  13. euww ngilu nya part kena gerudi tu..

    makan sayur ade kena mengena ek dengan masalah tulang reput??

    nory pon tak makan sayur..sayur dengan nory mmg musuh paling ketat...heheh

    ReplyDelete
  14. adduhhhhh.... takutnyerrrr.... ayu x penah lg ada pengalaman patah kaki... dpt bayangkan cemana bunyi gerudi tulang tu..

    ReplyDelete
  15. ngilu rasa bila tengok x-ray kaki tu.ha...nak tahu x, abah sy pernah hampir nak operate pasang skru kat kaki jugak.but alhamdulillah, lepas berubat cara kampung N berurut. Tak perlu nak letak skru dah.Alhamdulillah, ok skrg. Nadia mcm mana?Ok dah?Biasa kalau ada kilat, kena extra careful kan?

    ReplyDelete
  16. akak yang baca naik ngilu dan seriau pulak.. teringat masa zcer bersalin hari tu

    ReplyDelete
  17. Ngilunya bila tgk skru tu....akak x da pengalaman lg bab patah ni..Tp adik akak dua kali patah tgn

    ReplyDelete
  18. as salam

    akak pun nk jugak pengalaman bersalin..jum kita doa sama2..tp experince patah kaki takmo dah tengok anak sedara patah tangan pun kemain seksa..take care eh :)

    ReplyDelete
  19. Kalu bersalin guna epidural gitu la jugak, cucuk tulang belakang, tp tak pe bila tengok muka anak, hilang rasa sakit tu.

    ReplyDelete
  20. Nasib dah ok kan yaya... Dah jgn main netball dah!!!! ;p

    ReplyDelete
  21. kesiannya u dear. apa-apa pun lepas ni kena take care sikit okay :)

    ReplyDelete
  22. Ya allah, ni mesti kes lasak ni kan....

    ReplyDelete
  23. Adoiii.. cerita kita sama la... tapi saya skarang dok bersimen lagi.. katanya nak masukkan skru 2 batang.. hahaha.. adoi.. kompom kalau kena operate nak bius satu badan bagi x sedar terus.. rasa cam cerita saw la plok

    ReplyDelete
  24. saje je nak bagi orang seram dengar kan !! dah la sensitif tang2 operate nie =(

    ReplyDelete
  25. waaa...xleh imagine main gerudi2 masok skru

    ReplyDelete
  26. same goes with me. patah ankle. kna masuk skru. bukan 1, bukan 2 tapi 3. hehe. so, u brapa lama amek masa untuk jalan? fully recovery..

    ReplyDelete
  27. akak baru baca entry ni .. gegegege ngilunya part bunyi gerudi ... akak besalin pun operate doktor sebut pisau, gunting, ke hapa ke .. semua bentuk kod .. tak sebut nama² brg tu .. kot dia kata sy pegang pisau ni nak belah perut awakkkk mau lah pingsan x bgn² dah tau .... bila nak sambungnya ni?? dah sambung ker?? ... hahah.. baru bacakan.

    ReplyDelete
  28. ngeri je bace...akak dlu msa operate brsalin guna epidural..
    ni baca sbb ank tgn patah..nk tgk pengalman org yg kena skru2 nii..besok ank nk kna g follow up. .hopely dh buka simen ni..x de kna msuk skru..

    ReplyDelete
  29. haha mmg seram bilik ot tu..saya dua kaki pth dulu.tp ada kenangan trindah.sbb dpt knl nurse time tu.
    dan sejak tu juga.saya telah tukar kerjaya.bkerja ngan lawyer.
    accidend claim.

    ReplyDelete
  30. Kaki sekarang ade rse ngilu lg ke?.. ade tk petua nk hilang kn rasa ngilu kaki kalau masuk besi..huhu

    ReplyDelete
  31. Ok la tu skru aje.. aku 2 plate masukkan nasib bius satu badan..
    Maybe 7 lebih skru ahahha camane la exciden terkepit boleh patah dua tulang

    ReplyDelete
  32. Ok la tu skru aje.. aku 2 plate masukkan nasib bius satu badan..
    Maybe 7 lebih skru ahahha camane la exciden terkepit boleh patah dua tulang

    ReplyDelete
  33. Nyesal jumpa entry ni..warghhhhhhhh..seram..wahai kaki...cpt la baik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...