Lazada Malaysia

December 08, 2010

putus tertinggal tangan??

eeeeeuuuuwwww.....


SEORANG pemuda lari lintang pukang dalam kesakitan selepas ditetak tangan kirinya sehingga putus oleh tuan rumah yang cuba dimasukinya dalam satu kejadian kira-kira jam 3.30 pagi Isnin, di Kampung Pengkalan, Limbungan, Besut.

Oleh kerana kelam-kabut dia meninggalkan tangannya yang terputus itu di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria mengesahkannya.

Menurut Kamarudin, pemilik rumah yang juga seorang penternak ikan kolam, tersedar dari tidurnya dan terlihat bayangan seseorang di tepi tingkapnya.

Lelaki itu dilihat sedang mengumpil tingkap rumahnya menggunakan besi. Bagaimanapun, apabila lelaki itu tersedar kelibat tuan rumah dia cuba menyerang tetapi tangan kirinya dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan.

Lelaki dari Setiu itu kemudian melarikan dirinya tanpa sempat mengambil tangannya yang terputus dilibas.



nota kaki: nasib baik kena libas dan kena dekat tangan. tetap boleh lari. tapi..mcm mane klu libas terkena n terpotong kepala. undur balik amek kepala yg tertinggal tu kah? =)

2 comments:

  1. amik..nak curi umah org..Tuhan 'curi' tangan dia...

    ReplyDelete
  2. tapi.... kesianlah pulak... nasib dia mmg malang lah...

    patut buat pengajaran pada pencuri2 semua ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...