July 27, 2012

kesilapanku kelegamammu ;p

sumpah sedih. sedih dengan diri sendiri sebab punya la usaha buat puding karamel gula hangus tapi tak menjadikkk! T____T first time babeee, xpe kott. kihkihkih ;) *bercakap xnak kalah. ;p padahal tak de la susah mane ponnn kann. *puiii x__x

masa mula-mula buat, gaya tak nak kalah. memang macam pro habiss. macam. kahkahkah =_=' 
mula-mula siapkan dulu karamel dia. panaskan 5 sudu besar gula dengan 2 sudu besar air. kacau kacau kacauuuu sampai warna keperang keperangan,  siappp! taruk tepi. tapi jangan jadi macam aku. sibuk basuh pinggan sambil kacau-kacau ni. sekali, tak perang dah. legammmmm! T___T tapi sebab confident tahap KLCC kan, sedap ni sedappppp. sebab tak leh nak rasa, main ikut nawaitu je. nak jadi apa jadi laaaa. ;D

 

lepas tu sambung buat puding dia. zass zass zasss, siap. seronok tahap menggelupur abis sebab dah tak sabar nak tengok hasil dia. sekaliiiiiiiiii, time nak kukus, haaaaaa amekk kawwwww! macam mana loyang boleh lagi besar dari pengukus. kenapa aku tak ukur awal-awal muat tak. kenapa xguna loyang kecik. kenapa pengukus ni kecik sangat. KAHKAHKAH. (x____x) kelakar betul. ni la padah telalu teruja. rasa macam nak kukus diri sendiri time time tu jugakkk. hewwwhewww.


nak tak nak, pejam mata, tuang balik segala mak nenek puding karamel ni masuk dalam loyang kecik. bila dah tuang, sah sah rupa paras puding karamel aku xnampak karamel dah. nampak kerakkk. gua redhooooooo. T_____T

 

 
bila dah siap, aku tukar nama. terima la puding karak gula legam aku. sekian. T________T


#tak serikkkk, lepas ni nak try buat lagii. hikhikhik ;))

July 24, 2012

dulu aku pengintai tegar

Alhamdulillah. hari ni hari ketiga kita berpuasa. and tahun ketiga aku berpuasa sebagai seorang isteri. eceehhh! ;p bagi aku, tak susah pon berpuasa sebagai seorang isteri di usia muda kecuali, aku palingggg liat nak bangun pagi-pagi nak kena masak. malassssss. tapi pahala ok pahala. kena bangun. hewhewww ;) 


hari ni first time aku pegi terawih dekat masjid jalan ipoh. masuk-masuk je masjid, tiba-tiba aku teringat kenangan lalu. senyum sorang-sorang okeh. ;p tiba-tiba teringat, aku start kapel dengan afiq time aku darjah 5. masa mula2 kapel kalau xsilap aku dekat-dekat nak puasa. dulu mana ada handphone facebook bagai. kalau terserempak, wahhhhhhhhhh hati berbunga riang. *geliiii lagi banyak terserempak lagi bagusssss! tapi setiap kali terserempak, xde la pulak nak bercakap. malu konon. gewammmm. lempang nak? puiii ;p jadi, oleh disebabkan dulu takde teknologi canggih, aku selalu amek kesempatan time bulan puasa. kalau dulu, 30 hari semayang terawih xpernah miss okeh! tak pernah. buat muka inesen, bagitau papa nak gi terawih jugak. papa aku bawakkkk. T__T dia tak tau niat sebenar anak dia. HAHAHA. :D *gelak jahat. tapi paling xboleh blah, setiap malam pergi terawih dengan niat nak intai afiq dari celah-celah kayu tirai antara tempat sembahyang lelaki dengan perempuan. gila keji nawaitu saumarodin dah xbetul. T___T sumpah kelakar. nak duduk saf depan sekali, sanggup duduk paling-paling hujung. janji celah kayu yang ada lubang boleh nampak saf lelaki. boleh? HAHA. moga anak-anak aku tak ikut perangai kekejian aku esok-esok. amin. (x__x) 

dan tadi, time aku sembahyang terawih, mungkin Allah nak uji, hikhik ;) aku sembahyang di tempat yang betul-betul boleh nampak orang2 lelaki sembahyang. kira celah-celah kayu jugak la. ada aku intai si afiq? memang takkkkkkkk la! rasa nak boldkan je takkkkkkkkkkkk tu. HAHAH. :D gila kejam. dah kawen, xyah nak intai-intai bagai. muka tu la yang i hadap hari-hari. tak pernah bosan, tak pernah jemu. buang tebiat ke ape nak main intai-intai lagi. umur dah 23 okehhhh. dulu lain la, hingus pon nasib baik afiq tolong lap kan. hikhikhik ;)) 


# oh lupa nak cakap, selamat berpuasa semuaaaaaaaaaaa! :))

July 20, 2012

kos pengubahsuaian bilik air

aku tak pasti orang lain macam mana tapi aku, bila dah kawen, aku lebih terjerumus kepada habitt nak mendekokan rumah. mendekokan? ;p awal-awal kawen dulu xde la beria nak mendeco rumah bagai sebab rumah sewa. buat ape nak cantik-cantik kan. tapi sekarang, bila dah tinggal rumah sendiri, kau tau apa maksud balas dendam? huhu. T__T dendam la sangaatttt. tak, maksud aku macam, sekarang saya boleh buat apa sahaja sesuka hati. yang penting rumah saya cantik dimata saya dan kami selesa tinggal bersama. :) *ceh ayat nak bungaa saje. pokkkkang!

dua hari lepas aku ada terima satu email dari kak azrina. mungkin habitt dia dengan aku sama. mendeco rumah. hikhik ;D 


kak, ada yang nadia ingat nadia share dekat sini. kalau termissss sorry tau. sebab renovate bulan 12 hari tu. banyak dah lupa. sebenarnya nadia renovate sebuah rumah. dan total tu contractor kita secara lumsum untuk sebuah rumah. tapi, seiingat nadia, nadia ada tanya dia berapa cos renovate untuk bilik air sahaja. dia cakap bergantung pada jenis bahan yang digunakan macam tile jenis apa, sink macam mana, toilet bowl brand apa. tile ada banyak jenis. ada yang murah, ada yang mahal. anggaran kasar lebih kurang RM5000. berdasarkan pengalaman nadia, meh nadia cite sikit sebanyak.


design pintu bilik air nadia pilih sendiri. contactor tunjuk catalog, nadia pilih. harga 1 ketul ni xtau berapa sebab dah termasuk dalam cos lumsum untuk renovate sebuah rumah tu.


penyangkut towel tu nadia kena beli sendiri sebab dia kira sebarang eksesori tambahan, kita tanggung sendiri. dia siapkan yang kasar-kasar je. penyangkut tu nadia beli dekat ikea, bagi dia pasang. untuk tile-tile and segala mak nenek mozek, dia bawak nadia pegi satu kedai dekat jalan ipoh. nadia pilih jenis tile yang nadia nak, warna apa, dorang bayar.

sink bowl and kepala paip tu pon sama. nadia pilih, dorang bayar. cermin tu hadiah house warming mama and ayah mertua nadia kasi. cermin ni ada jual dekat ikea. harga RM99 kalau tak silap.


toilet bowl ni pon sama. nadia pilih, dorang bayar. still dalam total lumsum sebuah rumah tadi. tapi kalau tak silap, toilet bowl ni harga RM300++. tak sampai RM400.



water heater alpha rain shower ni nadia kena beli sendiri. tak termasuk dengan total lumsum tadi. nadia beli water heater ni dekat kedai elegant lighting & decorative sdn bhd. kedai dia dekat batu caves, sign board besar warna oren. setentang dengan giant. sebelah stesen bhp kalau tak silap. nadia suka water heater ni sebab dia ada dua pancuran. satu yang atas tu bila kita mandia rasa macam mandi air hujan sebab air dia jatuh dari atas. pancuran satu lagi tu xberapa best sebab dia datang dari arah depan. harga dia alamakkkk lupa. T_____T sorry kak. ;) sorry kak entry panjang lebar macam karangan spm. harap membantu sikit sebanyak. baii :)













July 17, 2012

rumah macam kapal pecah!

rumah is kapal pecah. ni betul-betul live update. amek gambar terus upload. sebab kepala tengah semak. aku allergic and tak senang duduk kalau tengok kesemakan tahap melampau macam ni. huhu.

ni kelemahan duduk rumah atas langit. xde ruang kosong yang lapang untuk contractor buat kerja. kesian Ah Meng, depan lift pon jadi la. huhu :)

setiap sudut rumah berhabuk hamatttt. kerja aku memantau dari dalam bilik je. hewwhewww ;p keluar bilik pon sebab amek gambar-gambar ni. xpon sebab nak makan. amek makanan, terus masuk makan dalam bilik sambil online. T___T


rumah aku berkapal pecah dari semalam. dan dah dua hari jugak aku xmasak sebab keadaan rumah sangat kritikal. heavennnnnnnnn :D macam mana nak masak kalau dapur dekat depan pintu bilik, tong gas dekat dapur. (x____x)



dan paling xleh bla, masuk2 je pintu rumah, kita akan terus mengadap ke peti ais. dan, meja makan pon dah xde rupa meja. segala mak nenek periuk kuali belanga aku letak situ. takde space ok takde space. rumah aku kecik je.

kekronikan melampau kalau tiba-tiba adik aku mintak nak makan meggi macam semalam. haaa sudah. celah mana meggi, celah mana sudu, celah mana mangkuk. sadissssssssssssssss T____T dah la masak meggi guna air panas je. haha. ruang laundry ni, memang langsung xleh masuk. semua aku main campak dekat situ.


kekapalan pecah ni semua gara-gara nak buat benda alah ni. demi mu kitchen cabinet, aku sanggupppppppppppppppp walau terpaksa berhabuk dua hari dua malam. ada sape-sape free? meh la tolonggggg kemas. petang jap lagi ibu mertuaku nak datang. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa~ xsanggup bagi dia tengok rumah macam gini. nanti dia cakap, mak ai. pemalasnya menantu aku. rumah macam tongkang. nasib baik ibu syafiq rockkkkk, dia steadyyy je. :))




July 14, 2012

Ice Age 4

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, 
hari ni dapat tengok wayang free, esok-esok bagi laaaa lagi! ;D

tiba-tiba pos laju bagi dua tiket percuma untuk tengok cite Ice Age 4 3D. alhamdulillahhhhh~ nasib baik suami aku jenis hati katun. atleast xde la rasa membazir sangat sebab hati aku xberapa nak layan katun-katun ni. *ceh! :p cer bagi cite ameera ke, dijavu kinabalu yang petang-petang tu ke, konpem mak sentap sorang-sorang kalau ade orang kacau mak tengah feeling. haha.


dekat tiket tulis pukul 8 malam cite start. yang kitorang pulak pukul 7 baru hegeh-hegeh nak keluar rumah. dah la event pos laju ni dekat mid valleyyyyy! menangissss nak tempuh jem bawak kete waktu orang sibuk nak balik keje. tiba-tiba aku terrrrcakap, jom naik ktm. boleh? ho'oh, tersilap cakap ke ape ntah. terus seram sejuk kaki tangan! mau tak, first time nak naik ktm survive sendiri dengan suami aku. sebelum-sebelum ni pernah je dua tiga kali naik tapi naik jadi pak turutt je sebab naik dengan orang expert. xyah nak pening-pening kan. sekali, hahh! amek kawww. tapi jangan risau, kitorang kan hero heroin xnak kalah. T___T nasib baik sampai mid ngam-ngam. xde la rasa serba salah sangat. legaaaa. :)

dan, terimalah sekeping gambar pertama kali naik ktm bersama-sama sebagai kenang-kenangan untuk anak cucu kitorang tengok esok-esok. sedih kan? jakun betul. T___T lantakkkkkk! (x__x)

July 12, 2012

kelemahan instagram T___T

tiba-tiba nak cakap, aku very the ketagih dengan instagram. nak cakap terlampau ketagih tu xde la tapi macam bangun tidur je nak tengok, sebelum tidur pon kena tengok. jadi macam satu habitat suka tengok gambar-gambar yang orang post semua lawa-lawa. habitat? habit kan? entah. ;p


kalu tengok dari position icon ni, instagram ni kedua terpenting selepas facebook. penting la sangatttttt. pui. ;)

dalam banyak-banyak kelebihan and kebagusan instagram ni, satu je kelemahan bagi aku. boleh dikatakan majoriti yang post semua gambar makanan. asal bukak je mesti ada gambar makanan, asal bukak je mesti ada gambar minuman. walaupun hanya gambar teh ais, dia tetap menggiurkan. (x___x) boleh hilang kesabaran perut aku. tu belum masuk part mata dah terkebil-kebil nak tdo, bukak instagram la sekejap. sekali bukak instagram, ada gambar coklat indulgence secret recipe! menyirappppppppppppppp. terus lapar and mengidam esok nak kena cari. T_____T 


walau hanya sekeping roti canai kosong, bila ditambah dengan effect instagram ni, roti canai ni boleh nampak menyelerakan macam pizza. T__T

 
apatah lagi kalau nampak pulut mangga cenggini. kesimpulannya, instagram selaluuuuuuu buat aku lapar. bai.