Lazada Malaysia

January 30, 2011

lagi gambar nora danish yg cun!

setiap hari aku baca paper, setiap hari jugak la ada gambar baru dorang. dan setiap hari jugak la fasha sandha akan merana. memang pandai betul akhbar-akhbar ni kan.. 
logik tak kalau aku cakap, kebarangkalian dorang rujuk balik adalah sangat tinggi?

oh fasha, tolong jangan saman saya. saya kata kebarangkalian jeeeee.... belom rujuk betol-betol lagi, ;)

January 29, 2011

di kampung!


hai kawan-kawan. me dah di kampung! ;) jauuuuhhhhh ko0t! 8 jam kematu dalam kete. bangun tidur bangun tidur. nasib baek hero ku gagah perkasa ibarat minum super power bawak kete sorang-sorang. =)

kampung me di jerteh. ade sape-sape orang jerteh? meh bagitau, kita berdating sekejap. huuuu~ korang dah balik kampung belom ni? kan cuti raya cina lameeee....meh la balik! ;) 
ok dah, nak tidur. selamat malam kawan-kawan yang segak bergaya.

January 27, 2011

photoshooooot!

photoshoooooooot yang x berapa nak megah macam blogger-blogger dan photographer yang lain.  huuuuu~




sayang, saya akui awak adalah sangat hensem di mata saya! ;)
*sila geliiii skrg. ;)~


dtg dah sengal dierrrr..... =)



dan, ini lah photographer x berbayar saya! ;) ada sapa2 terasa nak buat sesi photografi jgk? meh bagitau i yee.. kita deal murah-murah jee.. ;)

January 26, 2011

kerja di bidang airline adalah sangat mencabar!

i love my job sooooo much! ;)
* geli dengan diri sendiri sebab kadang-kadang terpaksa menipu buat-buat love pulakkk. huuuuu~

kadang-kadang suka, kadang-kadang x suka. xsuka bila ada flight cancel sebab ko akan tau betapa susahnya nak handle semua ni. meh dengar aku bercerita situasi yang aku xberapa nak gemar.

* situasi bila ada flight cancel.
sumpah sangat menguji kesabaran. ko akan handle call yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental sebab memasing akan call tanya kenapa flight cancel. semua marah-marah, maki-maki. semua nak fly time-time tu jugak. memasing akan cakap ada hal penting. xboleh cancel.

memangggggg..... klu aku jadi passanger yang naik flight tu pon aku akan marah tapiiiii.....
mane ko nak? xterbang dan dijamin selamat atau terbang dan meletup atas awan? setiap airline xkan sesuka hati cancel flight tu tanpa sebarang sebab... dan, bila kitorang cancel flight tu, bukan kitorang main cancel sesuka hati jee.. mesti la akan provide option. either move you for free to next available flight or fully refund. of course la ramai yang minta suh refund balik kannnn... ;)


* situasi yang aku gemar tang kerja ni pulak adalah, 
hari-hari aku boleh tau tang bile tiket flight murah, kadang-kadang siap ada zero fare, konpem la aku awal-awal rembat dulu kan! ;)

dan, kerja dengan sesebuah company airline, kita bukan kena tau perkembangan airline kita je. kita kena tau semua airline yang ada sebagai pesaing2 kita.
contohnya, airline yang aku kerja ni adalah airline untuk international berpangkalan di Austalia, jadi... competitor-competitornya segala mak nenek airline yang aku x pernah tau and xpernah dengar pon. =)

Tiger Airways

Jetstar Airways


Virgin Blue


which airline aku kerja??



;)))) meh aku book untuk korang. tapi tolong book je laaaaa.... ;)

January 25, 2011

tempat bahaya!


Kapak Kereta.

1. maksud pertama,
tempat untuk parking kereta.

2. maksud kedua,
sesiapa sahaja yang letak kereta kat sini, semua kereta akan di kapak-kapakkan. ;)
tempat untuk mengkapak kereta. 


* bunyi macam burung kepak-kepak dahhh.. ;)

fasha sanda putus cinta lagii...


lagi.. lagi.. dan lagi...
xabis-abis kan kes couple clash couple clash fasha sanda ni. aku rasa dari time aku sekolah dulu lagi la kot. baru je nak reda, meletup balikkk..
aku cuba untuk tak nak kutuk tapi terkutuk jugak dalam hati. ;)

aku pelik jugak sebenarnya sebab nak kata xde pakej, dah cukup lengkap. cantek tu memang xleh lawan la. tapi biasa la.. manusia memang xleh lari dari buat silap..

ok dah, xnak mengutuk dah. ;) 
ingatkan pada diri sendiri and korang semua jugak,
'what goes around comes around'


peace no war! huuuuu~








January 24, 2011

kes follow following lagi.


mula-mula beblogging dulu, aku selalu fikir. blogger yang paling ramai follower la blogger paling hebat. 
tapi memang pon sebenarnya. ;) siapa tak bangga kembang kempis kan kalu ramai yang follow kita.
cuma, bila lama-lama aku hidup dalam dunia blog ni, ramai follower pon kadang-kadang memeningkan kefala jugak. sebab bukan semua pikir macam kita fikir. rambut je sama hitam tapi hati lain-lain.

contoh,
dalam satu keluarga ayam, ada ibu ayam dan 4 ekor anak ayam. dalam 4 ekor anak ayam tu, bukan ke empat-empat ekor tu sama perangai. memang semua warna kuning. tapi, ada yang boleh berlari laju, ada yang bejalan slow-slow je, ada yang pandai cari makan sendiri tapi ada yang nak kena suuaaaap je.
applied kan khidupan anak-anak ayam ni dalam dunia blog kita. sama jeeee.... ;)


kenapa tibe-tibe aku buat entry follow memfollow ni?
aku terfikir lepas aku baca entry dini. meh klik sini.


**ok dah, abis keje dah. jom balikkk! ;)

silap budak atau silap zaman terlalu canggih?

selamat pagi semua! mulai hari ni, dah tak de dah entry auto publish bagai sebab me dah boleh beronline di office, yey! ;) jadi, topik pertama kita untuk pagi ni adalah, 
meh tengok picture ni dulu okeh!


huuuuu~ 
how to spell DUCK kids? F.U.C.K teacher! ;)
kelakar betoll... selalu sangat duk dengar remaja zaman sekarang duk sebut benda alah ni, terus nak eja duck pon tersasul-sasul.

sama macam me baca kat facebook semalam, 

when asked a kid,
W.T.F is stand for what?

the kid answer,
Welcome To Facebook. ;)

January 23, 2011

confirm terjadi pada korang jugak! =)

Bila boss tiada di pejabat : 
Bila boss panggil : 
Bila kena hadiri mesyuarat : 
Bila waktu rehat
Bila dapat projek baru dari boss : 
Bila tengah cari idea untuk projek baru :
Bila projek yang boss bagi susah nak buat
Bila otak jam...
Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai
Bila 'client' tukar fikiran saat akhir
Bila boss suruh kerja lebih masa (OT)
Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent'
Bila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi :

Bila dapat gaji : HAPPENING!!!

beza kerja govermen dan swasta.



kadang-kadang aku selalu terfikir, bestnye laaaaa klu aku kerja goverment. mungkin la koottt. ;) sebab aku tengok, member2 aku, makcik2 aku, * terutama kak jijie, huuuu~ macam rilex je memasing buat kerja.. siap boleh online. update belog bagai. belom masuk bab tang maen2 facebook lagii..
oh mak aiiii.. seronok! *sumpah aku jeles! ;)

ni la padahnya bile ko kerja dengan private company. kerja memang kena kerja. xleh nak beronline-online bagai. asal nak online je, msti bende alah ni kuar,
stress mak tau! ;)


huuuuu~
kesian kan? asyik access denied sesajeee.... tapiiiii.... xpe2! mak usaha lagi! ;)

memasing dikurniakan otak yang bernas. kan? kan? huuu~ mesti dan harus lah guna dengan sebaik mungkin. godek sana godek sini. heee~


dan akhirnya, me berjaya! =)  entry ni la sebagai bukti. nampak sangat secanggih mane pon sistem komputer, otak manusia lagi canggih!

 

sekian, terima kasih daun keladi. jap lagi nak hupdate-hupdate lagi! ;)

January 21, 2011

perkahwinan ayu raudhah & zaquan adha.

xsilap aku, hari nie la ayu and zaquan akan kawin kan? 21 Jan 2011. tapi tak tahu la pulak pukol berapa. 


dan ni adalah kad kawin mereka ye.
bestnyeeeee sape dapat kawin dengan ayu raudhah! comel, cun, dan mantap mcm kakak dier okeh! ;) adik aku siap ckp, mcm barbie dolll la kakkkkk....

ha yo laaaa... kakak dulu sebelom kawin pong mcm barbie doll jugak kan dik?... skrg je lepas kawin terus jadi macam mak dodol! huuuu~   =)

January 20, 2011

kl & selangor je ke cuti? laaa...

selamat hari thaipusam! tapi lebih kepada yang menyambutnya sahaja la tapi bagi yang tak menyambut, selamat bercuti semua! heeeee~ ;)


bila thaipusam, konpem-konpem jalan jem. dan aku boleh bayangkan macam mane sibuknya jalan kat area batu caves. thaipusam dengan deepavali, thaipusam lagi meriah kot sebab dorang ada acara main pecah-pecah kelapa la, pijak-pijak kaca la, cucuk-cucuk badan la. xsanggup aku nak nengok. ngeri~

eh, aku baru tau. rupanya bukan 1 malaysia bercuti ye?
laaaaa.. aku mati hidup ingatkan semua orang cuti. tang kl dengan selangor je rupanya....
jap, yang kerja hari ni, dapat double pay tak? ke biasa-biasa je? klu double nak mintak sikit! ;)
 

January 19, 2011

hantu air!

(sila click gambar rajah untuk melihat dengan lebih jelas)

korang nampak tak ape yang aku nampak? gambar asli dari camera tanpa sebarang edit kecuali tang watermark. saje menggedik nak mula letak watermark pulakkkk.. ;)

yang pasti, korang tengok dulu picture ni, tenung dulu, cari dulu dekat bahagian mane yang aku cakap ada 'sesuatu' asing. aku tak nak bagitau sekarang. korang cari dulu sendiri okeh!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
korang nampak tak dalam bulatan ni rupa macam ape?

yang aku nampak, rupa lebih kurang macam seorang lelaki, pakai jubah dan serban putih tengah sembahyang.
korang nampak tak? ke mata aku je? ayooo~ ;)
jangan lupa kasi zoom okeh! *aku xnak la aku je yang nampak. biar la kt nampak bersama2. =)

lokasi kejadian?
air terjun lata tembakah. sangat familiar bagi orang-orang pantai timur dan juga sangat familiar dengan terlalu ramai yang mati kat sini dan sebab utamanya adalah, air terjun ni selalu berlaku 'kepala air' secara tibe-tibe.

apa tu kepala air?
lebih kurang macam korang tengah syok-syok duk mandi tibe2 air jadi pasang tibe2 dan air turun dengan laju dalam masa sekelip mata je. kalau sempat selamatkan diri, selamat laaa.... klu tak, xdapek eden nak nolong.. ;)

January 14, 2011

tlg bagi cadangan pleasee..

kepada,
semua kawan2 yang baik hati. ;)

saya, nadia farahida, dengan ini, meminta jasa baik dato'/datin/tuan/puan adik kakak yang cun dan hensem lagi segak bergaya untuk tlg bagi cadangan, tang mana kat area 
kuala lumpur ni yang best sambut birthday party. 

ciri-ciri tempat yang mahu dipilih:
* reasonable price.
* tempat yang boleh bising-bising.

dan, yang paling penting, bukan nak sambut birthday kanak-kanak.
ni nak sambut birthday bapak kanak-kanak. iaitu, encik afiq saya!!! ;)

bile?
esok.. 15 january. heeee~

semoga jasa baik dato'/datin/tuan/puan adik kakak ini akan meninggalkan kenangan sampai mati utk encik afiq saya sbb dier mmg xpernah sambut birthday2 bagai ni dan ni pertama kali ktorang sambut bersama-sama secara live walaupon dah 10 tahun jatuh cinta. =)
sekian,
terima kasih daun keladi, esok2 nak minta cadangan lagi.. ;)

aku jadi sugar mummy anak ikan.

ok semua. sekarang korang boleh panggil aku mummy. sebab, aku ade bela 'anak ikan'. ;)
korang ingat dato' datin seri je boleh bela anak ikan and jadi sugar daddy, sugar mummy bagai? aku pon boleh laa.. meh aku kasi tunjuk anak ikan aku. c0mel okeh!



heheee~ ;)
anak ikan yang betol2 anak ikan okeh. bukan anak ikan yang ada kaki dua, maintanance tnggi, hari2 kena belai tu,bukan. huuuu~

mula-mula aku beli 4 ekor. 2 oren 2 hitam. tetibe si hitam tu mati plak sekorrr..
tinggal la lagi 3 ekor. aku bg name ikan2 ni encik goo.. ohmak aii.. mmg ikan emas mkn bnyk eh? patut la perut buncit mcm tuan dier! ;) keje nak mkn jeeee...

tibe-tibe teringat, farah pon bela goldfish. 2 ekor. korang tau dier bagi name apa?
jamil dan jamilah. hahhahaa. =) mmg olskul habes! ;)

sape lagi ada bela goldfish? meh bt persatuan. :) eh jap nak tny, goldfish ni dier beranak pinak x kalau kita bela dlm akuarium macam ni ye? aku rasa x kooottttt...

January 08, 2011

gambar percubaaannnnn..

hai! ;)
gambar pertama guna kamera besar gabak. tp xberapa nk cun. gambar xberapa cun atau aku yg memang xcun? huuuuu~ *nasib baik sedar diri.. =)


dan gambar kedua time kitorang kat panggung wayang. tengah tunguu nak tengok cite season of the witch.
cite dier boleh tahan laaa... bedebau2 jugak la jntung aku ni. nak cite lebih2 kang xbest plak nnti.. tapi cite ni lebih macam nak hapuskan sihir tapi part yang xberapa nak gemar bile majoriti cerita ni berkaitan and berlatar belakang salib dan tentang agama dorang..


nnti korang g tengokk la yeee.. klu nak aku gambarkan tahap mana kelazatan dan kenikmatan cerita ni, lebih kurang 3.5 star star kott...

January 07, 2011

wishlist pertama 2011 tercapai!

hai semua! :)
sumpah dapat rasa jari2 ni dah keras kejOng nak menaip. lame kot xhupdate blog. sblom ni busuk2 pon 5 entry setiap hari tp sejak kebelakangan ni, tahap kemalasan dah mnjadik2. 
sebenarnya, aku jadi malas nk menulis ni bila satu hari tu aku terpikir, fenat wal amat nak kejar dunia belog ni. perjalanan aku sbagai blogger, meh aku nk gtau.. ;)

mula bebelog
*
*
*
start dpt income dari nuffnang wlaupon 25 sen pon da guling2 gembira. :)
*
*
*
pes time dapat BE plakkk... lagi la mak seronok smpai lupa diri noks!
sbb orang tua2 ckp, time BE tgh running tu la kt kena kejar visitor seramai mgkin. baru income lagi masyuuuukkkk.. baek! aku kejaarrrrr....
*
*
*
BE beranak pinak. lagi la meriahhh.. rasa nk update blog setiap jam.terus mengejarrr...
*
*
*
sampai la satu hariii..........
*
*
*
*
rasa dlm hati mcm fenatt nye asyik mengejar je..sape xnak duit kan. aku sah2 dah mata duitan. ;) tp, aku dah xsanggup nak terus mngejar. klu ade rezeki, ada la..
xde, xde la. sbb aku percaya, rezeki setiap manusia Allah dah tntukan. xnak jadi tamak halolo sangattt.. duit ni mmg berhantu. makin kt keja, mkin la gatey2 xcukup. kan? ;)
kesimpulannya, 
aku pasrahhhh dgn nuffnang.. *ceh! ayt mcm futus cinta. heeee~

mulai hari ni, aku bebelog ikut kemampuan aku. aku bebelog ikt tafsiran hati aku. tp sumpah aku terharu bila ada tnggal komen, email n sms aku tny kenapa blog dah mcm suam2 kuku kaki... dan mgkin entry ni jawapan tepat utk luah sikit2. heeee~

eh, mmg sah2 dah lari dari tajuk entry. =)
sebenarnya, aku nk gtau... utk 2011 ni aku ade banyyyaakkkk wishlist dan salah satu nya dah tertunai tghhari tadi, yey! ;)
wish pertama dah tertunai utk 2011. apakah??


ini kawan2,
yey! yey! yey!
errrkkkk... alhamdulillahh.... ;)

eh jap, pesanan awal, korang jgn muntah plak lepas ni klu asyik tgk aku tayang muka yg bejerawat ni ye! korang buat2 la puji kononnya ckp mcm ni, 
" wah nadia, cantekkkknya ko skrg! "

haaa... sejuk perut mak tau! padahal sumpah geli dgn diri sendri. heeee~ =)
ok lah, mood malas dah dtg balik. nnti mood rajin dtg saya menaip lagi yeee...
bye kawan2 yg cun, hensem segak bergaya!

January 04, 2011

simpanan kenangan blog utk 2010.

hai semua! ;) 
sepatutnya entry ni aku nk bt time mlm 31 december baru2 ni tp penyakit kemalasan aku mnjadik2.
hari ni baru hegeh2 nak buat kan. xpe la. sekadar simpanan kenangan 2010 sepanjang bebelog di tahun 2010.

* nama belog: www.nadiafarahida.blogspot.com
* tarikh blog mula dilahirkan: 5hb Julai 2010


* jumlah entry yg tertaip: 405 entry
* jumlah follower yg cun hensem kacak bergaya: 695 orang

 

jumlah pendapatan tabung bersamamu nuffnang: 

1. sudah dibayar: RM 65.78

2. belom di cash out: RM 212.52

akan di cash out dgn segera sbb org tua2 ckp, klu xcash out cepat2, nuffnang mcm berat bontot je nak bagi kt BE lagi. ;)

dan memang terbukti sbb tinggal 5 je BE yang masih running hingga saat nie.. sedeh! :(


dan statistik tertinggi utk 2010 adalah:


  
terima kasih yg terhingga utk semua sudi singgah kat belog ni sepanjang tahun 2010 wlaupon blog ni ntah pape kan. ;) 
kesimpulan dari segala kenangan 2010,
bukan senang nak jadi senang. dan bkn susah nak jadi susah. senang je nak jadi susah tp susah gile nak jadi senang. yang penting, usaha! =)
**bebelit belit dah ayat aku ni haaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...