December 12, 2012

event blogger seterusnya, nak join?

sungguh. dalam banyak-banyak benda yang aku teringin nak buat, kalau aku list satu-satu sampai esok belum tentu habis. ;) tapii, antara yang paaalingggg aku teringin nak buat dalam masa terdekat adalah nak bantu anak-anak yatim. tak banyak, sikit pon jadi la. serius, aku tak reti sebab asal terfikir anak yatim mesti aku rasa tak boleh. tak boleh sebab aku rasa kerdilnyaaa la haiii aku kalau nak dibandingkan dengan dorang. aku tak kuat babe. aku tak tau macam mana nak hadap kalau mak ayah aku takde. sumpah aku kelu. T__T 

dari dulu, aku sokmoooo terfikir, takde ke sape-sape nak ajak aku join event anak yatim sebab sumpah aku tak reti macam mana procedure kalau nak lawat anak yatim. biasa kita tengok dalam TV atau surat khabar je pon kann yang NGO NGO besar buat amal. susah kalau dari dulu aku terset dalam kepala SUSAH. sebab tu aku sokmoo tak berpeluang sebab aku terset dalam kepala kena ada kumpulan yang kukuh, berdaftar, baru boleh buat amal jariah sedangkan tak perlu ponnnnnn. kaw tau macam mana perasaan teringin dan berangan kosong? haa tu aku. teringin nak tolong tapi tak tolong. teruk kan? tak usaha langsunggg. 


tapiiiii, kaw pernah tak terfikir dengan blog kaw boleh pergi jauh? dengan blog kaw boleh dapat kawan yang super best, seronok kan? dan Alhamdulillah aku ditemukan dengan kawan-kawan yang punya keiinginan yang sama. nak tolong anak yatim. heyyyy bestnyaaa! tak sabarrrr! ;)) lantakk kaw la nak cakap elehhh nak menunjuk baik buat amal la tuuuewww. heyyy lantakk. lantak. kaw nampak hati aku? kaw nampak hati setiap orang? takkk kan? ni bukan entry nak menunjuk. langsung tak. ni entry nak bagitau, kalau ada antara korang yang berminat nak join event anak yatim ni nanti, inform aku awal-awal eh. email ke nadiafarahida@gmail.com. nak tolong orang tak semestinya kaw kena kaya, kaw kena banyak duit, baru boleh tolong. takkkk. kaw ada blog pon dah cukup. event ni still dalam perancangan tapi yang pasti, kita buat dekat KL. insyaAllah sebulan dua lagi jalannn sebab kaw ingat senang ke nak kumpul sumbangan, kan? tapiiii baju dah siapppppppp. kuikuikuikui.

kaw tengok. tak memasalll aku paksa adik aku jadi model baju. nasib baik santekkk. kehkehkeh.

 
belakang


nama masing-masing dekat tepi lengan. heyyy tak sabarrr nak pakaiii! ;))


insyaAllah baju ni nanti semua yang join akan pakai. nak join tak perlu bayar pape pon. cuma kena kerja keras sikit la untuk cari sumbangan. kan aku dah cakap, kalau takde duit, kita buat cara takde duit. janji, kita ikhlas nak tolong anak-anak yatim. ikhlas. kaw tau tak doa anak-anak yatim antara doa palinggggg mujarab selain dari doa mak ayah kita? tak rugi kannn. 

kepada awak-awak yang cantik dan berhati mulia, tulang belakang siang dan malam saya, mila, nory, ieda, mak, nanie and onie, silaaa. silaaaa amek baju korang secepat mungkin. baju korang dah siap. :)) tak sabarrr nak tengok korang pakai. seriusss. tak pasal-pasal aku rupa macam tokeyy kain baju kan? ngehngehngeh. ;p


jangan lupa email aku dekat nadiafarahida@gmail.com kalau kaw berminat. aku just nak anggar berapa orang yang betul-betul nak join. nanti senang kawan-kawan tulang belakang aku yang lain nak buat kerja part masing-masing.    

38 comments:

  1. nak join kg jauh sangat,
    kalau nak tempah baju tu je boleh? hehhe :)

    ReplyDelete
  2. bestnyerr event awak tu dikk...nak join tapi takot timing tak kena bila balik kl..tapi kann tapi kann...nak beli baju tuh voleyyy ??hhehe

    ReplyDelete
  3. haaa..xsabr next event yaya...
    harap apa yang kita berangan ni dapat jadi kenyataan aminnn...

    ReplyDelete
  4. wow... quite interesting.. tapi takut x leh join sebab tahun 2013 akan ada banyak kurusus.. huhuhu... akn difikirkan... @__@

    ReplyDelete
  5. arghhh... sukanya. kalau boleh memang nak join. tapi segan lah. hikhik.

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    nak join boleh tak ??? sedih hari tu tak sempat nak join uoals..

    ReplyDelete
  7. salam sis .. sy mcm berminat .. tp bole sy dpt kn program dia x ??

    ReplyDelete
  8. nak join...nak join...
    bila ni nadia???

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nadia, sheila berminat sangat! hehehe nanti email sheila please detail and whatsoever.. kat area perumahan sheila ada juga rumah anak yatim. teringin nak berbakti untuk diorang :)

    sheilashahfiekry@gmail.com

    ReplyDelete
  10. YEahhhhhhh.... tak sabar nak pergi! Tak sabar tak sabarrrrr !! *gaya lisasuriani dlm Istanbul* hihihi

    ReplyDelete
  11. Bestnyer..

    Semoga amalan yang dibuat diterima..

    Kat area mana nadia?

    ReplyDelete
  12. bestnya boleh buat aktiviti kebajikan macam ni. bukan selalu. teringin nak join tapi jauh lah pulak :(

    ReplyDelete
  13. ok...nti akak send email kat nadia

    ReplyDelete
  14. Salah satu dari golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SW di hari akhirat kelak adalah mereka yang selalu membuat kebajikan secara berahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah tangan kanan berikan (Sahih Al-Bukhari Vol.2 Hadis 504).

    Untuk kita mampu berbuat demikian, segalanya berbalik kepada apa tujuan atau niat sedekah diberikan.

    Hanya mereka yang inginkan balasan didunia sahaja yang mahu perbuatannya itu dihebahkan. Balasan dunia ini bukan sahaja balasan kebendaan, termasuklah juga pujian, menjaga nama baik ataupun untuk menaikkan reputasi contohnya syarikat korporat yang menjaja nama mendermakan banyak wang sebagai iklan atau promosi umum kepada syarikat mereka.


    “There are two ways to live: you can live as if nothing is a miracle; you can live as if everything is a miracle.” Albert Einstein


    Sedekah yang mampu dilakukan tanpa diketahui tangan kiri adalah sedekah yang mengharapkan balasan dari Allah SW dan bukan balasan dunia.

    Khusyuk dan fahamilah solat agar ia boleh memberi arahan kepada minda separuh sedar yang hampir keseluruhan mengawal hidup kita ini. Insyaallah berjaya.

    ReplyDelete
  15. adeh nadia ni kan suka tau wat entry yg buat akak sakit perot gila gelak ....ok2 serius kembali.. oh nadia , bagus ni...bia la org nak kata apa..kalai x ada komitmen lain kak intan join...apa2 good luck okeh!

    ReplyDelete
  16. kat mana tu nadia? ayu kt penang...huhuhuu..

    ReplyDelete
  17. eh baju saya....tak sabar nk jmpa adik2 angkat baru kat rumah anak2 yatim tu nnt..harap2 allah permudahkan segalanya...amiin

    ReplyDelete
  18. Hai..nak join jugak...

    nak t-shirt tu bole???

    hehe

    kat area mane???

    ReplyDelete
  19. saya dah mesej emel awak tau.. check

    ReplyDelete
  20. bestnya.. akak jauh nun di utara di tambah si kembar yg kuat nangis makanya tak sampai la sana :(

    ReplyDelete
  21. nadia..kalau nk sedekah baju boleh?

    ReplyDelete
  22. bagus niat nadia tu...good luck yek...akak kt pahang, kalau x leh join skali dgn nadia...

    note:model tu cute =)

    ReplyDelete
  23. menarik jugak tu.kat area kl eh....aiyo...awat tak buat area utagha..kl sush skit la nk join.huhu

    ReplyDelete
  24. menarik tu nadia. kat area mana nak buat?

    ReplyDelete
  25. Waaaah! Bestnya!!!! Nak join bole? Heee^_^

    ReplyDelete
  26. Assalam Nadia.. Im all In.. Just bagitau dimana tempat , tarikh dan masa.. Kalau dekat area KL takkan MD lepaskan.. email me all the detail at mrs_martias@yahoo.com ya..

    ReplyDelete
  27. salam kenal..bru follow blog awk..usaha yg bgus..tp..bile tu date nye?

    ReplyDelete
  28. nak..nak..nak..jgn tinggal daku..sob..sob..

    ReplyDelete
  29. Niat yg murni In Shaa Allah diberkatiNya..

    ReplyDelete
  30. salam akak...sy teringin nak join..but boleh bg bila tarikh event and dekat mana?? sebab sy kena minta kebenaran dr parents sblom join...=))

    ReplyDelete