November 07, 2012

kisah cinta monyet nadia dan syafiq #1


“ Ya, ada budak baru masuk berek kita yaaa. Harap muka je hensem, mulut macam puaka.” 

“ Hah? Budak baru? Sape ila? Dia cakap ape?”

“ Ya, tadi ila mandi kat bawah dekat kawasan tangki air tu ramai ramai dengan kawan-kawan kita yang lain sebab rumah kita kan xde air. Tengah-tengah ila mandi, ada 1 kete benti. Mamat tu turun. Turun-turun dia cakap, hoii mandi macam babi.” 

“ Amboiiii mulut dia. Baru masuk tempat orang dah buat hal. Kaw tungguuu. Nak tengok sikit betapa hensemnya muka kaw suka-suka hati cakap kawan aku mandi macam babi.”


Aku dan Aqeela, 11 tahun, dua sahabat yang membesar bersama sama di sebuah kuaters hospital di daerah Besut. Aku  yang semenangnya telah menetap di kuaters hospital tersebut sejak lahir sememangnya cukup mengenali semua penghuni kuaters empat tingkat itu. 

“ila, dia masuk rumah mana?”

“ xtau la ya, rasanya tingkat 3 jugak sama dengan kita sebab rumah paling hujung dengan kita ni kan kosong.”

“ ooooo, nanti kalau ila nampak dia, ila bagitau yaa eh. yaa nak tengok sikit mamat mulut suka mencarut ni.”

“ yaaaaa, tu dia yaaaaa! Hensem tak?Kan ila dah bagitau, dia masuk rumah paling hujung. Sama level dengan kita.” 

“ takde la hensem mana pon la ya tengok.”
sambil memerhatikan lelaki yang Aqeela tunjukkan itu dari jauh. 





“ ila, jom turun main dekat court. Kita main bola katok nak?”
“ jom ya, ajak kawan-kawan kita yang lain.”

Begitu lah rutin harian kehidupan kanak-kanak di kuaters itu. Setiap petang mereka akan berkumpul beramai-ramai dan bermain bersama-sama. Selepas semua berkumpul di court, mereka membahagikan kumpulan kepada dua.

“ok semua meh dekat-dekat. Kita nak bahagi kumpulan ni.” Kata aqeela kepada semua.

Tengah-tengah aqeela kusyuk membahagikan kumpulan, lelaki mulut celupar itu sedang berjalan kearah kami menandakan dia juga berminat untuk menyertai permainan bola katok itu.  

“nak join pik?” kata epi, salah seorang kawan kami yang lain.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan sambil memandang aku. kami berbalas pandangan. gulppppp. 



#bersambungggggg. kehkehkeh. aku tak sanggup nak cerita lagiii. tak sanggupppppp. geli perut segala jenis geli aku geli kalau nak cerita kisah cinta monyet ni. harap anak-anak aku esok-esok tak terlampau mewarisi kegatalan mak ayah dia. kuikuikui ;)) 

* bola katok is bola kriket. orang kampung aku panggil dia bola katok jeee.
permainan bola kriket tu macam ni. harap maklum. sekian, bai. :))


   

 

20 comments:

  1. ahaaaa. cinta dulu2.

    jgn lupe sambung nadia! ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe....sweettnyer punyer cinta monyet...sila sambung secepat mungkin yer...hehehe...tak sabor nk bacaaa

    ReplyDelete
  3. baru into ni. part 2 pelisssssss :D
    tak sabarnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak cepatt cite kisah awak jugak. saya nak baca! :))

      Delete
  4. Replies
    1. lopaynnnnn,
      rindu kan nak lepak2 macam dulu. si bella aku langsung lost contact. sedih. T__T

      Delete
  5. alaaaaa...leh plak bersambung ni...x adil...nak sambungan jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah soon kak. esok2 konpem akak muntah hijau hari2 baca. kehkehkeh

      Delete
  6. kuikuikui.. lama korg bercinta yer.. tahniah berjaya kekalkan smpai ke jinjing pelamin.. :)

    ReplyDelete
  7. Boleh tukar dari cinta monyet ke cinta bola katok...

    ReplyDelete
  8. wah, kenangan lama mengusik jiwa.. hehehe.. sila sambung cepat2 entry ni yer yunk.. x sabar nak tau.. hehehe...

    ReplyDelete
  9. bola katok?
    kih3..
    lin pon main game ni mase kecik2..

    ReplyDelete
  10. baru baca entry ni buat tersenyum lah hahahaha... nasib baik tgh x bz.. blhlah baca entry lama² nadia ni ...

    ReplyDelete